Skang nak citer menyentuh hati yang lbih menyentuh hati...
Situasi 1:
Amni baru habis peksa setengah tahun. Dia memang besa menyenaraikan pe mende yang dia nak...
Dia minta kalu dapat :-
Num 1 : Nak Barbie Doll
Num 2 : Nak makan KFC
Num 3 : Nak gi Sunway Lagoon
...
...
...
...
Dan seterusnya...
(Besanya tiga num kat atas ja yang konsisten, yang selebihnya asyik tukar2...)
Situasi 2:
Satu malam Nits yang sarat sesangat ajak kami makan Piza Hut. Balik dari Piza Hut tu sembang pasal da lama sesangat sangat ta makan KFC. (Kebetulan memang Piza Hut sebelah KFC, tu yang sembang tu)
Situasi 3:
Dalam keta balik dari beli belah kat kedai runcit kat Banting Baru, saya dan Amni sembang2 pasal doa. Tetiba dia cakap...
"Ibu, doakan lah Amni peksa dapat num 2"
"Eh, napa plak...? Ibu ta kisah Amni dapat num brapa pun. Janji Amni seronok blaja"
"Ibu doala Amni dapat num 2 sebab nanti bolehla Ibu makan KFC. Kita dengar Ibu da lama ta makan KFC..."
Alamak, sayu jap bila dengar dia cakap macam tu. Dia dengar rupanya pa yang kami sembang2 malam tu. Punyala dia ambil berat pasal pa yang saya nak...Alamak, air mata jangan jatuh....
Situasi 4:
Pagi Jumaat, gi sekolah Amni sebab amik report kad dia. Saya ta mengharap apa2 pun. Cuma nak dia seronok ke sekolah n enjoy blaja. Memang ta nak push dia lebih2. So, redha ja ngan keputusan dia walau pun saya da tau markah sume subjek dia.
Gi skul Amni dalam kul9, jumpa Cikgu Aisyah yang garang giler (Errrr...Cikgu tu yang mengaku dia garang ya...) dan jenguk report kad....
Sila 'teleng'kan leher anda 180 darjah
Dapat num 2... Masa tu... ta tau nak cakap apa. Dan ta tau nak cakap pa kah perasannya... Pa yang plan nak ditanya pada cikgu dia pun da ta ingat nak tanya....
Malam tu, makan KFC kami sekeluarga...
Caring sungguh anak dara saya nih walaupun super duper cewek, dan super duper ngada...
Bila dia stat ngengada, tingat ja caringnya dia... terus ta jadi nak marah...
Tu ja citer yang menyentuh hati...Sekian. Jumpa lagi satu bulan kemudian...Teheheeeee
*Nah, amik dua skali entry dalam satu hari....*