Dah jarang ibu makan di sini. (ibu sahaja tau). Kalau satu famili lagilah jaaaaaaaarang... Macam tak pernah huhu
Walaupun sudah kurang mengunjungi, tapi masih ingat macam mana nak order dan menu apa yang berbaloi. Yang berbaloi? Set personal lah. Order set personal, dapat lebih variety terutamanya side dishes. Boleh order macam-macam. Tapi kalau semua orang sehati sejiwa, order set famili lebih jimat.
Kami ke Kenny Rogers di AEON Mall Seremban 2, time peak hour untuk lunch. Tempat penuh, untung ja tempat tepi dapur ni kosong. Boleh tengok gelagat chef dan pekerja Kenny Rogers buat kerja.
Order empat set personal ja. Ikut pengalaman kalau seorang satu, muffin gerenti tak lalu nak makan. Kali ni semua licin. Baguskan? Lepas tu bolehlah ibu demand nak frappucino Starbuck.
Bijakkan ibu? 😋
Kesimpulan; Bolehlah berkunjung setahun sekali. Tak pun dua tahun sekali. Untuk kelainan.
No comments:
Post a Comment