Malam ni kami suami isteri tinggal berdua. Aku cakap pada Incik Ayah, "Oh, inilah rasanya kalau Amin dan Iman masuk asrama". Sunyi dan malas nak masak. Kahkah.
Hari ni kembar ke Perkhemahan Perdana Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Sembilan. Asalnya hari tu, masuk peringkat daerah wakil sekolah. Kali ni wakil daerah Kuala Pilah ke peringkat negeri. Aku tak pasti kriteria apa yang mereka tengok Amin dan Iman (dua-dua sekali) jadi wakil daerah.
Aku syak kembar dipilih, sebab kami suami isteri spesis ibu bapa yang senang nak kawtim. Dulu masa Amni, tuk apa-apa aktiviti aneh-aneh, telefon ja tanya kebenaran aku (masa tu ayahnya duk Puchong). Jawapan aku senang. Kalau anak-anak nak, aku sokong ja.
Sebenarnya, aku suka anak-anak aku terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum. Bagi aku, akademik dan ko-kurikulum dua-dua sama penting.
Kecoh dua budak ni nak sampai awal ke sekolah. Jam 6 katanya Allahuakbar.
Obvious nampak Amin lagi besar dari Iman. Alahai semakin pudar kekembaran tu.
Gambar dari cikgunya. Kami fikir uniform kembar dah besar (ni saiz paling kecil di satu-satunya kedai uniform di pekan Pilah). Sekali uniform kawannya lagi besar. Kalau menang (kalau), akan wakil negeri ke Kelantan pulak. Hehe. Aku ber-hehe, sebab aku lebih mengharap kembar dapat pengalaman di peringkat negeri ja. Bagi abang Darjah 5 atau 6 daerah lain la pergi kebangsaan. Aci tak macam tu?
Pertama kali kembar tidur di khemah tanpa kami. Macam-macam over-protective ibu ni risaukan. Tapi tetap aku doakan semua anak-anak ini sejahtera dalam lindunganNya. Selalu.
Esok dah balik dah pun. Satu malam je ya ibu. Sila bersabar.
Hari ni juga, kakak Amni jadi wakil sekolah untuk pertandingan catur Cina (xiang qi) di PPD Rembau. Dah pesan suruh telefon, tak kiralah menang ke kalah. Tapi sampai sekarang, makcik-alergi-gagang-telefon tu tak call pung. Kemain cuti Aidilfitri hari tu lawan ibu, lawan Iman berkali-kali-kali-kali asal free ja masa. Nak jugalah tahu apa keputusannya... kannnn?
Lanje papan catur ja yang mampu. Gambar kakak Amni main catur tak dapek den letak.
Anyway xiang qi ni kami beli kat DIY, RM11.++ ja 😀.
No comments:
Post a Comment