Sunday, 21 October 2012

Bila Anak Keracunan Makanan

Salam dari Jugra, 

Mulai jam 1 pagi malam tadi, Amin muntah. Habis segala apa yang dimakan malam tu kuar. Aku ingatkan sebab dia memang ter over makan. Siyes kembar yang abang ni memang agak kuat makan. So, lap apa yang patut. Sambung tidur. Tak lama pastu muntah lagi dan lagi dan lagi. Bersambung la pulak dengan Iman. Muntah sampai abis uda apa yang ada kat dalam perut dia. Nil. Zero. Kosong, kosong ongggg. Minum sket gerenti muntah balik. 

Aku dah leh tau pa rasanya masa dari perut dia tarik tuk kuarkan isi dalam perut yang memang dah takda apa tu sebab aku pernah rasa memandangkan aku bekas pesakit gastrik. Huhhh memang sakit. Bila dorang wat-wat muka dan cakap "Cakit eyut". Aku dah tau dorang memang sangat-sangat sakit. Tapi apa yang boleh aku buat. Minum dorang ta nak lansung. Paling kuat pun aku urut-urut belakang kembar dengan minyak angin dan memang plan nak bawak dorang gi hospital selepas subuh ja sebab aku fikir ni mesti angin ni sebab kami-kami ni makan takda la pulak jadi apa-apa.

Pendek citer, gi hospital. Masuk ja bilik doktor, doktor baca laporan yang kami bagi kat staf bilik triage. Terus doktor cakap. "Malam tadi makan di luar kan?". "Fuhhhh, terer arr doktor tahap Tok Nujum", bisik aku dalam hati. Pastu aku iyakan ja lah sebab memang betul pun. So, doktor sahkan yang kembar kena keracunan makanan sebab keracunan makanan ni tak semestinya sumer akan kena. Bergantung kepada individu. Dan bila aku telefon kawan-kawan yang turut join malam tadi pun, sumernya OK. Cuma kembar ja yang kena. 

Jadinya, antara perkara yang kita-kita as a parent perlu tahu tentang keracunan makanan ialah :-

1. Rupanya muntah-muntah bagus sebab berfungsi untuk mengeluarkan semua bakteria bedebah dalam usus si pemuntah. Jadinya ubat tahan muntah tak perlu. Selama ni bila aku gi klinik swasta mesti dorang akan bagi ubat tahan muntah.

2. Hati kering adalah perlu kepada ibu bapa yang anaknya kena keracunan. Hati kering, sebab kau memang kena biarkan dorang muntahkan sumer walaupun hakikatnya apa pun dah ta da dalam perut dorang tu. Kesian wehhh. Tapi nak buat macam mana kan? Aku? Siap sidai kain kemas rumah basuh pinggan bagai sambil nyanyi-nyanyi lagu 'Mengapa Dirindu' lagi. Life must goes on beb.

3. Kasih sayang, perhatian dan manjakan dorang @ sokongan moral. Memandangkan dorang kecil lagi, so peluklah dorang (selepas siap sidai baju) bagitau yang dorang kuat. Cakap yang baik-baik ja seperti, "Tak pa muntahkan ja, nanti mesti baik", atau " Pandai abang" (sebab bila nak muntah dia akan amik bekas yang disediakan dan muntah sendiri time aku ta da wat keja lain. Siap muntah, lap sendiri mulut guna tuala) "Minum sikit-sikit, nanti cepat baik". Janganlah asyik cakap "Ciannya anak ibu", "Ya Allah, kesiannya". Kesian ja memanjang. Masa ni lah nak uji tahap buat ayat Bahasa Melayu kita baiii. 

4. Sila sediakan segala macam air yang sedap-sedap sebab doktor suruh bagi air sikit-sikit. Sepatutnya air garam tu lah. Tapiiiii, apa cer air garam? Takan di minum punyalah. Ngak sodap lansung. Jadi sediakan Vitagen/Yakult/Solivite atau apa-apa seumpama dengannya, 100 Plus yang gas nya dibuang atau apa saja jenis air. Tapi elakkan susu sebab itu akan menyebabkan keloyaan.

5. Makanan pulak, bubur adalah terbaik atau apa-apa soft food. Tapi kembar tak makan bubur. Jadinya standby roti bakar, Mister Potato, dan biskut Tiger. Kalau banyak pilihan lagi bagus sebab lambat laun dorang akan rasa lapar. Biar orang sendiri pilih nak makan apa. Paksa-paksa kang lansung dia ta nak makan lagi haru.

Mungkin banyak lagi persediaan tapi setakat pengalaman aku ialah seperti yang di catatkan di atas ja. Dan setakat ini kembar semakin baik. Alhamdulillah. Dan sekali lagi Alhamdulillah sebab jadinya pada malam minggu yang soknya tak kerja. Allah jualah pengatur yang terbaik.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments:

Post a Comment