Saturday, 18 April 2020

Kembar dan Kompang Kahwin

Kembar mula berkompang dari tahun tiga. Bermula dengan pertandingan sampailah boleh dapat duit poket, tak pun makan percuma dengan menghadiri majlis-majlis yang perlukan kompang sekitar Kuala Pilah. Invest duit untuk kemahiran sentiasa berbaloi. Eh, jap... aku tak invest duit pun haha, hanya masa dan tenaga je la tuk kembar dapatkan kemahiran berkompang ni.

29 Feruari 2020, julung kalinya kami sekeluarga dijemput hadir kenduri sekali dengan kembar berkompang. Biasanya hantar dan ambil kembar ja. Kali ni lain, sebab ini kenduri saudara Cikgu Shafina yang mengajar kembar berkompang. Majlis yang lain lebih kepada jemputan berbayar. Jemputan untuk pasukan kompang dan cikgu pengiring ja.

Kompang kahwin ft. kembar dan kawan-kawan.

Kebanyakan mereka dari tahun enam. Mereka yang bersama-sama kembar belajar meningkah dan menalu kompang sejak dari tahun tiga. Aku menyaksikan sendiri Cikgu Shafina melatih mereka dari kosong. Bukan senang. 

Sepatutnya tahun ni, Cikgu Shafina perlu melatih pelapis yang baru sementara geng-geng ni masih ada. Itu jugalah kami sembangkan dengan cikgu, tapi Allah aturkan Covid-19 untuk kita semua. Sedangkan UPSR pun dibatalkan, inikan pula aktiviti berkompang. Bertabahlah cikgu nak cari pelapis baru nanti ya.

Baju kami sekeluarga kebetulan sama warna dengan pasukan kompang. 

Nampak macam pengurus pasukan pulak dah. Dan masa ni muka Amni terbakar teruk sebab menjalani latihan netball peringkat daerah. Takpe... masa MCO yang panjang ni, putihlah semula tu. 32 hari dah minah ni tak kena cahaya matahari. Kembar pun.

Vlog bakal menyusul Insha Allah. Tunggu. Siap! Klik sini

Pending entry is done and I am happy!

No comments:

Post a Comment