Wednesday, 12 August 2015

Berpuasa Gaya Kembar & Selamat Hari Raya 2015

Salam dari Senaling,

Omaiiii...Features saving automatically ni memang bagus. Tak sempat aku nak undo terus dia save entri yang aku update. Apa yang aku update? Aku ter delete a whole entry. Oh yes. I will start from all over again. Yeahhhhh...

**Nangis peluk bantal Barney.

Bismillah. (Dah ter delete, baru nak baca bismillah. Dasar kufur nikmat)

Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir Batin. #raya kan sebulan.

Tahun ni, kembar di ajar berpuasa. Atau lebih tepat, aku rasa kembar yang excited nak puasa. Bulan Syaaban lagi siap praktis nak puasa tuk Ramadhan. Iman tolak cekodok bilis feveret, alasan nak puasa (walau pun pagi dan tengahari melantak macam-macam). Tak mengapalah, janji semangat ada.

First Ramadhan, Subhanallah. Memang daebak. Awal pagilah. Bila dah tengahari  tu, melepek habis. Amin, menangis tersedu sedan minta makanan. Mulanya kami pujuk-pujuk suh bertahan. Tapi, lama-lama...

 Puasa tak penuh, tapi raya tetap sakan.

Kesian juga, kakak Amni puasa penuh pun start dari darjah 4. Darjah 1, aura puasa lansung tade. Siap kami sediakan lunch tuk Amni. Darjah 2, Amni puasa on off. Tu pun sahur jam 6.30 pagi. Sampai darjah 4, masih juga ada waktu-waktunya Amni sahur jam 6.30 pagi.

Kembar baru darjah 1, layan puasa macam orang dah baligh. Bincang ngan Encik Ayah, kami wat keputusan tak kan paksa durang puasa. Tapi solat wajib. Alah, kat FB kan ada mesej sal hal ibu ayah paksa anak-anak kecik puasa, tapi solat ringan ringankan. Ada juga logiknya.

Maka dengan itu, kembar puasa separuh hari. Tapi lunch kami tak sediakan. Makan apa yang ada. Ada biskut, makan biskut. Ada roti, makan roti. Pernah juga kembar cuba puasa penuh (dengan pujukan ibunya waktu hujung minggu). Tapi curi-curi makan lak. Tau-tau ja melambak biji kurma di kabinet TV. Amin ja makan kurma. Jadi boleh kesan dengan kacangnya siapa yang curi makan kurma tu. Tau-tau ada 2 botol Yakult dalam tong sampah. 

Ditanya tak mengaku. Durang tak tahu kot yang ibunya dulu-dulu anak murid Detective Conan.

Lastly, aku slow talk ngan kembar. Kalau tak boleh puasa, bagitau. Jangan curi-curi makan. Tak baik. Alhamdulillah... Selepas tu makin meriah durang makan. Huhu

Kakak Amni, ofkos puasa penuh tanpa kompromi. Dah besar macam kakaknya nanti, Insha Allah kembar pun akan puasa penuh. Amin.

Solat terawih biasanya kami buat kat rumah ja. Hujung minggu baru gi masjid sama-sama Encik Ayah. Pernah satu malam, aku suruh Amni dan kembar baca doa kuat-kuat apa yang durang inginkan. Aku mula dulu. Doa aku macam biasa. Doa Amni seperti biasa. Doa Iman seperti boleh ku duga. Doa Amin yang unpredictable..."Ya Allah, moga kakak Amni tak jadi garang lagi macam Kak Ros". Haha

Upin Ipin & Kak Ros

Bersyukur juga Amni garang macam Kak Ros. Kembar lebih takutkan kakaknya dari ibunya. Kakaknya suh solat, sekali ja cakap terus amik wudhuk. Kalau ibunya suruh, kejaplah, penatlah, nantilah. Macam-macam alasan. Tapi kalau aku dengar Amni marah. Memang garang sungguh. Walaupun garang, tetap sayang...macam Kak Ros dalam Upin Ipin tulah.

Ya, itulah kasut raya durang. Lebih praktikal. Langkah penjimatan la katakan.

Daaaa...Bye korang.