Thursday, 2 March 2017

Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah

Salam dari Senaling,

Happy dapat shopping di Tanjung Dawai, dapat naik bot dari Pantai Merdeka. Sambung terus perjalanan ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Bukan setakat anak-anak, mak bapak anak pun excited sampai ke sini. Belajar tentangnya dua puluh lima tahun lalu. Baru kini ketemu!

 Syukur sampai sini juga akhirnya.

Aku tak pasti sebenarnya leh amik gambar atau tak dalam muzium. Tak ada yang tegur maknanya bolehlah kan?

Memang best dapat baca info-info tamadun lama ni. Terutamanya Amni. Nak masuk Tingkatan Satu 2017. Harap-harap dapat membantu sedikit sebanyak. 

Selepas masuk ke muzium, leh sambung tengok secara live pulak bagaimana rupanya tamadun lama ni sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu.

Jalan masuk, memanjat sikit untuk sampai ke empat-empat candi di sini. Tapi tak teruk sangat pun pendakiannya. Slow-slow boleh sampai ni.


Ada empat candi semuanya, terlepas satu nak amik pic. Hehe. Tiga candi merupakan candi yang asal. Hanya satu candi dah runtuh dimamah zaman tapi dibina semula seakan-akan candi asal. Berjalan di sekitar kawasan bersejarah ni, rasa amaze sangat dengan semua tinggalan tamadun ke dua hingga empat belas masihi ni. Awalnya mereka di Tanah Melayu beragama Hindu - Buddha. Kini, Islam merupakan agama rasmi negara. Betapa besarnya pengaruh Islam di Tanah Melayu dahulu. 


Rupanya kawasan arkeologi ni dekat ngan air terjun. Bersih persekitarannya. Tapi kami tak mandi walau pun geram ja rasanya tengok air terjun ni. Dah petang sangat. Masing-masing keletihan berjalan dari sembilan pagi tak berhenti lagi ni.

 Buka 363 hari setahun. Datanglah berkunjung. Puas hati Insha Allah.

Nak mencari tempat ni senang dengan aplikasi Waze. Jadi tiada alasan ya.
Habis explore kami balik homestay Cik Am di Gurun. Betul-betul depan kaki Gunung Jerai.
Luruskan kaki.



Homestay Cik Am pandai-pandai aku bagi nama, sangat luas.  Boleh main futsal di main hall. Hehe. Harga pun murah. RM100 je semalam. Semua lengkap, aircond ja tiada tapi sejuk je kami di sini. Contact owner Amrizah - 0167186423kalau nak explore Gunung Jerai, air terjun dan kawasan sekitarnya. Gerai makan lengkap tuk breakfast, lunch atau dinner pun dekat, sedap dan murah. Kalau rajin, nak memasak pun boleh. Peralatan ada ja di homestay. 

Aku memilih tuk foodhunt. 😋

Next entry ⇒ Padang Besar, Perlis.

Moga bermanfaat dan sampai ketemu lagi!