Sunday, 20 May 2018

Ramadhan Kareem 2018

Ramadhan tiba. Ramadhan tiba. Ramadhan tiba.
Marhaban Ya Ramadhan, Marhaban Ya Ramadhan...

Lagu paling happening bila Ramadhan menjelma. Terasa begitu teruja-tak-sabar-sabar nak berpuasa gitu. Best lagi layan lagu Ramadhan Tiba ~ Opick feveret kembar, daripada lagu Ramadhan feveret ibunya (Ramadhan Bulan Berkat - Hijjaz).

Ramadhan kali ni tiada apa-apa yang havoc nak diceritakan sebab Amni dan kembar Amin Iman dah besar. Masing-masing tak sabar-sabar nak berpuasa, terutamanya Amin. Teringin nak berpuasa sunat lagi tu, tapi biasalah ibunya... nanti nanti nanti sampai ke Ramadhan baru mula puasa. Kakak Amni duk asrama, dah biasa puasa sunat khabarnya. 

Sunat tarawih, pun sama. Sebab tahun lepas dah jadi rutin, maka semuanya mudah Alhamdulillah. Cuma alasan kembar excited tarawih tu tak tahan. Nak minum air teh selepas tarawih (moreh). Apakah?

Sahur? Senang nak dikejutkan. Lauk yang mudah dan lalu dimakan ja. Ikan goreng, telur goreng, udang goreng, ayam goreng.... Ibunya je yang gedix sebab nga berdiet kunun. Nak cuba oat powder, Allahuakbar rasanya... nanges. Tapa sikit-sikit mesti habiskan satu tin! Membazir amalan shaiton.


Share alarm untuk Ramadhan Kareem. 4.30 pagi aku atau Incik Ayah bangun tuk masak simple-simple. Yang simple tu lauk, nasi kalau boleh pagi baru masak. 5.15 pagi alarm tuk kejutkan budak-budak. 5.37 pagi last alarm tuk teguk air masak (kalau perlu). Subuh masuk tuk 1 Ramadhan sampai skang ialah 5.41 pagi. Tu sebab Alhamdulillah, selepas sahur terus boleh Subuh di masjid. Lepas Subuh relax chill dan leh zoooommm gi skul/kerja. Haruslah jadi sunnah nabi melewat-lewatkan sahur ni, kan? 

Berbuka pun simple, berazam masak sendiri dari 2010 lagi. Jadi tuk tahun ni kita teruskan ja. Cuma mungkin awal Ramadhan aku masih bercuti, terrajin la sket buat kek gula hangus lah, kek batik lah, dan sandwich yang semua maklum; takkan habis dimakan semuanya. Nak buat sikit-sikit seperti pembaziran tenaga manusia. Penyelesaian, memang aku buat banyak terus. Waktu tarawih bawa gi masjid buat tambah-top-up menu moreh. Alhamdulillah, setakat ni habis kecuali kek gula hangus, sebab terhangus lebih jadi ada rasa pahit-pahit-manja dihujung cerita. Heeee


Share lak infografik ni. Memang jadi isu bila nak cukupkan 8 gelas air putih sepanjang Ramadhan. Biasanya aku teguk banyak-banyak masa tarawih, sekali tengok ni, laaaaa mudah ja rupanya. Semua orang boleh buat. Inshaallah, jom istiqamah.

Jadi begitulah kisah kami pada Ramadhan 2018. Alhamdulillah, dipanjangkan lagi usia untuk merebut sebanyaknya kebaikan dalam bulan barokah wa rahmah wa ni'mah ini. Moga penghujung Ramadhan tahun ini membawa pengakhiran dan menjadi permulaan yang baik-baik dalam hidup kita semua. Aamiiin.

Yeayyyy updateee 😀