Tuesday, 15 March 2011

Superman To-Be

Waktu : 6.30 petang - 7.00 malam
Tempat kejadian : Playground Kolej
 
Super Amin : Mana destinasi seterusnya Super Iman
Super Iman : Mana-mana la... janji best

Siap ambik tanjak tu... Biar terbang lebih power....

Maybe ada yang urut dada tengok adegan ni.
But I have my own point of view to let them explore the world.
The most important thing is we are there to look after them....
(Ecehcehceh... tetiba ter"English" lak)

Monday, 14 March 2011

Twin & Skandal

Setiap kali pegi playgroung akan ada sorang makwe comey yang ushar twin. Dah berapa kali dia cuba tackle twin tapi twin memang lambat nak mesra. Sian makwe comey tu. Bersopan santun dan berbudi bahasa pulak tu. Memang idaman Malaya la. Tapi ta tau pesal twin tak layan sangat. Maybe bukan taste dorang... Bahahaha... Tapi serius comey.

Dahla comey, cute, pandai posing lagi tu...
Hilang macho... ada ke bawa barney gi playground..haishhh
Amin : Senyum ada market ni...
Iman : Control...control... jangan nampak obvious sangat yang aku suka kat dier...

Dan AKHIRNYA....
Penantian berminggu-minggu membuahkan hasil... hehe
(Tu Iman.. Memang dari awal dia lebih ke Iman)

Memandai je Ibu wat citer HOT ek? Sebenarnya makwe comey ni kepingin nak adik lelaki. Adik beradik sumer perempuan.Tu yang dier selalu approach twin.Memang tak pernah jemu la dia mencuba. Nanti bila Tok Guru dah datang, leh la geng ngan makwe comey nie.....

Sunday, 13 March 2011

Acara Berirama Yang Tak Layak Dipertandingkan

Ini ialah antara acara sukan berirama yang ta layak dipertandingkan 
di mana-mana acara sukan pun
Ta kira la samada sukan tahunan peringkat sekolah, maktab, universiti
sukan Kampung Pisang pun ta layak.. 

Gusti Dari Lengan ke Lengan, Siku Menyiku dan Diakhiri dengan 
Tangisan Riang Ria Berirama Pop Yeh Yeh

Sumo Berirama ala Ultraman Taro dengan 8 Bersaudara  
 Angkat Berat Berirama Wonder Pet
Amin : Apa yang penting?...
Iman : Kerjasama laaa......

 Lompat Setempat Berirama Dangdut Nusantara...
(Goyang yukkkk....)
 Ibu : Huh... tengok gambar cenggini, bersemangat nak kumpul duit beli kamera DSLR.. 
(eh betul ke DSLR?)

Friday, 11 March 2011

Susahnya Nak Cari Baju Tido..

Nape susah sangat nak carik baju tidur budak lelaki umur 3 tahun - 4 tahun? Melilau cari merata-rata.. ulang sora siap bold, underline, italic lagi merata-rata. Tak gak jumpa-jumpa....Dengan Lin sekali terpaksa melilau mencari secara berjemaah sebab lebih afdal.Lepas satu kedai, satu kedai.. teda juga ketemu....Haishhh... Rasa nak bersilat pun ada...Baju tido twin dah la daif, sket, pastu malam2 suka wat comot kat baju sendiri. Ulang-ulang baju yang sama... Siap pudar warna lagi tu.... Sedey tul. Kalau jumpa pun, mesti ada satu set jer saiz tu. Kalau ada sama saiz, gambar tak sama pulak... Ada sama gambar, warna tak sama pulak.... Adventure tuk carik baju je... Ibu sukaaaaa....

Puas cari, yang dapat akhirnya ialah baju Ibu... bahahaha.. dasar perempuan suka shopping. Dan akhirnya Ibu dapat satu idea yang agak bernasla jugak. Pe kata men mix n match. Maksudnya beli suar dan baju asing2. Dan sebagai permulaan Ibu beli suar kat bawah ni....


Suar merah siap ada gambar Pooh...Sesuai tak tuk boy? Pooh tu jantan per..Kira okla kan?
Menunjukkan kegembiraan yang teda terhingga... First time dapat pakai suar merah menyala oh jantungku...
Pastu men peluk2... Sebab gumbira gilerr... (Eh.. peluk ke bergusti...Lupa lak Ibu..)



Ibu : Misi cari baju tidur takkan berakhir. Takkan berhenti dengan apa yang telah dimulakan... Ewahhh..

Thursday, 10 March 2011

Ibu Cuba Memasak...

Hehehe... Declaration tak pandai memasak. Jujur dari mata turun ke hati....
Pe nak wat ek dapat ibu yang dahla tak pandai... Malas lak tu nak memasak...
Semalam pagi bibik bagitau, lauk teda
Rasanya baru check, ada lagi daging dan sotong
Bibik taknak masak daging, tapi teda lak kata papa pasal sotong...huh?
Jadi semalam pagi dengan gigihnya bangun awal....Masak pe yg ada di rumah 
(be creative for the twin)

Menu 1 : Tomato Crushed With Sardine in Metal Can

Menu 2 : Pasta Nat Basikal
Menu 3 : Mushroom Mixed with Chicken In Tomato Soup
(Sponsored by Kimball, Buy & Cook by Ibu)
Menu 4 : Fruity Paradise

Tapi Ibu breakfast dengan...

a glass of Herb Tea with Fresh Milk in Green Sachet
(diet maaa...).

Bila buat post mortem.... Bibik kata Iman memang suka gilerrr, Amin tak suka.... Haish. Confuse gak. Bila buat siasatan ala2 Sherlock Holmes barula tau pe sebab Amin tak suka pasta yang ibu masak. Sebab bibik bagi Amin makan mushroom... hehe.. Ibu lupa nak bagitau bibik, mushroom tu wat cantik je, kalau idak tak gempak la soup tu. Nampak tak bermaya, lemah longlai....

Ibu : Nama menu biar gempak ... padahalnya.... ^__^.
Janji twin tak kebuluran..ye dakkk...

Wednesday, 9 March 2011

Geng Pengembaraan Kembar di Malam Kebudayaan

Pada 4 Mac 2011 yang lalu, ibu dan kembar menghadiri Malam Kebudayaan anjuran Kolej
Memandangkan ada persembahan Dikir Barat, Fesyen Show, Tarian Kebudayaan antara Kaum
Jadi ibu rasa mesti best kalau bawa kembar tengok persembahan itu
Tapi nak dijadikan cerita, sebelum pergi malam tu Iman wat hal lak
Main air sampai habis basah dalam bilik memang ibu naik angin tahap dewa dewi la
Tapi disebabkan berjanji dengan member2 maka pergila juga Ibu bawa Iman yang muncung sedepa
Lin dan kembar Najwa dan Najla pun datang

 Kembar Amin&Iman bersama Kembar Najwa&Najla
(gambar kurang umpphh... maklumla camera 5MP)
Iman bukan setakat muncung sepanjang malam 
malah siap jeling2 dan siap buat2 ngantuk kunun
Padahalnya punyala bising dewan tu...
Iman memang Drama King...huhu
Amin? Coooooollllll + Chilllllllll

Silat Pulut, Silat Cakar Harimau, Silat Gayung, Silat Cakar Badak.... (ok, ibu describe overrrr)

Amoi-amoi manyak comellll....
Iman? Maintain muncung........
(First time tengok warna hijau cantik diganding bersama pink.....hehe)

Ibu : Memang best giler walaupun Iman pura2 ngantukkkk.... Jadi macam Nanny 911 lak malam tu sebab dua2 pasang kembar dok berkepit dengan ibu... Terasa mithali jappp...

Tuesday, 8 March 2011

Dedikasi Spesel Tuk Anakanda Tersayang

Oh Amin, Oh Iman....
Ibu ingin mendedikasikan perutusan ini kepada korang berdua kembar bertuah
Terima Kasih Sayanggggg....
Disebabkan kerja gigih korang berdua yang tidak pernah kenal erti putus asa
Tidak pernah kenal penat lelah
Walau hujan, walau panas, walau ombak bergelora atau tidak
Korang memang anak yang BEST.
Syabas dan tahniah kerana BERJAYA dengan JAYANYA
Menyebabkan 
keta ibu takleh nak start semalam
bateri kong
dan menyebabkan ibu terpaksa menumpang kasih keta kawan ibu
Korang memang technician yang EXCELLENT, WELL DONE
Sebab ibu tak dapat mengesan misi khas korang
Walau pun ibu ada sebelah korang je pada masa kejadian, tapiiii....
Korang memang LICIK
Mari sama-sama kita raikan kejayaan korang tu...
 kita jenjalan ...
 dan ibu belanja McD yer.... 
dapat toy car dan siap tapau fun fries masuk plastik toy... Kreatif tul!
 *muka puas hati giler berjaya meng'kong'kan bateri keta ibu dan buat ibu surprise*

Ini la ubat penenang ibu ketika terrrrSURPRISE ngan misi korang tu....
satu lagi untuk kawan yang ibu tumpang kasih tu.

Ibu : Len kali untuk kejayaan misi ke2 korang, kita gi Secret Recipe lak.
Hikmahnya : Ibu dah tau guna jumper tuk caj keta, terima kasih anakanda!!! Satu lagi ilmu baru.