Saturday, 9 December 2017

Tempat Makan Best di Terengganu

Salam dari DJ Citi Point Hotel, Kuala Terengganu,

Kalau google, tempat makan di Kuala Terengganu tak seWoW Kota Bharu. Ada, tapi kurang diviralkan agaknya. Jadi anak jati Terengganu, apa lagi? Ayuhlah bangkit, banggggkittttt... Pergilah makan, amik pic (biarlah orang kata kau mental disorder). Ini satu sedekah, membuka jalan rezeki orang (dengan izinNya). Ayuhhhhh, bangkitttt... 

Nak tunggu anak jati Ganu viralkan, aku senaraikan dulu tempat makan mengikut hari aku datang ke Kuala Terengganu ya. Bukan mula dari tempat makan yang best atau sebaliknya eh.

1. Air Buah Gelas Besar Terengganu (Air Buah Pak San)
Seronok aku tengok senarai menu yang jelas dan padu macam ni. Paling seronok ada option tiada ais! Yeay. Nak ke sini aku cadangkan semua ahli keluarga bersepakat membawa berkat (ke dompet masing-masing). Kalau seorang nak tembikai, seorang nak epal, seorang nak bachang,... jenuh wehh. Takkan nak order gelas kecil atau sedang. Itu kedai makan tomyam depan Matrikulasi Negeri Sembilan pun ada. Ni Ganu ni, Ganuuuu...


Antara gelas-gelas ke bekas-bekas lebih tepat tuk letak air buah pilihan hati. Saiz paling besar ialah balang dengan harga hampir RM100. Tapi besar giler kot bekas dia. Kongsi ramai-ramai la baru berbaloi. Ada 36 jenis buah boleh pilih, aku tak pasti wujud ke tak semua buah tu hari-hari. Kalau semua buah tu ada memang aku salute sungguh-sungguh.

Kami amik King epal tanpa ais. Sedap! Berbaloi. Harga RM9.50 kongsi lima orang. Kembung perut masing-masing kongsi-kongsi minum.

Selain air buah ada juga makanan goreng panas-panas, keropok lekor, laksa ganu, laksa penang, mee kari, nasi lemak, nasi minyak, mee sup. Pulut nyior pun ada. Eh pergilah sini. Dari Kuala Terengganu lebih kurang 22 minit.

2. Nasi Dagang Kak Pah No. 30, Pantai Batu Buruk.
Kalau guna Maps, yang kau jumpa Nasi Dagang Kak Pah Petaling Jaya. Tapi kalau kaji betul-betul map, menghala ke Pantai Batu Burok Kuala Terengganu. Jadi pandai-pandailah ya.

 Gi Ganu harus makan Nasi Dagang.

Tuk sarapan, Incik Ayah yang cadangkan ke sini (selepas google, of course). Orang memang ramai, tapi aku yakin hujung minggu lebih ramai. Nasi dagang dia sedap. Susah nak cakap sedap macam mana. Tapi berbaloi kalau datang sini sebab kiri kanan gerai ni ada juga yang jual nasi lemak, dan lain-lain. Konsep sini, mana kau duduk di situ kau kena order air. Makanan takpe, boleh order bersilang.

3. Restoran B'Beteng, Taman Tamadun Islam
Makang di sini, dapat view cantik - Muara Sungai Terengganu. Saja nak kabo yang kami banyak kali minum air suam tuk cover rasa bersalah sebab makang sokmo dok ghenti 😂.

Lunch kami di sini. Makanan okay. Susah nak cerita lebih-lebih sebab kami makan mee, keow teow dan mihun sup ja. Rasanya Alhamdulillah, sedap kot (ada 'kot' sebab yang makan anak-anak). Durang makan sampai habis, jadi sedaplah kan. Kami guna kupon yang kami dapat masa amik pakej di Taman Tamadun Islam.

Aku tak makan bukan sebab diet, sebab utama ialah aku nak standby perut tuk segala-celup-tepung petang ni. Hohoho. Tapi jangan risau, restoran ni turut menyediakan aneka macam makanan, steamboat pun ada (tuk malam).

4. Firdausy Seafood, Celup Tepung, Pantai Teluk Ketapang. (Dekat lapangan terbang)
Ingatkan nak gi Warung Pok Nong, tapi hari tersebut warung tu tutup. Jadi aku google dan jumpa satu blog yang senaraikan gerai celup tepung yang setanding Warung Pok Nong. Aku pilih Firdaus Seafood sebab paling dekat ngan Kuala Terengganu. Dan leh nampak view kapal terbang. Lebih seronok view pantai tapi masa ni hujan lebat. Jadi aku amik jalan selamat. Rezeki dapat tengok MAS naik hari tu.


Aku suka sotong dan udang celup tepung di sini. Kesegaran terasa.seperti udang-udang itu baru keluar lompat bintang dari laut. Aku pernah rasa udang sesegar ni, masa di Kota Kinabalu Sabah. Haaaaa...gitu aku promosi. Selain tu ada juga mee bodo-bodo (tapi sedap), ada telur ikan celup tepung, ikan tupe (anak pari) celup tepung dan macam-macam lagi celup tepung yang aku rasa semua gerai celup tepung ada.

5. Naj D'Leaf Station, Jalan Banggol
Kebetulan jumpa kedai ni sebab berhampiran Ezy Laundy. Aku ajak Incik Ayah lepak sementara tunggu baju siap dryer. Yang meniaga dak muda-muda. Bagus betul! Aku suka suasananya. Santai-hipster gitu. Makanan pun banyak pilihan. Dari masakan panas-panas, roti bakar, roti canai, tosai, capathi. Aku cadangkan, order lah makanan panas-panas. Macam sedap ja meja sebelah makan.


Ini menu aku dan Incik Ayah tapi menu meja sebelah nampak lebih sedap. "The other side always look greener" omputih kata. Hehe Kalau gi Ezy Laundry lepaklah sini sementara menunggu. Bagi sokongan, kongsi rezeki, dapat pahala Insha Allah.

6. Warung Atak Nipoh 
Asalnya nak cari Gerai Kuih Gong Kapas tuk sarapan, sekali tutup. Kami fikir mungkin buka tengahari ke petang gitu. Takpalah. Masa memusing tu jumpa satu warung ni, penuh orang. Jadi kami decide makang situ je lah.


Banyak pilihan makanan tuk sarapan, aku mundar mandir da macam tapir tak tahu nak pilih mana. Kuih muih memang banyak, nasi lemak, nasi dagang, nasi kuning, kepok lekor stim pon ada, paling win, churros pon ada!

Irish breakfast dan roti canai. Ni memang betul-betul pertembungan budaya dua benua 😁

 Pilihan kami, apam manis, nasi lemak ikang, laksam dan nasi dagang.

Paling win, kuey teow goreng akak ni. Leh repeat order.

Rekemen Warong Atak Nipoh pada siapa yang akan ke Terengganu, aku harap aku ada geng tapir mundar mandir dok pikir mana se nak makang. Hehe

7. Restoran Mat Binjai, Jalan Sultan Sulaiman
Kalau google tempat makan di Ganu, restoran ni keluar lu. Kelebihan makan di sini ialah makanan dihidangkan ala-ala masakan minang. Yang kau makan je kau bayar.

Antara yang dihidang. Incik Ayah terkejut, aku bajet cool sebab aku dah baca awal-awal. Cuma aku konpius; aku nak try sana sikit sini sikit. Takan kena bayar sampai satu pinggan lauk? Rupanya kalau cam ayam kampung goreng ni, dia letak 5, kau amik 1 jadi bayarlah tuk 1. Kalau kuah sayur, dikira ikut pinggan bukan satu sudu dua sudu. Sama cam budu, sambal asam, kira kut piring kecil tu.

Maafkan aku penyu. Maafkan aku pencinta alam. Teringin nak rasa. Taleh nak gi kalau makan cam telur ayam atau telur puyuh 😅. Tapi aku habiskan juga (kena cicah budu) sebab tanak membazir. Cukuplah sekali.

8. BTB 2209 rebranding jadi Dynar Lekor, Bukit Tok Beng
Kalau waze atau maps gerenti keluar gerenti sampai gerenti terlajak (melainkan anak Jati Ganu la kot). Letaknya di corner jalan. Jadi bersedialah tuk patah balik dengan awesomenya. Jangan marah-merungut. Nak makan sedak kena berusaha! Hehe


Kami order semua yang ada di menu. Gelojoh tak? Nak rasa punya pasal. 


9. Warung Pok Nong, Pantai Mengabang Telipot
Tak sampai sejam makan kepok lekor di Dynar Lekor, kami gi lagi Warung Pok Nong. Dasar gelojoh kot tapi niat nak tau je sebab apa warung ni femes giler tuk binatang celup tepung, walhal banyak lagi warung seumpamanya di Terengganu.

Udang besar, sotong besar, dan harga pun besar lah kan, lebih dari Firdausy Seafood Restaurant yang kami pergi semalam. Tepung sedap, rangup. Sos pun ngam lah dengan udang dan sotong kami beli ni. Kalau dulu sotong sekor-sekor dan ada gunting tuk kita kerat kecik-kecik, skang Pok Nong dah gunting siap-siap. Amik ikut pinggan. View cantik nampak pantai, tapi...

...kami tapau sebab nak makan lebihhhhh dekat dengan pantai. Hehe

Side menu yang wajib dicuba, ketupat sotong. Sedap!

10. D'Mas Selera Kampung, Jalan Kampung Daik.

Dekat dengan Pasar Payang dan lokasi kedai ni sebenarnya bertentangan (seberang jalan) dengan DJ Citi Point Hotel dan kedai kain Dewandas. Dekat juga (sederet) dengan PapaRich. Agak tersorok tapi makanan (aku bersarapan di sini) memang sedap dan berbaloi. Amni dan kembar yang makan nasi lemak pun kata sedap. Ingat nak ulang sarapan esoknya (Jumaat), tapi tutup 😢.

Dari seberang jalan cenggini rupa paras kedainya.

Sedap mihun mi goreng yang aku makan kat sini. Letak lak cili potong, alamak meleleh lak air liur mengenangkannya.

11. Yah Kedai Binjai 2
Kedai makan ni dibuka dari pagi, dan memang dekat giler ngan D'mas Selera Kampung. Belakang ja dan lokasinya betul-betul sebelah bangunan restoran PapaRich. Dekat ngan Pasar Payang gak.

Ada macam-macam menu, tapi saja ah nak try makanan fofular Pantai Timur, singgang ikan tongkol dan ulam  +budu+sambal belacan. Sedap!

12. The Pondok, Dapo Pata Uptown, Pantai Tok Jembal
Ada banyak dapo kat sini, dan aku pilih yang paling hujung sebab kat situ ja belum ada pelanggan. Rejeki kita agih-agihkan, ye dak?

The Pondok. Aku rekemen makan sini sebab mata aku nampak dekorasi kedai ni paling win. Ambience bagus. Rasa macam makan kat Bali. Haha. Serius best. 


 Alhamdulillah, breakfast, lunch di Kuala Terengganu, dinner di Bali 😍 sambil menikmati pemandangan pantai, ombak, dan bot nelayan. 

Kebanyakan kedai buat western food, ada juga kedai yang wat keow teow goreng atau makanan hipster. Semua sedap-sedap, sebab boleh silang order kat sini.

13. Cafe Ulik-Ulik  Ombak, depan Pasar Besar Chabang Tiga

Asalnya nak sarapan di D'mas, tapi tutup. Kami lajak ke Kampung Losong (sebab nak shopping kepok), rezeki nak jumpa kedai sarapan pagi yang sedap ni. Keropok lekor di area ni dijual seawal 8 pagi. Ngam la sarapan awal pastu gi shopping kepok.

Nasi lemak sedap. Nasi dagang masa kami sampai dah habis. Dua-dua guna beras Basmathi. Patutlah tekstur nasi lemaknya naisss. Yang sebelah kanan tu, nasi goreng kambing. Pon sedap! Ada nasi minyak, pulut kuning, kari kambing, dan sambal paru.

14. Kuih muih tradisional, dalam Pasar Besar Chabang Tiga
 Masuk pasar ni. cari hala kiri. Sebab kanan pasar ialah pasar basah jual sayur, ayam, ikan.

Ada banyak kedai-kedai cenggini (macam Pasar Siti Khatijah) peniaga duk tengah, keliling barang niaga (iaitu kuih muih tradisional). Tak jumpa cari kuih muih tradisi di Pasar Siti Khatijah hari tu, jumpa di Terengganu rupanya. Mokcik ni peramah, aku tanya macam-macam (soalan aku biasanya poyo), dia layan je. Siap bagi aku rasa serunding (bila aku tanya sal serunding) dan bagi aku rasa jala emas (bila aku tanya sal kuih kuning shining tu).

Aku beli serunding daging dan ayam, selamba burung unta pulak minta bungkus kecil-kecil 100gm (RM6). Mokcik ni layan. Moga murah rezeki mokcik, dan kawan-kawan kat Pasar Chabang Tiga ni, Insha Allah. Kuih dia sedap sedap.

 Sekaya

 Gomak

Akok ni just nice teksturnya. 

15. Restoran Lempeng,

Restoran ni kat tepi jalan je. Menghala ke Kemaman/Cherating mesti boleh dapat restoran ni sebelah kiri jalan. Paling rare tuk aku ialah rojak kateh. Aku interbiu adik cermin mata, jenuh dia nak describe. Aku tengok sendiri, tanya lagi... Hehe. Rupanya kaki lembu. Dibuat macam gulai tak gulai. Tak reti nak decribe. Kakak kedai bagitau, rojak kateh ni leh makan ngan nasi, leh wat cicah kepok pung. Mystery solved! Kaki lembu aku biasa makan, tapi wat sup je. Memang sedap tekstur, kenyal-kenyal.

Terai lempeng kelapa, ketupat sotong, tuak aiskrim dan kelapa aiskrim. Lempeng kelapa sedap, isi kelapa sehelai-helai boleh rasa dalam lempeng. Ketupat sotong, tekak aku kabo sedak hok di Warung Pok Nong lagi. Tuak tu sebenarnya air nira nipah. Orang sini panggil tuak, campur aiskrim sedap! Kelapa aiskrim rasa cam coconut shake yang biasa boleh dapat di Negeri Sembilan.

Yang aku kepoh tanya sal rojak kateh di atas, aku tak beli pung! Hehe

16. Warung Aziz Satar, Kemaman

Kedai ni letaknya tepi jalan menghala ke Cherating. Dah nak sampai Cherating pun lagi 5 minit ja. Signature dish mestilah satar dan otak-otak. Satar memang sedap. Aku rasa kat dua tempat lain (tepi jalan hala ke Beserah), takleh challenge satar kat sini.

Khabarnya ini cawangan yang kedua sebab kedai asal jauh ke dalam. Tak kisahlah, janji satar memang sedap. Otak-otak sini pun special. Isi ikan pastu letak cam pais lebih kurang. Wajib rasa dua menu ni.

Selain tu, banyak lagi makanan lagi cam seafood celup tepung, nasi berlauk, dan mee calong.

Dah habis update, yeay Alhamdulillah. Karang cerpen sal food di sini. Jadi kenangan tuk kami dan moga beri manfaat pada yang lain. Sekian terima kasih 😋.

Nak tau senarai kedai makan di sekitar Kota Bharu? Klik sini

Bye!

Penginapan 15 Hari Sepanjang Kembara Cuti Sekolah 2017

1. Hiwayah Homestay, Taman Lahat Baru, Ipoh (25 Nov - 28 Nov 2017)

Harga : RM150/malam

Pro:
Besar dan luas, boleh masuk tiga famili. Lebih selesa dua famili.
Ada kemudahan washing machine
Banyak toto di sediakan
Air cond di ruang tamu dan master bedroom
Dua sofa bed di ruang tamu
Boleh nego baik-baik dengan owner

Cons:
Tiada wi-fi
Jauh dengan tarikan utama di Ipoh

Contact no : 013 584 1660

2. Hotel Sri Bintang, Gerik (28 Nov - 29 Nov 2017)
Harga : RM80/malam

Pro :
Murah, dua katil double bed hanya RM80
Signal Wifi kuat yeay

Cons :
Tiada tingkap
Tiada almari tuk bilik style kami

3. Mama Studio Inn, Kota Bharu, Kelantan (29 Nov - 4 Dec 2017)
Harga : RM150/malam


Pro :
Besar dan luas
Toto disediakan
Signal Wifi kuat
Dekat dengan tarikan utama di Kota Bharu (walking distance)
Security padu
Style Apartment, eksklusif
Self Service Laundry di bangunan yang sama.
Parking free

Cons:
ASTRO Njoi ja.

Contact terus tuan studio, kalau stay lama mungkin leh nego : 012 983 2844

4. DJ Citi Point, Kuala Terengganu, Terengganu (4 Dec - 8 Dec 2017)


Harga : RM110/malam (murah sebab booking awal melalui booking.com dan ta boleh refund 😂)

Pro :
Dekat dengan tarikan utama di Kuala Terengganu (Pasar Payang, ChinaTown, Pulau Warisan - walking distance)
Harga murah, untuk dua katil double bed hanya RM100/malam
Signal wifi kuat yeay
Staf baik-baik
Ada tingkap tuk bilik tertentu (211-216/ 111 - 116)
Siaran ASTRO ada HBO, Prima dan Fox!
Aircond bagus

Cons :
Kena panjat tangga, bilik mula dari tingkat 2.
Self service laundry terdekat (Ezy Laundry) letaknya 1km dari hotel
Parking bawah MDKT (jaga-jaga pegawai rajin giler, jam 8 dah mula kerja)

Contact terus pihak hotel : 09 - 630 9909

5. Eastana Resort, Cherating, Pahang (8 Dec - 9 Dec 2017)


Harga : RM207.70/malam (harga asal RM165/malam, jadi mahal sebab rate weekend)

Pro:
Dekat dengan pantai (5 minit berjalan)
Dekat dengan kedai makan
Siaran ASTRO
Bilik ada tingkap
Parking free
Aircond bagus

Cons :
Wifi tiada
Tak nampak lansung self service laundry
Kemudahan nampak lusuh/lama

Thursday, 7 December 2017

Tips Ajak Anak-Anak Photoshoot

Must visit place while in Terengganu 😄. Alhamdulillah, Geng Kembara Cuti Sekolah 2017 berkelapangan (dengan izinNya) spend sehari di Taman Tamadun Islam Terengganu.

Cabaran besar bila ke sini ialah nak ajak anak-anak ber photoshoot. Di TTI aktiviti utama selain membaca ialah photoshoot lah.

Boleh klik sini untuk hasil photoshoot sekeluarga di Taman Tamadun Islam - Taman Monumen

Kongsi sikit tips cane nak ajak anak-anak posing molek-molek. 

(1) Bgtau satu hari awal kemana nak pergi dan apa yang kita nak wat di sana. Ulang bgtau pagi hr kejadian. Ulang lagi masa dah smpai. Tiga kali ulang cukup Insha Allah. 


(2) Bgtau lagi, kita akan snap pic sekali sahaja. Ajak durang beri kerjasama. Kabor sekali, pic ta cantik kena amik sekali lagi. Ancaman 'kena amik pic SEKALI LAGI' cukup tuk buat durang trauma 😂. 


(3) Mak pak kena setting tempat lu, mana cantik mana nampak sumer campur lighting bagai. Da setting baru panggil durang n letakkan durang d kedudukan mana yg sesuai. 


(4) Ajak durang sebut something to make fake smile 😆. Sebut something fun cam kami sebut ayat ajaib - 'cheese lelehhhhhh' 


(5) Cari something fun tuk anak-anak. Kami sewa basikal 4 orang kayuh. Kakak n kembar ganti-ganti jd drebar. Semangat durang plus bergaduh juga nak amik giliran jd drebar. 


(6) Selesai sumer lanje la durang kepsi ke, mekdonet ke, puji ke, bg kebenaran durang beli SATU souvenir ke. Just to make them happy.


Moga bermanfaat tips ni pd mana-mana kawan yg giler vavi berphotoshoot cam aku 😁 dan mengharap pic family cantik cam famili Che Ta; tapi ta mampu hire personal photographer 😄.

ChinaTown, Kuala Terengganu

Salam dari DJ Citi Point Hotel, Kuala Terengganu,

Hari keempat kami bercadang photoshoot di Kampung Cina a.k.a ChinaTown, KT untuk street art. Trend skang kebanyakan ibu negeri setiap negeri mewujudkan street art. Di Kota Bharu pun ada, di Kuala Terengganu pun ada. Cuma tema berbeza.

Kebaikan yang aku nampak, lorong-lorong belakang bangunan (yang biasanya kurang bersih kurang terurus) nampak lebih bersih, terjaga dan lebih ceria. Siapa sangka, lorong-lorong itu jadi tumpuan pelancong!

Ke Kampung Cina ni, aktiviti utama yang itulah pon - photoshoot. Mengabadikan kenangan sekeluarga melalui gambar. Gambar-gambar ni kami amik masa hujan. Kalau tak hujan mungkin lebih mudah urusannya. Lebih cantik kejadiannya. 

Cabaran utama bila photoshoot samada di Taman Monumen, Taman Tamadun Islam, di street art Kota Bharu, di sini atau mana-mana tempat seumpamanya ialah keperibadian anak-anak. Menzabar zangat-zangat heiii. 

Aku share sini caranya. Mungkin bermanfaat untuk kamu, kamu dan kamu .

Layan lu pic, tips ada di hujung 😀.







 My Favourite Photo 😍



Leh klik sini untuk tips nak ajak anak-anak ber photoshoot.


Moga bermanfaat! Bye

Wednesday, 6 December 2017

Muzium Negeri Terengganu

Salam dari DJ Citi Point, Kuala Terengganu,

Hari ketiga kami di sini, Alhamdulillah berpeluang ke muzium terbesar di Asia Tenggara, Muzium Negeri Terengganu. First impression, wow cantiknya!

Senibina berdasarkan rumah tradisional negeri Terengganu.

Benar-benar cantik!

Ini ialah bangunan yang menempatkan galeri utama (barang pameran). Kawasan ni luas, ada macam-macam di luar bangunan ni. Kena bijak mengatur perjalanan berdasarkan cuaca dan keadaan. Jadi kami amik kesempatan ke pameran rumah tradisional Terengganu lu. Leh posing outdoor.

 Istana Long Yunus. Istana lama macam ni rupanya.

 Rumah (nama tak ingat) tapi letaknya di belakang istana dan perempuan sahaja mendiaminya.


Rumah rakyat marhaen. Rumah nelayan.

Rumah yang boleh dimasuki ada satu ja, depan rumah ada bot besar didaftarkan sebagai Sabar T.2. Meletakkan barang pameran tentang pelayaran. Sekali lagi Laksama Cheng Ho jadi bualan. Aku baru tahu Ah Cheng tu Islam 😁.

Inilah rumahnya. Depan rumah ni ada dua kapal besar (real punya) pemilik asal ialah kerabat Haji Muhammad Kaya. Kampung Losong yang terkenal dengan keropok lekor tu, dinamakan sempena nama beliau lah. Nama pun dah ada Kaya, Sah kaya!

Ada galeri pameran perikanan (dekat ngan rumah nelayan) tapi kami kalut sebab rintik hujan dah mula turun. Kang lebat, payung lak tak bawa. Jarak kawasan ni leh tahan jauh. Selesai di sini baru masuk galeri. 


 Pameran makanan tradisional

 Pameran Permainan Tradisional

 Pameran Anyaman

 Pameran Petroleum

Pameran Edisi Terhad : Pameran Terengganu Nelang

Luas kawasan muzium ni, penyumbang besar kepada kejayaan 10 000 langkah sehari pada hari tu. Selesai di sini kami solat jamak dan gi makang kepok lekor di Dynar Lekor yang tersohor kerana inovasinya. Pastu lajak gi Pantai Teluk Ketapang, Pantai Tok Jembal dan Pantai Mengabang Telipot. Warung Pok Nong! Semalam dah makan binatang celup tepung di Firdausy Seafood, hari ni pergi lagi. Aku nak tahu apa yang best nya di Warung Pok Nong. 



Tuesday, 5 December 2017

Taman Tamadun Islam

Salam dari DJ Citi Point Hotel, Kuala Terengganu

Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Mat Saman merupakan tempat yang harus dilawati. Terdapat beberapa tarikan menarik di sini seperti Taman Monumen, River Cruise, restoran B'Benteng dan paling vahhhh haruslah Masjid Kristal.

Pintu Gerbang Taman Tamadun Islam. 

Sesampainya kami, beli tiket di kaunter, kami ambil pakej yang quite menarik. Pakej Taman Monumen, River Cruise, baucer RM6 tuk souvenir, dan kupon makan tuk tiga orang di restoran B'Beteng. Jumlah keseluruhan untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak ialah RM164.00. Aku rasa berbaloi, tuk kami yang datang buat kali pertama.

Jam 1045 River Cruise mula, jadi kami naik cruise lu. Cruise akan bawa pusing keliling Pulau Duyong bersama-sama dengan tourist guide yang sangat berinformatif. Diperkenalkan kepada pulau-pulau yang berdekatan seperti Pulau Mayat, Pulau Hajah Siah, dan Pulau Api. Banyak informasi yang kami dapat masa cruising. Berbaloi pusing selama 45 minit.



 Pandangan Masjid Kristal dari Sungai Terengganu

Sedikit sedutan video bersaiz 100MB. Video penuh nanti aku bagi link tapi lepas aku upload di YouTube lah 😀.

Adik tu bercakap dari mula sampai habis (selama 45 minit)

Selesai 45 minit, kami masuk dan bergembira mengayuh di Taman Monumen sambil photoshoot. Keluar dalam jam 2.30 petang dan makan dengan menggunakan baucer makanan di restauran B'Beteng.

Klik sini untuk idea photoshoot di monumen-monumen terkenal di Taman Monumen.
Klik sini untuk tempat makan B'Benteng dan tempat-tempat makan best sekitar Kuala Terengganu

Kenyang semua suka hati kita solat jamak di Masjid Kristal. Indahnya Masjid Kristal pada 20 kubahnya. Menawannya masjid ni pada 4 ketul kristal yang terletak nunnnn di atas empat menara tinggi tu (satu menara tak muat masuk pic 😊). Kristal tu berbentuk leper cam UFO. Perasan ta?  Kristal tersebut ialah kristal yang benar-benar kristal hokey. Info dapat masa naik River Cruise. Aku pun baru tahu.

Masa kami gi, ruang solat tak dibuka untuk tourist kerana masjid dalam proses pengubahsuaian. Belum rezeki kami nak solat dalam ruang masjid. Ta mengapa, rezeki di lain masa tu.

Selesai solat, teringin nak gi makan binatang celup tepung lak. Hajat nak ke Warung Pok Nong yang tersohor tu. Tapi tutup rupanya hari Selasa. Google dan jumpa restauran yang jual celup tepung gak di Firdausy Seafood, Pantai Teluk Ketapang.


Alhamdulillah selesai hari kedua di Kuala Terengganu, selamat sejahtera. Balik bilik, gigih kami laki bini wat laundry dan makan supper lak sementara tunggu baju siap. Heeee... Hari ketiga di Kuala Terengganu moga lebih baik, Insha Allah.