Monday, 26 December 2011

Jalan-Jalan Pergi Pulau Pinang Part I

Pada hari Jumaat saya baliK ke kampung berjumpa dengan saudara-mara. Keeesokan harinya saya pergi ke Pulau Pinang dengan menaiki kereta.Semasa menaiki kereta saya melihat kapal yang sangat besar. Kapal itu bernama Kota Laksamana.Selepas saya melihat kapal yang besar itu saya pun meneruskan perjalanan untuk Pulau Pinang. Semasa saya meneruskan perjalanan, saya ternampak sawah padi pula. Sawah padi itu sangat luas. Selepas itu saya melalui kawasan hutan. beberapa minit kemudian saya nampak kawasan sawah padi itu kembali. Saya dan keluarga akhirnya sampai ke majlis perkahwinan kawan kepada ibu saya. Setelah selesai makan saya meneruskan perjalanan. Akhirnyasampailah saya untuk menaiki feri. Saya sangat seronok semasa menaiki feri. Lama kelamaan sampailah saya ke Pulau Pinang.

ILOVEU IBU /AYAH/IMAN and AMIN.

Ayat yang condong tu ibu tambah.

Friday, 16 December 2011

Pertama kali menulis

salam
hari ni ibu ajar amni menulis di blog. hari ini amni hendak menulis tentang adik saya yang bernama Amin dan Iman.Amin ialah abang dan Iman pula adik.Amin sangat baik hati dan Amin juga seperti perempuan bila Amin melihat barbie tentu Amin hendak beli tetapi ibu tidak bagi kerana Amin lelaki kalau hari jadi saya baru boleh beli barbie itu.Iman pula sama saja seperti Amin.Dan amin pula sama seperti Iman. Iman pula sangat garang tetapi Amin tidak garang.Berbeza tetapi hobi Iman dan Amin sama sahaja.hobi Iman dan Amin pula bermain Kereta,Ultramen dan juga permainan MCD. Hobi saya pula membantu ibu saya Memasak,Menghidangkan makanan ke atas meja dan juga bermain komputer.

Wednesday, 7 December 2011

Raise Your Child's Self-Esteem #9


Teach your child that "can't" is not forever
With a little hard work, your child will learn a new skill, and turn "I can't" into "I can"


Baru la tau nak jadi parents actually is not easy at all
Tuk buat mende yang di atas, perlu positif thinking, and we must practice on ourself before applied it to our children
We are human, we are not perfect
But at least we can try...

So, far agak putus asa juga mau cakap Amni boleh buat, Amni boleh buat
(Twin belum faham g rasanya mende cenggini)
Amni ialah sejenis gurl yang agak mudah putus asa
Kalau dia ajak I melukis dan kalau dia tengok lukisan I cantik bangat dari lukisan dia -
dia akan berenti melukis
Ofkoslah lukisan I lebih cantik dari lukisan dia
I 26 tahun lebih tua dari daughter I... Sabar ja la

I akan cakap
"Ibu da besar, Amni kecik lagi, nanti kalau Amni besar lukisan Amni pun akan cantik macam Ibu"
Ulang banyak-banyak kali pun ta jalan
Silap gaya dia menangis lak
Haihhhh... dari memujuk boleh jadi nak marah lak...

Tapi akan usaha lagi, doakan I takan putus asa
(sejak bila plak tukar panggilan pada diri sendiri kepada I ni...heheee...Gasaklah kan?)

Monday, 21 November 2011

Raise Your Child's Self-Esteem #8

Encourage your child to ask questions. Research the answer together

Yeahhhh... secara teorinya memang senang, tapi praktikalnya ta senang
part encourage your child to ask questions tu kira okaylah lagi...
duk sambil tengok tv pun leh tanya soalan ribu-ribu lemon
tapi bila sampai part research the answer together...
Ehemmm...makanya En. Laptop dan Cik Broadband yang manis sangatla diperlukan
google ja, then jawapan kuar....

tapi senario yang biasa terjadi, buka laptop kunun nak research jawapan...tapiiiii
Bonda : "eh, nak tengok FB jap. jappppp ja"
Bonda : "eh nak baca blog jap....jappppp ja"
Bonda : "eh nak update blog jap... jappppp ja"
Bonda : "eh nak baca berita jap... jappppp ja"

(Macam kenal ja dialog kat atas, aku kah?)
Tapi memang best cari jawapan sama-sama specially jawi...
This link may help you www.ejawi.net

Wednesday, 26 October 2011

Raise Your Child's Self-Esteem #7

Take your child's picture each year on the first day of school. Don't forget to look back to see how much he's grown

Kalau ta dapat first day kat skul pun OK kot. Just gambar-gambar dorang masa baby sampai skang kumpul dan burn dalam CD. Jangan simpan dalam pendrive atau hard disc. Takut terkena jangkitan virus durjana, ta pasal-pasal sume gambar hilang. Ruginya....

Rindu kat dorang nih setiap saat
(muka ta mandi pun comel di mata ibu...)


Thursday, 20 October 2011

Raise Your Child's Self-Esteem #6

Praise your child's effort, without worrying about the result

Sepatutnya:
Ibu : Anak, exam macam mana hari ni?
Anak : BI susah sket, Math senang, BM senang sket dari susah....
Ibu : Ta pala Anak, janji dah buat yang terbaik
Anak : Tapi kita nak nombor satu, nanti dapat hadiah
Ibu : Ta dapat nombor satu pun Ibu bagi hadiah...Eh, jom gi McD akang makan aiskrim
Anak : Yeay... Ibu memang cool

Ta Patut:
Ibu : Anak, exam macam mana hari ni?
Anak : BI susah sket, Math senang, BM senang sket dari susah....
Ibu : Agak-agak leh dapat nombor satu?
Anak : Kita memang nak dapat nombor satu tapi...
Ibu : Kalau ta dapat nombor satu Ibu ta nak bagi hadiah...
Anak : ~Ibu ta cool~

Wednesday, 19 October 2011

Raise Your Child's Self-Esteem #5

Laugh at your child's joke - even when you don't get them

Kelakar la anak Ibu...hahahaaaa...
Nak lebih effect sila berguling-guling

Ibu, lawakkan bila kami berjaya cabut kepala Ultraman ni...?
Ya... Lawak sangat (walhal baru ja beli 7 jam yang lalu)

Just laugh with them, they are priceless compared to the Ultraman..huh?

Tuesday, 2 August 2011

Raise Your Child's Self-Esteem #4

Make a board game about your child's life. Each space on the board can mark an accomplisment your child has made since he was born. Start at the beginning, with the first time he smiled or when he rolled over, and move on to include the first book he read to you and the first time he went to nursery school or camp


I ta penah wat gi mende ni....
So, ta tau nak ulas
Nanti da wat, I tepek je la gambar kat sini ya...
TUNGGUUUUU...
(sekali lagi bajet ramai sangat nak baca blog picisan nih)

Sunday, 31 July 2011

Raise Your Child's Self-Esteem #3

Let your child know it's okay to make mistakes. Admit your own.


Ini yang memang saya dah lama aplikasikan
Berdasarkan pengalaman zaman kecil sendiri

Setakat anak pecahkan pinggan, mangkuk, sudu, pasu dan apa sahaja yang sewaktu dengannya
Apa la sangat...Dorang pun ta bermaksud nak pecahkan mende tu
Melainkan kalau anak kita tu memang berniat tuk memorak perandakan umah dengan memecahkan sume mende2 tu

Nak senang citer, beli ja pinggan, mangku, sudu, cawan zink
o IKEA...comey giler tau...

Lagi satu

Ta hina dina pun kalau kita mengaku kesalahan sendiri
Malah nanti anak kita pun takan segan nak mengaku kesalahannya
Ego ta membawa kita ke Paris, Switzerland atau pun ke Sudan
Nampak kurang bijak eh kalau ego ni...^_^

Wednesday, 27 July 2011

Raise Your Child's Self-Esteem #2

Take your child's feelings seriously
Try not to say she'll "grow out of it" or that it's "not that bad"


maksudnya...maksudnya.... hahaha
sampai minta tolong lecturer yg terer english explain...

Anak :
Ibu kat sekolah tadi kita sakit jantung

Respon tipikal :
Ishhhh...pagi tadi tengok OK ja. Tipu ta baik tau

Sepatutnya cakap :
Sakit sangat ka sakit sikit2? Bagitau cikgu ta?
Len kali bagitau tau.Boleh cikgu tepon ibu
(sebenarnya hidung tersumbat ja...heheeee)

Anak bila bangun pagi :
Ibu kita ngantuklaaaaa....

Respon tipikal :
Hehhh... Jangan mengada. Bangun cepat! cepat!

Sepatutnya cakap :
Ibu pun ngantuk, Perdana Menteri pun ngantuk bila bangun pagi...
Tapi sume orang ada keja nak buat
Ibu kejanya menyelamatkan dunia (bajet Sailormoon)
Amni kejanya belajar
So, mesti bangun juga. Nanti sampai sekolah OK la tu...

Tak pun nanti minta num tepon cikgu
Nanti Ibu call n mintak kebenaran datang lambat
Leh la bangun lewat sikit, ta da la ngantukkk...

(heheeee...permainan psikologi)


hanya boleh diadaptasi jika kita mengenal karakter anak
Kalau dia jawab " Yeayyyy....." ayat bold ta layak digunakan


So? Tangani perasaan anak kita dengan serius ya...
Nanti sifat percaya mempercayai tu akan boleh diterapkan...

Saya juga masih lagi belajar... Meh belajar sesama meh...

Monday, 25 July 2011

Raise Your Child's Self-Esteem #1

Tell your child you love him/her at least once a day


Aku pun baru ja practik wat mende ni hari2. Kalau sebelum ni bukan ta penah buat, buat gak...tapi idakla hari2...

Selalu gak cakap ngan Iman...Sayaaaaannggggg Iman
Nanti dia jawab.... Sayaaaaaaaaannnnggg Ibu....
Cam best kan..kan..kan?

Ngan Amin kalau cakap macam tu...
Dia merepek2 cakap bahasa dia...
Saja mengada le tu...

Ngan Kakak Amni ta penah mis cakap...
Masa anta dia gi skul...
I Love You BestFrenz

Sunday, 24 July 2011

Cabaran Tertunda

Alamak...Disebabkan ketidakstabilan Broadband maka cabaran tertunda kunun.
Hari ni nak wat mukadimah dulu....


Ini la mendenya yang saya nak share kat ngan sumer
(bajet ramai nak baca blog ni...huhu)

Start sok la yer. Harap2 sihat walafiat sebab da nak masuk 3 hari badan lemah dek kerana flu!

Thursday, 21 July 2011

Cabaran

Ari ni nak wat pengumuman
Untuk melaksanakan cabaran membuat ulasan
tentang satu buku.
Ia akan berlansung selama 99 hari.

Tentang apa?

Tunggu la sok kerana cabaran pertama akan bermula...

JengJengJeng

*mampukah?*

Sunday, 17 July 2011

Misi Menyelamatkan Dunia

Wowwwww!!!!! Bunyi macam kami sekeluarga telah bertukar atau transform omputihnya kepada Ultraman Bersaudara iaitu UltramanDyna(Iman) & UltramanTaro (Amin). Gurls prefer bertukar kepada Sailormoon(Ibu) & SailorJupiter(Amni). Bersama2 kami menyelamatkan dunia (walaupun ta sama species) dengannnnnnn...Jeng Jeng Jeng..... Recycle, Reuse, Retain and whateverla... Ta ingat uda pa lagi R's nih....Saksikan gaya-gaya kami sekeluarga tanpa Sailormoon sebab Sailormoon bertukar jadi CameraMoon...hahaaaa



Amin selaku UltramanTaro akhirnya join bergambar setelah puas dipujuk
Hamik ngan ta pakai bajunya...Fuhhhh betul2 macam UltramanTaro yang baru menewaskan sebiji raksasa


Mari menyelamatkan dunia dengan menukarkan kesemuanya jadi SandCastle BarbieDoll
Cam best ja kannnn????

Monday, 11 July 2011

MiTelur Punya Citer

Malam tadi dalam kul 10 malam...
Amin order.."Nak mamam..."
Aiyaaa...Malasnya nak bangun amik nasik. Da la berangan nak bawa ayam goreng dua ketul comey tu tuk bekalan ke ofis sok...Baring gi....

Amin order gi..."Ibu, nak mamam"
Iman order... "Ibu nak cuyat@susu cokklat"
Baring gi...Malasssssnya

Iman stat nangis..."Ibu nak cuyat"
Ok.....Bangun n fikirkan jalan terbaik tuk memenuhi permintaan twin.
Lastnya masak mi telur yang super duper senang, sesuai la ngan jiwa ibu yang malas nak masak ni...

RESEPI IBU MALAS
Mi telur
Telur (da mi telur, letak gi telur kan...?)
Kicap

Cara2nya:
Rebus air - menggelegak - masuk mi - pecah telur - tunggu sampai masak - toskan - letak kicap - kacau bagi sebati - dannnnnn TADAAAAAA...siapppp....

Tapi twin memang suka giler ah makan mi ni. Iman pun da ta ingat ngan cuyat tu. Siap minta tambah gi...



Caya la Amin...


Iman memang pandai berlakon... Ekspressi muka memang superb!
I luv U sayang...


Eh Eh...Ensem rupanya anak bujang I...hehe



Thursday, 7 July 2011

Coklat Punya Citer


Alolololoooooo.... Comelnya coklat!
Perkenalkan dari kiri ke kanan :
1. Upin Ipin muka ta ikhlas nak gi skul - booked by Amin
2. Upin Ipin berhari raya - terima dengan redha oleh Iman
3. Ana Muslim comey gitu - ofkos Amni punya


Iman sayang nak makan coklat dia
Amin dah ngap....


Iman masih lagi sayang nak makan ka konpius macam mana nak makan UpinIpin nih???
Amin da ta hingat dunia dah



Amin punya coklat sekali ngap ja tu...

Dan sampai ke sudah Iman ta makan coklatnya sebab secara curi2 tatkala Iman terleka jap tengok TV dan meninggalkan coklatnya di bilik, Amin telah menghabiskannya dengan bantuan Amni. Bila tersedar maka terjadilah adegan kejar mengejar, sepuk menyepuk, lepuk melepuk... Sekian!

Wednesday, 6 July 2011

Sharing is Caring

Best ah tengok twin share minum. So sweet. Sejuk ja perut mengandungkan dorang.
Erk..lepas share...share minum, G.A.D.O.H....


Sambil minum sambil tengok citer apa ntah...
*Iman try test pakai baju raya ta nak tanggal2*


Amin : Iman lak minum...Skett ja tau...


Tu diaaaa.....bertinggung minum. Iskkkk...

Sunday, 3 July 2011

Amni Yang Menyentuh Hati Lagi Sekali- Part III

Dua tiga menjak ni, asyik citer yang menyentuh hati je. Belum lagi ada citer yang menyentuh pankreas atau medula oblogata. So, redha ja la pembaca sekalian...Heheeee. Dua minggu lepas, Amni bagitau famili kawan dia, SailorMoon (bukan nama sebenar) ajak dia gi funfair. Siap ada surat dari SailorMoon lagi tu. Tapi tada num telefon tuk dihubungi. Makanya terkonpius la kami sekeluarga. Punya excited Amni nak gi funfair. tapi setau saya tadala pulak funfair di area Banting nih. Risau gak nak lepaskan dia bawah jagaan orang jauh-jauh. Iskkk...Nasib baik gak, SailorMoon ta datang2, tapi sayu lak tengok Amni kecewa.

Weekend lepas sekali lagi Amni cakap SailorMoon ajak dia gi funfair. Kali ni saya suruh Amni bagi num saya pada SailorMoon. Amni memang sangat2 excited nak gi funfair. Siap ada ati nak ponteng kelas pagi sok sebab nak gi funfair punya pasal. Balik dari skul terus mandi n pakai baju cantik. Menunggu SailorMoon amik dia kunun. Kali ni SailorMoon bagi num famili dia. Dan saya call la famili dia bila menunggu ta datang2...

Fon banyak kali asyik masuk voice message. Akhirnya dapat gak... Tau ta pa citer disebaliknya. Aiyaaaaa...ini budak SailorMoon menaburkan janji2 manis pada Amni. Sian tul tengok Amni bila dia tidur malam tu ngan baju cantik nak gi funfair kunun. So, kami cadang gi ja mini funfair di IOI Mall....


Ni la aktiviti hujung minggu kami


Twin yg terlebih excited


Amni stil ta puas hati sebenarnya...
Nanti Ibu bawa gi Sunway Lagoon ja. Tapi bukan hujung minggu la. Ta suka kalau ramai sangat org. Pa maksudnya tu...Heheheeeee...Ponteng sekolah 1hari OK kot...

Thursday, 30 June 2011

Amni Yang Menyentuh Hati- PartII

Ari tu dah citer menyentuh hati kat sini.
Skang nak citer menyentuh hati yang lbih menyentuh hati...

Situasi 1:
Amni baru habis peksa setengah tahun. Dia memang besa menyenaraikan pe mende yang dia nak...
Dia minta kalu dapat :-
Num 1 : Nak Barbie Doll
Num 2 : Nak makan KFC
Num 3 : Nak gi Sunway Lagoon
...
...
...
...
Dan seterusnya...
(Besanya tiga num kat atas ja yang konsisten, yang selebihnya asyik tukar2...)

Situasi 2:
Satu malam Nits yang sarat sesangat ajak kami makan Piza Hut. Balik dari Piza Hut tu sembang pasal da lama sesangat sangat ta makan KFC. (Kebetulan memang Piza Hut sebelah KFC, tu yang sembang tu)

Situasi 3:
Dalam keta balik dari beli belah kat kedai runcit kat Banting Baru, saya dan Amni sembang2 pasal doa. Tetiba dia cakap...

"Ibu, doakan lah Amni peksa dapat num 2"
"Eh, napa plak...? Ibu ta kisah Amni dapat num brapa pun. Janji Amni seronok blaja"
"Ibu doala Amni dapat num 2 sebab nanti bolehla Ibu makan KFC. Kita dengar Ibu da lama ta makan KFC..."

Alamak, sayu jap bila dengar dia cakap macam tu. Dia dengar rupanya pa yang kami sembang2 malam tu. Punyala dia ambil berat pasal pa yang saya nak...Alamak, air mata jangan jatuh....

Situasi 4:
Pagi Jumaat, gi sekolah Amni sebab amik report kad dia. Saya ta mengharap apa2 pun. Cuma nak dia seronok ke sekolah n enjoy blaja. Memang ta nak push dia lebih2. So, redha ja ngan keputusan dia walau pun saya da tau markah sume subjek dia.

Gi skul Amni dalam kul9, jumpa Cikgu Aisyah yang garang giler (Errrr...Cikgu tu yang mengaku dia garang ya...) dan jenguk report kad....


Sila 'teleng'kan leher anda 180 darjah

Dapat num 2... Masa tu... ta tau nak cakap apa. Dan ta tau nak cakap pa kah perasannya... Pa yang plan nak ditanya pada cikgu dia pun da ta ingat nak tanya....

Malam tu, makan KFC kami sekeluarga...

Caring sungguh anak dara saya nih walaupun super duper cewek, dan super duper ngada...
Bila dia stat ngengada, tingat ja caringnya dia... terus ta jadi nak marah...

Tu ja citer yang menyentuh hati...Sekian. Jumpa lagi satu bulan kemudian...Teheheeeee
*Nah, amik dua skali entry dalam satu hari....*

Amni Yang Menyentuh Hati- PartI

Pada satu pagi, kejutkan Amni bangun tuk pergi ke sekolah. Dia memang agak senang dikejut walaupun kekadang super mengada gak. Dia boleh diharap tuk bersiap-siap sendiri walaupun agak lambat. Ibu rasa penyu ta pun kura-kura sama laju ngan Amni..Heheeee...

Siap-siap bagai, nek keta, start enjin, baca doa nek keta, nyanyi doa bangun pagi,
then dia cakap...

"Ibu, kita ada letak surat untuk Ibu atas peti ais..."
"Oh, ye ke?...Apa Amni tulis?"
"Ibu bacala sendiri.."
"Oh, OK...."

Balik umah terus gi tengok atas peti ais.... Dannnnn....


Mana plak dia blaja wat wording "He...He...He..." ni?


So Sweettttt....


Sangat menyentuh hati bila budak umur 7tahun meluahkan perasaannya dengan surat.....

Amni.... Ibu sayannnngggggg Amni....

Nanti saya citer PartII yang lebih meyentuh hati...TUNGGU...
*bajet ramai sangat nak baca entri awak tu*

Wednesday, 18 May 2011

Citer Pasal Pantai Kelanang Lagi Leh Ta?

Ini belog saya punya so suka hati saya lah kan... Sebab ada seekor virus yang telah memakan sume gambar2 yang disimpan dalam external hard disc. Suka berbelog based on gambar. Bila gambar teda maka jumudla idea...(Alasan lagiiiii)

Sebenarnya...Sebenarnya...
bila buka banyak sangat blog padanlah muka nak update kan???...Teheheeeeee...

Last update citer pasal Pantai Kelanang. Hari ni citer lagi pasal Pantai Kelanang... Tapa kalu ada rezki nanti saya citer pasal Pantai Mabul ka, Pantai Sipadan ka, Pantai Karambunai ka... OK?

Twin n Amni memang suka gi pantai even air dia agak kurang sesuai gitu tuk mandi manda. So, pe yang kami wat hanyalah jalan-jalan tepi pantai dan watla apa2 aktiviti yang menghiburkan hati sendiri. Hati orang?? Sendiri jaga bolehh...???



Amni buat sand castle kunun. Tapi yang Ibu nampak macam bukit ja...
Twin pun pura-pura membantu menjahanamkan lagi projek pembangunan nih..hehe


SpongeBob version Amni dan Patrick version Ibu... Sangat comel lukis atas sand eh...


Iman ngan muka yang sangat macho (Sebab baru bangun tido terus gi pantai..hehehe)


Amin yang sangat terexcited tuk main air....

Nampak sungai, nampak laut, nampak lombong, nampak tasik.
Twin telah kelompokkan sume tu dalam kategori A.I.R

Tuesday, 10 May 2011

Citer Dari Kelanang Yang Dah Lama Simpan...

Hai... Da lama ta update blog. Bila sibuk mencengkam, maka komitmen terpaksa diagihkan seadilnya. Ni curi-curi update blog. Citer dari Kelanang yang simpan dalam nfon yang rosak kunun. Since da OK maka update la tuk kenangan anak-anak nanti.


Amni bz wat kraftangan....kuikui


Twin lak bz membiakkan buih...


Amin: Ta cukup ni...lagiiiiii
Iman : Okayyy...


Hasil biakkannnn.....

Tu aje tuk bulan ni...hahaha...Ada hati nak update blog sebulan sekali...hehehe

Wednesday, 27 April 2011

Soal dan jawab

Q :Best ta dapat twin?
A :Masa OK memang sangat best, Masa ta OK hangin satu badan!

Q : Bila nak tambah lagi? Twin da 3tahun ++
A : Err....3 just nice. Ibu kurang mithali...Heeee...

Q : Bila nak pregnant lagi? Mana tau dapat twin gurl plak...
A : Ehmmm...biar saya doakan awak dapat macam tu... nak tak? nak tak?

Q : Masa pregnant twin mesti perut besar kan?
A : Agak2 kalau da ada dua baby dalam tu...besar tak agak2nya? hehe

Q : Susah ta nak jaga twin?
A : Salah satu alternatif tuk kuruskan badan. Ta yah gi gym, ta yah diet

Q : Tidur macam mana yer bila ada twin?
A : Tidur2 ayam

Q : Mana satu adik? Mana satu abang?
A : Yang hensem abang, yang sweet adik

Kesimpulannya:
Bagi Ibu cukupla dengan yang ada. Lagipun kami pakai Savvy. Kira ngam2 jer keta tu kan? Lagipun Ibu dah falling in love ngan Savvy ni. Sayang nak melepaskannya...
...

...

...

...
Psssttttt...leh ta jangan tanya saya bila nak tambah anak lagi? Boleh tak? Boleh tak?
Sebab kalau diizinkan Allah. ThreeJustNice. I Like!

Saturday, 23 April 2011

Kenapa Lama Ta Update Blog Eh?

Ta da sapa pun tanya sebenarnya...kihkih. Saja nak menanyakan diri sendiri. Ni nak citer alasan baikkkkk punya sebab per ta update blog.

Pada satu petang, burung2 ada la sikit2 yang berterbangan, yang ramainya ialah budak2 yang berkeliaran. Yang dating, dating...Yang main sport, sport... Yang mengumpat, mengumpat....

Straight to the point lah...hanfon yang besa digunakan untuk me snap gambar2 budak ni dimasuki air. Besa la, Ibu memang adventure. Setakat masuk air...apala sangat eh?

Apala sangat punnnnnn.... adala beberapa button kat keypad tu yang ta leh function. Dan button itu ialah main button. Termasukla button nak snap gambar. Sabo Je Laaaa... Memang rasa useless eh ada nfon tapi leh angkat call jer, yang len memang ta leh nak wat apa2...

So, masukla workshop. Nasib baik ada warranty, tapi kalu dorang tau masuk air sah2 ta leh pakai warranty tu kan? Masa gi kedai tu... tahap kejujuran tu agak tinggi la gak. Tapi Lin kata, kalau dier tanya sebab cakap yang benar. Kalau ta tanya diamkan jer...Eh, Ok gak idea tu kan...hehehe

Bila ta da gambar, idea pun jadi jumud tetiba. Dan tu sebabla lama da ta update Blog.

Ibu : "Leh terima ta alasan saya?..."

Thursday, 14 April 2011

Sabarrrrrrr....

Ya Allah kurniakan aku limpahan sifat sabar dalam mendidik 
anak-anak dan pelajar-pelajar ku.
Jadikanlah mereka soleh solehah, bijak berdikari dan 
mencintai ilmu-Mu Ya Allah.

Ni dia doa yang dibaca kalau teringat, kat mana2, bila2 masa. Nak harap lepas solat...Ehmmmm kekadang nak baca doa asas pun ta sempat sebab twin kalau tengok Ibu bagi salam (kadang2 ta abis pun) dah sengih2 standby nak melompat  katak kat riba Ibu. (Huh?Ibu ta khusyuk....^__^)

Ibu memang kurang penyabar, kurang mithali tapi cuba menjadi seperti itu. Kalau dulu bila naik hangin tangan pun naik sama, tapi skang ta lagi. Cuma suara je kadang2 naikkkk...sori bukan sikit tapi banyakkkkkk... Memang rasa kurang bijak lepas marah anak2 nih. Especially twin sebab dorang bukan tau apa2.

Tu diaaaaa, mukadimah panjang berjelaaaa... Ni nak citer sabarrrr ngan perangai anak dara sorang ni. Sangat mengada2. Ta da time yang dia ta mengada. 24 jam mengada. Kalau la waktu tido leh mengada, confirm dia mengada juga. Bangun pagi nangis, suruh sidai towel menangis, nak gam kertas homework pun nangis.... haaihhhhh...memang kena sabau tul la ngan perangai dierrr... Sangat sure itu bukan perangai Ibu....^__^

Cuba bertoleransi ngan perangai Amni, cakap baik2. Tapi...tapi ... tapi...lepas tengok Nanny 911... Ibu rasa patut ubah pendekatan iaitu bertoleransi dengan lebih tegas!!!


Tuesday, 12 April 2011

Keta Itu Dimana-mana

Hari Sabtu yang lepas gi besday party anak membe Ibu yang twin gak. 
Ta seiras tapi stil twin. Dalam keta ni yang si twin wat...
 Susun toy car panjang-panjang macam kat atas.
Bila lap...sume toy car tu lap secara berjemaah
 Pastu mesti la main toy car tu.
Jalan sana, jalan sini.....
Broommmm...Broommmm...

Aduhaiiiiii anak2 Ibu....


Berparty...

Ahad lepas ada jemputan gi Bday party twin kat KFC USJ Taipan. Thanx Kak Fa ta jemu2 jemput kami sekeluarga. Next year mesti kat McD lak kannnn... ? Datang da lambat so budak ni melepasla Goody Bag. Ta da rezki nak wat cane...

 Lepas kenyang posingg... Pegang belon macam la belon tu nak  lari
 Ibu kalau jumpa member memang lupa diri...
Gosip panas dan liar...hehehe

Monday, 11 April 2011

Action Song Competition

Ni Ibu tunjuk gambar masa Action Song Competition Sabtu lepas
Ta tau nama skul, just panggil by group
Maybe takut bias sebab kat sini ada skul kluster
Ta tengok sampai abis pun sebab malas nak tunggu. 
So, Ibu pandai2 sendiri bagi anugerah...hehe

 The Best Props
Comey...Rasa nak gigit gigit...
 The Creative Group Ever
sebab lagu digubah sendiri
Ni skul Kakak Amni sebab ada lagu Nobody, lagu Adira
 The Most Semangat Group..hehe
Teacher dier memang outstanding
 The Most Vogue Hair...
Da leh terbayang sapa yang wat curl kat hair tu....
Their teacher of course...banyakkkkk tu
 The Most Organize Group
Suara kuat, Gaya OK, Props OK
Banyak teacher yang bersemangat
Cuma sempat amik satu jer....

Ada gak skul yang Ibu termiss nak amik gambar
Jangan kecik ati yer...

Saturday, 9 April 2011

Guru Oh Guru

Hari ni beria-ia Amni ajak gi skul dia. Ada Nobody, Nobody, ada lagu Adira katanya. Bila Ibu tanya kul brapa. Ta tau. Kalau ada aktiviti kat skul mesti ada surat kan? Konpius Ibu! Tapi disebabkan ta nak menghampakan kakak Amni maka Ibu pun gi la skul dier. Ohhhh ada Sing Action rupanya. Pertandingan antara sekolah-sekolah. Rasa2nya anjuran Panitia Bahasa Inggeris. Sebab kalau ta silap Ibu pun pernah masuk pertandingan ni tahun 1990 nyanyi lagu It's a small world dan sangat pasti ta menang! Hehe....

Memang seronok tengok budak sekolah rendah menyanyi. Dengan action sekali. Memang best la. Tapi... tapi ... tapi....

Bila tengok kesungguhan cikgu-cikgu dorang, hati Ibu jadi syahdu lak....Kesungguhan seorang guru memang terserlah... Kalau tengokkan persembahan dorang paling kurang latihan mesti 2 minggu. Tu yang paling kurang. Maybe ada yang ambil masa sebulan. Gerenti time tu balik lambat. Maybe ada yang bekerja hari Sabtu, hari Ahad untuk persembahan ni. Tu tak kira props budak2 tu. Ibu leh gerenti, maybe duit persendirian guru TERRRRmasuk sekali dalam perbelanjaan props tu. Jadi guru, duit kalau nak dibelanjakan untuk pelajar, kadang2 guru tu tak berkira. Pengorbanan...Pengorbanan...

Kalau korang ialah seorang guru yang berjiwa guru korang mesti tahu apa yang Ibu maksudkan. Kerja seorang guru tak tentu masa. Jangan hanya melihat waktu kerja setengah hari korang boleh kata kerja guru kerja yang paling senang. Dan paling tak tahan nak dengar orang cakap guru makan gaji buta waktu cuti sekolah!!!

Kalaula semua orang boleh memandang guru dengan penuh hormat! Sebab Ibu dulu pernah menjadi guru dan sekarang masih lagi guru. Cuma berubah angin sikit jerrr....

Sangat yakin, kakak Amni diajar oleh guru-guru yang berjiwa guru sebab Ibu juga begitu dahulu...

Wednesday, 6 April 2011

Entri Zaman Batu

Hari ni ta tau nak tulis per. Sebab pic latest tentang activity 3 budak bertuah tu ada dalam laptop kat atas menara. Ibu kat kaki menara nih... so cari2 dalam pendrive ni kot ada lagi yang belum diceritakan. Dan jumpa la gambar2 ini..Time ni gi umah Aunty kat Lembah Subang, rumah tinggi yang dekat ngan station komuter pe ntah. Dekat ngan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah tu. Ada kenduri kesyukuran. So, gi ngan Aunty dari Banting (carpool)... sampai punyala awalll... Balik punyala lambatttt...(Nyesal ta bawak keta sendiri) Dan ini la yang terjadi....

 Iman pura-pura tidurrr...
 Snap...Snap pic
 Posing posing....
 Capture tangan lak... Tangan Ibu masuk gakkk..
 Ta cukup tangan, kaki laks...
Ni dier yang paling last sampai! Si Montel Naurah Nur Syifa'
and the gang....

Dah! Leh balik umah... Yipppeeeee...
Ibu yang paling excited!.... hehehe