Saturday, 9 April 2011

Guru Oh Guru

Hari ni beria-ia Amni ajak gi skul dia. Ada Nobody, Nobody, ada lagu Adira katanya. Bila Ibu tanya kul brapa. Ta tau. Kalau ada aktiviti kat skul mesti ada surat kan? Konpius Ibu! Tapi disebabkan ta nak menghampakan kakak Amni maka Ibu pun gi la skul dier. Ohhhh ada Sing Action rupanya. Pertandingan antara sekolah-sekolah. Rasa2nya anjuran Panitia Bahasa Inggeris. Sebab kalau ta silap Ibu pun pernah masuk pertandingan ni tahun 1990 nyanyi lagu It's a small world dan sangat pasti ta menang! Hehe....

Memang seronok tengok budak sekolah rendah menyanyi. Dengan action sekali. Memang best la. Tapi... tapi ... tapi....

Bila tengok kesungguhan cikgu-cikgu dorang, hati Ibu jadi syahdu lak....Kesungguhan seorang guru memang terserlah... Kalau tengokkan persembahan dorang paling kurang latihan mesti 2 minggu. Tu yang paling kurang. Maybe ada yang ambil masa sebulan. Gerenti time tu balik lambat. Maybe ada yang bekerja hari Sabtu, hari Ahad untuk persembahan ni. Tu tak kira props budak2 tu. Ibu leh gerenti, maybe duit persendirian guru TERRRRmasuk sekali dalam perbelanjaan props tu. Jadi guru, duit kalau nak dibelanjakan untuk pelajar, kadang2 guru tu tak berkira. Pengorbanan...Pengorbanan...

Kalau korang ialah seorang guru yang berjiwa guru korang mesti tahu apa yang Ibu maksudkan. Kerja seorang guru tak tentu masa. Jangan hanya melihat waktu kerja setengah hari korang boleh kata kerja guru kerja yang paling senang. Dan paling tak tahan nak dengar orang cakap guru makan gaji buta waktu cuti sekolah!!!

Kalaula semua orang boleh memandang guru dengan penuh hormat! Sebab Ibu dulu pernah menjadi guru dan sekarang masih lagi guru. Cuma berubah angin sikit jerrr....

Sangat yakin, kakak Amni diajar oleh guru-guru yang berjiwa guru sebab Ibu juga begitu dahulu...

No comments:

Post a Comment