Thursday, 19 July 2012

Hujung Minggu Mereka

Salam dari Jugra

Citernya minggu lepas dan nak masuk pun minggu yang baru...tapi sibuklah kunun. Lagipun azam berazam untuk update blog once a week. Ta kata pun citer mesti fresh dari ladang. Hikhik.(alasan baik punya)

Okaylah, masuk isi penting, yang atas tu kira pendahuluan. Cuti hujung minggu biasanya malas nak keluar. Lepak rumah - mengemas. Hobi mengemas adalah sangat best. Ta perlu modal, perlukan tenaga - makanya berpeluang membakar kalori nasi lemak, karipap, roti canai, mee goreng, cok keria, cok badak yang kita makan pagi tadi. Banyaknya makan.Eh?

Budak-budak lak, bukak mata jer...

Menonton, ditonton, pra tonton...

Senang betul hidup anak-anak zaman ni. Seingat aku dulu baya amni tu dah kena jaga adik. Dahlah hiburan zaman tu ada kat luar rumah je. Bila nak main, wajib bawa adik sekali. Haish. No wonder tangan adik aku nombor empat patah dibuat aku. Plus aku penah jatuh dia dengan kepala menghentam simen dulu ala-ala terjun papan anjal 7m. Ngeri. Nasib baik dah jadi pensyarah sekarang. Kalau jadi bodoh, mesti aku rasa bersalah ya amat. Hehe

Eh, melalut lak. Back to the point.

Amni dah cakap siang-siang bagitau yang dia ikhlas membantu aku memasak jew. Yang lain malas ta nak buat melainkan kena permainan psikologi dengan ibunya sendiri. Jadi, untuk tidak memanjangkan kemalasan anak dara sorang ni, maka ambil inisiatif tuk masak kek batik memandangkan biskut marie - kembar memang ta nak makan. Ada lebihan biskut marie dari tin biskut yang ada biskut campur2 tu.


Tukang kacau bahan - Nur Amni Dayini

Kembar?

Lepak macam bos besar depan TV...


Tengok Ultraman Max!

nasib kembar khusyuk tengok TV...kalau idak kacauuuuu...

TuAjeLahKali.Bye.



Tuesday, 10 July 2012

Pendakian ke Bukit Jugra

Mendaki Bukit Jugra buat kesekian kalinya dengan kaki dua kerat ni. Dan ini kali ke tiga untuk Amni. Untuk kali ni, Amni dah okay walaupun pucat juga lah muka dia nak mengejar ibunya yang ta reti nak perlahan bila mendaki.

Amni yang sangat bergaya dengan busana hijau dan jeans bagai untuk mendaki bukit...

...tapi pakai kasut cekolah...hikhik
sabar ye akak amni, nanti bila kaki akak amni dah tak membesar,
akak amni belilah sendiri kasut adibas macam ibu ya...hikhik (mode kedekut)

Port baik punya tuk capture picture

Soalan : Dimanakah kembar?
Jawapan : Lena diulit intan.

Tunggulah darjah satu baru nanti, akan diajar jua untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

TuAjeKali.Bye.

Wednesday, 4 July 2012

Kreatif

Bukankah mereka sangat kreatif?


Amni (yang punyalah susah disuruh mandi)...
merangkap pengadil, penjaga garisan dan tukang sorak

Iman (tertinggal di belakang) ...
merangkap pelumba pertama

Amin (yang punya la laju sampai gambar jadi cenggitu)...
merangkap pelumba kedua yang main tipu sebab jalan dulu sebelum dilepaskan oleh pengadil

Kalaulah saya diberikan petunjuk bahawa anak-anak saya sebegini kreatif masa saya mengandung dulu, makanya tak perlulah saya belikan mainan bagai...

ketat satu stor!