Showing posts with label aktiviti hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label aktiviti hujung minggu. Show all posts

Thursday, 5 July 2018

Aidilfitri 1439H : Edisi Hari Terbuka Raya Asrama Kakak Amni

Salam dari Senaling,

Sakan kami sambung beraya hujung minggu lepas. Alhamdulillah. Plan asal lain, Allah kehendaki lain. Dapat makluman dari sekolah kakak melalui whatsapps, ada Hari Terbuka Asrama, merangkap Hari Terbuka Raya. Konsep pot luck. Perancangan nak bawa nasi impit, rendang ayam. Allah kehendaki mee goreng mamak. Perancangannya 9.00 pagi keluar dari rumah.Allah kehendaki tayar golek jam 9.30 pagi 😍.

Mengimbau sangat kenangan katil asrama, tingkat atas. Tak main ah rebut-rebut katil bawah. Chills ja aku dulu bila nak masuk asrama sesi persekolah baru. Stress free. Sekarang aku turun ilmu chills tersebut dengan Amni.

 Gigih bilik Amni buat props ni. Tah ada pertandingan ke apa ke aku pun tak pasti.

Dorm mate kakak.

Depan dorm sebelah.

Berkenan dengan 3D wallpaper dorm ni

Toilet okay. Sekolah kakak Amni bawah projek toilet gemilang ke apa ke nama projek tu. Dari tahun lepas. Jadinya memang semua toilet bersih, kemas dan cantik!

Puas meronda baru pergi beraya. Konsep potluck kumpul lima bilik dalam satu bilik kuliah. Aku lebih suka dalam bilik terus, bolehlah berkenalan dengan dormmate Amni. Mungkin ada sebab-sebab lain yang hanya sekolah ja tahu.

Bukan kami yang kumpul, cuma amik kesempatan kebetulan ada sesi fotografi di belakang asrama. Perkenalkan Muslimat Tingkatan Dua Program TMUA.

Suasana Haaari Raya... Walau di tengah asrama...

Amboiiii, kaki kau Amin...

Dapatlah jumpa kakak hujung minggu lepas. Alhamdulillah.

Barulah tenang nak balik kampung minggu ni, cuma teringat-ingat kakak nak makan sate je belum sempat nak tunaikan. Minggu depan Insha Allah k. Yeay. Satay! 😎

Tuesday, 6 March 2018

Kakak Amni dan Kipas Ajaib serta sedikit HalEhwal Keibubapaan

Salam dari Senaling,

Minggu lepas empat ke lima kali Kakak Amni call. Ini rare. Biasanya makcik ni jarang call. Dulu jadi satu isu jugalah. Tapi sekarang kami dah imun. Dia tak call, maknanya dia sihat sejahtera  dan baik-baik sahaja. Alhamdulillah. Tapi bila dia call, tiga hari berturut-turut tandanya tak okay la kan?

Makcik tu dilanda kerisauan dan dihantui rasa bersalah sebab dia telah 'merosakkan' kipas kelas katanya dalam telefon. Cara dia describe macam kipas tu dah jahanam. Ikut aku, jom ahhh gantikan ja yang baru. Ikut Incik Ayah yang punya kemahiran teknikal yang tinggi, jawabnya kita tengok dulu.

Mari tengok-tengok apa yang makcik ni dah buat dengan kipas ajaib tersebut.

Masalah kecil je ni. Tuk Incik Ayah lah. Tuk aku... Hohohohoiiiii what is the ...?

Peralatan yang aku nampak beliau guna ialah cable tie, ada skru sikit, dan pemutar skru. Macam tu aje. Aku memilih tuk malas nak amik tahu. Kalau aku menyibuk tersilap gaya, aku akan kena warning.

Baik aku kelebet barang makcik ni dalam kelas, sambil komplen macam-macam sebab serabut kot kelas bersepah barang atas meja. Teringin betul aku nak make over kelas makcik ni. Cat semua warna putih. Meja lapik warna putih (kertas putih yang tersohor ialah kertas mahjung). Murah dan besar pulak tu! Langsir tukar warna putih. Serba serbi putih amek kau. Mesti nampak besar dan saujana mata memandang. 

Tapi teringin je lah. Action tiada. Sedangkan kelas kembar yang jarak sekolah ngan rumah tak sampai 3km pun kami tak buat apa-apa. Inikan pula sekolah Amni nun jauh di Pedas. Eh, Pedas ke Kuala Pilah bagi aku jauh. Huhu

Tapi itulah, keinginan nak menceriakan kelas kembar ni memang ada (ingat aku main-main? heh). Bayangkan kembar lain-lain kelas, jenuhlah pulak nak menceriakan dua kelas yang berbeda. Dulu Incik Ayah pernah menceriakan kelas Amni bersama-sama dengan beberapa keluarga yang lain, tahun 2016.

Kesimpulan, tunggu kembar satu kelas lah, kan?

Selesai semua, aku suruh Amni say thank you dan hug Ayah. Anak perempuan bila dah besar, dia ngan ayahnya macam ada gap sikit. Jadi perlu disedarkan walaupun untuk say thank you (she definitely will say thank you) dan hug (yaaa this part is a bit hard, i am a witness of that awkward moment).

Ikut-ikutkan aku sebenarnya menyesal tuk banyak juga perkara bila melibatkan isu parenting. Bila tengok momen-momen InstaFamous aku terasa, kenapa dulu aku tak buat macam ni ngan anak-anak? Aku patut layan anak-anak macam ni dulu. Patut main dengan anak-anak macam ni. Ehhhhh maciam-maciam lah. Lantaklah kalau durang (instafamous) tu fake ke apa ke, tapi memberi kesedaran kepada aku bahawa momen bersama anak-anak tak mungkin berulang. N.E.V.E.R

Aku selalu rasa, kembar untung sebab selepas durang kami dah takde anak kecik. Perhatian memang untuk kembar. Amni ialah seperti anak sulung yang lain (kot), once ada adik mula kena marah, mula kurang diberi perhatian.

Masa kecik Amni tak boleh diulang. Walau pun begitu aku masih bersyukur sebab Amni dapat adik bila usianya 4 tahun. 4 tahun solid tuk dia seorang dan zaman dia kecil smartphone  masih belum berkembang. Online Social Media pun kami (sebagai ibubapa) lambat nak join Alhamdulillah. Bila aku tulis ni, aku tersedar yang sebenarnya Amni masih untung, lebih beruntung sebab tak bersaing ngan benda! Haha

Yasss... 

Anak-anak kami sedang membesar, dan aku akan apply any parenting skills yang termampu aku apply. Its never too late to start over again and again. Aku tak nak menyesal apa-apa pada masa akan datang. Aku rasa semua parent rasa begitu. Paling penting ialah usaha ke arah yang lebih baik, selebihnya bertawakal.

Moga DIA bantu, DIA tolong, DIA lindungi kita semua. Aamiiin.

Saturday, 16 September 2017

Saling Menghormati

Salam dari Senaling,

Bila aku emo, idea mencurah. Alhamdulillah 😉

Ketika aku dan famili melawat Masjid Selat, Melaka, aku terserempak dengan sekumpulan rakyat Malaysia yang tak puas hati. Tak baikkan dengar orang sembang, tapi mungkin sebab durang berhujah penuh emo (sama lak macam aku skang hehe), terkuat sikit la durang cakap.

Durang berhujah tentang tourist non-muslim yang dibenarkan datang melawat-masuk masjid. Pendekkan cerita, durang tak puas hati. Why? Why? Why? mereka (touris-non-muslim) dibenarkan masuk. Cerita lanjut tidaklah aku menanya. Kau nak kena silambam secara berjemaah?

Secara auto, aku terfikir... Alamak, masa aku gi Hanoi hari tu, kebanyakan city attraction ialah tokong, tempat penganut Buddha sembahyang. Selamba ja aku masuk, jalan-jalan, tengok-tengok, amik pic,  (sama macam yang tourist non-muslim) ni buat di Masjid Selat. Aku tengok monk durang wat lek wat cool ja. 

Adik aku sendiri, pernah masuk gereja (dia belajar ilmu wahyu di UIA). Dia wat research rasanya. Siap paderi buat announcement bagitau ada sekumpulan pelajar dari UIA dalam gereja masa tu. Okay ja adik aku kata.

Aku tanak wat kesimpulan tentang kumpulan itu, sebab aku tak tau cerita sebenar. Mana tau kot masa durang solat, ada tourist non-muslim wat shuffle depan durang dalam masjid. Mana kita tahu kan?

Aku cuma yakin, bila kita rajin eksplorasi, kita akan banyak belajar. Belajar untuk menghormati, belajar dari pengalaman, belajar untuk bersyukur, belajar tengok peta, belajar untuk memahami budaya orang, belajar untuk melihat, belajar untuk menghargai, belajar untuk menghayati, belajar untuk kualiti hidup, belajar untuk menyelesaikan masalah, belajar untuk berjimat, belajar untuk rajin membaca info, belajar untuk macam-macam.

Bila kita belajar untuk belajar, minda kita akan lebih terbuka dan menjadi lebih positif. Insha Allah.

Berposing di Masjid Selat, Melaka, sambil pakai baju tidur (disediakan oleh pihak masjid). Rare kan? Hehe

 Temple of Literature, Hanoi.

Siap cakap pada travelmate, burung jinjang ni mengingatkan aku pada movie Kungfu Panda.

Bila ke luar negara, selamba ja aku pergi melawat temple, church... untuk melihat architecture dan membaca sejarah. Dalam negara, tak terfikir pulak nak pergi. Patut mula pergi untuk bagitahu anak-anak, negara kita ada pelbagai bangsa, pelbagai agama dan menjadi tanggungjawab kita untuk menghormati agama masing-masing.

Allah dah pesan dalam Surah Al-Kafiruun pun.

Selamat Hari Malaysia. Moga Malaysia dalam rahmatNya selalu. Aamiiin.

Daaaaa... bye kamurang!

Thursday, 24 August 2017

Trip Melaka 2017: Menara Taming Sari, Beca Bermuzik, Dataran Pahlawan, Uptown

Salam dari Senaling,

Puas pusing muzium leh klik sini, kita ke menara jom. Ini memang kembar sebut-sebut sebelum ke Melaka. Ini jugalah punca kami plan trip ke Melaka. Tak henti berdoa cuaca di Melaka baik-baik hendakNya. Alhamdulillah, baik!

Tunggu turn  nak naik menara. Kembar sewa teropong, guna baki duit raya tak masuk bank.

Kami naik dalam jam 7.00 petang. Total masa tuk naik dan turun lebih kurang 15 minit je. Bayaran masuk, adoiiii tak ingat tak snap pic tah pesal. Tapi leh gi official website Menara Taming Sari tuk info tiket. Seingat aku, tak semurah masuk muzium tadi dan tak semahal naik Menara KL 😊. Hujung minggu menara beroperasi sehingga jam 11.00 malam tau.

Antara yang dapat dilihat dari atas menara.

Paling win ialah ini...

Sunset di Selat Melaka. Subhanallah 😍

Alhamdulillah selesai tertunai impian kembar nak naik Menara Taming Sari, Melaka dan durang sambung request naik beca pulak dah. Dari bilik kami petang tadi memang boleh nampak segala beca yang fancy ni, siap booked nak naik beca tema Pikachu (Amin), nak naik beca tema Batman (Iman). Perghhhh... citarasa antarabangsa betul. 

Tapi kami ajak durang dinner dan maghrib, then baru turun semula untuk berbeca. Nampak? Untung woooo hotel dekat town.

Kami dinner di Asam Pedas Jr. Melaka kan femes ngan asam pedas, walaupun husben kata kita masak asam pedas lebih sedap. Auchhhh... sweet angat 

 Selamat menjamu mata.

Bila dah malam, segala beca yang fancy ni bertambah havoc dengan lampu berwarna-warni dan meriah dengan lagu hits meletop. Lagu Didi & Friends pun ada . Penuh segala beca ni di dataran Menara Taming Sari yang rupanya berhadapan je dengan uptown sebelah Pahlawan Walk - tempat segala macam makanan tradisional dijual plus souvenir.


Ada ketika (dalam pic), di sana terang di sini gelap dan sebaliknya. Disebabkan ini blog aku, jadi aku pilih pic aku yang paling terang. Hehe

Harga naik beca dua orang dewasa RM25, dan dua orang kanak-kanak RM20. Lepas berbeca kami sambung jalan ke Dataran Pahlawan. Nak cari Converse Cik Abam dan purse aku, brand apa tak kisah janji simple. Tak jumpa barang, tapi jalan jugalah dengarnya Dataran Pahlawan ni femes tuk lepak tengok orang main control car, skating dan macam-macam. Pun tak jumpa. Akhirnya kami buat keputusan nak balik hotel. Kembar pun dah penat gayanya.

Dataran Pahlawan hanyalah seketul shopping complex?

On the way balik (kat tepi Dahtaran Pahlawan) terdengar suara ala-ala Aiman Tino. Cute adik busker ni menyanyi. Sekali dia bercakap, nah jelas kejantanannya. Tapi menyanyi suara bertukar... Seni mungkin.

Kembar dah penat. Nak kami hantar ke hotel tak mahu pulak...

Ta banyak pic uptown Bandar Melaka kami amik, gaya uptown macam uptown di mana-mana kat Malaysia ni. Sama. Bezanya dekat dengan tempat penginapan kami dan lepas hantar kembar balik bilik, kami turun tawaf uptown sekali lagi, dating berdua. Hehe

Nampak tak betapa banyak kelebihan kalau menginap di area ni. Sebelum ni jarang-jarang kami nak turun town Melaka dek fobia jalan jem giler, now kalau nak explore setiap minggu pun boleh rasanya ni. 

Sambung nanti entri last, gi A Famosa, bangunan merah, menyusuri Sungai Melaka dengan hanya berjalan kaki. Yeay

Bye

Sunday, 30 October 2016

5km Green Run NS Dairy Farm Juasseh 2016

Salam dari Senaling,

Ini event Fun Run pertama dengan family. Disebabkan lokasinya dekat, aku rasa apa salahnya cuba tengok macam mana. Isunya hanya satu, bolehkah kembar ni habiskan 5km? Ke aku dan Incik Ayah kena kendong kembar sorang satu sampai finishing line?

Kakak is no problem. Hari Sukan Negara peringkat sekolah merentas desa dapat tempat kedua berkumpulan. Kalau kakak pun minta kendong akan ku jentik hidungnya nanti.

Sempat gi bergambar dengan masjid berusia 118 tahun. Yeahhh this is really funnnn...

Penyudahnya? Alhamdulillah... berjaya semuanya berlari, berjalan, bergambar sepanjang 5km. Edisi kendong mengendong rupanya hanyalah sebuah ilusi optic yang tiada kesudahan.

Tambah lagi tiga medal tuk kakak dan kembar. Register tiga, yang dua lagi ghost runner. So, no medal, no nasi lemak, sampai Pilah ketar kaki tak breakfast jam dah 9.30 pagi.

Tapa, ibu dan ayah leh dating berdua kat Kedai Kak Nor bawah pokok. Heeee...

Ibu : Tahniah semua. Tahun depan kita cuba lagi masuk 5km Fun Run.
Amin : Tanak!
Ibu : Erkkk
Amin : Kita masuk yang 20km

Perghhhh... berpeluh tiba-tiba

Sunday, 21 August 2016

Pantai Klebang, Melaka

Salam dari Senaling,

Hujung dua minggu yang lepas, akhirnya berjaya aku melepaskan diri bersama keluarga ke Pantai Klebang, Melaka. Dah lama teringin nak pergi. Sebab Klebang Melaka terkenal dengan apa lagi kalau bukan Coconut Shake.  Yummeh...

Dah alang-alang pergi kenduri kawen anak boss di Melaka, jomlah kita lajak ke Klebang. Mood Incik Ayah nga baik jadi mari kita mempergula-gulakannya. Haha. Jarak dari Ayer Keroh ke Klebang pun nampaknya tak jauh sangat so lets explore.

Ohhh, inilah dia pantai Klebang.

Ohhh, meriahnya Klebang ngan macam-macam aktiviti.

Ohhh, banyaknya gerai jual Coconut Shake tak tahu yang mana satu yang femes gila tu.

Ohhh, banyaknya food truck first time tengok boooo jakun.

Personally aku lebih feel di pantai Pangkalan Balak. Walau pun tak meriah havoc macam pantai Klebang, tapi aku lebih damai di sana. Aku suka dengar bunyi ombak sambil baring atas pasir kira bintang di langit impian yang insha allah satu hari jadi kenyataan. Mungkin kebetulan air surut. Jadi memang ombak is nehi hai. Bukan rezeki atau mungkin suh kami repeat gi Pangkalan Balak solat di masjid cermin ada aircond agaknya. Hehe.

Paling penting sampai ke sudah kami tak jumpa gerai Coconut Shake yang menjadi sebutan ramai tu. Google sudah, call kawan sudah, try dua gerai Coconut Shake yang tulis original pun sudah tapi napa rasanya macam gerai Coconut Shake kek Pilah je.

Kami surrender. Tak dapat Coconut Shake, tapi sampai juga akhirnya ke Pantai Klebang, Melaka.
Wishlist, checked!

 Gigih memanjat satu famili kat spot berbatu tepi pantai Klebang. Nak amik pic cantik punya pasal. Hehe

Banyak ketam kecik-kecik tepi pantai keluar masuk sarangnya. Excited kembar dan kakak. 

Eh, aku pun excited juga. Haha

Bye dear...  

Saturday, 19 December 2015

Jadual Cuti Sekolah Yang Padat & Sendat

Salam dari Senaling,

Asalnya nak back date citer awal cuti sekolah hari tu, tetiba rasa malas lak. Tehehe
Mood nak citer sal semalam, sambil perasan yang kunun diri ini sangat istiqomah tuk update blog.
Puiiii... :P
 
6.00 pagi semalam aku dan Incik Ayah gerak ke Gemas untuk Jamboree Gomeh 2015. Bajet nak kayuh laju-laju. Bukan sebab nak naik podium. Bukan juga untuk pecahkan rekod kebangsaan apatah lagi rekod Olimpik.

 
Overall 463 (Incik Ayah) dan 464 (Puan Ibu) dari 1000 orang peserta. Laju ke tak laju kami kayuh tu? Jawapannya? Tak laju. Hehe. Ingat jam 10 dah sampai penamat. Sekali 11.30 daaa. Puan Ibu lettew yang kasi spoil plan. Rantai basikal jatuh la, paha cramp la... Incik Ayah siap kata dia tak rasa penat lansung Jamboree kali ni. Chaittt...
 
Nak sampai awal. Nak kayuh laju-laju. Sebabnya hanya satu. Untuk gembirakan anak-anak. Semua ibu ayah nak anak-anak gembira  kan? Termasuklah kami.

 
Inilah sebab utamanya. Nak pergi kenduri kawen Cikgu Ain. Cikgu Amni, Amin dan Iman. Aku siap pesan kat durang, sampai kenduri cari terus Cikgu Ain, salam ucap tahniah. Biar puas hati budak-budak ni. Kang kalau tak jumpa, jadi satu kes lain lak. Sekali tu, bukan sekadar salam, amik gambar terus di pelamin. Jarang kami sekeluarga wat perangai sweet cenggini.
 
Satu lagi perangai sweet yang jarang-jarang kami buat.
 
Hikmah besar jugalah gi Jamboree kaki cramp, rantai putus. Sampai lambat. Orang dah kurang. Hehe
 
Jam 2.30 petang rushing plak ke Paroi. Satu lagi kenduri kawen.
 
 
Ini kawan Puan Ibu dan Amni. Kami berkenalan melalui permainan online COC (Clash Of Clan). Perkenalkan ahli Puiii Clan dari kiri Hana, AmniDayini, izmg dan FB118. Puas nak terangkan pada Incik Ayah macam mana kami berkenalan. Haha. Ambillah point ni sebagai satu kebaikan bermain games online. Dapat kenalan baru.
 
Lepas lepak makan kat sini, kami gi Zuda Masri beli baju kain tudung sekolah Amni. Yeahhh... baju Amni tidak boleh didapati di mana-mana kecuali Zuda Masri. Warna rare memang susah lah nak jumpa jawabnya. Ikutkan kena beli kain ela dan jahit sendiri. Gulp. Untung ada Zuda Masri yang menyediakan pakaian siap untuk aku yang memang malasnyer nak beli tempah segala. Kerja nak senang ja aku ni. Terima kasih Zuda Masri. Aku tidak dibayar untuk mempromosikan Zuda Masri. Sekian.
 
Jam 4.15 petang. Dah alang-alang sampai Paroi, jomlah gi Palm Mall. Ayat baik-baik dan akhirnya Incik Ayah setuju. Huhu. Halangan terbesar untuk aku merealisasikan impianku berjaya ku tempuhi. 
 
 
Impianku nak belikan hadiah hari jadi Amni. Birthday November, Disember baru nak belikan hadiah. Mithali tak aku? Siap plan surprise di Toy R Us, Palm Mall. Habis staf-staf dia aku babitkan. Alhamdulillah ilham Allah nak bagi. Terus zupppp ja jadi. Terharu Amni. Aku lagi terharu. Dah bergenang air mata aku di Toy R Us masa aku peluk Amni dan ucapkan, "Ibu sayang Amni."
 
Sebagai penutup, aku belanja dorang di Baskin Robbins.
 
Tak sabar nak balik. Kaki badan dah start rasa sakit di sana sini. :'(
 
Dan hari ni aku jalan mengengkang. Kejung terus kaki balasan tak cukup warm up. Rasakan.
 
Macam nak tidur semula ja ni. Bye. ^__^

Tuesday, 24 November 2015

Mitsui Outlet Park, KLIA Sepang

Salam dari Senaling,
 
Menyelam sambal minum air. Mungkin itulah pepatah yang sesuai tuk menggambarkan aku. Alhamdulillah, asal pergi berkursus aku tak lepaskan peluang untuk membuat lencongan. Kali ni punya kursus, aku melencong ke Mitsui Outlet Park.
 
Orang kata konsepnya macam JPO kat Johor nun. Orang kata k sebab aku tak pernah pergi JPO. Cuma yang aku leh kata ialah, Mitsui Outlet Park ni memang heaven habis tuk shopaholic. Aku bukan shopaholic. Eh? Ye ke? (walhal baru ja tadi shopping tiga helai tudung Blossom Bawal AidiJuma...kuikui)
 
Aku memang dah lama nak cari handbag, purse dan kasut jalan-jalan. Memang dah lama. Sumpah tak tipu.
 
Handbag aku berusia hampir enam tahun, begitu juga dengan purse ku. Kasut dari tahun 2012. Tiga tahun bertahan sampai dah lunyai pun Nike aku tu. Jadi wajarlah aku menggantikannya dengan yang baru. Kannnnn ?
 
Barang disini bagi aku memang agak murah dibandingkan dengan yang dijual di tempat lain. Lebih-lebih lagi nak dekat Jingle Bell, Jingle Bell ni. Menjadi-jadi lak offernya aku tengok.

Hush Puppies.
Skethers.
Bonia.
Sembonia.
Obermain.
Carlo Rino.
Guess.
Adidas.
Quick Silver.
SuperDry.
Levi's.

Banyak lagi butik, aku ingat yang tu aje walau pun empat kali buat lawatan muhibah ke Mitsui. Muahehehe.

Eh, butik Toyota pun ada tau.

Anak-anak kat sini pun okay.

Mak pak shopping, anak-anak leh layan drum.

Ada juga karnival Fun Fair di Mitsui. Aku je yang lupa capture pic. Boleh try luck kalau mahu. Mana tau, selain Toyota sebiji, dapat juga seketul bear. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di Mitsui? Kan?
 
Ada budak majuk di NutCracker. Layan.

Up to 50%. Wow.
 
Tapi memang betul pun. Kat butik Sembonia, menjangkau hingga 70%. Butik Hush Puppies 55% kalau ada kad ahli. Agak-agak barang-barang seumpamanya dah lama tak tukar, apa salahnya gi sini tuk cari pengganti. Sini banyak pilihan walau pun dengarnya bukan yang up to date. Untuk aku macam dah best habis ni. :)
 
Seperkara lagi, ada free shuttle bus ke Mitsui dari KLIA dan KLIA 2. Sesekali naik bas bawa anak-anak; seronok juga kan? 
 
Paling penting, 66% dari apa yang aku nak, aku dapat. Alhamdulillah. Harganya pun lebih murah dari yang lama, tapi dengan kualiti yang lebih baik. Double Alhamdulillah. Hehe.
 
Tu aje promosi aku tentang Mitsui. Selamat membeli belah u alls. 

Friday, 20 November 2015

Muzium Di Raja, Kuala Lumpur, Malaysia.

Salam dari Senaling,

Tahu tak di negara kita ada Muzium Di Raja? Aku pun tak tahu. Yang aku tahu Istana Lama jer. Rupanya  Istana YDP Agong yang lama telah diambil alih oleh Muzium Negara untuk diwartakan sebagai Muzium Di Raja.


Kalau anak-anak tuan puan suka tengok Sofia The First kat Disney Junior, haruslah pergi sini tuk tunjukkan realiti istana tu macam mana. Asyik berimaginasi ja, bila nak maju? Aku punya perangai lagi puiiii. Istana di Vietnam (Reunification Palace) aku dah pergi tahun 2012. Di Malaysia? Tahun 2015. Dasar Tanggang.
 
Dada langit, mendung. Sikit lagi nanges la tu.
 
 
Dalam tak dibenarkan mengambil foto. Jadi kita amik foto di luar je lah. Rasanya Muzium Negara pun tak benarkan berfoto. Banyak tempat pelancongan yang buat macam tu. So, redha. Sedikit bayaran juga dikenakan. Ini pun sesuatu yang normal.
 
Muzium Di Raja ni best kalau kau hayatinya. Baca info. Slow-slow jalan semua tempat. Tengok foto yang dipamerkan. Bercerita dengan kids tentang itu ini dalam istana. Get excited dengan bilik-bilik makan, perpustakaan, bilik-bilik tidur, bilik YDP Agong yang bapak besar, pelbagai kemudahan, waima dengan bilik dobinya pun aku excited.
 
Hasilnya? Lawatan jadi sangat bermakna. Untuk anak-anak dan mak bapak anak. Lepas tu gi pulak pekena kari kepala ikan di kedai ZK, Jalan Kampung Attap. Perghhhh...memang terbaik kari kepala ikan dia. Eh, meleleh lak air liur ni.

Seronok jadinya in total u alls.
Malaysia juga seronok diterokai jika kita mahu menerokainya.
Above statement merujuk kepada aku.
Ada hikmah disebalik kejatuhan ringgit.
Jadi simpan dulu itenari ke Krabi, Bali, Eropah, Lombok dan sebagainya ya Hana. T__T
 
Kami dah jejak Istana Negara. Yeay.
 
Aku tanya anak-anak, "Nak tak duk istana?"
"Tanak", jawabnya.
 
Dasar penakut. Heh.
 
Bye kamurang. Cuti sekolah ni, leh la gi sini.  Feel-feel jadi prince and princess sekejap :)