Monday, 21 January 2013

Bila Sakit Di-marathon-kan

Salam dari Jugra,

Minggu lepas aku wat keja part time. Part time jadi nurse. Hohoiiiii...Penat siyes. Tabik spring aku ngan sumer nurse-nurse  di luar sana. U all memang bagus. Menjaga orang sakit dengan senyuman di bibir tak kiralah samada dorang ikhlas atau tak. Tapi dorang still mo senyum untuk para pesakit dan para pelawat sekalian. Apa? Aku wat part time kat hospital mana? Hospital di kolej lah. Di rumah aku dan TASKA kolej juga. Personal nurse tuk Nur Amni Dayini, Muhammad Amin Danish dan Muhammad Iman Danish.

Dorang sakit secara marathon. Sungguh majulah sukan untuk negara kan? Marathon lagi tu bukan sebarang. Bermula dari 3 Januari 2013 dan alhamdullillah akhirnya marathon tu dihentikan (hendaknya-Aaamiiinnnn) berkuatkuasa pada 21 Januari 2013. Phew (Lap peluh). Macamlah aku gi menuai padi kan? Nampak sungguh tak mithalinya aku.

Dah lama budak-budak tak sakit berganti-ganti (Alhamdulillah). Last masa umur dorang tak sampai setahun selama 6 bulan bersilih ganti. Selsema. Batuk. Kali ni lain plak kekdahnya. Sakit perut. Muntah. Kembung. Demam. Dan demam lagi. Sungguh mencabar kewibawaan sebagai seorang penjaga. Sampai doktor tu pun dah jemu tengok muka aku. Masuk ja bilik doktor. Doktor akan cakap, "Apa lagi ni?". Haha. Baguskan doktor ni? Bukan patut doktor swasta akan rasa aman damai bahgia ke kalau patient asyik-asyik datang. Tapi bukan dia.

Doktor membebel bukan sebarang masa anak-anak kembung perut, muntah dan sewaktu dengannya. Antara yang aku belajar dari dia

1. Sila paksa anak anda makan. Lebih-lebih lagi masa perut dia memulas-mulas, angin taufan Katrina tsunami dalam perut dia tu. Memang dorang refuse untuk makan. Tapi kena paksa juga. Sila sediakan makanan seperti bubur dan ikan bilis goreng yang ditumbuk. Bagi sikit-sikit tapi kerap.

2. Ikan adalah lebih bagus dari ayam. Lebih mudah hadam.

3. Silalah ugut anak-anak anda makan dengan menyebut nama doktor 27 kali.

4. Air suam adalah yang terbaik. Susu tak OK. Vitagen dan minuman berkultur OK.

Siyes anak sakit perut sangat tak best. Baik demam. Terus pastu kembar demam lak. Aiyoooo. (Tepuk dahi) Aku suka macam tu. Lain kali mohon suh dorang baik terus kan lebih berfaedah. Bila dorang demam ni. Susah hati aku malam-malam. Tak lena tido risau suhu naik tinggi. Dan aku belajar ini pulak masa dorang demam.

5. Sila sediakan termometer. 37.2 masih ok tuk dewasa. Tapi tuk budak-budak dah demam dah tu.

6. Sila sediakan tuala kecil tuk letak di dahi dan ketiak dorang. Jumlah tuala kecik 3. Sebab ketiak ada 2.

8. Bawalah jumpa doktor walaupun stok ubat masih ada. Tuk aku siyes sebagai penenang hati. Mendengar dari orang yang sepatutnya adalah sangat mendamaikan. Terus lena aku tido pastu. KihKih.

9. Buat air penawar. Jumpa ustaz minta buatkan. Pun sebagai penenang jiwa aku sebenarnya.

10. Ni baru aku tahu, member kata kalau anak asyik demam malam yang kuat. Siang OK. Amik air masuk dalam baldi. Jemur bawah matahari jam 11-2. Simpan dulu air tu. Dalam jam 5 baru mandikan. Aku tak sempat nak cuba ni sebab kembar bukan demam panas sangat pun.

11. Ini memang last option kalau tak juga baik-baik gak demam walaupun doktor dah bagi antibiotik dan setelah mencuba semua usaha yang di atas ~ check darah. 

Alhamdulillah. Kembar makin sihat. Sihatlah hendaknya selamanya. Dah dua hari gi sekolah bersama-sama. Kalau sebelum ni asyik bersilih ganti sampai cikgu pun dah tak kenal siapa yang datang siapa yang tak datang.

Gambo tak clear. Tapi masih leh cam kiri Amin dan kanan Iman.
Sihatlah selamanya sayang. Aamiiinnn.
Termasuk Kakak Amni.
Aamiiinnn. Please Please Please...Hehe

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Tuesday, 8 January 2013

Hujung Minggu Pertama Tahun 2013

Salam dari Jugra,

Hujung minggu pertama 2013 merupakan hujung minggu yang menjadi penanda aras bagi hujung-hujung minggu yang seterusnya. Boleh gitu. Haruslah boleh kan? Dalam kemalasan yang terhamat masa bangun pagi hari Sabtu lepas (eh hari ni dah hari Rabu ya?)...terkebil-kebil di jendela tengok awan, tengok pokok, tengok playground. Dalam hati terdetik, ini tak boleh jadi. Kalau aku tak keluar beriadah makanya habislah satu hari di habiskan dengan mende-mende yang lagha. Terus bersiap dan kejutkan Amni. Ke mana? Mendaki Bukit Jugra lagi lah. Belum lagi wujud bukit lain di Jugra ni. Maka kita terjah Bukit Jugra ja lah ya. Tu pun untung ada bukit tau.

Dah banyak kali citer pasal Bukit Jugra ni. So tayah citer lagi. Cuma nak highlight pa yang baru ja di Bukit Jugra. 

Teng Teng Teng...Ada pagar dah. Kalau idak dulu sumer orang leh terjun dari bukit ni terussssss.

 Close up : Harapkan pagar, pagar memang cantik. (untuk makluman - atas Bukit Jugra tada padi)

Masa nampak ni, cakap ngan Amni, 

"Eh dah ada pagar, leh la ajak adik naik Bukit Jugra ni"

Pastu sambung dalam hati

"Untunglahhhhh sapa yang dapat kontrak pasang pagar ni. Mesti kaw-kaw punya dorang letak harga. Kerajaan negeri bayar dorang berapa ya...?"

Eh, sampai ke situ pulak aku fikir. Sejak dengar ura-ura nak pilihanraya tahun ni, seperti ADUN berjiwa rakyat lak aku menjadi. Hahahaaaaa.

Pastu kami melencong ke rumah bos kecik yang baru ja melahirkan baby boy.

Nazmi Arif. Usianya seminggu.

Aku sebenarnya ta syiok sangat tengok baby besar ni. Aku suka tengok baby yang masa dia tengah naik tu. Huihhh geram leh peluk macam teddy bear. Yang ini jari pun halus. Tapi aku rasa aku tak seram nak pegang baby halus macam ni. Orang yang risau tengok aku handle baby halus. Cuma aku tak dukung pun baby ni hari tu dengan alasan kaki sakit panjat bukit tadi. Eh? Tada kaitan ya? Haha. Panjat bukit baiiii...pegang baby. Tayah kot lagi. 

So, kira hujung minggu lepas hari aku dan Amni dimulakan dengan melihat keindahan ciptaan-Nya! 
Best dan silalah jangan jeles...

Eh!TuAjeLahKali.Bye.

Thursday, 3 January 2013

Tahun Baru 2013 dan Tugu Negara

Salam dari Jugra,

Wah dah masuk 2013 akhirnya. Selamat Tahun Baru 2013 semua. Moga di tahun baru ni akan memberikan suatu kelainan yang menjurus kepada kebaikan hendaknya. Jadi, untuk permulaan 2013 kami sekeluarga telah menerjahkan diri ke Tugu Negara. Pertama kali pergi untuk semua kecuali ayah. Macam tak percaya ja yang ai ta pernah pergi Tugu Negara selama ni. War Remnant Museum di Vietnam pun ai da sampai. Tugu Negara, Malaysia ai baru sampai. Memang kufur nikmat.

Apa-apa pun mo bagitau yang berjalan-jalan di hujung minggu di sekitar KL atau Selangor atau mana-mana yang berdekatan akan menjadi agenda kami sekeluarga menjelang 2013 dan selamanya. Yes!!! ai memang suka bila agenda jalan-jalan telah pun dipandang serius oleh pihak bertanggungjawab. Lagi pun Amni, Amin dan Iman dah besar. Dah senang banyak nak gi merata tempat. Jadi tiada alasan.

Sebenarnya kami ke majlis perkahwinan member ayah di Cheras kot. Tapi yang pasti area KL lah. Dan kebetulan memang dekat dengan Tugu Negara. Thats why we all gagahkan jua nak pergi. Sampai dalam jam 3 petang camtu. Fuiyoooo panas dia leh tahan jugaklah walaupun macam mendung. Dahlah Tugu Negara ni rupanya berada di tempat yang open. Memang bertambahlah melanin dalam kulit ai.

 Inilah member ayah yang kami gi kenduri kawen tu. Terima kasih sebab sponsor kami lunch. Hehe.

 Di atas tu ada banyak lencana. Amni yang perasan. 




Cantik dan hebat jugak Tugu Negara dan kawasan sekitarnya. Tak kurang macam tugu peringatan di Vietnam dan Jakarta juga. Memang best tengok. Amni pun leh belajar something.  Belajar yang di Malaysia juga ada Tugu Peringatan. Hehe.

 Betapa hebatnya dorang ber posing. Haha.

Kami dah sampai Tugu Negara, Malaysia. Yeahhhh.

Iman menunjukkan tanda-tanda penat da nak berjalan. So, dia baring plak. Gasaklah Iman.

Pastu kami gi ASEAN Sculpture Garden. Encik Ayah dah merungut bila kena berjalan ke bawah. Katanya takde apa-apa. Maaf, ai dah belajar sesuatu bila ke Vietnam, semua tempat mesti ada apa-apa walaupun sepertinya tiada apa-apa. Memang ada sesuatu. Ada arca-arca yang di buat oleh artis dari setiap negara Asean. Ai suka tengok yang dari Singapura. Dan anak-anak pun enjoy bila ibunya excited lebih. Haha. Ai memang suka excited tuk mende-mende yang kecil. Ya, boleh kata ai over atau ntah hapa-hapa. Tapi kalau nak tunggu mende besar baru nak excited? Ehmmmm Ruginya hidup!

Atas sekali tu arca yang dibuat oleh artis Filifina ke Thailand.
Yang bawah tu confirm Singapura.

Da habis pusing taman, kami singgah beli air botol dan ai beli fridge magnetic yang ada tulis National Monument tuk menunjukkan we all sekeluarga dah sampai sini. Dah macam konsep jalan-jalan cari makan TV3 da. Setel dalam satu jam jerk. Balik dan singgah jap Giant beli swimming attire tuk ai dan Amni.

Yeah, tahun 2013 akan lebih bermakna dengan belajar swimming. Yes!

Eh!TuAjeLahKali.Bye!