Hari ni ialah hari jadi aku, 7 Mei 2014. Wahhh...Tak
cukup di Facebook, di blog pun aku promosi hari jadi sendiri. Itulah
antara kelebihannya ada blog kan...^_^
Hari kedua ni, kami plan nak wat Island
Hopping. Antara orang yang menentang ketika aku wat plan
ni ialah tak lain tak bukan Mr. J. Ada la dalam 3 kali dia bagitau
aku, sepupunya pergi Langkawi, antara aktiviti yang membosankan ialah
Island Hopping lah. Seperti biasa kedegilanku mengatasi
segalanya. Tapi bila dah wat Island Hopping ni sendiri, aku
rasa yang excited nak gi lagi (selain aku) ialah Mr. J gaks.
Tu sebab antara pesan orang tua-tua yang femes ialah...belum cuba
belum tahu. Dah cuba, nah kan best tu.
Kami sewa satu bot sebelum sampai Langkawi lagi.
RM240 satu bot. Berjanjian tuk berjumpa di Underwater World jam 9
pagi. Semangat kami ni tau sebab jam 8.40 pagi dah sampai sana.
Rupanya agen ni tunggu juga kumpulan-kumpulan yang lain yang sampai
memang lambat la hai dari group kami. Bisinglah anakanda sekalian
kena menunggu lama sebab dalam jam 9.30 baru dorang angkut kami ke
jeti.
Ketika anak-anak kebosanan menunggu, mereka akan berkreatif membuat pelbagai aksi dan gaya
Syukur dalam ramai-ramai
group tu,
group kami
diberi bot yang paling awal. Ikut pakej asal
Island Hopping, ia akan
membawa kami ke 3 tempat je (1) Tasik Dayang Bunting (2)
Eagle
Feeding dan (3) Pantai Beras Basah. Tapi
driver bot kami,
Shah promosi Taman Ikan, Gua Kelawar dan sewa jaket keselamatan.
Jaket keselamatan tu dia
offer satu jaket RM10. Kami ada 9
orang, aku minta diskaun dia bagi RM80. Tuk yang Taman Ikan dan Gua
Kelawar tu kami bayar RM150++ kot. Aku tak berapa nak ingat sangat
harganya. Duit meluncur laju macam bot yang kami naik tu juga. Aku
on
kan ajer, sambil Mr. J menggeleng-gelengkan kepalanya. Pantang orang
offer apa-apa, sumer aku
on kan.
Bagi aku, aku nak
try apa sahaja mende yang
baru bagi aku di sini. Supaya aku leh citer kat orang apa yang
best
dan apa yang kurang
best. Maklumlah...aku kan
blogger...ehemmmm
Kesimpulan dari
Island Hopping trip, bolehlah
aku katakan :-
(b) Taman Ikan, menarik juga sebab leh pegang dan
tengok penyu dan ikan besar dengan lebih dekat. Siapa yang lom pernah
gi sini, pergilah. Untuk aku, sekali je lah agaknya.
Next year
kalu gi lagi, ta perlu kot gi Taman Ikan ni lagi.
Gambar Atas : Gamat dan rambutan laut boleh dipegang secara live di sini.
Gambar Bawah : Kami sekeluarga dah sampai Taman Ikan, Langkawi
Ala, macam comel ja aku posing lentok sama macam kepala penyu tu. Sweet sangat perangai macam ni tau.
Dengan ikan buntal yang dah di awetkan.
Ikan buntal hidup ni aku jumpa di Underwater World. Tak sangka warnanya sebegini fancy. Cuba juga nak buat dia mengembung, tapi haram tak dapat.
(c) Gua Kelawar, Shah bagitau kalau air surut dia
leh bawa bot masuk sampai dalam. Tapi masa dia bawa kami tu air
tengah pasang. Nampaklah batman bergayutan di dinding gua. Anak-anak
lah paling
excited tengok. Maklumlah, dorang kan ponteng
sekolah. Tapi ponteng sekolah tak bermakna pembelajaran berhenti, kat
sini pun dorang leh belajar pa...(ayat seorang penjaga yang nak
cover
rasa bersalah sebab anak
missed Ujian Pertengahan Tahun)
Ini ja kelawar yang kami nampak. jadilahhhh...
(d) Pantai Beras Basah pun
best. Air dia
jernih dan kalau kau bawa roti, boleh tarik perhatian ikan-ikan comel
tuk berenang di sekeliling kau. Nanti aku
attachkan video.
(e)
Eagle Feeding. This is a new
experience to see the eagles flying up in the sky. The best moment is
when you can see them grab the foods (chicken skin) on the sea
surface. Oh My English la sangat aku kan. Kira halal la eh dengan
kecelaruan
grammar ku...
Air laut di sini nampak cetek dan jernih. Ada orang excited nak terjun. Tapi hati-hati, air yang tenang jangan disangka tiada barracuda...
(f) Tasik Dayang Bunting. Cerita terbaik kiter
simpan yang paling hujung. Alaaaa macam konsert la pun. Datuk Siti
Nurhaliza punya
performance hujung-hujung baru nak tunjuk kan?
Kembali ke penceritaan Tasik Dayang Bunting. Secara seriusnya, aku
masih terbayang-bayang tasik ni lagi. Mungkin sebab kami
spend
masa yang terhamatla pendek di sini. Satu jam tidak cukup hokey.
Sangat tidak cukup. Tasik di tengah laut, sangat misterikan ciptaan
Allah? Air dia tawar, nak bermandi manda memang sangatlah
best.
Dengan panorama yang sangat indah, Subhanallah. Dengan bentuk gunung
yang seperti perempuan mengandung sedang terbaring. Ah,
segala-galanya indah di sini. Lebih indah sebab cuaca teduh. Tempat
yang aku nak
spend masa lama-lama ialah di sinilah. Tasik
Dayang Bunting...
Wait for us k next year... ^_^
Aku rasa semua orang akan capture pic ni, dayang yang bunting/mengandung sedang berbaring dengan tenangnya. Bolehkah anda lihat apa yang saya lihat?
Aktiviti paling best sepanjang zaman untuk anak-anak, bapak anak dan mak anak ialah main air. Sekian.
Jam 1230 kami dah minta Shah pulangkan kami ke jeti.
Kami tak
check out lagi homestay. Syukur
ownernya, Kak
Asma baik hati benarkan kami
check out lambat. Kununnya jam 2,
tapi terlajak sampai 2.30. Macam manala tak lewat... Siap gi mandi
kat
swimming pool dan masak
lunch lagi kami ni. Memang
tak tahu diuntung. Rezeki kami, orang yang nak
check in tu
masuk lambat.
Anyway tima kasih Kak Asma. Siap
offer
harga lain kalau nak sewa homestay dia bila kami ke Langkawi lagi
next time.
Next hentian ialah Pekan Kuah. Nak
survey
harga barang.
Aim kami tak lain tak bukan coklat dan
pinggan. Aku memang dah
aim Correlle dari 10 tahun yang lalu.
Lin pilih Luminarc.
Survey dan
survey sampai kembar
duduk atas lantai, petanda protes sebab kepenatan.
Kepenatan macam
mana pun, perjalanan tetap diteruskan ke Makam Mahsuri. Sampai
Langkawi tak gi Makam Mahsuri memang tak lengkap rasanya. Ingatkan
sekadar makam biasa macam makam Sultan Abdul Samad di Bukit Makam,
Jugra tu. Sekali tu ada kompleks daaa. Larilah
timing nak ke Laman
Padi kunun.
Kota Mahsuri namanya...kota okay...Nampak pelan tapak? Saujana mata memandang.
Di sini Mahsuri disemadikan. Al fatihah.
Dalam kompleks tu siap ada rumah tradisional dan
permainan tradisional bagai. Buaian pun da macam citer Bawang Putih,
Bawang Merah tu... Nasib ja jam 6 petang dorang tutup, kalau idak
mahu lama lagi kami kat situ.
Ruang tamu Mahsuri, dapur Mahsuri dan...
...penumbuk Mahsuri.
Buai...buai...buaiku laju....
Pohon beringin, daunnya rendang...
Kami nak kawen dengan anak rajaaaaa....
Jom main congkak gergasi.
Ini bukan conteng-conteng. Ini mesej untuk MH370.
Kebetulan jalan nak masuk ke Makam Mahsuri ni ada kilang wat minyak gamat, air gamat, dan macam-macam lagilah berasaskan gamat. Singgah ke sini selepas ke Makam Mahsuri membeli minyak, bam dan air gamat. Tuk dijadikan ole-ole katanya.
Ke mana kami lepas tu? Hotel?
Sorry...Tak
balik hotel k. Menyambung ke Pekan Kuah semula. Oh, lupa nak bagitau.
Second day kami sewa Rumah Persekutuan Langkawi, RM55 semalam
Letaknya di Pantai Cenang. Agak membuang masa sebenarnya bila
berpindah dari
homestay ke hotel. Tapi apakan daya, Rumah
Persekutuan hanya dapat kami
booked satu malam ja.
Di Pekan Kuah kami ke Idaman Suri. Tapi pandangan
aku, HIG kompleks lebih best dari Idaman Suri. Harga Correlle ku pun
sama ja. Kecuali dapat
free gift. Tapi tu pun
pattern
yang aku nak tak de. Konsepnya di sini, apa yang di
display
itulah yang ada. Di Idaman Suri tak lama pun, adalah dalam 30 minit
pastu kami menuju ke HIG kompleks. Harga coklat dan pinggan sama ja,
tak beza mana pun. Cuma tempatnya lebih selesa nak bershopping. Kami
solat dan
dinner di sini. Dalam jam 9 barulah bertolak balik
ke Pantai Cenang.
Adakah kami terus pulang? Soalan cepu emas apakah
yang aku utarakan ini?
Jawapannya, TAKKKKKKK... Wat lencongan lak kat
kompleks Teow Soon Huat. Eh betulka ejaan nya? Tapi letaknya di tepi
jalan
on the way nak ke Cenang. Tu yang melencong tu. Sian anak-anak
kebosanan melayan nasu serakah ibunya. Tapi Alhamdulillah lencongan
kami tak sia-sia, sebab di sinilah aku jumpa set periuk Correlle
idamanku yang kurang RM40 jika dibandingkan di tempat-tempat lain.
Walau pun corak yang di
offer tak sama dengan apa yang aku
tengok-tengok siang tadi. Tapi itu sudah cukup memberikan ku sedikit
sebanyak idea untuk berjimat. Hihu. Hati berbunga Sakura lagi bila
tengok ada
bagpack dengan harga yang aku bajetkan.
Bila dah hitung congak sumer, kami pun pulang ke
hotel tanpa membeli satu pun barang-barang yang kami tengok tadi.
Esok ajelah sebab Avanza dah sendat dan penat.
Nota kaki : Cuaca masih
super baik di
Langkawi. Malam ja hujan. Seimbang sangatkan perjalanan kami?
Syukur Alhamdulillah.
Gambar dan video masuk nanti. Jadi, silalah ulang
masuk blog kiter ya. Hikhik (ketawa malu-malu sebab promosi blog
sendiri)
Tamat sudah. Terima kasih sebab baca sampai
habis...^_^