Showing posts with label ragam kembar. Show all posts
Showing posts with label ragam kembar. Show all posts

Saturday, 3 August 2019

Road to UPKK : Gaya Pembelajaran Amin dan Iman

Seingat aku, masa Amni menduduki UPKK, aku tak risau. Lansung.

Amni, mungkin dia anak perempuan, yang pertama pula tu. Jadi lebih matang dan rasa tanggungjawab pada diri sendiri tinggi. Aku masih teringat Puan K pernah melaporkan, Amni sambil tunggu bas ke SRA (di Banting), duduk di buaian sambil baca buku.

Kembar? Contohnya; Amin, sambil baca buku sambil main Beyblade gaissss...

Nah, bagi teaser sikit (sebab tak cukup nak  masuk full video) seorang ibu yang juga seorang pendidik buat soal jawab tentang solat Jamak dan Qasar.

Perkataan mufasir masih belum wujud dik 

Video penuh nanti ibu dah upload di YouTube - boleh klik sini, sambungan di sini. Biar future cucu-cucu tengok macam mana abi-abi nya belajar dulu-dulu 😜 

Saturday, 20 January 2018

Kembar Bersunat

Salam dari Senaling,

Ini ialah imageless entry. Hanya cerita sebab ketika kejadian, kembar request no picture taken before, during or after. Jadi aku sebagai mommy mithali bersetuju je tanpa banyak bicara.

Sebenarnya aku dan Incik Ayah dah merancang untuk menyunatkan kembar dari tahun 2016. Bila hasrat disuarakan, kembar minta supaya ditunda pada tahun 2017. Kami bersetuju. Dalam jangka masa itu, kerap-kerap-kerap-kerap-ulang-ulang-ulang-ulang bagitahu kembar bahawa hujung tahun 2017 mereka akan bersunat. Sepanjang tahun tak jemu-jemu!  Biar mental bersedia. Mental kembar, aku dan mental Incik Ayah sekali. Hehe. Insha Allah proses jadi mudah. 

Cari tarikh. Hujung tahun ialah tarikh hot untuk bersunat. Kami ni kategori lambat juga nak booked tarikh sebab takde pengalaman. Huhu. Kita kena fit dengan tarikh bukan tarikh fit ngan kita. Lupa jap yang aku hanya rakyat marhaen.

Tarikh awal lebih baik. Pilihlah tarikh awal-awal cuti sekolah. Tak tahu berapa lama luka nak baik. Unpredictable. Dengar cerita paling awal boleh dapat tiga hari, tapi kembar ambil masa seminggu. Nasib-nasib ikut rezeki. 

Aku berdebar-debar sebenarnya bila nak sunatkan kembar. Stress pun ada. Memikir apakah yang akan terjadi nanti. Ikutkan aku, aku nak dua-dua bersunat serentak. Terfikir gak nak sunatkan durang di dua klinik berbeza. Tapi duk Pilah manada banyak pilihan klinik pun. Dua klinik ja. Tarikh pulak lain-lain. Penyudahnya amik je lah satu klinik.

Bila satu klinik, fikir lagi cane nak buat supaya bila seorang tu nga bersunat, yang seorang lagi tak boleh berada di tempat kejadian. Jadinya yang pertama melolong, memekik; risau yang menunggu di luar jadi mental. Dahlah hari Khamis aku kerja. Pastu kemut lak tu nak minta cuti (dilema guru ibarat lilin membakar diri untuk kepentingan orang lain) Haha. Sayang kuliah punya pasal. 

Syukur je timing kembar sunat time aku free dua jam, leh lari jap. Sudahnya plan jadi macam ni:

1) Incik Ayah bawa Iman gi klinik, sunat. Amin tinggal dulu di rumah.
2) Aku habis kelas tutorial, zooommm amik Amin kat rumah bawa ke klinik, ganti bawa balik Iman.
3) Kakak Amni jaga Iman lu, sementara nak tunggu Incik Ayah balik bawa Amin. Ibu zooommmm balik kolej prepare tuk kuliah. 

Part paling seram ialah part kakak Amni jaga Iman. Kakak seram, aku pun seram tapi aku harus pandai-bajet-wat cool. 

Hari kejadian; Segalanya berjalan seperti yang dirancangkan. Aku pun kurang memikir perkara merepek-belum-jadi-lagi bila masuk kelas mengajar tutor. Habis kelas jam 1000, aku balik rumah amik Amin. Ikut jadual Iman patut bersunat jam 1030 pagi dan lebih kurang jam 1020 aku dah sampai depan klinik. Tapi aku dan Amin masih lepak dalam kereta tunggu signal dari Incik Ayah.

Tiktoktiktoktikkkk... 1045 (sepi). 1050 (senyap). 1100 (diam). Ahhhhh sudah apa hal lak ni. Aku gelisah sebab kuliah mula jam 1200, Amin (mangsa seterusnya) apatah lagi. Jam 1110, aku call Incik Ayah. Baru masuk dalam bilik doktor katanya. Like... whattttt? 

Amin lak nak terkencing. Sudahnya aku masuk je dalam klinik gi toilet. (Iman di dalam nga bersunat mungkin) Ngam aku dan Amin selesai guna toilet. Iman keluar punya steady. Rilek ja tak nangis tak apa. Aku tanya, sakit tak? Jawapannya; tak. Fuhhhhh... lega. Senang banyak ni tuk Amin bila tengok kembarnya punya cool. Dua budak lagi, selepas Amin pun nampak muka lega bila dengar feedback positif cenggitu.

Incik Ayah amik turn bawa Amin masuk bilik doktor, aku pula bawa Iman balik rumah. Sampai rumah jam 1145, bagi Iman ubat tahan sakit apa-apa hal, pastu pesan pada kakak suh jaga adik jap. Aku bagi tips kat dia, kalau Iman menangis (mengadu sakit), amik kain letak ais, dab dab dekat kepala. Aku bisik, tindakan tersebut sebenarnya lansung tak mengurangkan sakit di 'situ', psikologi semata-mata. Hehe. Amni say okay.

Semua seperti baik-baik sahaja, maka seorang guru Malaysia yang gigih ni pun zooommm balik kolej, masuk kuliah. Mengajar.

Aku fikir selesai sudah kerunsingan ini. Takkkkk... Nak menjaga luka pun satu hal. Walaupun Incik Ayah yang take over segala macam urusan kelelakian, aku masih berdebar nak tunggu berapa lama lagi luka-luka tu nak baik. Risau infection terutamanya. Alhamdulillah, seminggu berlalu baik-baik-indah-bahagia-langit-pun-cerah. Kembar pun senang diurus. Hari pertama je yang agak begitu-begini. Iman je menangis sikit (hari pertama), mungkin lonely masa nak tunggu kembar sorang lagi balik dari klinik. Enam hari seterusnya okay.

Kalau buat pembacaan online, ada macam-macam tips tuk jaga budak bersunat plus ubat tambahan, krim sapu dan sebagainya. Untuk kembar, aku 100% hanya guna ubat yang klinik bagi (ubat tahan sakit dan antibiotik) selain berpantang makan supaya luka cepat baik. Tu pun, hari ketiga dah mula makan ayam, pastu wait and see. Tak mengadu gatal, luka pun elok-elok ja, hantam ayam la pulak pastu.

Sapuan ubat kuning (biasa guna pada luka); tiada, krim tambahan; tiada. Ubat tahan sakit; kami bagi tuk 24 jam pertama selepas bersunat, lepas tu berhenti, sebab kembar tak mengadu sakit. Antibiotik ja yang wajib licin habis.

Lepas seminggu, kami wat kenduri kesyukuran sikit. Bersyukur tuk macam-macam perkara, tapi yang dapat token dua hero itulah. Kembar sampai cakap, seronoknya bersunat sebab dapat duit banyak . 

Kalau macam tu bersunatlah setiap tahun 😂. Hehe

Sunday, 1 October 2017

Beli Pengalaman

Salam dari Senaling,

Selang dua tiga hari selepas trip kami ke Menara Taming Sari, Melaka, kembar kecoh cari barang terbuang. Ada pertandingan rekacipta. Kelam kabut sebab kami baru je hantar recycle barang-barang berkenaan.

Sambar apa yang ada. Amin dari awal dah kata dia nak buat Menara Taming Sari. Beriya-iya. Iman nak buat Menara Berkembar Petronas, tapi pagi sebelum pertandingan bertukar nak buat replika masjid lak.

Aku sebenarnya taleh nak digest, cane agaknya durang nak bentukkan bangunan-bangunan ni. Yang Menara Taming Sari tu cane nak buat platform bulat yang berpusing 360 darjah, masjid tu cane pulak nak wat kubah.

Aku overthinking, masih fikir durang budak-kecil-baby lagi agaknya.

Amin dan replika Menara Taming Sarinya.

Masa dibawa pulang aku kata "Waaaaa..." tak sangka kreatifnya Amin leh buat platform pusing-pusing macam tu. Tapi tiang menara idea aku. Hehe. Iman punya, dah dibuang. katanya tak cantik. Iman, sifat daya saingnya tinggi. Aku dah leh faham da bila dia kata dia buang sebab Menara Taming Sari abangnya jadi juara tuk Tahap Satu. Walau pun macam tu, bangga juga Iman sebab Amin menang. Beriya Iman cerita, "Cikgu kata bangunan Abang Amin cantik. Lain dari yang lain."

Berbaloi pulak rasanya invest duit tuk experience, because not all classroom has four walls. Kan?😀

Monday, 28 August 2017

Seorang Bernama Ali Yang Pelik

DI SEKOLAH  


CIKGU : 1+1 berapa


ALI : esok saya bagi tahu



DI RUMAH

ALI : mak 1+1 berapa ?

MAK:nasi goreng nasi goreng

ALI:ayah 1+1 berapa ?

AYAH:CR7

ALI: kakak 1+1 berapa?

KAKAK: come on baby come on baby

ALI: abang 1+1 berapa?

ABANG : fight bunuh dia bunuh dia

ALI:atok 1+1 berapa?

ATOK:alhamdulillah



DI SEKOLAH  

CIKGU:ali 1+1 berapa

ALI:nasi goreng nasi goreng

CIKGU:siapa mengajar kamu ni?

ALI:CR7

CIKGU :mari ikut cikgu ke GURU BESAR

ALI:come on baby come on baby

CIKGU:kamu main-main dengan cikgu ya

ALI:fight bunuh dia bunuh dia

CIKGU:kamu di buang sekolah

ALI:alhamdulillah


TAMAT............

SEKIAN TERIMA KASIH

*written by kembar 😉


Thursday, 24 August 2017

Trip Melaka 2017: Menara Taming Sari, Beca Bermuzik, Dataran Pahlawan, Uptown

Salam dari Senaling,

Puas pusing muzium leh klik sini, kita ke menara jom. Ini memang kembar sebut-sebut sebelum ke Melaka. Ini jugalah punca kami plan trip ke Melaka. Tak henti berdoa cuaca di Melaka baik-baik hendakNya. Alhamdulillah, baik!

Tunggu turn  nak naik menara. Kembar sewa teropong, guna baki duit raya tak masuk bank.

Kami naik dalam jam 7.00 petang. Total masa tuk naik dan turun lebih kurang 15 minit je. Bayaran masuk, adoiiii tak ingat tak snap pic tah pesal. Tapi leh gi official website Menara Taming Sari tuk info tiket. Seingat aku, tak semurah masuk muzium tadi dan tak semahal naik Menara KL 😊. Hujung minggu menara beroperasi sehingga jam 11.00 malam tau.

Antara yang dapat dilihat dari atas menara.

Paling win ialah ini...

Sunset di Selat Melaka. Subhanallah 😍

Alhamdulillah selesai tertunai impian kembar nak naik Menara Taming Sari, Melaka dan durang sambung request naik beca pulak dah. Dari bilik kami petang tadi memang boleh nampak segala beca yang fancy ni, siap booked nak naik beca tema Pikachu (Amin), nak naik beca tema Batman (Iman). Perghhhh... citarasa antarabangsa betul. 

Tapi kami ajak durang dinner dan maghrib, then baru turun semula untuk berbeca. Nampak? Untung woooo hotel dekat town.

Kami dinner di Asam Pedas Jr. Melaka kan femes ngan asam pedas, walaupun husben kata kita masak asam pedas lebih sedap. Auchhhh... sweet angat 

 Selamat menjamu mata.

Bila dah malam, segala beca yang fancy ni bertambah havoc dengan lampu berwarna-warni dan meriah dengan lagu hits meletop. Lagu Didi & Friends pun ada . Penuh segala beca ni di dataran Menara Taming Sari yang rupanya berhadapan je dengan uptown sebelah Pahlawan Walk - tempat segala macam makanan tradisional dijual plus souvenir.


Ada ketika (dalam pic), di sana terang di sini gelap dan sebaliknya. Disebabkan ini blog aku, jadi aku pilih pic aku yang paling terang. Hehe

Harga naik beca dua orang dewasa RM25, dan dua orang kanak-kanak RM20. Lepas berbeca kami sambung jalan ke Dataran Pahlawan. Nak cari Converse Cik Abam dan purse aku, brand apa tak kisah janji simple. Tak jumpa barang, tapi jalan jugalah dengarnya Dataran Pahlawan ni femes tuk lepak tengok orang main control car, skating dan macam-macam. Pun tak jumpa. Akhirnya kami buat keputusan nak balik hotel. Kembar pun dah penat gayanya.

Dataran Pahlawan hanyalah seketul shopping complex?

On the way balik (kat tepi Dahtaran Pahlawan) terdengar suara ala-ala Aiman Tino. Cute adik busker ni menyanyi. Sekali dia bercakap, nah jelas kejantanannya. Tapi menyanyi suara bertukar... Seni mungkin.

Kembar dah penat. Nak kami hantar ke hotel tak mahu pulak...

Ta banyak pic uptown Bandar Melaka kami amik, gaya uptown macam uptown di mana-mana kat Malaysia ni. Sama. Bezanya dekat dengan tempat penginapan kami dan lepas hantar kembar balik bilik, kami turun tawaf uptown sekali lagi, dating berdua. Hehe

Nampak tak betapa banyak kelebihan kalau menginap di area ni. Sebelum ni jarang-jarang kami nak turun town Melaka dek fobia jalan jem giler, now kalau nak explore setiap minggu pun boleh rasanya ni. 

Sambung nanti entri last, gi A Famosa, bangunan merah, menyusuri Sungai Melaka dengan hanya berjalan kaki. Yeay

Bye

Saturday, 19 August 2017

Trip ke Melaka 2017: Muzium Samudera, Muzium Maritim, Muzium TLDM

Salam dari Senaling,

Tahun lepas kami sekeluarga hanya ke Zoo Melaka di Ayer Kroh. Tahun 2017 kita masuk bandar Melaka yang terkenal dengan kesesakan jalan rayanya. Teng teng tengggggg...

Lesson learn, tu aje yang aku dapat katakan hasil post mortem melawat Melaka tahun 2012. Oleh sebab itu, perkara penting yang aku buat selepas merancang ke sana ialah study Google Maps. Cari hotel yang paling hampir dengan Menara Taming Sari. Kenapa mesti dekat dengan Taming Sari? Sebab kembar memang nak nak nak nak ke situ. Kebetulan, cuaca minggu tu memang hujan dan Melaka banjir waktu tu pun. Objektif utama mesti naik Taming Sari!

Study dengan gigih dan hasilnya...

Hotel Seri Pelangi. Booking bilik double bed (RM150). Tapi dapat bilik dengan double bed plus single bed. Rezeki. Heeeee... Paling penting menara belakang hotel. Puas hati.

Sebelum teroka Melaka jom siapkan kerja sikit. Hihu. Aku sebenarnya hilang mood minggu ni. Tu yang gagah keluar juga dari Pilah amik angin Selat Melaka. 

Aku kategorikan hotel ni sebagai hotel bajet yang berbaloi. Aircond, bilik air, katil, bantal dan towel bagus-bagus sahaja. Dekat dengan main attraction. Kami parking kereta hari Sabtu dan tak bergerak-gerak sampailah masa nak balik. Kupon carpark ja jangan lupa k. Weekend pun durang beroperasi. Ingat tu!

Dari sini boleh sampai ke muzium kapal, menara Taming Sari, beca lip-lap-lip-lap, river cruise, bangunan merah, A Famosa, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, arked jual makanan atau souvenir, pasar up town, hanya dengan berjalan kaki. Dekat dengan kedai makan. Paling dekat ialah kedai makan Asam Pedas Jr. Boleh jenguk durang nga rebus telur masin dari tingkap bilik kami. Kehkehkeh. Dekat ngan 7-Eleven, dekat dengan segalanya. Allahuakbar memang inilah cara paling berbaloi nak melawat Melaka!

Boleh call untuk booking. Ada bilik tuk 2, 3, 4, 5, 7 orang dan 12 orang. Harga mampu milik gitew.

Banyak lagi hotel-hotel lain di area hotel kami, tapi bagi kami yang cintakan bajet. Hotel Seri Pelangi memang pilihan terbaik.

Walau pun Melaka banjir (pertama kali aku dengar Melaka banjir), Alhamdulillah sepanjang kami di sana, cuaca baik-baik sahaja. Adalah mendung sikit, hujan lebat tapi malam sangat dah masa tu. Syukur, syukur dan syukur.

Sebelum gi Melaka, jenguk Amni jap. Dia okay ja kami gi Melaka tanpa dia, sebab tempat yang kami nak pergi ni dia dah pernah pergi dulu tahun 2016 semasa trip kokurikulum peringkat kebangsaan.

Sampai Melaka dari Pedas (skul Amni) jam 4.00 petang. Check in dan rehat-rehat, tunggu waktu Asar. Pastu baru plan keluar explore town. Sempatlah aku habis tanda paper satu kelas tutorial. Yeay. Lokasi pertama ialah Flora de la Mar atau Muzium Samudera.

Nah tepek siap. Bayaran murah boleh pergi tiga muzium. Semua muzium dekat-dekat.

Cuaca baik. Alhamdulillah.

Muzium Samudera ni cantik dan unik. Nak amik pic cantik-cantik pun banyak spot leh cari. Walau pun penyelenggaraannya kurang (bocor di sana-sini, sayang) tapi masih berbaloi. Banyak info tentang sejarah Melaka kau dapat tahu, tapi kalau rajin membacalah.

Pastu sambung gi Muzium Maritim. 

 Kapal Sultan Kelantan. Gah betul rekabentuknya. Best dapat tengok macam-macam fesyen replika kapal yang pernah berdagang di Melaka dari seluruh dunia suatu ketika dulu. 

Di Muzium Maritim kisah pasal maritim di Malaysia la apa lagi. Seronok, banyak info tapi...

Masa suntuk, ada satu lagi muzium nak pergi. Kenapakah setiap kali aku pergi berjalan, tak pernah cukup masa yang ada. Aku nak membacaaaa... waaaa

Pastu part paling best ialah melawat Muzium TLDM. Atas ehsan orang muzium ja kami dapat masuk muzium ni sebab masa tu jam dah lebih 6.30 petang. Pastu laju giler masing-masing berjogging dalam muzium ni.



Dalam dan luar muzium ni kita boleh explore. Species kurang nak membaca, baik masuk muzium ni dulu. Muzium maritim last. Kalau banyak masa, seronok kat sini ni. Boleh pegang itu ini. Tapi... betullah masa itu emas. Sekejap sangat kami kat sini, nak buat macam mana kan.

Next... Highlight of the trip.

Menara Taming Sari!

Sambung next entry. Bye...

Sunday, 23 July 2017

Siri Bersembang Dengan Kembar : Persamaan

"Siapa lagi garang? Ayah atau kakak (Amni)?", saja bertanya sambil-sambil cubitkan ikan yang panas tuk Iman.

"Kakak. Ayah nombor dua".
"Kakak garang macam harimau", jawab Iman.

"Tapi kakak pakai tudung, jadi kakak garang macam singa", sambung Amin.

"Ayah?"
"Ayah garang macam harimau".

"Ibu pulak?", aku saja tanya sambil kelip-kelip-mata-kunun-bajet-comel.

"Ibu macam panda", laju dan padu betul jawapan Amin.

"Panda?",  ah sudah. Kena lancarkan misi K plan G ni.

"Ibu macam panda. Panda kan suka tido".

Kahkahkahkahkah

Disamakannya aku macam panda sebab aku suka tido. Kahkahkah.

Nasib panda comel.

Jadi bolehlah aku sambung ratah ikan kembung tanpa rasa bersalah.

Saturday, 1 July 2017

Kening Bercelak

Salam dari Senaling,

Aku punya bentuk kening yang unik. Kalau aku tak pakai eyebrow liner, nampak macam aku cukur kening. Untuk mengelakkan fitnah, aku pakai la eyebrow liner. Itulah satu-satunya make up tools yang aku ada selain lip gloss perasa grapefruit Young Living.

Satu pagi, bersiap-siap ke tempat kerja bersama-sama kembar bersiap-siap untuk ke sekolah, tiba-tiba aku dengar Incik Ayah sound Amin.

"Kenapa pakai celak? Ibu girl, takpe. Amin boy tayah pakai"
"Pastu ayah tu pakai, boleh lak"

Terdiam sebentar.

"Ini memang kening ayah la. Mana ada pakai celak" 😁


Kening unik Ibu dan kening bercelak Ayah. Kahkah

Macam-macamlah Abang Amin ni 😆

Bye

Thursday, 1 June 2017

Kembar dan Kenangan Bersama Ultraman

Salam dari Senaling,

Saja nak flashback zaman kecil kembar. Peminat Ultraman. Sampai skang aku perasan mana-mana budak lelaki memang peminat setia Ultraman. Kembar tak terkecuali.

Layan.

Rindu betul ngan zaman anak-anak melasak macam ni

Pesanan tuk Amin & Iman : Anak laki korang nanti izinkan ja durang layan Ultraman seadanya.

Okay pa? Dari layan Barbie 😁

Indahnya kenangan dan bye...

Wednesday, 10 May 2017

Kejohanan Taekwondo Bakat Remaja Peringkat Kebangsaan 2017

Salam dari Senaling,

Tiga bulan yang lalu kembar tunjukkan borang. Borang untuk masuk taekwondo. Aku rasa macam durang pernah tunjuk tahun lepas, tapi lepas tunjuk senyap, maka aku pun senyap la kan? Namun kali ni, lain. Tunjuk dan menunjukkan minat untuk join. Dua tiga kali jugalah durang bersyair, nak masuk nak masuk (sebenarnya Amin yang lebih beriya). Kami setuju, dengan syarat. Masuk dan mesti continue sampai habis, wajib bersungguh! 

Mereka setuju, dan termetrilah perjanjian. Mulai dari hari itu, kami yakni ibu dan ayah terpaksa mengorbankan masa pagi Sabtu (biasanya kami peruntukan untuk cycling laki bini) untuk memberikan komitmen menghantar kembar ke kelas taekwondo. 

Risau. Ya, itu yang perkara pertama yang aku fikir. Risau separuh jalan. Aku dah lama tahu masuk taekwondo perlukan kewangan yang 'lebih'. Yuran bulanan sangat murah Alhamdulillah, tapi set uniform boleh tahan jugalah harganya. Lepas diskaun dapat RM200 untuk dua pasang. Insha Allah kewangan bukanlah sesuatu sangat (rezeki kembar), tapi biarlah berbaloi dengan pelaburan.

Tiga kali latihan, kembar terpilih masuk sparring. Aku nampak kembar hepi. Jadi bertambahlah masa latihan dari satu jam setengah seminggu kepada tiga jam setengah seminggu. Pertambahan hari pun sama. Tak mengapa asal kembar gembira.

Menyaksikan kembar latihan sparring sungguh menakutkan (hati ibu kan). Lepas sparring hencot-hencot, lepas sparring hencot-hencot. Tengok tulang keting bertemu tulang keting... isk ngeri betul. Sampai satu tahap aku bawa buku. Dari tengok kembar sparring, baik aku baca buku. 

Beberapa kali latihan sparring, kembar terpilih untuk ke Kejohanan Taekwondo Bakat Remaja Peringkat Kebangsaan 2017. Sekali lagi kembar excited. Aku lak yang cuak. Tah sapa-sapa yang durang akan sparring dalam kejohanan nanti. Dahla tali pinggang putih. Cane kalau lawan durang agresif. Allah, aku hanya minta semua peserta kejohanan baik-baik-selamat-sihat-sejahtera je. Menang kalah, itu cerita lain.

Akhirnya, bertemu mereka di perlawanan akhir...


Aku tak tahu pun ini perlawanan akhir. Macam mana penganjur susun kategori; aku sampai skang tak faham. Hehe

Tahniah Amin Iman. Tahniah kerana menunaikan janji kita tiga bulan yang lalu.

Am a proud mommy. As always, Alhamdulillah.

Bye 😀

Tuesday, 6 December 2016

Warming Up!

Salam dari Senaling,

Tak mudah nak sesuaikan diri selepas bercuti di luar kawasan. Diet ke mana. Mood minimalis ke mana. Mood memasak ke mana. Kerja nak makan kat luar jer walaupun sedar level tabung Hoohaaa semakin menyusut.

Baru dua hari cuti duk di rumah Iman dah mengadu, "Bosannyaaaa...". Masa gi travel kecoh nak balik Pilah. Haish.

Aku letak idea di sini supaya mudah nak karang entri plus boleh kongsi info. Moga bemanfaat.
Aku tak tau berapa lama aku amik masa nak update kembara kami ni. Doakan aku rajin. Amiinnn.

26 Nov - Ke Sekinchan Selangor jumpa nenek a.k.a onyang. Bermalam.

Kesian nenek kena buli ngan aku... Nenek tanak wefie sebenarnya 😁

27 Nov -  Ke Teluk Intan, Perak jumpa mak a.k.a opah. Bermalam.

Escape jap gi rumah Along, singgah sini. Gagah kami wefie dalam gerimis.

28 Nov - Ke Hujung Rintis, Perak jumpa abang dan kakak ipar a.k.a Waks. Bermalam.

Tempat lepak yang paling femes tuk kaki pancing, scenery pun cantik. Masa kami datang air tengah pasang. Agak besar.
 
29 NovOn the way ke Parit Buntar, Perak jumpa/bermalam di rumah anak saudara a.k.a sepupu, singgah photoshoot semata di English Town, Bandar Agacia Kampar. Explore Kellie's Castle, Batu Gajah. Singgah solat jamak di Masjid Ubudiah, pekena cendol dan laksa di medan MPKK, Kuala Kangsar. Singgah photoshoot lagi di Istana Lama/Istana Kuning, Kuala Kangsar. Terkagum dan jakun di Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.

30 Nov - Ke Kepala Batas, Pulau Pinang pekena daging harimau menangis di Din's Ikan Bakar. Singgah ambil angin di Pantai Merdeka, Kedah. Shopping hasil laut di Tanjung Dawai, Kedah. Explore Muzium Arkeologi Lembah Bujang Merbok, Kedah. Bermalam di Homestay Cik Am, Gurun Kedah.

1 Dis - Photoshoot di Gunung Jerai, jumpa kawan lama di Alor Star, Kedah. Lajak sampai Padang Besar, Perlis. Bermalam di Hotel Kangar 2 Atas KFC. Dinner pekena Mona Ikan Bakar di Jeti Kuala Perlis.

2 Dis - Explore Gua Kelam, Perlis. Photoshoot semata di Empangan Timah Tasoh, Perlis. Pekena laksa viral Kak Su Laksa Beras, Kuala Perlis. Bermalam sekali lagi di Homestay Cik Am.

3 Dis - Lunch, photoshoot sambil buat lawatan ilmiah ke JS Muara Restoran Terapung Kuala Gula, Perak. Shoooootttttt terus ke Kuala Lumpur/ Lembah Klang terapung-apung tak tau nak tido mana. Akhirnya ke rumah anak saudara a.k.a sepupu tuk bermalam.

4 Dis - Explore MAHA 2016, MAEPS Serdang Selangor dan balik Pilah. Home sweet home.

Lapan hari tujuh malam bermusafir. Total perjalanan 1640km. Kembara enam negeri Alhamdulillah dipermudahkan. Sangat besar pergantungan kami padaNya sepanjang perjalanan ni.

Tu aje amik mood dulu. Insha Allah aku update sikit-sikit nanti ya.

Bye!

Sunday, 30 October 2016

5km Green Run NS Dairy Farm Juasseh 2016

Salam dari Senaling,

Ini event Fun Run pertama dengan family. Disebabkan lokasinya dekat, aku rasa apa salahnya cuba tengok macam mana. Isunya hanya satu, bolehkah kembar ni habiskan 5km? Ke aku dan Incik Ayah kena kendong kembar sorang satu sampai finishing line?

Kakak is no problem. Hari Sukan Negara peringkat sekolah merentas desa dapat tempat kedua berkumpulan. Kalau kakak pun minta kendong akan ku jentik hidungnya nanti.

Sempat gi bergambar dengan masjid berusia 118 tahun. Yeahhh this is really funnnn...

Penyudahnya? Alhamdulillah... berjaya semuanya berlari, berjalan, bergambar sepanjang 5km. Edisi kendong mengendong rupanya hanyalah sebuah ilusi optic yang tiada kesudahan.

Tambah lagi tiga medal tuk kakak dan kembar. Register tiga, yang dua lagi ghost runner. So, no medal, no nasi lemak, sampai Pilah ketar kaki tak breakfast jam dah 9.30 pagi.

Tapa, ibu dan ayah leh dating berdua kat Kedai Kak Nor bawah pokok. Heeee...

Ibu : Tahniah semua. Tahun depan kita cuba lagi masuk 5km Fun Run.
Amin : Tanak!
Ibu : Erkkk
Amin : Kita masuk yang 20km

Perghhhh... berpeluh tiba-tiba

Wednesday, 31 August 2016

Sang Landak dan Sang Kura-Kura

Pada suatu hari, tinggal seekor landak di dalam hutan. Landak hendak pulang ke rumahnya. Tiba-tiba dia terjumpa seekor memerang yang sangat liar.Memerang itu kelihatan sangat lapar. Memerang itu berniat untuk memakan landak.

Landak cuba menghalang memerang namun cubaannya tidak berjaya. Landak sangat bernasib baik kerana pada masa itu kura-kura berada berdekatan dengannya. Apabila kura-kura ternampak kejadian itu,dia pun menjerit dengan sekuat hatinya untuk meminta pertolongan daripada ibu bapa sang landak.

Apabila ibu dan bapa sang landak terdengar panggilan daripada kura-kura, mereka pun pergi ke tempat di mana landak, memerang dan kura-kura berada. Ibu bapa sang landak menggunakan durinya untuk menghalang memerang. Setelah beberapa cubaan, akhirnya memerang menyerah kalah dan melarikan diri.

Landak berterima kasih kepada kura-kura kerana telah membantunya. Kerana itulah landak dan kura-kura bersahabat baik sehingga sekarang.
 
Penceritaan dari kembar dan kakak.
 
 
Kalau ada yang sudi menerbitkan cerita kembar di atas yang tiba-tiba petang ni nak buat buku cerita silalah hubungi saya ya. Hehe

Sunday, 28 August 2016

Edisi Choiii : Ayahku Kawen Lagi boleh ke?

Petang itu kami sekeluarga melayan sinetron Buku Harian Baim.
 
Kisah suami main kayu tiga. Bini muda evil giler. Jumpa anak sendiri tapi tak kenal.
Adegan bini tua nangis-nangis nyorok tepi tiang berdurasi 15 minit 31 saat.
 
Bosan. Aku soal kembar.

"Kalau ayah nak kahwin lagi, boleh tak?"
"Boleh, tapi tunggu Amin dan Iman besar sikit".

Eh, ceria pulak muka beliau.

"Kenapa kena tunggu besar pulak?"
"Yelah, tunggu besar supaya Amin dan Iman leh kipas-kipas ayah"
LOL laughing out loud

"Pastu Ibu dan Kakak Amni nak buat apa masa Amin dan Iman kipas-kipas tu?"
"Ibu ngan kakak sibuk-sibuklah masak, buat apa-apalah".
ROTFL rolling on the floor laughing

Terkekeh-kekeh aku ketawa petang tu.
Lawak kembar bukan lawak hambar :)

Aku jeling pada subjek utama.
Lagu didendangkan ayahku kawen lagi terhenti.

"Sumbang"

Beliau senyum.
Beliau faham kot.

Wednesday, 25 May 2016

Ibu Berusia 30 Tahun Memang Penyabar

"Cepatlah kakak, dah jam 7 lebih dah ni"

Drama pagi bermula.

"Amin dan Iman bangun awal, lepas solat asyik tengok tab aje. Bukalah pintu. Start kan enjin. Masuk beg dalam bonet...", kakak yang di warning sebentar tadi mula memvevel.

"Iman nak buatlah ni. Sabarlah. Perempuan memang tak boleh sabar".
"Perempuan memang selalu tak boleh sabar".

Fuhhh... Ulang ayat yang sama tapi ada kata penegas pula di situ.

"Ibu perempuan. Ibu pun tak sabar?", lembut suaraku. Dengan kembar yang satu ni volume harus dijaga. Kalau volume tinggi nanti dia merajuk, memberontak keras.

"Perempuan umur 30 sabar la bu".

Perlahan dia menghampiriku, memeluk mesra. Sambil  memandangku, Iman tersenyum simpul.

Aku membalas pelukan. Tersenyum bahagia.

Bahagia menjadi ibu kepada seorang anak perempuan berusia 12 tahun, dan sepasang kembar berusia 8 tahun. Bahagia dengan kurniaan Ilahi pada usia menginjak 30 tahun. Ehemmm...

Haha.

Aku masih tersenyum bahagia.

Bye korang yang sedang bahagia... ^_^

Monday, 9 May 2016

Hari-Hari Hari Ibu

"Kenapa ibu goreng ayam?" Iman bersuara dari bilik belakang.
"Lain kali suruh ayah je goreng" Amin pula menyampuk.

Tersenyum aku mendengarnya. Gentleman anak bujangku rupanya.
Nak suruh ibu rehat lettew.

Dahla pagi tadi Iman siap bukakan pintu kereta untuk ibu. Siap tutupkan. Amin pulak bawakan beg.

Memang feeling princess betullah macam ni. Cair I.

"Ayah goreng ayam lagi sedap". Eh?

Dengar tak dengar je aku dengan suara itu. Anak-anak kan ikhlas. Tiap tuturnya datang dari hati suci.

Tiba-tiba perasaan aku bercampur baur.
Mula tu seperti sedih. Lama-kelamaan jadi happy pulak.
 
Hehe.
 
Selamat Hari Ibu. Hari-hari Hari Ibu. Ingat tu.

Bye... :)

Thursday, 3 December 2015

Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan

Salam dari Senaling,

Plan nak hiking Gunung Datuk memang dah lama. Lama sangat. Plan punya plan. Action is nehi hai. Tu sebab aku tak suka sangat nak plan beriya. Plan ja yang sempoi-sempoi, tahu-tahu ja...

Kami sekeluarga dah sampai puncak Gunung Datuk, Rembau N9

Ini ialah gunung pertama yang Incik Ayah, Amni dan kembar berjaya tawan. Macam tak percaya. Tapi ia menjadi kenyataan. Kembar request nak naik lagi tahun depan. Incik Ayah siap kata nak mendaki Gunung Datuk setiap minggu. Melampau pulak aku dengar impian suami ni. Heh.

Aku rasa aku tak perlu cerita panjang samada susah atau payahkah mendaki Gunung Datuk. Kalau kembar yang berusia 7 tahun boleh naik, kalau segerombolan adik-adik OKU boleh sampai ke puncak Gunung Datuk. Apatah lagi korang yang sado lagi sihat sejahtera. Kepantasan pendakian samada menyamai kelajuan cahaya, atau seperti menyensotnya siput vavi adalah tidak penting sama sekali. Janji sampai dan aku yakin semua orang boleh berjaya. Nah, bolehlah tepuk dada dan tanya diri sendiri sekarang. Mahu atau tidak?

Pendakian adalah sangat menyeronokkan buat Amni dan kembar. Kami sekeluarga sangat teruja dengan trail nya yang 75% berbatu. Tiada rengekan, tiada rungutan, tiada edisi poyo atau mencekodokkan diri berlaku. Itulah perkara yang aku paling takuti sebelum misi pendakian bermula. Dah standby emosi kalau-kalau kembar ajak turun. Level redha pun dah setup awal-awal pada peringkat paling tinggi. Syukur semuanya dipermudahkan-Nya. Lega.

Aku fikir Gunung Datuk ialah gunung biasa-biasa, sekadar popular di kalangan masyarakat tempatan. Meleset jauh sangkaanku itu. Buktinya, kami bertembung dengan para pendaki dari Singapura, India dan China di sini. Perghhhh... Mahsyur rupanya Gunung Datuk.

Cuma aku cadangkan, kalau nak pergi sini, sebaik-baiknya bertolaklah awal. Kat atas puncak agak crowded dengan para pendaki yang tak nak melepaskan peluang bergambar. Puncak berbatu agak sempit dan terhad untuk bergerak. Kami anggarkan masa paling ngam untuk mula mendaki ialah satu jam selepas masuknya waktu solat Subuh.

Bawalah makanan setidak-tidaknya roti coklat bodo-bodo ke puncak nun. Lapar terus bila sampai puncak Gunung Datuk. Percayalah. Air haruslah mencukupi untuk mengelakkan diri terhidrat. Bagi kami sekeluarga, cukup-cukup dua botol air mineral 1.5 liter dan dua botol 100Plus 600ml. Standby air mineral 1.5 liter lagi dalam kereta. Nak angkut semua macam tak cukup kudrat.

Tips paling penting kalau bawa budak-budak naik gunung ialah... Dapatkan khidmat malim gunung yang berwibawa.

Perkhidmatan massage termasuk dalam pakej. Muehehehe

Malim gunung ni aku dah booked sepanjang hayat, selagi pendakian keluarga di teruskan. Maaflah kalau korang dah mula verangan nak booked beliau. :)

Misi seterusnya, Gunung Angsi Insha Allah ^__^
Sekian.

Tuesday, 24 November 2015

Mitsui Outlet Park, KLIA Sepang

Salam dari Senaling,
 
Menyelam sambal minum air. Mungkin itulah pepatah yang sesuai tuk menggambarkan aku. Alhamdulillah, asal pergi berkursus aku tak lepaskan peluang untuk membuat lencongan. Kali ni punya kursus, aku melencong ke Mitsui Outlet Park.
 
Orang kata konsepnya macam JPO kat Johor nun. Orang kata k sebab aku tak pernah pergi JPO. Cuma yang aku leh kata ialah, Mitsui Outlet Park ni memang heaven habis tuk shopaholic. Aku bukan shopaholic. Eh? Ye ke? (walhal baru ja tadi shopping tiga helai tudung Blossom Bawal AidiJuma...kuikui)
 
Aku memang dah lama nak cari handbag, purse dan kasut jalan-jalan. Memang dah lama. Sumpah tak tipu.
 
Handbag aku berusia hampir enam tahun, begitu juga dengan purse ku. Kasut dari tahun 2012. Tiga tahun bertahan sampai dah lunyai pun Nike aku tu. Jadi wajarlah aku menggantikannya dengan yang baru. Kannnnn ?
 
Barang disini bagi aku memang agak murah dibandingkan dengan yang dijual di tempat lain. Lebih-lebih lagi nak dekat Jingle Bell, Jingle Bell ni. Menjadi-jadi lak offernya aku tengok.

Hush Puppies.
Skethers.
Bonia.
Sembonia.
Obermain.
Carlo Rino.
Guess.
Adidas.
Quick Silver.
SuperDry.
Levi's.

Banyak lagi butik, aku ingat yang tu aje walau pun empat kali buat lawatan muhibah ke Mitsui. Muahehehe.

Eh, butik Toyota pun ada tau.

Anak-anak kat sini pun okay.

Mak pak shopping, anak-anak leh layan drum.

Ada juga karnival Fun Fair di Mitsui. Aku je yang lupa capture pic. Boleh try luck kalau mahu. Mana tau, selain Toyota sebiji, dapat juga seketul bear. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di Mitsui? Kan?
 
Ada budak majuk di NutCracker. Layan.

Up to 50%. Wow.
 
Tapi memang betul pun. Kat butik Sembonia, menjangkau hingga 70%. Butik Hush Puppies 55% kalau ada kad ahli. Agak-agak barang-barang seumpamanya dah lama tak tukar, apa salahnya gi sini tuk cari pengganti. Sini banyak pilihan walau pun dengarnya bukan yang up to date. Untuk aku macam dah best habis ni. :)
 
Seperkara lagi, ada free shuttle bus ke Mitsui dari KLIA dan KLIA 2. Sesekali naik bas bawa anak-anak; seronok juga kan? 
 
Paling penting, 66% dari apa yang aku nak, aku dapat. Alhamdulillah. Harganya pun lebih murah dari yang lama, tapi dengan kualiti yang lebih baik. Double Alhamdulillah. Hehe.
 
Tu aje promosi aku tentang Mitsui. Selamat membeli belah u alls. 

Thursday, 29 October 2015

Ruang Belajar, Ruang Berkreatif & Ruang Untuk Segala-galanya.

Salam dari Senaling,

Dalam sejarah, rumah sewa di Senaling ialah rumah paling comel pernah kami sekeluarga huni. Kalau di Puchong dulu, amik masa dua hari nak kemas rumah (1 hari kemas tingkat bawah, 1 hari kemas tingkat atas). Di Banting amik masa tiga - lima hari untuk kemas semua bahagian rumah, tapi di Senaling boleh kemas rumah dua kali sehari. Heeee...

Semakin comel saiz rumah, semakin perlunya kau berkreatif untuk menyusun atur semua barang tanpa rasa serabut perut. Hasilnya...

Tan ta daaaa...Bilik belajar dan ruang bekreatif anak-anak berjaya diwujudkan di ruang yang kudus ini.


Aku dapat idea ni bila anak-anak telah dikesan suka menconteng seperti ibunya. Kejap-kejap kang bagi kad, kejap-kejap kang bagi origami, kejap-kejap kang bagi anyaman ketupat bentuk kambing, haishhh macam-macam lah. Bila ada ruangan macam ni, senang sikit...amik tape, tampal, amik tape, tampal.



Macam-macam jenis kad ada, segala gambar yang sempat di cetak pun leh tampal kat sini. Aku rasa ruang ni fun.

Kad paling touching yang dibuat oleh Iman. Masa ni Incik Ayah ugut kembar (sebab tak dengar cakap rasanya) nak balik duk Puchong semula. Menangis Iman masa tu, Amin terkebil-kebil... tau-tau ja lepas insiden tu, keluar satu kad. Terus puji ayah macam-macam.

Inilah satu-satunya kad tuk Incik Ayah. Kalau idak, memanjang kad tuk ibu. Muehehehe. Incik Ayah pernah juga suarakan rasa tacing sebab anak-anak asyik ibu ja, sikit-sikit ibu, kecik besar punya hal semua ibu. Natural instinct agaknya. Redha ja lah.

Masa ni Amni nak peksa UPKK, jadi aku amik kesempatan menconteng apa yang patut. Sudahnya kami layan Hotel Translavania II sebelum Amni amik UPKK pun la hai, sebab masa tu jerebu teruk. UPKK asyik tertangguh-tangguh. Budak-budak tertanya juga, "Kata nak tengok lepas UPKK...".  Aku jawab, "Nak cancel tengok ke?". Eh, pandai pulak geleng kepala.

Ini pulak, jadual nak bagi motivasi suh durang rajin belajar, rajin solat, rajin tolong wat kerja rumah. Aku rasa ramai dah ibubapa kat luar sana yang buat kaedah ni. Alhamdulillah 75% memberikan kesan positif juga. Walaupun awalnya seperti tiada keikhlasan disitu. Rajin belajar, solat dan wat kerja rumah sebab nak star. Tapi, lama-lama kalau dan terbiasa, mungkin akan jadi habit. Alah bisa tegal biasa orang Jawa kata. 

Untuk ruang main tampal-tampal tu, aku hanya gunakan 3 gulung wallpaper beli dari DIY dan tampal didinding, panjat kerusi makan dengan bantuan Amni ja. Sebenarnya nak highlight, punya senang nak tampal wallpaper ni.

Alamak, dah lama ta update jadual ni... Tapa, balik nanti tampal ja sumer bintang banyak-banyak... :)

Bye kamurang...

Tuesday, 8 September 2015

Kembar & Kakak Kembali ke KMS Untuk ke Sekian Kalinya

Salam dari Senaling,

Zaman kecil kembar dan kakaknya yang happening lagi awesome banyak dihabiskan di Kolej Matrikulasi Selangor. Disebabkan kami duk di kuarters. Aktiviti kanak-kanak mereka semakin menjadi-jadi. Keselamatan Insha Allah terjamin, maka mereka dibiarkan bereksperimen dan bersosial seperti zaman kanak-kanak aku dan Incik Ayah yang penuh warna warni.

Bila diberitakan akan ke KMS, durang gembira. Ibu dan ayah lebih gembira. Huhu.

 Tengok event olahraga KAKOM di KMS. Khusyuk tengok acara 5000 m masa ni. Tinggal Incik Ayah ja posing sorang-sorang.

Belon besar kejohanan ni, kembar dan kakaknya dah usha lama. aku baring nak amik pic ni walau pun kamera yang digunakan hanyalah kamera cap Samseng. Heh

Masa tu kami dalam kereta, dah nak balik Senaling dari KMS, tetiba Amin minta berhenti kat Astaka. Aku suh Incik Ayah layankan aje. Datang KMS bukan selalu. Tau dia nak wat apa kat astaka? Dia nak lumba lari ngan kakak dan Iman.

Sayu lak aku. Ini ialah aktiviti kami waktu petang di KMS. Gi Astaka dan lumba lari di trek yang sebenar. Ingat lagi durang rupanya. Sobs. Aku sedih.

Tiba-tiba sebahagian dari kawan-kawan kembar dan kakak muncul di astaka. Ada juga gambar kenangan bersama-sama sebelum kami bertolak ke Senaling.

Aku perasan seperkara tentang anak-anak aku ni. Durang ni pemalu habis kalau jumpa kawan-kawan lama, sampai naik bengang lak aku dan Incik Ayah. Gambar kat atas ni, aku yang suh durang bergambar bersama. Kakak Amni siap nak lari lagi. Masa jumpa dengan Najla Najwa (another kembar) which is her friend, lansung ta tegur. Heran aku. Ke anak orang lain pun ada masalah yang serupa?

Mungkin kami perlu banyak membaca dan cari jalan penyelesaian.

Doakan. Terima kasih.