Dalam kemalasan hujung minggu lepas, sampai juga kami ke Jeram Tengkek. Untuk pengetahuan semua, Negeri Sembilan kaya ngan khazanah alam semula jadi. Mungkin sebab N9 ni negeri kecil, tu yang aku nampak macam padatnya N9 ni ngan hutan lipur, jeram, gunung, ulu sungai, pantai dan segala macam yang berkait dengan alam.
Ulu Bendul memang femes sebab berada betul-betul di tepi jalan. Tapi tidak Jeram Tengkek. Pernah juga aku google sal Jeram Tengkek ni tapi reviewnya berbaur negative. Terus cancel plan nak pergi sini.
Takdirnya aku dan best friend gi Jamboree Jeram Tengkek 12 April lepas. Sampai sini, tengok dengan mata sendiri... Tanggapan berubah.
Cantiklah Jeram Tengkek rupanya!
Bestnya Jeram Tengkek, disediakan laluan untuk sampai ke air terjunnya. Kalau di Ulu Bendul, takde laluan macam ni. Nak cari air terjun pun susah. Khabarnya masuk ke dalammmmm lagi. Dan air terjunnya pun kecik ja. Khabarnya...seperti khabarnya Jeram Tengkek tak best lah juga dulu...kan?
Ni la rupanya air terjun di Jeram Tengkek.
Kembar dan kakak tak nak sangat duk bawah air terjun tu, durang lebih suka lepak kat bawah. Main pasir. Aku doakan durang jumpa serbuk emas masa main pasir tu. Tapi setakat ni lom jumpa.
Budak ni tak mandi dari pagi. Mandi di jeram jam 3.30 petang. Bagus. Jimat duit nak bayar bil air.
Antara kejadian paling best di Jeram Tengkek ialah bila cermin mata aku terjatuh di bawa air. Huhu. Berdebar jantungku. Dahla baru tukar. Nasib jumpa. Tak cukup ngan itu, telefon aku lak jatuh dalam air. Masa jatuh tu aku redha ja. Ada alasan nak tukar Samsung S6. Kehkeh. Tapi bagusnya Samsung Note1 ni sebab sampai skang ni, masa aku nga taip entri ni, Samsung ku masih bagus-bagus lagi. Serius, bukan nak promosi k, tapi Samsung Note1 memang tahan lasak, adventure seperti tuannya juga. Dah macam-macam kejadian berlaku terhadap diri beliau. Tapi beliau tetap sado. Syukur.
Eh, kembali ke penceritaan Jeram Tengkek.
Orang tak ramai kat sini. Aku congak-congak, jarak dari Pilah ke jalan masuk simpang ke jeram adalah 32km. Jarak dari jalan masuk simpang ke Jeram Tengkek pun sama dengan 32km. Jauh ke dalam. Aku estimate pengunjung jeram ni, orang N9 yang duk area Bahau, Pilah, Jempol dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya sahaja. Kami sekeluarga suka kurang orang. Feeling privasi gittew.
Satu gi kat sini ada macam kolam yang boleh kalau nak test skill berenang. Tapi disebabkan dalamnya penuh ngan daun dan ranting kayu, jadi gelilah plak nak pijak. Kurang dah satu keluarga nak berebut mini pool. Aku perasan ada 3 mini pool seumpama dengannya. Tak jumpa di Ulu Bendul setakat ni tau. Jadi mari... mariiii...
Bila aku cerita itu ini, korang ada perasaan tak nak gi sini? Kalau ada Alhamdulillah. Tandanya promosiku berjaya. Bolehlah aku jadi part time promoter di Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan.
Tapi kan, tapi...mesti letak sikit cons kan? Sebab banyak pros dah ni...toilet nombor dua (yang ke dalam, yang paling hampir dengan laluan ke jeram) agak kotor lah. Nasiblah aku gi jamboree hari tu, jadi aku tau yang toilet depan suci bersih. Lepas mandi, aku gagahkan diri ngan anak-anak berjalan sampai ke toilet depan, dekat ngan pintu masuk jeram tuk mandi dan tukar baju. Memang takde orang dah masa tu. Jam 6 petang. Toilet laki kunci, tapi belasah sumer mandi kat toilet perempuan. Takde orang kan?
Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Seronok spend masa bersama keluarga di tempat macam ni. Sebab kalau duk umah hujung minggu, sumer pakat hadap gajet tak kira lah mak anak, bapak anak sampai lah anak-anak.
Janji keluar umah. Tak dapat gi Jeram Tengkek setiap minggu, Giant Kuala Pilah pun jadi. Hehe.
Bye sumer...