Showing posts with label ibu bapa. Show all posts
Showing posts with label ibu bapa. Show all posts

Friday, 24 April 2015

Jeram Tengkek, Batu Kikir, Negeri Sembilan

Salam dari Senaling,

Dalam kemalasan hujung minggu lepas, sampai juga kami ke Jeram Tengkek. Untuk pengetahuan semua, Negeri Sembilan kaya ngan khazanah alam semula jadi. Mungkin sebab N9 ni negeri kecil, tu yang aku nampak macam padatnya N9 ni ngan hutan lipur, jeram, gunung, ulu sungai, pantai dan segala macam yang berkait dengan alam.
 
Ulu Bendul memang femes sebab berada betul-betul di tepi jalan. Tapi tidak Jeram Tengkek. Pernah juga aku google sal Jeram Tengkek ni tapi reviewnya berbaur negative. Terus cancel plan nak pergi sini.
 
Takdirnya aku dan best friend gi Jamboree Jeram Tengkek 12 April lepas. Sampai sini, tengok dengan mata sendiri... Tanggapan berubah.

 Cantiklah Jeram Tengkek rupanya!
 
Bestnya Jeram Tengkek, disediakan laluan untuk sampai ke air terjunnya. Kalau di Ulu Bendul, takde laluan macam ni. Nak cari air terjun pun susah. Khabarnya masuk ke dalammmmm lagi. Dan air terjunnya pun kecik ja. Khabarnya...seperti khabarnya Jeram Tengkek tak best lah juga dulu...kan?

 Ni la rupanya air terjun di Jeram Tengkek.
 
Budak-budak ni kerjanya, mandi pastu nak makan, pastu mandi pastu nak makan. Jalan berbatu-batu tak rata pulak tu. Akhirnya aku suh ja best friend turunkan bekal ke bawah. Senang. Makan mandi makan mandi makan mandi makan...sampai habis bekal, baru reti nak berenti makan.

Kembar dan kakak tak nak sangat duk bawah air terjun tu, durang lebih suka lepak kat bawah. Main pasir. Aku doakan durang jumpa serbuk emas masa main pasir tu. Tapi setakat ni lom jumpa.

Budak ni tak mandi dari pagi. Mandi di jeram jam 3.30 petang. Bagus. Jimat duit nak bayar bil air.
 
Antara kejadian paling best di Jeram Tengkek ialah bila cermin mata aku terjatuh di bawa air. Huhu. Berdebar jantungku. Dahla baru tukar. Nasib jumpa. Tak cukup ngan itu, telefon aku lak jatuh dalam air. Masa jatuh tu aku redha ja. Ada alasan nak tukar Samsung S6. Kehkeh. Tapi bagusnya Samsung Note1 ni sebab sampai skang ni, masa aku nga taip entri ni, Samsung ku masih bagus-bagus lagi. Serius, bukan nak promosi k, tapi Samsung Note1  memang tahan lasak, adventure seperti tuannya juga. Dah macam-macam kejadian berlaku terhadap diri beliau. Tapi beliau tetap sado. Syukur.

Eh, kembali ke penceritaan Jeram Tengkek.

Orang tak ramai kat sini.  Aku congak-congak, jarak dari Pilah ke jalan masuk simpang ke jeram adalah 32km. Jarak dari jalan masuk simpang ke Jeram Tengkek pun sama dengan 32km. Jauh ke dalam. Aku estimate pengunjung jeram ni, orang N9 yang duk area Bahau, Pilah, Jempol dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya sahaja. Kami sekeluarga suka kurang orang. Feeling privasi gittew.
 
Satu gi kat sini ada macam kolam yang boleh kalau nak test skill berenang. Tapi disebabkan dalamnya penuh ngan daun dan ranting kayu, jadi gelilah plak nak pijak. Kurang dah satu keluarga nak berebut mini pool. Aku perasan ada 3 mini pool seumpama dengannya. Tak jumpa di Ulu Bendul setakat ni tau. Jadi mari... mariiii...
 
Bila aku cerita itu ini, korang ada perasaan tak nak gi sini? Kalau ada Alhamdulillah. Tandanya promosiku berjaya. Bolehlah aku jadi part time promoter di Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan.
 
Tapi kan, tapi...mesti letak sikit cons kan? Sebab banyak pros dah ni...toilet nombor dua (yang ke dalam, yang paling hampir dengan laluan ke jeram) agak kotor lah. Nasiblah aku gi jamboree hari tu, jadi aku tau yang toilet depan suci bersih. Lepas mandi, aku gagahkan diri ngan anak-anak berjalan sampai ke toilet depan, dekat ngan pintu masuk jeram tuk mandi dan tukar baju. Memang takde orang dah masa tu. Jam 6 petang. Toilet laki kunci, tapi belasah sumer mandi kat toilet perempuan. Takde orang kan?
 
Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Seronok spend masa bersama keluarga di tempat macam ni. Sebab kalau duk umah hujung minggu, sumer pakat hadap gajet tak kira lah mak anak, bapak anak sampai lah anak-anak.
 
Janji keluar umah. Tak  dapat gi Jeram Tengkek setiap minggu, Giant Kuala Pilah pun jadi. Hehe.
 
Bye sumer...

Saturday, 11 January 2014

Ibu Cuba Berubah

Salam dari Jugra,
*******
Pada suatu waktu, di malam yang hening *krik krik*, kedengaran suara kecil memberikan amaran...

"Ibu...Ibu kalau ibu buka tepon ibu...Iman marah!"

Mata dibulat-bulatkan untuk menegaskan bahawa dia memang betul-betul memaksudkannya. Ibu tak takut pun, tapi selaku ibu selayaknya aku jawab...

"Takkkkk, ibu tak buka tepon, ibu nak sembang dengan Iman sebab ibu kan sayang Iman"

Iman senyum. Ibu gembira.

Tak sia-sia ibu bermulut tebu.

*******

Gajet. Kemahuan.Internet.Keinginan.WhatsApp.Ketagihan.Facebook.

Mana mungkin aku  menidakkan penggunaan semua itu bila hidup di zaman milenium ini. Lagi-lagi pulak bila aku mengajar tentang komputer, internet, teknologi, SNS, blog, perkomputeran awan, ... Aku akan jadi gila kalau aku tak tahu tentang semua itu. Mana mungkin pelajar-pelajar lebih tahu dari aku. Kalau itu yang terjadi aku mungkin terpaksa tukar tempat duduk dengan pelajar dalam dewan kuliah. Biar korang rasa apa perasaannya jadi pensyarah...

Teknologi vs parenting

Dua tiga menjak ni banyak pulak aku terbaca tentang parenting isu. Bikin aku berfikir bukan sekadar sejenak, tapi berjenak-jenak. Ya, akulah ibu itu yang membelanjakan hampir beribu-ribu ringgit untuk membeli buku secara ansuran. Tapi hanya beberapa saat untuk menemankan anak-anak membacanya.


Akulah juga ibu itu yang berusaha membeli Bubber Sand untuk meningkatkan kuasa psikomotor anak-anak kunun, tapi untuk bermain bersama-sama itu jarang sekali. Akulah ibu itu yang kerjanya menghadap WhatsApp. CandyCrush. Facebook. Asal free ja mesti nak online.

Tapi itu dahulu. Aku sekarang sedang berubah. Masih dalam tempoh percubaan untuk...

1. Online secara berstruktur. Biasanya pagi sebelum anak-anak bangun, tengahari sebelum nap dan malam kalau anak-anak dah tido. Cuba! Walau pun kekadang terbabas jua. Tehehehe

2. Perbanyakkan aktiviti bersama anak-anak. Main UNO ke, masak sama-sama ke, apa-apa lah. Sure dorang happy walaupun aktiviti tu macam tak bertamadun jew.

 Bukan nak katalah...tapi inilah contoh aktiviti tak bertamadun tu. Wat mimik muka pastu self captured pic sebelum makanan yang di order sampai. Pastu tengok balik pic tu, ketawa ketawa...^_^

 Gambar cover line tuk gambar di atas. Aku leh tahan juga rajinnya memasak. Ehem ehemmmm...

 Aktiviti tuk dorang ialah taburkan cheese ja pun. Idaklah aku nak suh dorang canaikan piza tu. Risau aku kang jadi roti naan.

Inilah aktiviti penyediaan makanan yang memberikan impak besar kepada dorang. Sebab sampai skang dorang masih ingat dan ajak aku wat lagi. Simple giler tapi mudah. Aku pun selamat dari masakkan dorang dinner yang jauh lebih renyah. Hehe.

3. Bersukan bersama-sama. Setakat 2014 ni aku dah main basket ball dan lari pecut 30m, 50m dan 100m ngan dorang. Oh hari tu aku main bola sepak dengan kembar sampai rasa macam nak putus nyawa. Macam mana macam tak putus nyawa? Aku seorang dorang berdua plus seorang anak jiran. Pastu aku plak berpaksikan visi ta nak kasi can dorang menang. Biar dorang rasa perit berusaha.Biar dorang tahu. Kalah bukan beerti mengalah. Cewahhhh...So, patut korang akan tahu siapa yang menang masa main bola hari itu dengan aggregat 5-2.

 2014 memang awesome sebab aku jumpa tempat swimming yang dekat dengan Jugra....Weeehuuuuu. 
Ya aku mengaku yang aku lebih excited dari budak-budak. Kuikui

4. Jadikan aktiviti feveret atau pergi ke tempat feveret sebagai wadah untuk spend masa dengan anak-anak secara berkualiti.

Menonton wayang dan jalan-jalan gi IKEA. Aku yang terlebih beriya, terlebih kepingin, terlebih mengidam nak tengok wayang ngan wat lawatan muhibah ke IKEA sebenar sebenarnya. Nampaknya taktik ini berjaya memenuhi keinginanku...Muahaahahaaaaa

Aku rasa aku dah berubah. Mungkin ta banyak tapi aku menginjak. Bahasa korporatnya - anjakan paradigma gitew. Bah. Rasanya tu aje. Akhirnya berjaya juga aku wat entri selepas sebulan berlalu. Hihu. Usaha tangga kejayaan u alls.  Meh usaha bersama!

Eh!TuAjeLahKali.Bye

Thursday, 22 August 2013

Terkini

Salam dari Jugra,

Nasib baik aku masih ingat username dan password blog ni. Jadi consider idaklah lama sangat aku tak update blog kan...kan...kan? Hehe

Alkisahnya, malam semalam aku naik hantu. Bagusnya aku berasap di dalam, tak diluahkan. Bila kejadian terjadi, aku diam 1 minit, memandang mereka dengan pandangan mata yang sukar ditafsirkan dan aku cakap satu ayat ja.

"Gi tido"

Laju ja Amni, Amin dan Iman masuk bilik tidur. Kalau hari biasa mengada sangat nak tidur. Nak aku tidur sekalilah. Nak aku tidur di kiri lah, di tengah la, di kanan la. Macam-macam. Kali ni bagus pulak adik beradik ni. Beratur bertiga-tiga gi bilik.

Aku? Main Candy Crush untuk menenangkan hati yang panas. Relaks ja aku duduk di celah-celah serpihan biskut dan maruku yang hancur berterabur atas lantai. Bila aku rasa dah okay baru aku jenguk dorang dan nampak ini...


Ketawa aku tengok Amin, (perancang utama peristiwa kehancuran biskut dan maruku bertebaran atas lantai) tidur. Terus aku on lampu dan capture pic ni. Pastu aku pun bergerak...bukan ke bilik tidur. Tapi ke main hall dan dapur lah u alls. Mengemas...T_T

Saat ni, rindu pulak ngan dorang. ^_^

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Saturday, 3 November 2012

Anak Dan Keputusan Periksanya.

Salam dari Jugra,

Malam tadi Majalah 3 ada buat citer tentang Bukit Jugra dan paragliding. Sepanjang aku duk kat Jugra dan hampirlah setiap minggu aku hike Bukit Jugra baru sekali aku tengok orang buat paraglide secara live. Memang best! Aku isi borang permohonan kepada suami tuk join aktiviti ni. Dia tak luluskan. Haih.

Di atas ialah set induksi, yang ni baru isi penting. Ya, aku nak membebel tentang anak dan keputusan periksa, tak kiralah keputusan sekolah agama atau keputusan sekolah kebangsaan. Aku hampir pasti yang entri aku ni akan panjang dan selayaknya di convert kepada cerpen. Aku kalau rasa macam tak puas hati ja mulalah entri aku jadi cerpen. Dan aku bagitau siap-siap ini merupakan pandangan peribadiku. Kalau pembaca budiman rasa macam tak setuju ja ngan pandangan ni baik jangan diteruskan pembacaan. Takut menghantui jiwa dan perasaan sebab ayat-ayat aku leh tahan juga berseninya.

Semalam ada satu dialog yang kalau boleh aku nak elakkan tapi tak dapat gak nak elak yang diajukan kepada Amni.

"Amni periksa dapat nombor berapa?"
"Nombor 7"

Muka aku dah stat kelat sebab aku dah tau apa respon si penanya.

"Laaaa, napa keputusan turun?"

Amni diam ja.

"Sekolah agama dapat nombor berapa?"
"Nombor 7", aku lak yang menyibuk jawab.
"Nombor 6 la", Amni smash  aku lak.
"Laaaaa turun jugak ya?"
"Mana da turun, sama ja macam keputusan pertengahan tahun", aku jawab lagi.

"Amri mesti dapat nombor satu kan?", si penanya merujuk kepada anak kawannya yang katanya ada genetik pandai sumer adik beradiknya.
(Amri bukan nama sebenar)

"Tak bukan Amri", jawab Amni. Kalau aku jawab nampak sangat penipunya kan?
"Mesti dapat nombor dua, tiga tu"

Choiiiiii sangat!

"Dah duduk dalam kelas pandai, dapat Top 10 pun dah besar rahmat tau!
aku cakap dalam hati ja. Malas nak argue lebih-lebih.

"Tulah, hari tu Firdaus (juga bukan nama sebenar tapi merujuk kepada anak si penanya) dapat nombor 1 bila check dalam sistem. Tapi alih-alih dapat nombor 3 pulak sebab cikgunya kata tak semua cikgu subjek dah isi markah"

"Amni semua subjek dapat A", aku backup.

"Oh, Firdaus dapat 3A tapi dapat nombor 3. Kira pandai-pandai la budak dalam kelas Amni ya. Nombor 7 tapi semua A"

Pertama, apa ada dengan keputusan periksa? Ya, aku tau ada gred, ada markah tapi apa ada dengan keputusan tu tuk kau nilai anak kau atau anak orang lain. Aku selalu bagitau orang atau diri sendiri bila merujuk kepada anak murid - dia tak pandai tak mengapa, yang penting baik, pandai hormatkan orang tua, ada usaha untuk memajukan diri. Bila budak-budak ni ada nilai-nilai seperti yang aku cakap tadi, aku yakin masa depannya akan cerah secerah bulan tak pun secerah lampu spotlight kat Stadium Likas.

Kedua, jangan tanya dapat nombor berapa. Tolonglah. Pelajar-pelajar dari kelas-kelas yang berbeza lain. Apa lagi kalau nak bandingkan dengan sekolah-sekolah. Lagilah. Kalau nak juga dibandingkan juga tanya berapa A yang dia dapat. Jangan tanya dapat nombor berapa. Biar aku cerita satu situasi yang Amni sendiri hadapi. Masa dia darjah satu sekolah kebangsaan. Memang dia dapat nombor 2, dan akhir tahun naik pentas sebab dapat nombor 3. Tapi kenapa darjah dua tidak begitu. Sebabnya, budak-budak pandai yang lberada di kelas lain masa tu dah berkumpul dalam satu kelas yang sama. Jadinya? Aku rasa jika dia dapat semua A dah kira bagus bangat tu dong!

Ketiga, please lah jangan banding-bandingkan anak orang dengan anak kita atau anak orang lain. Korang tau apa rasa dibanding-bandingkan ni? Sakit tau. Makan dalam. Serius. Sebab aku pernah rasa. Asyik dibanding-bandingkan dengan anak kawan yang amik kursus kedoktoran masa tu. Stres dan masih teringat-ingat sampai skang. Anak-anak kita dengan anak-anak orang takkan sama. Minatnya, traumanya, sifatnya, sumer tak sama. Even kembar Amin dan Iman pun tak sama. Makanya sangatlah tiada logika tuk membandingkan orang. Sangat tidak patut.

Ya, aku tahu perasan  ibubapa yang anak-anaknya berjaya naik pentas amik hadiah. Aku tahu sebab aku pun pernah rasa. Memang bangga. Rasa hepi. Rasa puas hati. Lebih-lebih lagi akhir tahun ni, pakat-pakat sumer member-member upload gambar anak-anak yang berjaya naik pentas, pakat upload gambar-gambar sijil, plak bagai. Aku tumpang bahagia. 

Tapi aku terfikir sesuatu. 

Anak-anak yang lain, mean yang si kakak ke, si abang ke, atau si adik yang tak dapat hadiah untuk tahun ni tak rasa apa-apakah? Bagi aku, bagi akulah...Kalau anak kita ada dua tiga yang sekolah. Kalau nak tunjuk. keputusan Tunjuk semua sekali. Untuk yang cemerlang naik pentas, cakap tahniah. Tuk yang pandai jugalah cuma tertakdir kawan-kawan dia ada yang lebih pandai ,cakap dan bagitaulah yang kita as a parent juga sangat berbangga  untuk keputusan yang dia dapat. 

Pendapat aku lagi, apa kata korang upload sumer kejayaan anak-anak korang dari sekecil-kecil kejayaan seperti berjaya memasak telur mata kerbau hinggalah kepada sebesar-besar kejayaan dari sumer aspek dalam laman sosial. Tandanya kita happy untuk sumer itu dan rasa berbangga tuk setiap kejayaan mereka bukan hanya dari segi akademik semata.

Mungkin kita tidak terfikir, satu masa nanti anak-anak kita akan membesar belaka. Dan akan pasti dia juga akan ber sosial di laman-laman sosial seperti FB, Twitter, Blog bagai. Bila yang kurang naik pentas, gambar dan namanya tidak di sebut-sebut oleh mama atau papa dalam FB/Twitter sebagai sebahagian dari kebanggaan keluarga. 

Apa yang dia akan rasa?

Biar aku jawab. 

Dia akan rasa kita as a parent pilih kasih dan mengabaikan dia. Dia akan rasa kurang perhatian.

Kenapa aku cakap macam tu?

Sebab aku juga pernah rasa sama seperti itu walaupun zaman itu tiada laman sosial.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!