Secara kebetulan, secara kebetulan ke? Hehe.
Secara kebetulan jugak aku nak taip, aku berbengkel di Kinrara Golf Resort dan ngam habis 4 Mei 2015. Kebetulan lagi aku terkebetulan gi Sunway Lagoon website dan nampak promo ni...
Leh klik sini tuk baca bacaan lebih lanjut.
RM40 tiket masuk. Wowww...Tengok tarikh 5 May. Wowww lagi... Jadi memang sah trip ni adalah kebetulan kan? Senyum sebab bukan mudah nak dapat kebetulan seperti ini. Rezeki kali. Tapi itulah. Hari Selasa. Maaf cikgu... Saya bawa anak-anak saya belajar di luar bilik darjah hari ini. TQ cikgu. ^___^
Tiket masuk Sunway Lagoon skang ialah RM108 selepas 6% GST tuk dewasa. Kanak-kanak macam RM78. Yang tu aku tak pasti. Boleh google.
Last time aku gi pada tahun 2010 kalau tak silap. Menggila gi lepas skul hari Jumaat. Masa tu harga dia ta sampai RM50. Tapi ada pilihan nak masuk park mana satu. Harga RM 40 promo tu leh masuk sumer park. Scream Park, Amusement Park,, Wildlife Park, dan yang paling femes yang ada mainan cam Vuvuzela tu. Apa ke pulak nama park nya. Wet Park? Lebih kurang.
Dah, jom masuk Sunway Lagoon, jom.
Ngan maskot Sunway Lagoon. Kami siap pakai baju ready for swimming. Yeahhh...
Kami sampai jam 10 pagi. Memang timing Sunway Lagoon buka. Ikut perkiraan kami, Jam 3 kami akan bergerak pulang ke Pilah. Kita lihat nanti ya.
Hepi kamurang ya. Terutamanya Amni.
Dialah yang asyik nyanyi-nyanyi kat telinga aku nak gi Sunway Lagoon... Nak gi Sunway Lagoon
Masuk je Sunway Lagoon aku akan naik Wagoon Wheel dulu. Reason?
Aku akan rancang mana nak pergi dulu sambil tengok peta di Wagoon Wheel. Wagoon Wheel ni kan slow je geraknya. Sambil bincang dan plan, sambil tengok-tengok persekitaran.
Meh la aku bagi tips ke Sunway Lagoon supaya perjalanan lebih mudah dan lancar.
#1 Gi load duit di wristband korang. RM 150 is just nice tuk 2 adult 3 children macam anak-anak aku ni. Aku load RM200 pun siap berbaki RM81.00
#2 Cari loker. Letak sumer baju kering, tuala dan selipar dalam loker. Bayaran tuk loker kecik RM22. Cukup jer letak barang walau kecik. Jimat maaa.
#3 Serbu terus Wetland. Terus queue tuk mainan gelongsor air yang aku tak ingat apa namanya. Yang aku ingat Vuvuzela ja. Aku perati ada 3 lagi mainan gelongsor air yang berada berdekatan ngan Vuvuzela. Kami sempat naik Vuvuzela sekali, yang guna pelampung adalah dalam 6 kali kami ulang dan sekali main gelongsor guna tikar. Masa kami ulang-ulang tu orang masih tak ramai. Tak lama jer lepas kami main gelongsor tikar tu. Pufffff... Orang beratur punya raaaaamaaaaiiii seperti magik.
Merah kuning tu ialah Vuvuzela. Pandangan dari Suspension Bridge.
Di Wetland, ini ja pic yang kami amik sendiri.
Selebihnya, hired photographer yang amikkan. Lepas capture pic durang akan bagi wristband. Kalau berminat nak beli leh tengok di photo booth. Satu pic berharga RM38.
Naik Suspension Bridge is free. So, no worries!
Jalan sampai hujung dan on the way akan jumpa aktiviti-aktiviti ekstrem ni, start with Buggy Jumping, Flying Fox, going downstairs - ATV ride, Paintball, and so on... Amni request for Flying Fox, but guess what? She is not qualify because under weight. Muehehehe...Save my pockets!
Peacock nga show off masa ni di WildLife Park
#6 Jam 2 (Ngam habis tour WildLife Park), moleklah lunch. Lunch paling berbaloi ialah Nasi Lemak Ayam Rendang/ Nasi Ayam RM10.60 yang di jual di gerai berhampiran dengan eskalator. Gerai lain kami perati jual lebih mahal dari tu. Budak-budak kan cepat lapar main air ni, so makan nasi lebih berbaloi.
#7 Lepas makan pergilah tengok 5D Cinema WaterPlexx. Aku ingat macam plain jer movie dia sebab kami pernah gi tengok yang 6D punya. Tapi rupanya, best woooo 5D Cinema Waterplexx ni. Orang beratur panjang ofkos. Kami tunggu 2 trip baru berpeluang nak masuk.
The World's First WaterPlexx 5D. Best
Free entry nak masuk WaterPlexx 5D. Di luar kalau nak tengok seumpama dengan ni, paling tidak Family Package kena dalam RM 60 ++ tak termasuk GST. Pastikan ke sini kalau dah sampai Sunway Lagoon.
#8 Ngam jam 3 di kawasan air yang berpasir tu, akan ada ombak besar. Memang best tapi agak menakutkan jugalah bila En Ayah ajak gi arah kanan yang ombak dia lebih besar. Amni ngan En Ayah jer berani hadap berkali-kali. Aku ngan kembar sekali rasa ja cukup. Pastu kami cari kawasan yang hentaman ombak jer tahap biasa-biasa saja. Biasa-biasa pun tenggelam jugalah kami. Ombak besar tu akan ada sampai jam 3.30 petang.
#9 Surau ada di dua tempat, satu kat main entrance, satu lagi yang dekat kawasan air berpasir tu. Leh rujuk peta.
Seperti adik manis berbaju kuning ni, tak habis-habis ulangkaji peta.
#10 Aku cadangkan, pergi Amusement Park dan Scream Park selepas korang pergi semua taman tema yang lain. Kira second last is Scream Park, dan last sekali Amusement Park. Sebabnya, Amusement Park terletak di main entrance. Kecenderungan pelawat nak ke sana mula-mula masuk adalah sangat tinggi. Contoh paling dekat ialah aku dulu-dulu. Memang secara auto akan melencong ke Amusement Park. Kalau pergi lambat, masa tu orang dah tada. Jadi tak payah queue!
Kuda pusing-pusing ada di Amusement Park. Cian Amni, dia dah ta layak naik kuda ni.
#11 Ada baiknya bersiap-siap balik seawal jam 5, sebab kalau jam 6 (which is time for closing) memang penuh giler dalam toilet. Seperti kamilah yang keluar dari pool jam 6 petang. Amni sampai kena salin baju kat toilet lelaki. En Ayah tolong jagakan pintu toilet. Aku lebih rare, salin baju kat Sunway Pyramid sebab rushing nak ke kaunter di main entrance tuk refund duit dalam wristband. Kalau tak silap sampai jam 7 je kaunter buka.
Oh, awal-awal tadi aku ada bagitau yang kami plan nak bersiap keluar jam 3 kan? Memang tidaklah jawabnya. Itu pun ada banyak lagi tempat kami tak berkesempatan nak pergi dan tak sanggup nak buat. Jadi rancanglah baik-baik supaya berbaloi dengan nilai yang dibayar.
Nilai yang dibayar termasuk 6% GST. Sebagai ingatan tulus ikhlas. Mana tau kalau-kalau korang lupa...^___^
Nilai yang dibayar termasuk 6% GST. Sebagai ingatan tulus ikhlas. Mana tau kalau-kalau korang lupa...^___^
Daaaa...Bye korang!