Showing posts with label sukan tahunan. Show all posts
Showing posts with label sukan tahunan. Show all posts

Thursday, 9 April 2020

Hari Sukan SK Tunku Kurshiah 2020

Tarikh : 02022020     Hari : Ahad     Lokasi : Stadium Sekolah Sukan Zaaba

Sukan sekolah rendah terakhir untuk kembar, dan Insha Allah terakhir juga untuk kami suami isteri mengilai-ngilai di stadium tersohor dalam daerah Kuala Pilah ini. Aku nyaris tak dapat hadir dek kerana tugas di Banting. Bila kenang-kenangkan masa tak boleh berpatah semula, aku adjust tugas tu ke sana ke sini ke sana ke sini... dan tantadaaaaa... 

Sukses aku jadi jurukamera dan juruvideo merangkap tukang ngilai pada hari bersejarah ini. Terima kasih ayahrazzi.

 Iman the Zorro

Laksamana Amin

Biru ~ Tunku Hamdah

Hijau ~Tunku Kurshiah

Kuning ~ Tunku Durrah

Merah ~ Tunku Najihah

Acara pertama aku fikir bermula dari tahun satu. Kebiasannya begitu. Sekali eh eh... Tahun enam dulu. Luar biasa ini. Macam tahun-tahun sebelum, Amin dan Iman (termasuk Amni) haruslah terpilih mewakili rumah masing-masing. Belum lari lagi pun dah boleh ramal keputusan, hebat bukan? Kalau semua baik-baik, tempat kedua Insha Allah Iman dapat. Amin? Surpriseee... 

Selesai acara 100m tahun enam lelaki.

Masa ni aku sendiri tak pasti Amin dapat pingat gangsa atau tidak. Walau pun aku merakam di tepi trek. Yang aku nampak sipi-sipinya tempat ketiga dengan keempat. Antara Amin dengan kawannya dari rumah kuning. Iman Alhamdulillah perak seperti jangkaan.

Keputusan? Alhamdulillah rezeki Amin dapat gangsa.

Puan penyampai pingat tanya, mana abang mana adik. Soalan klise untuk pasangan kembar. Aku tak mereka-reka, tapi memang itulah soalannya. Magis bukan? Adakah aku memperoleh kuasa super sonar? Adakah?


Haha. Aku berada di situ masa penyampaian pingat. Gambar ni ayah ambilkan.

Yang ini gambar yang aku ambilkan. Terlebih adjust brightness.

Selain 100m, kembar masuk juga acara 200m, 4x200m, 4x100m. Banyak giler kot acara kembar masuk. Risau pulak aku. Sebab esok sambung ke peringkat daerah. Perangai mak-mak sangat aku ni kan. Haha.

 Menambah koleksi. Alhamdulillah

Nak suruh ambil gambar punya payah. Gasak kau dik. Muka tak kacak booo...

Maka dengan ini, selesailah sukan tahunan SK Tunku Kurshiah bagi tahun 2020. Juara? Haruslah rumah hijau. Terkumpul segala sprinter dari kebanyakan kelas di rumah hijau. Hairan aku. Dari aku sekolah, sampai aku jadi cikgu rumah sukan, sampai ke anak-anak mungkin ke cucu-cucu agaknya. Kenapa yang hebat-hebat selalu berkumpul di satu-satu rumah sukan? Kenapa tak berselerak walhal random kot bila pengagihan rumah sukan dijalankan.

Perlu buat kajian tindakan ke macam mana ni?

Boleh kli link untuk video yang Iman edit sendiri (aku ubah tambah sikit-sikit). Yeay, semakin mudah tugasanku mengemaskini kenangan. Alhamdulillah. Iman guna aplikasi Photos untuk edit video.
Sebagai penutup entri, nah lanje gambar anak jiran sebelah. Nazrin namanya.


Banyak mulut, sembang kencang, gajah terbang. Terima kasih Nazrin menceriakan acik Hana dan acik Jais di hari sukan SK Tunku Kurshiah 2020. Video ekau berlari ada ni haaa acik simpan buat kenangan. Kalau acik ghajin bukan kepalang, acik buatkan vlog. Jomput nengok nanti yo...

Acik ghajin sungguh, ni haaa vlog nya. 

Wednesday, 13 May 2015

Sukan Tahunan SK Tunku Kurshiah

Salam dari Senaling,

Kalau nak tahulah, masa kelam kelibut berulang ke Melaka hantar kereta, siap poyo gi Zoo Melaka hari Sabtu. Hari Ahad pada minggu yang sama, ialah Sukan Tahunan SK Tunku Kurshiah.

Pada sesiapa yang follow blog ni (chettt macamlah ada follower setia), akan tahulah yang Amni ialah atlit di sekolah lamanya. Tiga tahun berturut-turut dia dapat pingat tuk 100m dan acara sewaktu dengannya. Jadi, pertama kali join sukan di sekolah baru, agak berdebar jugalah hatiku.

Aku bukannya berdebar apa, sedih pilu owh kalau tengok anak kecewa. Aku dah siap psiko Amni yang aku tak kisah apa nombor yang dia dapat (ni ayat klise aku masa dia nak sit for exam), janji dia usaha sebaik mungkin. Walhal dalam hati mengharap juga dia dapat pingat tak kisah apa warna.

Lagi-lagi adik dia pun dah Darjah Satu. Aku malas nak meleraikan adegan ejek mengejek nanti ni.

Lebih tercabar bila aku dapat tahu Amni, Amin dan Iman masuk semua acara balapan. 4 acara balapan tuk Amni dan 2 acara balapan tuk kembar. Tak sama rumah sukan pulak tu. Amin sorang-sorang rumah Hijau dan Amni Iman rumah biru. Acara provoke dah bermula awal. Dua ke tiga minggu sebelum Sukan Tahunan bermula lagi. Paling havoc masa dalam kereta menuju ke Stadium Sekolah Sukan N9, SMK Zaaba. Tekalah sapa provoke sapa. Puas aku suh stop.

Tak kacang rupanya mendidik anak-anak. Nak jaga perasaan durang. Nak bahagikan perhatian seadil-adilnya. Cabaran dia kadang-kadang menang lagi dari naik Kinabalu. Isu ni kecil ja kot, sukan sekolah. Fuuuhhhhh lap peluh kat dahi. Fikir-fikir apa nanti keputusan akhirnya.


Alhamdulillah dapat perak. Yang dapat emas rumah merah tu kecik molek ja. Tapi berdesup larinya.

 Amin pun dapat perak. Syukur.

Iman dapat emas.

"Syabas bete, syabas"...sambil tepuk tangan kat tepi muka. Hehe

Bagus bila sumer balik umah dengan pingat tuk acara perseorangan. Kembar tambah satu lagi pingat tuk acara pasukan. Amni ja dapat satu pingat, tapi nak wat macam mana. Acara berpasukan bergantung kepada orang lain. Syukur juga dapat pingat tuk kenang-kenangan.

Disebabkan Amni, Amin dan Iman cemerlang dan menunjukkan usaha yang terbaik. Jom ibu belanja makan Mc D di Ayer Keroh, Melaka. Ibu sentiasa mendoakan agar anak-anak ibu cemerlang dalam pelbagai lagi event yang mendatang kelak. Cemerlang dunia, cemerlang akhirat. Cemerlanglah selalu hendaknya Amni, Amin dan Iman, supaya nanti En. Ayah akan setuju selalu untuk bawa kita ke sini, ke sana, atau ke mana-mana pun.  

Yes! Yes! Yes! Muahahahahahaha (gelak jahat).
Tu aje. Bye korang ^___^

Sunday, 30 June 2013

Sukan Tahunan SK Jugra 2013

Salam dari Jugra,

Hari ni sukan tahunan SK Jugra la weiiii. Excitednya aku nak update sebab ini kisah hari ini tau! Wah! Terasa diri begitu berharga. Tahun lepas aku terlepas nak pergi ke acara sukan sekolah Amni. Tah ke mana aku pergi pun aku tak ingat. Sepertinya aku tiada di bumi Jugra. Mungkin berkursus? Mungkinkah? Ahhh tak ingat sungguh sebab setahu aku, aku adalah jenis yang akan hadir ke mana-mana majlis yang ada penglibatan Amni. Melainkan waktu bekerja macam Munawwarah dan Pertandingan Bercerita Sains hari tu. Ke mana ye aku?

Abaikan.

Sukan tahunan sekarang tak macam dulu. Kalau dulu ada acara olahraga je, sekarang sudah ada acara sukaneka. Siapa punya idea. Punyalah bagus. Bagus untuk pelajar-pelajar yang tak dilahirkan sebagai atlet. Bolehlah juga dorang turut serta dalam sukan tahunan. Memeriahkan suasana dan menghabiskan duit mak bapak beli macam-macam di gerai yang terdapat di situ. Tapi aku perasan, macam aku lak yang excited beli macam-macam. Cendol sawit la, sengkuang Old Time la...Eh, keghairahan aku menghabiskan duit tu adalah melebih-lebih daripada kembar yang hanya minta Milo. Jadi, kalau macam kes aku, kiranya seperti menghabiskan duit sendiri.

Amni masuk dua acara sukaneka dan dua acara olahraga. Tak tau apakah acara sukaneka yang Amni masuk sebab aku bajet nak tengok acara balapan je. Agaklah juga nak stay dari pagi sampai petang kat SK Jugra. Sapa nak kemas rumah sapu sampah mop lantai sidai kain basuh kain weh? Jadi hidup haruslah wasatiah kan Ustaz Nadir? Tak pasal-pasal nama ustaz Amni masuk dalam ini cerita. Ah dia bukan tau pun aku ada blog. Hehe.

Nak nak sangat tengok acara balapan sebab Amni mahu mengekalkan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas. Nak rasa bangga sekejap je dalam 7.5 minit bila tengok anakanda lari pecut dapat Johan. Acara 4x50 aku tak nak mengharap sangat sebab ini kerja berkumpulan. Tapi mengharap jugalah Amni dapat dua pingat tahun ni.

Dan Johan jatuh kepada adik Nur Amni Dayini dari rumah Biru 
#tepuktangankuatkuat

4x100m dapat pingat perak. Tahniah Amni!
# mudrajinbuatwatermark

Di rumah :
Amni : Pingat kita ada...satu, dua, tiga, empat... Pingat ibu ada satu, dua, tiga...Kita menang
Ibu : Okay...Nanti ibu carik pingat tuk samakan dengan Amni #manaakunakcekaupingatlagini

Encik Lutfi, acara pegawai KAKOM saya volunteer tuk take part.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!