Akhirnya sampai juga kami ke sini. Iklan tentang Bukit Merah Lake Town Resort ni boleh tahan juga meletopsnya. Dapat didengar acap kali di corong radio radio ja sebab TV tak berpeluang nak tengok :( . Maka, jomlah kita pergi. Bolehlah aku wat review. Ye dak?
Organizer Family Day tahun ni, memasukkan Bukit Merah Lake Town Resort dalam itenary nya. Weekdays. Wuuuu...Mesti tak ramai orang kan? Mimpi je mike ghupenya, ngam pulak Perak cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.
Maka pada hari yang sama, Bukit Merah Laketown Resort (pasni aku mention sebagai BMLR je la ye) wat promosi untuk Perakians. Apa maksudnya? Cer teka? Cer teka?
Orang raaaaamaiii... Kami menunggu nak dapatkan tiket masuk selama satu jam! Time amik pic, pandai pulak laki teman menyengih. Selebihnya? Memvevel. Orang ramai. Kaunter yang beroperasi hanya dua. Tak boleh beli secara online macam Sunway Lagoon. Mih mih mih. Sabo ye bang.
Tiket untuk kami sekeluarga berjumlah RM105. Laki teman oghang Perak. Jadi meghase la promosi di atas nun. Promosi cuti sekolah; jadi aku kena RM25, anak-anak RM20 seorang. Kalau bukan cuti sekolah, harganya lebih kurang RM40++ untuk akses kesemua kawasan di sini. Boleh rujuk sini untuk makluman lanjut k.
Untuk tidak menambahkan vevelan dari Incik Ayah, aku bawa anak-anak meneroka kawasan BMLTR. Kawasan di sini sangat cantik. Kalau ada DSLR, mesti lagi unik gambar-gambar yang diabadikan.
Selain tu, ada macam-macam leh buat selain merayau-rayau di sini. Boleh main dam, congkak, bergambar bajet instagram, tengok dan kacau ikan kelisa... Terisi jugalah masa kami sementara nak tunggu tiket nak masuk taman tema. Maka, penantian satu penyeksaan tu hanya untuk Incik Ayah je lah nampaknya. Hehe.
Tarikan utama di sini ialah taman tema air. Konsepnya lebih kurang sama macam taman tema air yang lain. Kena sewa loker. Kena sewa pelampung. Gelongsor air, air dan air. Tapi dengan bayaran yang agak murah, jangan sesekali bandingkan dengan taman tema yang lain. Terutamanya yang kena bayar lebih mahal. Mestilah bersebab kan? Yang penting kita cari yang best di sini.
Jom.
Kalau aku baca website durang http://www.bukitmerahresort.com.my/, memang macam-macam yang menarik disini. Di Water Park ja ada 14 aktiviti menarik yang boleh kita boleh try. Tapi masa aku datang (November 2015), Chair lift, Giant Wet Bubble, Water Speed Slide sedang dalam penyelenggaraan. Jadi kami cuba yang lain je. Bagi aku yang paling rare di sini ialah Boomerang.
Aku naik kali kedua bila aku tengok Amni leh ulang sampai 4 kali. Ku fikir kali kedua tu dah tak rasa apa... takde makna. Sama jer rasa gayat, rasa mual, rasa takut, rasa ngeri tu. Sama. Leh la cuba. Live your life gitu.
Macam biasa, budak-budak memang excited di sini. Abaikan bapak budak yang ter over excited tu.
Satu gi, untuk sesetengah aktiviti macam Body Slides, durang hanya benarkan baju swim tanpa zip dan seluar tanpa zip sahaja. Kalau pakai t-shirt biasa, memang tak merasalah. Untuk lelaki, kalau nak juga tapi takde baju proper, buka baju. Kalau wanita? Pinjam baju swim anak. Seperti aku... Huhu.
Tengahari, kami pilih makan di food court. Harga makanan masih boleh dipertimbangkan. Baru RM6 untuk nasi ayam (feveret kembar). Murah sekali ganda dari food court taman tema air yang kami pergi awal tahun ni. Bagi sesetengah orang mungkin mahal. Ikutlah kemampuan masing-masing.
Setakat yang aku tengok, ramai ja yang bawa makanan dari rumah. Macam piknik kekdahnya. Tapi ada papan tanda kata taleh bawa. Susah nak wat review part ni. Kalau nak mudah, makan ja di food court. Sedap pun sedap. Senang pun senang. Harga pun okay apa. Lagi-lagi kalau datang dari jauh macam kami sekeluarga.
Kalau datang hari Jumaat pun tadelah. Boleh keluar masuk taman tema air selagi belum sampai jam 6, asal jangan buka gelang. Surau tuk solat Jumaat pun dekat ja dari BMLTR.
Untuk harga, kemudahan, makanan, kawasan...kami sekeluarga gembira dapat bertandang di sini.
Tapi, kalau nak ulang datang dari Kuala Pilah semata-mata ke sini... Macam ta kot :')
Sekian saja entri untuk kisah sebulan yang lalu... Bye
No comments:
Post a Comment