Dah berzaman aku beli kulit popia dek kerana aku tak puas hati bila Iman minta aku belikan popia Nestum. Senang nak buat kot. Itu pun nak beli? Heh
Dan akhirnya, hujung minggu lepas aku berjaya mempopia nestumkan diri. Hasilnya...
Tan ta daaa... Siap sebekas untuk seplastik popia.
Senang nak buat kot kunun. Puiii. Aku rasa membeli tu adalah lebih membahagiakan dari berpeluh ketiak membuatnya, Penuh dengan seni menggulung dan tahap kesabaran yang bukan calang-calang. Kalau tak sebab Amni, Amin dan Iman hulurkan pertolongan, mungkin aku dah karate pokok cili belakang rumah.
Resepi Popia Nestum
Kulit popia satu bungkus
Setengah cawan horlicks
Setengah cawan gula (kisar halus)
Satu cawan nestum (kisar halus)
*Resepi aku ambil dari Google. Lupa nama website. Heee
Gulung kulit popia (guna lidi sate) sampai habis.
(boleh lekatkan kulit popia guna tepung campur air macam gam)
Gunting gulungan tersebut serong-serong panjang panjang.
(kalau nak potong bulat-bulat pun tada hal.)
Goreng dengan satu botol minyak
(kalau nak cepat siap :) )
Tunggu sejuk baru campurkan dengan horlicks, gula dan nestum.
Siap.
Tiga tahun lepas aku pernah menguli biskut makmur. Mula tu comel-comel. Lama-lama jadi sebesar ladoo. Punya malaslah aku nak buat kuih tu pun, ada juga yang teringin nak order dari aku.
Ya ampunnnn...
Hikmahnya, kalau ada orang jual biskut 'nampak senang nak buat' dengan harga yang agak tak menyenangkan. Aku diammm aje. Kalau tak puas hati, buatlah sendiri. Baru tahu langit tinggi rendah.
Popia Nestum pun dapat menginsafkan insan berlagak cam aku ni.
Alhamdulillah dan bye loves!
No comments:
Post a Comment