Dah kenyang makan di Din Ikan Bakar, kami terus menuju ke Kedah.
Tak masuk Penang pun sebab dah tiga kali mai Penang ngan keluarga. 2011, 2013 dan 2015. 2015 aku tak tulis apa-apa entri pun rupanya. Sebab aku nga gila photobook, maka aku hanya photobook kan ja memori tu.
Macam-macam tempat kami dah explore di Penang sebenarnya. Paling penting tak mau jem.
Ikutkan, Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai tiada dalam plan asal. Disebabkan Incik Ayah teringin sangat nak lengkapkan kembara ikut lagu Cinta Pantai Merdeka ~ Kumpulan Jinbara...
"Kan ukir namamu,
Di awan Gunung Jerai,
Disaksikan laut daun nyiur melambai,
Jauh pandangan permai,
Disitu Tanjung Dawai,
Terkenang peristiwa,
Cinta kita terurai,
Oh! Indahnya... Peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka..."
Kami layan.
Dari Kepala Batas kami ke sini dulu.
Alhamdulillah sampai sudah.
Asyik nyanyikan bait lagu je. Kali ni betul-betul jejakkan kaki di Pantai Merdeka. Pantai Merdeka ialah pantai yang agak happening. Kebetulan cuti sekolah agaknya, maka ada banyak gerai di sekitar pantai ni. Orang pun ramai.
Tapi bukan boleh pijak pasir ala-ala bercanda di tepian pantai. Bertembok tapi siap bertangga kalau nak mandi sini. Ke kami sampai masa air laut pasang? Ehmmm tidaklah pula aku mengkaji. Tapi memang pasir tenggelam dek air laut.
Kembar dan Amni sampai sini, terjah playground. Kami suami isteri jalan-jalan selfie berdua romantica d'amour. Sampaila aku decide nak berjalan hingga hujung. Alang-alang dah sampai.
Sepanjang perjalanan, nampak banyak gerai jual laksa Kedah. Tapi perut masih kenyang. Laksa terpaksa dipandang sipi dan sepi.
Hampir ke hujung; Eh, ada bot. Eh, ke Tanjung Dawai. Eh, jomlah naik bot ke sana. Barulah ada kelainan dalam kaedah pengangkutan. Nama pun kembara sambil belajar.
Tanjung Dawai dari Pantai Merdeka dekat je. Tapi aku baca peraturan agak ketat. Semua penumpang mesti pakai safety jacket. Keselamatan diutamakan. Bagus!
Dah sampai. Panas lit lit.
Tanjung Dawai terkenal dengan hasil lautnya. Pendek cerita tempat shopping ikan bilis mata biru kerat empat, sotong kering, ikan masin dan macam-macam lagilah. Kedai di bawah ni, kawan yang duk biasa shopping rekemenkan.
Masa ni harga ikan bilis agak tinggi daripada biasa. Rupanya sebab musim tengkujuh. Bekalan kurang, nelayan tak dapat turun ke laut. Tapi tinggi-tinggi pun, masih berbaloi. Masih murah dan lebih segar. Ikan bilis mata biru, leh nampaklah kebiruannya dek kerana segarnya ia tak aku tipu. Tapi memang segar.
Geram tengok ikan masam gelama kat sini. Gebu-gebu. Makan dengan nasi panas, perghhhh. Tapi macam tak logik rasanya nak mengangkut sampai Perlis patah balik ke Senaling. Perjalanan masih jauh. Sekali lagi ikan gelama masam terpaksa kami pandang sipi dan sepi.
Kawan asal dari Kedah bagitahu, biasanya orang naik bot dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka. Mungkin lebih dekat nak pergi Tanjung Dawai. Memang kami perasan, nak ke Pantai Merdeka memang masuk jauh sikit ke dalam. Anggap sebagai rezeki dapat tengok cara hidup masyarakat setempat je la ya.
Kawan asal dari Kedah bagitahu, biasanya orang naik bot dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka. Mungkin lebih dekat nak pergi Tanjung Dawai. Memang kami perasan, nak ke Pantai Merdeka memang masuk jauh sikit ke dalam. Anggap sebagai rezeki dapat tengok cara hidup masyarakat setempat je la ya.
Keesokan harinya kami naik ke Gunung Jerai guna kereta. Asalnya nak naik guna van tapi awal nau agaknya kami sampai, jam 8 pagi tak nampak sebarang kenderaan melainkan kereta kami dan beberapa kenderaan pekerja. Sudahnya tekan minyak, slow-slow bawa Savvy lejen naik Gunung Jerai.
Alhamdulillah sampai. Mengimbau memori ketika aku belajar di IPDA Jitra. Jauh juga kami mendaki nak sampai atas rupanya. Kami mendaki naik Gunung Jerai untuk subjek apa ke aku dah lupa. Dalam hujan lagi tu kami mendaki. Hehe.
Kali ni pergi kabus penuh. Tak nampak view apa pun. Kebetulan Subuh tu hujan lebat. Menambahkan kelembapan persekitaran. Sejuk bukan main-main punya. Tak lama kami di sini. Sekadar amik pic. dan turun. Ikut pembacaan, pemandangan sangat cantik dari puncak gunung. Tapi bukan rezeki kami agaknya.
Tak mengapa. Lain kali, leh repeat ke sini. Homestay member depan Gunung Jerai je pun.
Sambung nanti entri ke tempat bersejarah yang tercatat dalam buku teks Sejarah Tingkatan Satu.
Cer teka ke mana?
Moga bermanfaat. Bye!