Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Saturday, 28 October 2017

Bagan Datuk, Perak

Salam dari Senaling,

Berpuluh tahun Bagan Datuk berada dalam daerah Hilir Perak, sampai Bagan Datuk dah diisytiharkan jadi daerah sendiri. Dari aku umur 14 tahun sampai anak sulung aku umur 13 tahun. Baru aku sampai sini. Itu pun atas hikmah mak 'tak benarkan' aku kemas rumah di kampung. Huhu. 

This is Bagan Datuk.

Bagan Datuk ialah satu daerah, letaknya di huuuuuuuujung. Pertama kali kami sampai sini, Ya Allah jauhnya. Tak sampai-sampai perasannya. Kenapa ke sini. Alasan pertama; aku dah bagitahu di atas, makanya aku dikurniai kelapangan masa. Alhamdulillah. Kedua; adik, mak dan kakak aku dah pernah pergi. Sembangnya, Bagan Datuk da lain. Dah cantik.

Aku tak berapa nak faham part Bagan Datuk da lain tu, ta leh nak wat perbandingan pun. Cuma tertarik bahagian cantik. Incik Ayah pun bagi greenlight. Akhirnya sampai!

Cantik? Alhamdulillah memang cantik dan sedang dicantikkan lagi. 




Wat photoshoot memang cantik. Setakat ilmu berfoto acah-acah cam kami, seperti di atas je lah koleksi pic nya. Satu tahun lagi Insha Allah lebih cantik; kalau tengok papan tanda perancangannya lah. Paling menarik masjid terapung! Panjang umur solat di masjid terapung Bagan Datuk lah pulak nanti.

Seperkara lagi, Bagan Datuk femes woooo di kalangan kaki pancing. Nak ke Pulau Sembilan, haaa dari sini lah. Aceehcehcehhh... kemain aku mention Pulau Sembilan. Cemana rupa Pulau Sembilan pun aku ta tahu. Yang aku tau; Pulau Sembilan memang sinonim ngam kaki pancing. Titik.

Food hunt. Haaa ini seperkara lagi. Kakak aku cerita, dia jumpa satu keluarga dari Klang di masjid. Sembang-sembang, kakak aku dapat tahu durang datang ke sini hanya tuk makan soto. Sembang tak habis, sudahnya ta tau mana kedai tersebut. Kakak aku cuba soto di pasar malam. Mangkuk kecil. Rupa mangkuk tu digambarkan macam mangkuk purba, dari zaman Dinasti Chin macam tu. Kakak aku komplen, mahal tapi isi kurang.

Bila aku kata aku nak ke sini lagi. Kakak aku bagi tugasan, dah macam Dong Wan bagi tugasan dalam Running Man. Cari kedai soto mana yang sedap sangat tu, sampai orang jauh-jauh datang untuk itu. Usaha jugalah nak cari, jumpa satu dua. Aku bajet kedai yang penuh ngan oranglah kan.

Ramai tidaklah ramai cam orang beratur nak beli keria viral di Melaka tu. Menu soto dan ada jugalah nasi ayam, masakan goreng panas. Mangkuk digunakan sama, geng mangkuk purba. Rasa, sedap. Tapi isi kurang. 

Gagal ke cemana misi kami ni. Pusing juga Incik Ayah nak cari kot ada gerai soto yang lain. Aku siap google. Tak jumpa. Ke sebenarnya kedai yang kami pergi tu ialah... Tapi macam takde faktor WoW pun. Jangan risau, ini bukan pengalaman pertama tak jumpa cari lokasi foodhunt yang dimaksudkan. Coconut Shake Pantai Klebang yang tersohor tu pun tak jumpa cari weiii... 

Alhamdulillah, kami hepi sihat dan kuat ja 😀

Moral citer, aku tunggu masjid terapung siap baru aku kembali lagi ke Bagan Datuk. Insha Allah.

Semoga yang rajin membaca sampai habis entri ni, sama-sama dikurniakan kesihatan, keselamatan dan perlindungan dariNya. Plus awet muda. Aamiin.

Bye!

Wednesday, 19 April 2017

Kuala Gula, Bagan Serai Perak

Salam dari Senaling,

Dari Gurun tak tahu mana arah tuju. Macam nak ke Ipoh. Maaacaammmm. Pastu nak tidur Ipoh kah? Taiping pun macam okay. Pastu nak tidur Taiping? Pun tak dapat nak bagi kata putus. Sudahnya  naik kereta, hidupkan enjin, mulakan perjalanan yang tak tahu nak menghala ke mana. Hohohoho...

Bila dah keluar homestay Cik Am, contact lah Cik Am nak bagitahu dah keluar, kunci dah drop. Sambung plak sembang dengan Cik Am. Tanya arah tujuan cuti. Kebetulan dia sedang kembara hala ke Utara dan kami kembara hala Selatan.

Cik Am lah punca cerita Kuala Gula nih. Dia bagitau nak singgah Kuala Gula tuk makan ketam lembut. Ketam lembut??? Aku yang penuh tanda tanya ni gi lah google cari apa itu ketam lembut Kuala Gula. Yeahhhhhh, akhirnya inilah destinasi kami hari ini (itu).

Seriously tempat ni best. Kami cari jalan guna Waze. Masuk ke dalam semata-mata untuk ke tempat ni adalah berbaloi.

Mula tu aku ingat sekadar tempat untuk makan sahaja, tetapi no, no, no... Dapat lebih dari itu.




Dapat photoshoot. Persekitaran sangat menarik. Dapat tengok helang sambar makanan dari permukaan sungai. Dapat tengok nelayan menaiki bot mencari rezeki. Dapat lihat nelayan membetulkan jala/ jaring yang menjadi objek utama untuk mencari rezeki. Dan inilah rupanya kampong nelayan.




Selain itu, kami dapat buat lawatan muhibbah ke tempat pemprosesan ketam lembut yang letaknya sebelah kedai makan ni aje. Barulah aku tahu macam mana ketam ni leh jadi lembut. Ya, lembut yang kau boleh makan sepit dan keseluruhan ketam tak perlu kopek kulitnya yang keras. Aku rasa macam tak wujud lansung kulit keras tu.

Perusahaan ketam lembut ni dah jadi macam Industri Kecil dan Sederhana di Kuala Gula. Tapi hanya perusahaan ni yang turut menyediakan restoran terapung. Aduh aku memang salute dengan usahawan kreatif macam ni.

Kat sebelah sinun ada resort rupanya. Kuala Gula Sanctuary Resort. Kaki pancing sesuaila sangat lepak sini. Boleh memancing dari balkoni bilik ja yang semuanya memang menghadap ke muara sungai.

Aku perasan, hanya restoran ni aje yang wujud kat sini. Alhamdulillah makanan sedap-sedap. Kami order ketam lembut goreng tepung (harga seekor ketam RM12 ikut saiz), kalian ikan masin, kari sembilang, dan mi goreng (tiba-tiba) tuk kembar.

Dari bacaan, ketam lembut ni kadang-kadang ada, kadang-kadang sold out. Sesetengah blogger cadangkan call dulu untuk dapat makan ketam ni. Kami yang main redah ni tawakal je lah.  Rezeki dapat rasa.

Kembar kata mi goreng kat sini paling sedap durang pernah makan seumur hidup. Tah betul tah sebab lapar sangat. Paling sedap seumur hidup tu katanya.

Lama juga kami di sini (kes tak tahu hala tuju spesifik lepas ni). Enjoy tengok yang best-best di Kuala Gula, Bagan Serai, Perak. Selesai dan puas hati barulah kami beransur untuk singgah solat dulu dan...

...ke MAHA 2016. Tak sangka!

Bertambah pengalaman, indahnya kenangan dan bye...

Sunday, 26 February 2017

Gunung Jerai, Tanjung Dawai, dan Pantai Merdeka Kedah

Salam dari Senaling,

Dah kenyang makan di Din Ikan Bakar, kami terus menuju ke Kedah.
Tak masuk Penang pun sebab dah tiga kali mai Penang ngan keluarga. 20112013 dan 2015. 2015 aku tak tulis apa-apa entri pun rupanya. Sebab aku nga gila photobook, maka aku hanya photobook kan ja memori tu.

Macam-macam tempat kami dah explore di Penang sebenarnya. Paling penting tak mau jem.

Ikutkan, Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai tiada dalam plan asal. Disebabkan Incik Ayah teringin sangat nak lengkapkan kembara ikut lagu Cinta Pantai Merdeka ~ Kumpulan Jinbara...

"Kan ukir namamu,
Di awan Gunung Jerai,
Disaksikan laut daun nyiur melambai,
Jauh pandangan permai,
Disitu Tanjung Dawai,
Terkenang peristiwa,
Cinta kita terurai,

Oh! Indahnya... Peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka..."

Kami layan.

Dari Kepala Batas kami ke sini dulu.

Alhamdulillah sampai sudah. 

Asyik nyanyikan bait lagu je. Kali ni betul-betul jejakkan kaki di Pantai Merdeka. Pantai Merdeka ialah pantai yang agak happening. Kebetulan cuti sekolah agaknya, maka ada banyak gerai di sekitar pantai ni. Orang pun ramai. 

Tapi bukan boleh pijak pasir ala-ala bercanda di tepian pantai. Bertembok tapi siap bertangga kalau nak mandi sini. Ke kami sampai masa air laut pasang? Ehmmm tidaklah pula aku mengkaji. Tapi memang pasir tenggelam dek air laut.

Kembar dan Amni sampai sini, terjah playground. Kami suami isteri jalan-jalan selfie berdua romantica d'amour. Sampaila aku decide nak berjalan hingga hujung. Alang-alang dah sampai.

Sepanjang perjalanan, nampak banyak gerai jual laksa Kedah. Tapi perut masih kenyang. Laksa terpaksa dipandang sipi dan sepi.


Hampir ke hujung; Eh, ada bot. Eh, ke Tanjung Dawai. Eh, jomlah naik bot ke sana. Barulah ada kelainan dalam kaedah pengangkutan. Nama pun kembara sambil belajar. 

Tanjung Dawai dari Pantai Merdeka dekat je. Tapi aku baca peraturan agak ketat. Semua penumpang mesti pakai safety jacket. Keselamatan diutamakan. Bagus!

Dah sampai. Panas lit lit.

Tanjung Dawai terkenal dengan hasil lautnya. Pendek cerita tempat shopping ikan bilis mata biru kerat empat, sotong kering, ikan masin dan macam-macam lagilah. Kedai di bawah ni, kawan yang duk biasa shopping rekemenkan. 


Masa ni harga ikan bilis agak tinggi daripada biasa. Rupanya sebab musim tengkujuh. Bekalan kurang, nelayan tak dapat turun ke laut. Tapi tinggi-tinggi pun, masih berbaloi. Masih murah dan lebih segar. Ikan bilis mata biru, leh nampaklah kebiruannya dek kerana segarnya ia tak aku tipu. Tapi memang segar.

Geram tengok ikan masam gelama kat sini. Gebu-gebu. Makan dengan nasi panas, perghhhh. Tapi macam tak logik rasanya nak mengangkut sampai Perlis patah balik ke Senaling. Perjalanan masih jauh. Sekali lagi ikan gelama masam terpaksa kami pandang sipi dan sepi.

Kawan asal dari Kedah bagitahu, biasanya orang naik bot dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka. Mungkin lebih dekat nak pergi Tanjung Dawai. Memang kami perasan, nak ke Pantai Merdeka memang masuk jauh sikit ke dalam. Anggap sebagai rezeki dapat tengok cara hidup masyarakat setempat je la ya.



Keesokan harinya kami naik ke Gunung Jerai guna kereta. Asalnya nak naik guna van tapi awal nau agaknya kami sampai, jam 8 pagi tak nampak sebarang kenderaan melainkan kereta kami dan beberapa kenderaan pekerja. Sudahnya tekan minyak, slow-slow bawa Savvy lejen naik Gunung Jerai.

Alhamdulillah sampai. Mengimbau memori ketika aku belajar di IPDA Jitra. Jauh juga kami mendaki nak sampai atas rupanya. Kami mendaki naik Gunung Jerai untuk subjek apa ke aku dah lupa. Dalam hujan lagi tu kami mendaki. Hehe. 

Kali ni pergi kabus penuh. Tak nampak view apa pun. Kebetulan Subuh tu hujan lebat. Menambahkan kelembapan persekitaran. Sejuk bukan main-main punya. Tak lama kami di sini. Sekadar amik pic. dan turun. Ikut pembacaan, pemandangan sangat cantik dari puncak gunung. Tapi bukan rezeki kami agaknya.

Tak mengapa. Lain kali, leh repeat ke sini. Homestay member depan Gunung Jerai je pun. 

Sambung nanti entri ke tempat bersejarah yang tercatat dalam buku teks Sejarah Tingkatan Satu. 
Cer teka ke mana?

Moga bermanfaat. Bye!

Wednesday, 22 February 2017

Din Ikan Bakar Kepala Batas Pulau Pinang

Salam dari Senaling,

Throwback 29 Disember 2016

Selepas berjalan ke
Agacia Town Kampar
Kellies Castle Batu Gajah
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
Antara Tempat Makan Best Kuala Kangsar
Istana Kenangan Kuala Kangsar
Galeri Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar
sehari suntuk, kami tumpang kasih tidur rumah anak saudara Incik Suami di Parit Buntar.

 Tenkiu daun keladi keladi keladi Ema, Zul dan Raudhah. Keladi tu memang aku taip tiga kali bukan typo.

Destinasi seterusnya ialah Pulau Pinang. Kami ke Pulau Pinang semata-mata untuk ke restoran ni.
Tahun 2014 aku pernah ke sini dengan Amni, sambil-sambil menguruskan KAKOM. Buat lencongan mencari kelainan. Itu sebab aku suka join KAKOM. Heeee. Kali ni bawa family dan untuk memenuhi permintaan Amni. Memang Amni yang request ke restoran Din Ikan Bakar. Aku kira sebagai hadiah kecemerlangannya dalam UPSR hari tu.

Senang nak bagi hadiah kat Amni. Dia suka makan.

Menu pujaan. Daging bakar harimau menangis. Aku baca-baca, namanya cenggitu sebab bahagian pada lembu yang paling lembut. Katanya. Tapi kami makan tadala sampai menangis.

Segala yang bakar ada. Bahagian yang sana (tada gambar) ada sup, ulam, segala macam sambal, kari kawah dan macam-macam. Kosong poin kosong kosong kosong tujuh peratus syurga makan kat sini. Kalau datang masa nga lapar, memang rasa nak amik semua.

Tapi kami makan ni ja. Berhemah kan? Sotong bakar. Daging bakar harimau menangis. Ayam bakar. Ulaman. Harga RM60++


Bismillah dan Alhamdulillah.

Nak ke sini senang. Guna ja aplikasi Waze. Tapi harus diingat, di Kedah pun ada satu kedai makan nama sebijik. Sebaiknya, belek dulu peta tilik lokasi, bukan main tekan dan jalan je ya. 

Entri seterusnya Pantai Merdeka, Kedah. Insha Allah.

Sunday, 29 January 2017

Galeri Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar Perak

Salam dari Senaling,

Harus baca entri awal tentang
Agacia Town Kampar
Kellies Castle Batu Gajah
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
Antara Tempat Makan Best Kuala Kangsar
Istana Kenangan Kuala Kangsar

Kami jelajah dari Negeri Sembilan hingga Perlis masa cuti sekolah bulan dua belas ri tu. Tapi buat entri ikut satu-satu attraction. Nak jimat idea meh. Tiba-tiba aku rasa aku bijak. Heh 😀 

Eh, Selamat Tahun Baru Cina! Sejak tahun bila tah, kena jem teruk sekali masa balik kampung. Terus fobia kalau nak pergi ke mana-mana masa cuti raya cina. Kalau takut dilambung ombak, tayah gatai nak berumah di tepi pantai kaedahnya.

Back to the main point...

Idea asal taknak ke galeri ni walau pun ramai yang rekemen di google. HikmahNya; (1) Dapat explore luar Istana Kenangan sahaja (2) Hujan rebas-rebas sesuai ngan indoor aktiviti, menyebabkan kami sekeluarga sampai ke sini.

Best. Sangat best. Highly recommend!

Aku level kan galeri Sultan Azlan Shah ni sebagai highly recommend bila Amni dan kembar leh layan tempat ni dengan penuh excited. Tiada adegan mencekodokkan diri terjadi. Masing-masing amaze dengan koleksi peribadi Almarhum Sultan Azlan Shah.

Banyak koleksi yang dipamerkan tetapi yang paling aku ingat ialah koleksi jam tangan, koleksi cenderamata dari pelbagai negara dan agensi sempena Keputeraan Sultan Azlan, koleksi duit syiling emas beberapa edisi olimpik, koleksi kenderaan sultan dan gambar-gambar cucu baginda yang omeyyy angat.

Seronok sangat explore galeri ni, susah nak digambarkan dengan kata-kata. Kena datang dan jelajah sendiri baru puas hati.

Seperti biasa, sebarang gambar atau video adalah dilarang sama sekali untuk diabadikan dalam lensa. Kita semat dalam sanubari dan kotak pemikiran je la nampaknya. Itu pun Subhanallah, Alhamdulillah berpeluang menjejakkan kaki ke sini walau pun sepatutnya tiada dalam perancangan awal.

Tapa, kat luar masih boleh berfoto.

Walaupun dahi hakak berkerut sebab hujan rebas-rebas di luar,
tapi landskap sebegini cantik; who can ignore?

Dalam kereta segala memori dikuizkan. Untuk mengisi masa lapang sebelum sampai ke destinasi seterusnya. Untuk menggalakkan Amni dan kembar membaca semua info yang disediakan. Satu jawapan yang betul bernilai RM1. Bila kakak kelihatan berjaya menjawab soalan demi soalan, kembar berkomplot dua orang. Masing-masing saling membantu memberikan jawapan. Pastu duit dibahagi sama rata.
 
Buat sorok-sorok kunun. Ingat ibu ta perasan lettew. 😜

Akhir kalam; bermanfaatlah entri ni hendaknya untuk insan berjiwa traveller dan berjiwa patriotik seperti kami sekeluarga. Hehe. Aamiiin.

TQ & bye loves...

Monday, 16 January 2017

Istana Kenangan Kuala Kangsar Perak

Salam dari Senaling,

Entri awal boleh baca di sini
Agacia Town Kampar
Kellies Castle Batu Gajah
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
Tempat Makan Best Layan di Kuala Kangsar

Huish excited nak datang ke sini sebab kali terakhir datang ialah 23 tahun yang lalu. Tu pun sebab follow lawatan sekolah Pandu Puteri. Kali ni bawa anak-anak dan Incik Ayah sama-sama.

Hujan masih rebas tapi kami masih cekal nak pergi istana lama ni. Fakta menarik berkenaan Istana Kenangan atau Istana Kuning ialah rekabentuk binaannya. Kalau Kellie's Castle dan Masjid Ubudiah mendapat sentuhan orang asing, berbeza dengan istana ni yang dibina oleh seorang tukang kayu dari Pulau Pinang. Tanpa sebarang paku!


Pandangan dari atas Istana Kuning adalah menyerupai keris dalam sarungnya. Salute betul dengan pakcik tukang.

Konsep istana ni macam muzium. Boleh masuk boleh baca, boleh tengok barang-barang istana begitu kekdahnya. Tapiiiii... Itu pada 23 tahun dulu lah.

Pada ketika kami datang, hanya boleh ber wefie ja di luar istana. Luar pagar istana sahaja. Ya, itu lebih tepat. Ada jugala dalam 5-9 kereta yang datang tapi berlalu pergi dengan linangan air mata sebab tengok pagar istana berkunci dari luar. Idokla berlinang tapi mesti kecewa punya lah!

Wefie pun Alhamdulillah syukur. Janji semua sihat sejahtera.

Takde info terkini diletakkan di luar pagar apatah lagi dalam website. Kami siap call MPKK, yang menyambut panggilan pun tak tahu tentang keadaan ni. Macam mana kami tahu akhirnya? Ada dua budak remaja lelaki yang bagitau bahawa hanya kawasan luar istana ni sahaja yang boleh di kunjungi. Kalau idak, meroyanlah kami di luar tak puas hati pesal? pesal? pesal?

Kalau pelawat lain, nampak bermangga pagar terus berlalu pergi, tidak bagi kami. Masih setia menanti nak tahu jawapan. Tu sampai call MPKK tu walau pun tidak membantu tapi syukur Alhamdulillah Dia hadirkan dua insan yang berinformasi tersebut. Moga berjaya dunia akhirat kau dua orang dik. Aamiiin.

Hikmahnya kami menuju ke Galeri Sultan Azlan Shah. Ikutkan perancangan asal nak pergi Istana Kenangan dan gerak terus ke Parit Buntar. Galeri je macam tak best. Salah tu salah aku fikir macam tu. Nanti next entri baru cerita ya.

Oh di galeri ni aku tanya lagi perihal Istana Kenangan tak puas hati belum habis. Pegawai di kaunter tiket bagitau istana tu dah tak selamat untuk dilawati. Ye lah istana lama kot. Semua barang-barang kini disimpan di Ipoh. Tang mana Ipoh idokla keme menanya.

Moral cerita, Istana Kenangan kini memang betul-betul tinggal kenangan 😭.

Seperkara yang sangat menarik tentang Kuala Kangsar, semua main attraction dekat-dekat so boleh lompat sana sini ta payah fikir sesak jauh pusing merata patah balik bazir petrol hapa ke. Taaaaaak payah!

Entri seterusnya Galeri Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar

Happy exploring dear! Bye.

Thursday, 29 December 2016

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar Perak

Salam dari Senaling,

Masjid Ubudiah adalah antara masjid yang tercantik di Malaysia. Kalau google memang tersenarai dalam salah satu tempat menarik di Kuala Kangsar. Dah alang-alang nak pergi kita plan terus solat jamak taqdim di sini.

Masjid ni siap dibina pada tahun 1917. 99 tahun. Wow! 😮


Senibina memang menarik. Sekali lagi kalau diri sendiri species leh layan Kellie's Castle, menghargai seni, suka amik pic, this place memang akak rekemen.

 Chandelier

Architecture. Superb!

Masjid ni comel ja. Iyalah, tahun 1917 agak-agak berapa ja umat manusia waktu tu di Kuala Kangsar. Aku kira zaman tu masjid ni dah besar sangat-sangat kot. Ruang solatnya unik berbentuk bulat, tapi memang cantik seni binanya luar dan dalam yang bercirikan indo-saracenic. Tile dia pun import dari Italy. Kos pembinaan dianggarkan RM 200 000. Zaman tu dah kategori mewah saaaaaaaangat!

Info lanjut boleh google, dan kalau berkelapangan sampai sini, bolehlah baca info yang disediakan di luar masjid.

Walaupun gerimis mengundang cekal betul Incik Ayah amik pic tuk dapat view macam ni.

Awal-awal dulu niat beli CSC (Compact System Camera) sebab aku yang nak belajar amik pic cantik-cantik. But now, yang explore lebih ialah beliau. Kita merancang tapi perancangan Dia lebih baik. 😁

Lepas solat, masing-masing kelaparan. Laju ja gi Medan MPKK. Bajet nak pekena laksa kuale dan gagah nak rasa cendolnya walau pun hujan! 😆

Happy Exploring Loves! Bye.

Tuesday, 6 December 2016

Warming Up!

Salam dari Senaling,

Tak mudah nak sesuaikan diri selepas bercuti di luar kawasan. Diet ke mana. Mood minimalis ke mana. Mood memasak ke mana. Kerja nak makan kat luar jer walaupun sedar level tabung Hoohaaa semakin menyusut.

Baru dua hari cuti duk di rumah Iman dah mengadu, "Bosannyaaaa...". Masa gi travel kecoh nak balik Pilah. Haish.

Aku letak idea di sini supaya mudah nak karang entri plus boleh kongsi info. Moga bemanfaat.
Aku tak tau berapa lama aku amik masa nak update kembara kami ni. Doakan aku rajin. Amiinnn.

26 Nov - Ke Sekinchan Selangor jumpa nenek a.k.a onyang. Bermalam.

Kesian nenek kena buli ngan aku... Nenek tanak wefie sebenarnya 😁

27 Nov -  Ke Teluk Intan, Perak jumpa mak a.k.a opah. Bermalam.

Escape jap gi rumah Along, singgah sini. Gagah kami wefie dalam gerimis.

28 Nov - Ke Hujung Rintis, Perak jumpa abang dan kakak ipar a.k.a Waks. Bermalam.

Tempat lepak yang paling femes tuk kaki pancing, scenery pun cantik. Masa kami datang air tengah pasang. Agak besar.
 
29 NovOn the way ke Parit Buntar, Perak jumpa/bermalam di rumah anak saudara a.k.a sepupu, singgah photoshoot semata di English Town, Bandar Agacia Kampar. Explore Kellie's Castle, Batu Gajah. Singgah solat jamak di Masjid Ubudiah, pekena cendol dan laksa di medan MPKK, Kuala Kangsar. Singgah photoshoot lagi di Istana Lama/Istana Kuning, Kuala Kangsar. Terkagum dan jakun di Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.

30 Nov - Ke Kepala Batas, Pulau Pinang pekena daging harimau menangis di Din's Ikan Bakar. Singgah ambil angin di Pantai Merdeka, Kedah. Shopping hasil laut di Tanjung Dawai, Kedah. Explore Muzium Arkeologi Lembah Bujang Merbok, Kedah. Bermalam di Homestay Cik Am, Gurun Kedah.

1 Dis - Photoshoot di Gunung Jerai, jumpa kawan lama di Alor Star, Kedah. Lajak sampai Padang Besar, Perlis. Bermalam di Hotel Kangar 2 Atas KFC. Dinner pekena Mona Ikan Bakar di Jeti Kuala Perlis.

2 Dis - Explore Gua Kelam, Perlis. Photoshoot semata di Empangan Timah Tasoh, Perlis. Pekena laksa viral Kak Su Laksa Beras, Kuala Perlis. Bermalam sekali lagi di Homestay Cik Am.

3 Dis - Lunch, photoshoot sambil buat lawatan ilmiah ke JS Muara Restoran Terapung Kuala Gula, Perak. Shoooootttttt terus ke Kuala Lumpur/ Lembah Klang terapung-apung tak tau nak tido mana. Akhirnya ke rumah anak saudara a.k.a sepupu tuk bermalam.

4 Dis - Explore MAHA 2016, MAEPS Serdang Selangor dan balik Pilah. Home sweet home.

Lapan hari tujuh malam bermusafir. Total perjalanan 1640km. Kembara enam negeri Alhamdulillah dipermudahkan. Sangat besar pergantungan kami padaNya sepanjang perjalanan ni.

Tu aje amik mood dulu. Insha Allah aku update sikit-sikit nanti ya.

Bye!