Wah, aku excited sebab ini entri terakhir untuk Kembara Geng Cuti Sekolah 2016. Sebenarnya MAHA 2016 tidak termasuk dalam itinerary asal. Inilah rezeki namanya.
Dari Kuala Gula, kami tak tahu nak singgah mana tuk tido. Nak zoom terus balik ke Senaling macam tak lalu. Tah macam mana timbul idea nak ke MAHA 2016 selepas tengok pic Insta kawan-kawan. Kembar dan kakak pulak dah terlihat iklan sal Kampung Durian Runtuh Upin Ipin di MAHA. Haruslah teruja bila aku mention sal MAHA kannnn...
Menggula-gulakan Incik Ayah menggunakan anak-anak adalah satu teknik yang boleh diaplikasikan oleh para ibu. Ibu yang teringin nak pergi, tapi gunakan anak-anak. Selalunya berjaya. Aku dah biasa buat. Kahkah
Hari terakhir kami tumpang tidur di rumah anak saudara di Puchong, dan pagi-pagi bergerak ke MAEPS Serdang tempat berlansungnya MAHA 2016. Kami memang biasa gerak awal untuk ke mana-mana tempat yang tersohor dengan kesesakan pengunjungnya. Memang awal, itu pun sampai di MAEPS kereta dah queue panjang di pintu masuk nombor ? (tak ingat).
Oleh itu kami cuba cari pintu lain. Nak masuk ke MAEPS banyak pintu ya. Duk lalu highway slow ja sebab tak tahu di mana pintu seterusnya plus ta nak terlepas pintu, tiba-tiba kami ternampak sesuatu. Nampak orang parking tepi highway dan masuk ikut pagar yang ter'koyak'. Terus aku suh Incik Ayah join parking. Kami yang kurang konfiden perhati ja dulu gelagat mereka-mereka ini. Setelah memastikan keesahan lokasi, akhirnya di situlah kami parking dan bermulalah eksplorasi ke MAHA 2016.
Melalui pagar yang 'koyak' itu, kami sampai terus di laman ternakan.
Laman ternakan tu rupanya sekali dengan laman armada jentera. Tapi kami tak pergi pun laman armada jentera. Sendu betul.
Lembu sado untuk diteka beratnya. Kilogram paling hampir dapat bawa 'sado' balik sebagai hadiah. Quite interesting hadiahnya. Terus terfikir, kalau aku menang celah mana aku nak angkut 'sado' naik Savvy. Melampau betul imaginasiku.
Anaklah ayam... Colourful.
Petting Zoo pun ada. Masa tu durang buat happy hour. Satu family bayar RM25 ke RM30. Tak ingat heeee...
Kambing ni cute betul
Sumer di atas boleh ko petting, belai manja kecuali katak kuning dalam kaca tu. Kalau tengok NatGeo, katak colorful biasanya poisonous.
Di MAHA 2016, ada banyak petting zoo. Aku pun baru tahu masa tu. Rezeki kami, yang kami masuk ni paling best sebab banyak haiwan. Macam-macam. Petting zoo yang lain(yang aku perhati dari jauh, mungkin valid mungkin invalid) tak banyak haiwan. Ada satu tu, banyak arnab ja. Moral cerita, MAHA 2018 Insha Allah, pergi survey dulu sebelum terjah mana-mana petting zoo.

Lama kami spend masa di laman ternakan. Normallah tu sebab masih energetic... Lepas tu sempatlah kami singgah ke laman yang lain seperti My DOF Valley, Rumah Terbalik, Floral World dan Kampung Durian Runtuh. Macam-macam ada serius seronok giler. Tapi sangat meletihkan. Bila dah letih, the true colors pun keluar. Lain kali datang MAHA kena amik hotel berdekatan. Spend masa tiga hari dua malam baru berbaloi. Satu hari masuk dua kawasan ja. Tiga hari enam kawasan. Haaaaa... baru puas hati. Bukan ada bayaran masuk MAHA pun.
Dari My DOF Valley (tak habis explore pun lagi) kami ke Kampung Durian Runtuh Upin Ipin. Kembar tak berhenti bertanya, "Bila? Bila? Bila? Bila kita nak pergi Kampung Durian Runtuh". Itu yang laju-laju naik tram yang padat sesak berebut-rebut ke sana.
Bayaran masuk ke Kampung Durian Runtuh ialah RM25 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak) seorang. Total RM80 dapat diskaun RM70. Incik Ayah dah berkira-kira tapi aku berkeras. Mahu taknya, Amni dan adik kembarnya siap offer duit tabung tuk top up tiket masuk ke Kampong Upin Ipin ni. Tak sampai hati bila anak-anak dah beriya-iya camni. Lagi pun inilah point utama untuk kami sampai masuk ke MAHA.
Tetapi memang padanlah dengan bayaran yang agak mahal tu sebab kawasan Upin Ipin ni luas. Kami fikir kecil sekadar nak tengok Upin Ipin dan kawan-kawan ja. Rupanya sangat luas, dan macam-macam aktiviti boleh explore. Sangat berinformasi. Nak photoshoot pun boleh. Berhawa dingin pulak tu. Berbaloi beb. Lama kami kat dalam ni.
Selepas live performance, boleh amik pic dengan karakter Upin Ipin dan kawan-kawan ni. Punya ramai peminat. Masa diberi adalah dalam 5 minit. Kembar dapat juga amik gambar ngan Jarjit, Ehsan, Tok Dalang dan Mail. Upin Ipin? ehmmmm... species parents cam kami memang tak merasalah kau hai anak nak bergambar dengan public figure.
Kampung Durian Runtuh bertemakan pertanian pada tahun 2016. Jadi Amni dan adik kembar dapat tanam pokok, dapat tengok 3D performance, dapat tengok cerita Upin Ipin, dannnnn ibu ayah anak dapat makan tembikai susu dengan jayanya. Lepas makan, makan dan makan lagi tembikai susu tu. Sedap beb. Plus nak rasa berbaloi dengan bayaran masuk kot. Kahkah. Ada pameran serangga perosak juga dalam ni, penganjur bawakan live ulat perosak yang makan kelapa sawit. Gemok-gemok ulatnya.
Puas meronda dalam Kampung Durian Runtuh, kami keluar dan merancang tuk makan dan balik. Penat sangat masa ni.
Dalam kata penat, kelaparan, nak balik dan berehat sempat gak singgah bergambar di luar kawasan Floral World yang terletak berdekatan dengan Kampung Upin Ipin. Banyak lagi kalau nak explore kawasan cantik-cantik tapi apakan daya kudrat dah tada.
Bayaran masuk ke Kampung Durian Runtuh ialah RM25 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak) seorang. Total RM80 dapat diskaun RM70. Incik Ayah dah berkira-kira tapi aku berkeras. Mahu taknya, Amni dan adik kembarnya siap offer duit tabung tuk top up tiket masuk ke Kampong Upin Ipin ni. Tak sampai hati bila anak-anak dah beriya-iya camni. Lagi pun inilah point utama untuk kami sampai masuk ke MAHA.
Tetapi memang padanlah dengan bayaran yang agak mahal tu sebab kawasan Upin Ipin ni luas. Kami fikir kecil sekadar nak tengok Upin Ipin dan kawan-kawan ja. Rupanya sangat luas, dan macam-macam aktiviti boleh explore. Sangat berinformasi. Nak photoshoot pun boleh. Berhawa dingin pulak tu. Berbaloi beb. Lama kami kat dalam ni.
Rumah Opah, Upin Ipin dan Kak Ros
Photoshoot 3D, dua tiga kali amik susah nak jadi sebab penuh orang tunggu turn.
Live performance from Upin Ipin & friend. Eh, Opah dan Tok Dalang pon ada. Kak Ros ja absent.
Kampung Durian Runtuh bertemakan pertanian pada tahun 2016. Jadi Amni dan adik kembar dapat tanam pokok, dapat tengok 3D performance, dapat tengok cerita Upin Ipin, dannnnn ibu ayah anak dapat makan tembikai susu dengan jayanya. Lepas makan, makan dan makan lagi tembikai susu tu. Sedap beb. Plus nak rasa berbaloi dengan bayaran masuk kot. Kahkah. Ada pameran serangga perosak juga dalam ni, penganjur bawakan live ulat perosak yang makan kelapa sawit. Gemok-gemok ulatnya.
Puas meronda dalam Kampung Durian Runtuh, kami keluar dan merancang tuk makan dan balik. Penat sangat masa ni.
Dalam kata penat, kelaparan, nak balik dan berehat sempat gak singgah bergambar di luar kawasan Floral World yang terletak berdekatan dengan Kampung Upin Ipin. Banyak lagi kalau nak explore kawasan cantik-cantik tapi apakan daya kudrat dah tada.
All this creative things just around you, yet to take a picture also no energy :(
Alhamdulillah, diizinkanNya untuk singgah ke MAHA 2016 buat kesekian kalinya. This is our first time and this place is very interesting awesome place to visit. Tapi itulah, macam yang aku cakap. Sehari tak cukup, Big NO! Tahun 2018 (MAHA diadakan sekali dalam masa dua tahun), mungkin boleh sewa hotel dan ulang datang MAHA sampai puas! Insha Allah
Habis dah rupanya cerita Kembara Geng Cuti Sekolah tahun 2016. Yeahhhhh :) Betul-betul happy ni guys. Macam dah habis bayar hutang plak perasaannya. Haha
Indahnya kenangan dan bye...