Monday 4 December 2017

Jalan Pantai ke Kuala Terengganu

Salam dari DJ Citi Point Hotel, Kuala Terengganu,

Alhamdulillah sampai selamat sejahtera kami di negeri Darul Iman. Cuaca baik, dapat singgah tuk photoshoot di Pantai Irama Bachok dan Pantai Bisikan Bayu. Dapat rasa pengalaman melalui jalan pantai. Jadi jakun tengok pantai sepanjang jalan. Cantiknya Subhanallah. Asal tengok locals tepi jalan, duklah jeles ~ "Best lah korang hari-hari lepak pantai. boring sini, pergi sana, boring sana, pergi sinun".

Ye ke macam tu? Aku rasa sumer orang suka pantai. Tenang ja kot dengar bunyi ombak menghempas pantai.

 Pantai Irama, Bachok, Kelantan. Cantik!


Aku berharap sangat -angat masa amik style cenggini aku tak nampak cam gengster. Kahkah. Aku jalan memang nampak sado. Alhamdulillah ayu je aku kat atas. Tapi pantai ni memang cantik lagi-lagi kalau nak photoshoot. Kebanyakan ombak di pantai Timur memang kuat dan besar. Tak sesuai nak mandi manda. Acah-acah berjalan di persisiran pantai, sepak-sepak air bolehlah. Itu pun kalau air surut.


Aku ingat makanan ni macam nak mana-mana pasar malam. Amik dan terus makan. Rupanya inilah yang orang kata celup tepung tu. Ohhhhhhhh... Kaedahnya - Pilih-amik-bagi pada adik/makcik kedai- dia gorengkan sementa-dia potong kecil-kecil-letak lidi-tuang sos (atas meja)-makan om nom nom.


Pantai Bisikan Bayu, Kelantan. Privasi tempat ni. Kurang happening tapi ada banyak gerai jual jagung bakar dan ada sata juga (petanda Kuala Terengganu semakin dekat yeay). Aku suka dan mungkin juga pada mereka yang inginkan privasi pun suka tempat kurang orang ni. Kawasan pun bersih dan berhampiran dengan Tok Aman Bali Resort yang femes tu.

Dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu ada dua jalan (kalau ulangkaji Google Maps). Satu jalan dalam satu jalan pantai. Aku ofkoslah suka jalan pantai walau pun agak jauh sikit. Musim tengkujuh yang agak vahh aku tak tahu lah okay ke tak jalan pantai. Sebab masa aku lalu tu, nampak lagi air bertakung kesan banjir hari minggu lepas.

Alhamdulillah rezeki kami cuaca semakin baik, Syukur Ya Rabb berkesempatan nak bertadabbur dengan alam ni. Bila travel aku rasa aku banyak ingat Allah. Aku dan keluarga telah keluar dari zon selesa (iaitu home-sweet-home) dan pergantungan pada Allah akan jadi lebih tinggi. Banyak yang perlu dipertimbangkan selain seronok nak makan, nak tengok budaya orang, nak macam-macam-ronok lagi.

Kena pertimbangkan kesihatan, kekuatan, perlindungan, lom campur mood anak-anak macam cekodok pisang ke cekodok bawang. Pada siapa nak minta sumer ni kalau bukan padaNya.

Lastly, aku buat kesimpulan kalau berkesempatan nak ke Pantai Timur, lalulah jalan pantai. Banyak sangat pantai cantik-cantik. Untuk Kelantan, kami terlepas Pantai Tok Bali jah. Untuk Terengganu, satu pantai pun tak singgah. Aku ingat dua pantai ja (walhal ada banyak gi), Pantai Melawi dan Pantai Penarik masa menyusuri jalan pantai ni. Belum ada rezeki masa. Bertolak jam 1230 dari Mama Studio Inn, Kota Bharu. Sampai DJ Citi Point Kuala Terengganu jam 1830. Enam jam! Hehe

Malamnya kami makan di Air Buah Gelas Besar Terengganu (Air Buah Pak San) di Seberang Takir.

Leh klik sini tuk tempat-tempat makan di Kuala Terengganu

Malaysia truly Asia. Tiba-tiba. Hehe
Panjang umur sambung lagi, Insha Allah.

Bye 😉!

No comments:

Post a Comment