Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Saturday, 11 January 2020

Familia Embrace the Taste : Mykori

Hobi Amni (antaranya) ialah belek folder Gallery dalam smartphone aku. Terutamanya bila aku kini kembali bertugas di Kolej Matrikulasi Selangor. Amni seronok nak tengok gambar makanan apa yang aku ambil. Cantik-cantik makanan yang aku berjaya rakamkan (agaknya haha).

Suatu hari dia jumpa ini...

... dan ini.

Lepas tu, dia request nak ke Mykori. Ibu setuju, sebab ibu enjoy food.

Satu keluarga pun enjoy food, terpaling akulah. Membujur lalu, melintang sapu. Itu sebab pada Januari 2020, penimbang berat digitalku mendiagnosis diri ini sebagai obes. Haha.

Oh, sambung. Bila ada peluang sekeluarga melepak di Banting cuti sekolah akhir tahun 2019 (tetapi ibu bekerja), kita ambil peluang ke sini... Mykori, Desert Cafe.

Di Banting ada Mykori ya. Bukan kaleng-kaleng.

 Pergi Mykori mesti order Kakigori. Apa itu Kakigori?

 Tu,  yang paling tinggi tu Kakigori. Aku order Kakigori Rock Melon. Kembar kata tak makan rock melon. Suka-suka kata tak makan, belum cuba pun lagi. Heh.


Aiskrim itu tidak seperti yang aku bayangkan. Ingatkan satu scoop tu sikit, sekali... hamek kau

Rasa memang sedap yums. Semua sedap. Kakigori rock melon yang kembar kununnya kata tak makan tu, akhirnya habis juga dimakan. Sedap ja. Harga? Aku rasa berpatutan, setara harga restoran seumpamanya. Setahun dua tiga kali sebagai reward diri sendiri kerana berjaya mencapai target pun okay.

Tapi percayalah, desert is desert. Mesti makan main course sebelum makan desert. Jadi sila makan lunch yang proper sebelum ke sini. Nescaya kebuluran kalau makan ini sahaja.

 Comel ke tu?

Yang ini betul-betul comel. Unicorn is what I meant 😜


Prop ini disediakan, untuk ambil gambar la kot, kan? Amni dan Iman ja beriya bergambar (selain ayah). Amin? Kekenyangan melampau katanya...

Kekenyangan Alhamdulillah...

Sampai sekarang, aku tak tahu macam mana nak ambil gambar cantik di kawasan ni. Pencahayaan kelam dan ruang macam... cantik tapi tak muat kamera? Haha. Alasan, yang sebenarnya belum cukup ilmu sebenarnya. Kalau datang sendiri ke Mykori, Banting; restoran ni sangat cantik dan cozy.

Aku suka. Kami suka 😍

Mykori Banting, Selangor.
12/11/2019

Saturday, 4 January 2020

Familia Embrace the Taste : KFC

Sebelum hadirnya McD di Kuala Pilah, ini antara restoran makanan segera yang menjadi tumpuan kami sekeluarga. Sebetulnya tak suka, eh silap... siapa tak suka KFC hoiiii...

Seboleh-bolehnya tak mahu kerap kali ke restoran seumpamanya. Tak bagus. Tinggi kalori (tapi sedap yums). Tinggi lemak (tapi sedap yums). Konon-kononnya akan ke KFC hanya jika ada resepi baru diperkenalkan. Itu antara azam tahun baharu yang diulang-ulang. Ulang-ulang tapi tiada tindakan. Ibunya tak juga rajin memasak. Kahkah.

Tambah pula sekarang menyandang jawatan ibu hujung minggu. Suami pula suami mithali. Bila aku mula menyatakan hasrat nak memasak (walau pun tak rajin, niat mahu memasak harus ada), suami kata T A K   P E R L U. Kesian awak, balik rehat je lah. Kita makan di luar.

Lepas tu, bakal hafizah (Insha Allah, moga dimakbulkan) bercerita pula tentang suatu kisah...

 Pada suatu hari...

... Saidina Ali memanjat pokok kelapa (kelapa ke Amni?), ditanya isteri tercinta Saiditina Fatimah kelapa mana yang ingin dipetik? Isteri sarankan kanan, tetapi hati suami terdetik kiri. Akhirnya diikut kata hati, dan baginda jatuh. 

Tunggu! Cerita belum habis... (kata Amni lebih kuranglah)

Sebelah kanan rupanya ada seekor ular, yang mungkin memberi impak yang lebih besar dah dahsyat kepada baginda.

Kesimpulan; kata putus seorang lelaki biasanya lebih rasional dan lebih betul. 

Jadi ibu kena dengar dan patuh kepada ayah, sambung bakal hafizah tersebut.

Hoyeahhhh. Berzumba aku mendengar hujah bernas tersebut, lantas patuh kepada kata-kata suami tercinta. Itu sebabnya agak kerap jugalah kami ke KFC tahun lepas.

Lepas tu, tambah pula alasan nak basuh kereta di sebelah restoran.
Ada diskaun 25% pula tu untuk pembelian dalam talian.

Wow 😋

KFC Kuala Pilah, Negeri Sembilan
16/11/2019

Sunday, 13 October 2019

Familia Embrace the Taste : Sushi King

Sushi King dah biasa datang, kunjungan tahunan dan semua orang gembira dan enjoy makan di sini. Kami biasa makan di Palm Mall, kali ni ja melencong ke AEON Seremban 2.

Dari rumah perancangannya ke Manhattan Fish Market, tah kenapa bila dah sampai TERlajak pergi ke Sushi King pulak. Menu pun dah tahu apa (sebelum waitress hulur buku menu), cuma hari tu ada menu istimewa. Jadi kami cuba la yang itu (tak ingat nama menu, pic pun tak amik).


 Dorayaki coklat comel ni ada atas conveyor belt. Pertama kali jumpa. Rasa pun sedap. 3 pinggan,

Kunjungan ke Sushi King tak perlu buat kesimpulan. Setahun pergi dua tiga empat kali pun on. Ibu suka, Amni, Amin dan Iman pun suka makan. Ayah pun aku tengok beriya menambah pinggan lepas satu... satu. Tapi bila nak bayar... keras lapornya 

Kalau dulu yang 'lalu' makan ni aku ja. Sekarang tidak lagi.

Jadi logikla laporan tersebut. Setahun sekali, okay pa 😁

Sunday, 28 July 2019

Familia Embrace the Taste : Kenny Rogers

Dah jarang ibu makan di sini. (ibu sahaja tau). Kalau satu famili lagilah jaaaaaaaarang... Macam tak pernah huhu

Walaupun sudah kurang mengunjungi, tapi masih ingat macam mana nak order dan menu apa yang berbaloi. Yang berbaloi? Set personal lah. Order set personal, dapat lebih variety terutamanya side dishes. Boleh order macam-macam. Tapi kalau semua orang sehati sejiwa, order set famili lebih jimat. 

Kami ke Kenny Rogers di AEON Mall Seremban 2, time peak hour untuk lunch. Tempat penuh, untung ja tempat tepi dapur ni kosong. Boleh tengok gelagat chef dan pekerja Kenny Rogers buat kerja.


Order empat set personal ja. Ikut pengalaman kalau seorang satu, muffin gerenti tak lalu nak makan. Kali ni semua licin. Baguskan? Lepas tu bolehlah ibu demand nak frappucino Starbuck. 

Bijakkan ibu? 😋

Kesimpulan; Bolehlah berkunjung setahun sekali. Tak pun dua tahun sekali. Untuk kelainan.

Sunday, 28 October 2012

Makan Malam

Pada suatu malam, saya pergi ke Damansara Utama bersama ayah, ibu dan adik-adik saya. Saya pergi ke sebuah restoran. Restoran itu bertanda Restoran Marche. 

gambar sumbangan ehsan google

Di situ ada banyak makanan. Tapi air kat situ bukan main sikit. Memang tak patut kan?

gambar sumbangan ehsan google

Tapi makanan kat situ memang sedap. Cuba kalau awak semua rasa, memang terpikat punya.
I Love Restoran Mache. (sebutannya Mar - K)

Sekian saja untuk malam ini. Terima kasih google untuk gambar-gambar di atas. Ibu tak tangkap lansung gambar-gambar dalam retoran tu sebab ibu asyik bersembang dengan kawan-kawan ibu aje. Tapi tadi ibu kata gambar yang ibu sendiri capture ibu kata akan upload esok.



Yang benar,
Nur Amni Dayini