Aku ada di Banting dan Cikgu Amrina (guru kelas kembar) upload pic di bawah.
Eh, memasak? Kenapa ibu tak tahu apa-apa pun?
Kemain nama menu kumpulan kau dik, spagheti naga berapi.
Bila dah sampai Pilah petang Jumaat, aku tanya kembar "Mana spaghetti? Ibu nak rasa". "Tak bawa bekas la bu, tak tahu pun ada pertandingan memasak". Iyelah, kembar kan tak ke sekolah kerana pulang ke kampung. Hari Jumaat baru sekolah semula, tup-tup ada pertandingan memasak spaghetti. Patut pun tak bawa bekas. Nak tapau apanya? Tak menyumbang apa-apa, kudrat semata.
Aku tanya, apa ke fungsi budak berdua ni. Amin memotong bahan-bahan, dan Iman bahagian kebersihan. Nama menu yang vassss tu, idea Iman. Ceritanya.
Bawang kat tepi pinggan tu yang akan menyebabkan api dan asap keluar dari mulut macam naga. Ceritanya lagi. Kemain menu ikut trending sekarang. Kreatif budak-budak ni.
Terima kasih cikgu, update aktiviti anak-anak. Sini ada seketul ibu yang rajin update di blog pula, buat kenangan.
"Apa ni dikkkkkk...?". Hitam sangat ni. Haha
Nama menu pun kemain. Spagethi Heart Broken. Patutlah hitam. Broken sungguh-sungguh ni😂
No comments:
Post a Comment