Saturday, 11 January 2020

Familia Embrace the Taste : Mykori

Hobi Amni (antaranya) ialah belek folder Gallery dalam smartphone aku. Terutamanya bila aku kini kembali bertugas di Kolej Matrikulasi Selangor. Amni seronok nak tengok gambar makanan apa yang aku ambil. Cantik-cantik makanan yang aku berjaya rakamkan (agaknya haha).

Suatu hari dia jumpa ini...

... dan ini.

Lepas tu, dia request nak ke Mykori. Ibu setuju, sebab ibu enjoy food.

Satu keluarga pun enjoy food, terpaling akulah. Membujur lalu, melintang sapu. Itu sebab pada Januari 2020, penimbang berat digitalku mendiagnosis diri ini sebagai obes. Haha.

Oh, sambung. Bila ada peluang sekeluarga melepak di Banting cuti sekolah akhir tahun 2019 (tetapi ibu bekerja), kita ambil peluang ke sini... Mykori, Desert Cafe.

Di Banting ada Mykori ya. Bukan kaleng-kaleng.

 Pergi Mykori mesti order Kakigori. Apa itu Kakigori?

 Tu,  yang paling tinggi tu Kakigori. Aku order Kakigori Rock Melon. Kembar kata tak makan rock melon. Suka-suka kata tak makan, belum cuba pun lagi. Heh.


Aiskrim itu tidak seperti yang aku bayangkan. Ingatkan satu scoop tu sikit, sekali... hamek kau

Rasa memang sedap yums. Semua sedap. Kakigori rock melon yang kembar kununnya kata tak makan tu, akhirnya habis juga dimakan. Sedap ja. Harga? Aku rasa berpatutan, setara harga restoran seumpamanya. Setahun dua tiga kali sebagai reward diri sendiri kerana berjaya mencapai target pun okay.

Tapi percayalah, desert is desert. Mesti makan main course sebelum makan desert. Jadi sila makan lunch yang proper sebelum ke sini. Nescaya kebuluran kalau makan ini sahaja.

 Comel ke tu?

Yang ini betul-betul comel. Unicorn is what I meant 😜


Prop ini disediakan, untuk ambil gambar la kot, kan? Amni dan Iman ja beriya bergambar (selain ayah). Amin? Kekenyangan melampau katanya...

Kekenyangan Alhamdulillah...

Sampai sekarang, aku tak tahu macam mana nak ambil gambar cantik di kawasan ni. Pencahayaan kelam dan ruang macam... cantik tapi tak muat kamera? Haha. Alasan, yang sebenarnya belum cukup ilmu sebenarnya. Kalau datang sendiri ke Mykori, Banting; restoran ni sangat cantik dan cozy.

Aku suka. Kami suka 😍

Mykori Banting, Selangor.
12/11/2019

Saturday, 4 January 2020

Familia Embrace the Taste : KFC

Sebelum hadirnya McD di Kuala Pilah, ini antara restoran makanan segera yang menjadi tumpuan kami sekeluarga. Sebetulnya tak suka, eh silap... siapa tak suka KFC hoiiii...

Seboleh-bolehnya tak mahu kerap kali ke restoran seumpamanya. Tak bagus. Tinggi kalori (tapi sedap yums). Tinggi lemak (tapi sedap yums). Konon-kononnya akan ke KFC hanya jika ada resepi baru diperkenalkan. Itu antara azam tahun baharu yang diulang-ulang. Ulang-ulang tapi tiada tindakan. Ibunya tak juga rajin memasak. Kahkah.

Tambah pula sekarang menyandang jawatan ibu hujung minggu. Suami pula suami mithali. Bila aku mula menyatakan hasrat nak memasak (walau pun tak rajin, niat mahu memasak harus ada), suami kata T A K   P E R L U. Kesian awak, balik rehat je lah. Kita makan di luar.

Lepas tu, bakal hafizah (Insha Allah, moga dimakbulkan) bercerita pula tentang suatu kisah...

 Pada suatu hari...

... Saidina Ali memanjat pokok kelapa (kelapa ke Amni?), ditanya isteri tercinta Saiditina Fatimah kelapa mana yang ingin dipetik? Isteri sarankan kanan, tetapi hati suami terdetik kiri. Akhirnya diikut kata hati, dan baginda jatuh. 

Tunggu! Cerita belum habis... (kata Amni lebih kuranglah)

Sebelah kanan rupanya ada seekor ular, yang mungkin memberi impak yang lebih besar dah dahsyat kepada baginda.

Kesimpulan; kata putus seorang lelaki biasanya lebih rasional dan lebih betul. 

Jadi ibu kena dengar dan patuh kepada ayah, sambung bakal hafizah tersebut.

Hoyeahhhh. Berzumba aku mendengar hujah bernas tersebut, lantas patuh kepada kata-kata suami tercinta. Itu sebabnya agak kerap jugalah kami ke KFC tahun lepas.

Lepas tu, tambah pula alasan nak basuh kereta di sebelah restoran.
Ada diskaun 25% pula tu untuk pembelian dalam talian.

Wow 😋

KFC Kuala Pilah, Negeri Sembilan
16/11/2019

Walimah Al-Urus : Nisa Anak Mak/Tok Andak

Seronok jalan kenduri kahwin terutamanya majlis saudara.

Sebab?

Senang nak jumpa saudara mara. Tak perlu tunggu raya.
Senang nak jumpa mak, kakak, adik-adik. Tak perlu mengharung ratusan kilometer untuk pulang ke kampung.

Kalau berkelapangan memang zaaapppp aku dan keluarga akan pergi. Macam one-stop-center.
Satu tempat, jumpa semua yeay

Antaranya... Alhamdulillah masih berkesempatan kita untuk bertemu.
Syukur sangat dapat hadir majlis seperti ini, berkumpul semuanya. Dapatlah Amni, Amin dan Iman saling mengenali dan dikenali. Dapat jugalah mengasah kemahiran interpersonal, terutamanya kemahiran berkomunikasi. Almaklumlah, anak-anak pemalu... macam ibunya.

Ramai lagi yang dapat kami jumpa, cuma tak jumpa cari gambar, sebab...

... entri ini entri tertunda 😊

Kg Telok Panglima Garang, Selangor.
02/11/2019

Friday, 3 January 2020

Selamat Datang Dua Ribu Dua Puluh

Alhamdulillah, kami sekeluarga dikurniai kesihatan, keselamatan dan perlindunganNya untuk sampai di tahun baru. Syukur, selamanya.

Banyak kenangan di tahun 2019 yang belum sempat diabadikan di sini. Kalau tahun-tahun sebelum, kemain berazam nak kemaskini entri secepat mungkin. Kalau boleh, event selesai hari ni, esok terus kemaskini. Kemainnnnn.

Hakikatnya, belum mampu lagi, kemudian sendiri stress. Haha.

Jadi tahun ini, lebih chill, relax, cool... Terpenting, gambar harus disusun baik-baik. Itu sahaja. Kemudian nanti, kita kemaskini lah... 

Our life is easy, it's me who make it complicated 😉
Shoo shoo go away 'complicated', go and never come back!

Selamat datang 2020. Kami gembira menyambut kehadiranmu.