Tuesday, 12 April 2011

Berparty...

Ahad lepas ada jemputan gi Bday party twin kat KFC USJ Taipan. Thanx Kak Fa ta jemu2 jemput kami sekeluarga. Next year mesti kat McD lak kannnn... ? Datang da lambat so budak ni melepasla Goody Bag. Ta da rezki nak wat cane...

 Lepas kenyang posingg... Pegang belon macam la belon tu nak  lari
 Ibu kalau jumpa member memang lupa diri...
Gosip panas dan liar...hehehe

Monday, 11 April 2011

Action Song Competition

Ni Ibu tunjuk gambar masa Action Song Competition Sabtu lepas
Ta tau nama skul, just panggil by group
Maybe takut bias sebab kat sini ada skul kluster
Ta tengok sampai abis pun sebab malas nak tunggu. 
So, Ibu pandai2 sendiri bagi anugerah...hehe

 The Best Props
Comey...Rasa nak gigit gigit...
 The Creative Group Ever
sebab lagu digubah sendiri
Ni skul Kakak Amni sebab ada lagu Nobody, lagu Adira
 The Most Semangat Group..hehe
Teacher dier memang outstanding
 The Most Vogue Hair...
Da leh terbayang sapa yang wat curl kat hair tu....
Their teacher of course...banyakkkkk tu
 The Most Organize Group
Suara kuat, Gaya OK, Props OK
Banyak teacher yang bersemangat
Cuma sempat amik satu jer....

Ada gak skul yang Ibu termiss nak amik gambar
Jangan kecik ati yer...

Saturday, 9 April 2011

Guru Oh Guru

Hari ni beria-ia Amni ajak gi skul dia. Ada Nobody, Nobody, ada lagu Adira katanya. Bila Ibu tanya kul brapa. Ta tau. Kalau ada aktiviti kat skul mesti ada surat kan? Konpius Ibu! Tapi disebabkan ta nak menghampakan kakak Amni maka Ibu pun gi la skul dier. Ohhhh ada Sing Action rupanya. Pertandingan antara sekolah-sekolah. Rasa2nya anjuran Panitia Bahasa Inggeris. Sebab kalau ta silap Ibu pun pernah masuk pertandingan ni tahun 1990 nyanyi lagu It's a small world dan sangat pasti ta menang! Hehe....

Memang seronok tengok budak sekolah rendah menyanyi. Dengan action sekali. Memang best la. Tapi... tapi ... tapi....

Bila tengok kesungguhan cikgu-cikgu dorang, hati Ibu jadi syahdu lak....Kesungguhan seorang guru memang terserlah... Kalau tengokkan persembahan dorang paling kurang latihan mesti 2 minggu. Tu yang paling kurang. Maybe ada yang ambil masa sebulan. Gerenti time tu balik lambat. Maybe ada yang bekerja hari Sabtu, hari Ahad untuk persembahan ni. Tu tak kira props budak2 tu. Ibu leh gerenti, maybe duit persendirian guru TERRRRmasuk sekali dalam perbelanjaan props tu. Jadi guru, duit kalau nak dibelanjakan untuk pelajar, kadang2 guru tu tak berkira. Pengorbanan...Pengorbanan...

Kalau korang ialah seorang guru yang berjiwa guru korang mesti tahu apa yang Ibu maksudkan. Kerja seorang guru tak tentu masa. Jangan hanya melihat waktu kerja setengah hari korang boleh kata kerja guru kerja yang paling senang. Dan paling tak tahan nak dengar orang cakap guru makan gaji buta waktu cuti sekolah!!!

Kalaula semua orang boleh memandang guru dengan penuh hormat! Sebab Ibu dulu pernah menjadi guru dan sekarang masih lagi guru. Cuma berubah angin sikit jerrr....

Sangat yakin, kakak Amni diajar oleh guru-guru yang berjiwa guru sebab Ibu juga begitu dahulu...

Wednesday, 6 April 2011

Entri Zaman Batu

Hari ni ta tau nak tulis per. Sebab pic latest tentang activity 3 budak bertuah tu ada dalam laptop kat atas menara. Ibu kat kaki menara nih... so cari2 dalam pendrive ni kot ada lagi yang belum diceritakan. Dan jumpa la gambar2 ini..Time ni gi umah Aunty kat Lembah Subang, rumah tinggi yang dekat ngan station komuter pe ntah. Dekat ngan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah tu. Ada kenduri kesyukuran. So, gi ngan Aunty dari Banting (carpool)... sampai punyala awalll... Balik punyala lambatttt...(Nyesal ta bawak keta sendiri) Dan ini la yang terjadi....

 Iman pura-pura tidurrr...
 Snap...Snap pic
 Posing posing....
 Capture tangan lak... Tangan Ibu masuk gakkk..
 Ta cukup tangan, kaki laks...
Ni dier yang paling last sampai! Si Montel Naurah Nur Syifa'
and the gang....

Dah! Leh balik umah... Yipppeeeee...
Ibu yang paling excited!.... hehehe

Tuesday, 5 April 2011

Twin Main Toy Car

Hari ni twin nak ajar cara2 main Toy Car yang menjimatkan kos. 
Sebabnya satu Toy Car leh kongsi dua orang.

1. Mula2 amik satu Toy Car

2. Pastu dok macam kat atas ni...
 3. So yang kat belakang tu redha je la arah mana driver nak bawak.
 4. Dan jangan lupa posing maut...

Ibu: Kalau tau korang nak kongsi baik beli satu jer.
Jimat kossss.....!

Monday, 4 April 2011

Ini kira besa laaa..

Sapa yang ada kembar mesti da lali dengan adegan membuli, menggigit, meng'Ultraman' dan me'PowerRangers'kan sesama sendiri.

 Hasilnya - benjolan didahi (da besa dah tengok. ta ngeri pun!)
 Tuam ngan ais supaya cepat lega
 Pemangsa wat muka selamba. Rileks gi minum susu.
Dan seperti besa Kakak Amni nak interframe gak.

Ibu : Sekian!

Friday, 1 April 2011

Jalan Tengok Laut

Tengok je tau... Mandi? Huh... Air laut ganaz giler. Ta leh mandi... Hujung minggu yang lepas, lepas, lepas dan lepas...hehe. Entri tertunda, tengok dalam folder gambar ada lak yang lum dicite kan lagi... Gi bawak budak2 gi Pantai Morib. Kira first time dorang gi Pantai Morib nih. 

 Amin : Tenangnya tengok laut sambil makan jajan.
Iman : Ikan makan ta jajan ni?
 Amni : Jajan kiter da abis... (dengan tonasi ngada dier)
 Amni posing dengan suar koyak kat lutut
Rock maaa....
Amin dan Iman maintain menghayati deburan dan alunan ombak
Baru reti nak balik bila ombak tu punya la kuat menghentam benteng
dan
Basah abis bajuuuuu.... IBU....^__^
(Ibu yang over tengok laut)