Thursday, 19 July 2012

Hujung Minggu Mereka

Salam dari Jugra

Citernya minggu lepas dan nak masuk pun minggu yang baru...tapi sibuklah kunun. Lagipun azam berazam untuk update blog once a week. Ta kata pun citer mesti fresh dari ladang. Hikhik.(alasan baik punya)

Okaylah, masuk isi penting, yang atas tu kira pendahuluan. Cuti hujung minggu biasanya malas nak keluar. Lepak rumah - mengemas. Hobi mengemas adalah sangat best. Ta perlu modal, perlukan tenaga - makanya berpeluang membakar kalori nasi lemak, karipap, roti canai, mee goreng, cok keria, cok badak yang kita makan pagi tadi. Banyaknya makan.Eh?

Budak-budak lak, bukak mata jer...

Menonton, ditonton, pra tonton...

Senang betul hidup anak-anak zaman ni. Seingat aku dulu baya amni tu dah kena jaga adik. Dahlah hiburan zaman tu ada kat luar rumah je. Bila nak main, wajib bawa adik sekali. Haish. No wonder tangan adik aku nombor empat patah dibuat aku. Plus aku penah jatuh dia dengan kepala menghentam simen dulu ala-ala terjun papan anjal 7m. Ngeri. Nasib baik dah jadi pensyarah sekarang. Kalau jadi bodoh, mesti aku rasa bersalah ya amat. Hehe

Eh, melalut lak. Back to the point.

Amni dah cakap siang-siang bagitau yang dia ikhlas membantu aku memasak jew. Yang lain malas ta nak buat melainkan kena permainan psikologi dengan ibunya sendiri. Jadi, untuk tidak memanjangkan kemalasan anak dara sorang ni, maka ambil inisiatif tuk masak kek batik memandangkan biskut marie - kembar memang ta nak makan. Ada lebihan biskut marie dari tin biskut yang ada biskut campur2 tu.


Tukang kacau bahan - Nur Amni Dayini

Kembar?

Lepak macam bos besar depan TV...


Tengok Ultraman Max!

nasib kembar khusyuk tengok TV...kalau idak kacauuuuu...

TuAjeLahKali.Bye.



Tuesday, 10 July 2012

Pendakian ke Bukit Jugra

Mendaki Bukit Jugra buat kesekian kalinya dengan kaki dua kerat ni. Dan ini kali ke tiga untuk Amni. Untuk kali ni, Amni dah okay walaupun pucat juga lah muka dia nak mengejar ibunya yang ta reti nak perlahan bila mendaki.

Amni yang sangat bergaya dengan busana hijau dan jeans bagai untuk mendaki bukit...

...tapi pakai kasut cekolah...hikhik
sabar ye akak amni, nanti bila kaki akak amni dah tak membesar,
akak amni belilah sendiri kasut adibas macam ibu ya...hikhik (mode kedekut)

Port baik punya tuk capture picture

Soalan : Dimanakah kembar?
Jawapan : Lena diulit intan.

Tunggulah darjah satu baru nanti, akan diajar jua untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

TuAjeKali.Bye.

Wednesday, 4 July 2012

Kreatif

Bukankah mereka sangat kreatif?


Amni (yang punyalah susah disuruh mandi)...
merangkap pengadil, penjaga garisan dan tukang sorak

Iman (tertinggal di belakang) ...
merangkap pelumba pertama

Amin (yang punya la laju sampai gambar jadi cenggitu)...
merangkap pelumba kedua yang main tipu sebab jalan dulu sebelum dilepaskan oleh pengadil

Kalaulah saya diberikan petunjuk bahawa anak-anak saya sebegini kreatif masa saya mengandung dulu, makanya tak perlulah saya belikan mainan bagai...

ketat satu stor!

Thursday, 28 June 2012

Juara MasterChef Musim ke TujuhBelas

Salam Dari Jugra...

Tengah masak pada satu hari yang indah itu, pastu gi depan jap wat pa ntah (ta ingat), masuk dapur balik dan jeng...jeng...jeng

Amin (1st twin) nga posing baik punya. Terserlah kegigihannya memasak di situ.

Bila tunjuk pic ni dengan Iman (2nd twin) dia kata...
"Ini Iman, Amin masa ni nga minum air asam"

Okey, fine... terkantoi mengaku di situ...

Jadinya saya ada alasan tuk tidak memasak atas sebab-sebab keselamatan...Yeay!

Friday, 9 March 2012

Cuti sekolah sudahpun bermula

pada cuti sekolah saya bermain badminton bersama emak saya pada waktu petang.Pada waktu pagi pula saya makan-makanan yang berkhasiat dan makan-makanan yang memberi saya tenaga.Selepas saya makan saya membantu emak saya membuat kerja.Kemudian saya mengelap cermin tingkap yang begitu kotor.Selepas saya mengelap cermin tingkap saya berehat di kerusi dengan lenanya.Dengan berahirnya ucapan itu maka tamatlah cerita ini.

okeh... let me explain this. what a story created by amni. sabar ja la.
1. actually, we are playing badminton but in the morning, not evening. she was angry with me because i am being such a sincere mother. truly sincere. i play like who i am. i draw like who i am. i play sahibba like who i am.. frankly i never give her chances to win. why? because i want to teach her to accept the reality of life. u can't win all the time. but of course she will cry when she lose, then i will explain to her that i am older than her and gain more experience through my life. when she was at my age she also has chance to win - over her daughter/son of course!

2. actually, she help me to clean the fan not the window! and yes i agree that our fans are dirty. i had been planned to clean it up for almost 2 months. but - errrr... ah just forget it. let bygone be bygone. the most important thing is i had cleaned all the 6 fans with amni's help. thank you dear.

3. and one more thing, i taught her to fried a rice. nasi goreng ikan masin.

4. she iron her clothes but accidentally she touch the iron and burn herself. then after that she stop helping me.

(she was bored because her twin brothers still sleeping and i conquer the tv. watching life unexpected for two hours..hehe)

p/s: i blog in english eventhough my english is disaster. thank you.

Wednesday, 29 February 2012

Mainan Psikologi

Pernah tak dengar..
"Didiklah anak sesuai dengan zamannya"
Pernah?

Aku rasa cabaran untuk mendidik anak-anak sangat hebat. Sangat susah dan kadang-kadang fedup dibuatnya. Satu habit Amni ialah malas nak kemas bilik dia sendiri. Tuala sepah-sepah, baju letak merata-rata, buku pun sama. ikut dan dia ja mana nak letak. bila buku kena conteng dengan kembar, mula lah marah dan bising-bising. bikin pusing aja dong...

Satu hari tu, kami lalu di hadapan Sekolah Menengah Sains Banting, then aku kata pada Amni yang aku mau anta dia gi asrama. Dia ta mau. Dan entah macam mana datang satu idea...

Ibu : Ibu mau hantar Amni gi asrama supaya Amni berdikari. Belajar mengemas bilik sendiri.
Amni : Ta mau
Ibu : Ibu tengok Amni tak pandai kemas bilik. Tuala letak rata-rata, buku pun sama. So, itu sebab kena gi asrama.
Amni " *Wat muka mau nangis*
Ibu : Okay, mulai hari ni Ibu akan check bilik Amni. Kalau Amni pandai jaga bilik, Ibu ta hantar Amni gi asrama.
Amni : Ok...Ok...*Wat muka excited*

Dan hasilnya...Jeng Jeng Jeng

Hasil Dapatan

Settle satu mende, skang satu lagi mende... solat!

Saturday, 18 February 2012

pergi bergotong-royong

Saya pergi bergotong-royong pada hari sabtu dengan ibu saya saya menolong ibu saya menanam pokok di tepi rumah saya saya mencangkul tanah dengan kuat bersama ibu saya.Selepas saya menanam pokok saya bermain basikal dengan kawan-kawan saya.Selepas itu saya menjamu selera bersama ibu saya dan kawan ibu saya.