Sunday, 12 May 2013

Life Update Episod 1

Salam dari Jugra, 

Banyaknya citer yang di peram sampai tak tau mana nak citer dulu. Jadinya cerita ikut gambar dalam tepon la kot. Kita mula dengan cerita Hari Keusahawanan SK Jugra. Kira first time kot sekolah Amni adakan Hari Keusahawanan. Setau aku Hari Keusahawanan tidak akan diadakan setiap tahun macam Hari Sukan. Penat woooo Hari Keusahawanan. Yang menjual lebih penat dari yang membeli walau untung juta-juta....rupiah. Hiks.

Eh, okay to the main point. Aku rasa sebulan sebelum Hari Keusahawanan Amni dah kecoh nak pergi Rumah Hantu, nak pergi Super Doopa (masa tu tak terbayang apakah rupa game itu) nak beli Nasi Lemak Cikgu apa ke namanya. Aku pun dah tak ingat. Kepoh juga nak RM30 nak beli kupon. RM10 untuk dia, RM10 untuk Amin dan RM10 untuk Iman. Ikutkan aje. Mewah ke tak mewah anak-anak skang. Aku dulu...haram nak dapat duit untuk mende-mende lagha cenggini. Aku ingat aku bagi yang tersikit. Sekali tu kawan-kawanku rupanya bagi lagi sikit. Takpelah, niat bershopping sambil menderma.

Amni kecoh nak pergi 8.30 pagi ke sekolah. Padahal gerai-gerai stat jualan jam 9.00 pagi. Aku lengah-lengahkan sampai 9.30 baru gerak ke sekolah. Sekali tengok mak haiiiiii ramainya manusia sudah. Udahlah Amni memuncungkan mulutnya, kalau aku sangkut beg sekolah dia kira tak jatuhlah beg tu. Bersalahlah juga rasanya sebab geng-geng dia dah sampai awal. Terus guna duit beli breakfast, beli air. 

Ingat nak memancing ikan, panjangnya orang beratur. Naik pulak rumah hantu, aduiiiiii berhantu sungguh rumah hantu sampai orang beratur punyalah panjanggggggggggggggggg...Gi Super Doopa pun ramai orang. Haish. Dah pening dah aku. Lastnya beratur la jugak di Super Doopa. Menunggu dalam 30 minit barulah dapat masuk. Pengsan (aku tipu)

 Sila kira berapa panjangkah muncung Nur Amni Dayini pada gambar di atas?

Inilah Super Doopa!!! Weeee~~~

Memancing time awal-awal dapat gak ikan. 
Time skang ni...ikan sumer dah kenyang. Sorang pun tak dapat naikkan ikan.

Seram tengok ramainyer yang beratur nak masuk Rumah Hantu. 
Lebih seram dari masuk dalam Rumah Hantu itu sendiri.

Untung besar yang niaga hari ni rasanya.

Tuju-tuju lagu pun leh wat niaga. By Cikgu Ibrahim.

Moral Cerita :
1. Biarkan anak-anak kita gi Hari Keusahawanan dengan geng-geng dia sebab dia akan rasa excited dan tidak kebosanan menunggu. Sebab sambil menunggu, dorang leh bergossip.

2. Hantarlah anak-anak kita seawal mungkin. 8.30 pagi tu sebenarnya okay dah. Nak berkumpul lagi. Nak tunggu geng-geng lagi.

3. Pesan kat anak-anak supaya menghabiskan kupon seawal mungkin. Sebab biasanya kupon banyak lagi barang dah habis bila menjangkau jam 1 atau 2 petang.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Wednesday, 17 April 2013

Sabtu Minggu Lepas

Salam dari Jugra,

Aktiviti Sabtu lepas, tapi baru nak update. Memang perangai aku. Suka peram citer dengan harapan menjadi tapai. Tapai jer, tanak tuak. Sebab tapai sedap. Hari Sabtu lepas, aktiviti full bajet macam calon tuk pilihanraya 5 Mei 2013 ni nanti. Eh? Hari Sabtu je sibuk ya, hari Ahad tak sibuk mana pun. Separuh hari Sabtu berada di Sekolah Kebangsaan Sri Langat. Amni masuk action song.

Fewiiittttt. Dah macam retis anakku. Huhu. 
Besar nanti jadi pharmacist k sayang (mesej tak pasal-pasal)

Retis-retis sekalian. Tengah tunggu turn dorang.

Aku hantar Amni ke sekolah seawal 7 pagi. Tapi pergi ke SK Sri Langat jam 9.30 pagi. Sampai ja sana, terus SMS cikgu Ibrahim tanya bila turn SK Jugra. Katanya lagi 10 minit. Ngam-ngam sampai, baru sekolah Amni punya turn. Fuhhhhh...Lega aku! Kalau terlepas...erk...menjawablah aku ngan Amni nanti.

Apa itu action song? Alah dari nama dia pun dah leh teka apa tu action song. (1) song (2) action (3) english. Tu je. Mudahkan? Dari pendapat aku, sekolah Amni bagus semua. Keseragaman, kekreatifan tapi sedikit kekurangan ialah tak berapa jelas apa yang dorang nyanyikan. Ecehhhh, dah macam pengadil aku menjadi. Hehe. Sementara nak tunggu keputusan diumumkan, punyalah lama. Kembar dah bertukar jadi macam-macam. Kejap panjat pokok. Kejap baring atas lantai. Anak sapalah tu?

Bila keputusan mula diumumkan. Dalam hati dah cakap banyak kali. Naib Johanlah hendaknya. 26 kali aku sebut macam tu. Masa Amni lepak-lepak ngan aku masa nak tunggu sumer sekolah habiskan persembahan, kebetulan piala-piala tu ada dekat situ. Aku cakap ngan Amni, "Piala silver tu Amni punya sebab silver tu cantik. Ibu suka kaler silver". Eh? boleh ke aku cakap macam tu. KahKah. Kata-kata itukan satu doa. Dan memang dapat Naib Johan pun. Hohohohooo. Excited lak aku tepuk tangan lompat bintang *peduli apa orang sekeliling*

 Yang mana satu Amni pun aku dah leh agak.

 Hepi giler Amni. Kembar tumpang hepi. Ulang-ulang cakap "Kakak hebat, pandai nyanyi la whatever..." Aku pun siap tepuk tangan lompat-lompat. Inikan pulak kembar yang nyaris-nyaris nak ikut kakak dia naik pentas amik hadiah. KihKih.

Sebelum ni Amni masuk pertandingan Munawarah untuk sekolah agama. Dia tak menang apa-apa. Agak sedih juga dia masa tu. Aku dah cakap, biasala tu adat pertandingan. Tapi dia dua tiga hari jugak duk ulang-ulang cakap, salahkan ustazah dia plak sebab dialog Munawarah tu panjang sangat sampai loceng berbunyi tapi dia masih tak habis berdialog dengan Marsya bestfriend dia tu. So, aku kira kes munawarah dah tutup dengan kemenangan action song. Yes!

Habis separuh Sabtu ku di SK Sri Langat dengan action song.

Separuh lagi?

Swimming class di Pusat Akuatik Shah Alam. 

Malam Sabtu macam mana pulak kak?

pic sumbangan intenet

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Monday, 8 April 2013

Pada Suatu Waktu

Salam Dari Jugra,

Ada seorang budak comel dan dia comel sebab dilahirkan oleh ibu yang comel...^_^

Budak yang dimaksudkan ialah yang pakai baju pink tu. Oh...yang di belakang tu ialah kembar yang buat TESCO Extra macam rumah sendiri. Syabas anak-anak!

Dia gatal tangannya suatu hari. Apa dia buat?

Dia menconteng pada usianya 9 tahun. Masa kecik dulu tak pernah menconteng pun.


Sakit mata dibuatnya.
Dahla tempat keluar masuk rumah, jadi tak sah kalau tak nampak.

Marah pun tak guna. Alahhhhh...hal kecil cam kuman ja tu. 
Jadi ibunya kena pikir cara supaya mata tak sakit. 
Sudahnya...

Lukisla ala-ala wallpaper gitu since barang pun da ada kan. 
Sesungguhnya aku lebih pandai melukis katun secara kecil-kecilan dari memasak. Hehe

Eh!TuAjelahKali.Bye

Sunday, 10 March 2013

Lawak Menjelang PRU ~ kotttt





Salam Dari Jugra,

Dah lama nak letak pic ni, dari tahun 2012. Tu dia, 2012 lagi tu, tapi biasalah asyiklah tertangguh-tangguh. Kali ni aku tanak bertangguh lagi. Mari kita lakukan sekarang. Ya, sekarang juga. Saat dan tika ini. Dah bunyi cam ADUN Kampung Pisang lak aku ni.


Sesuailah kot aku peram pic ni sampai 2013. Kasi ngam dengan tahun ni, mungkin PRU? Jadi apa lagi? Pilihlah untuk mengundi ya. Sekian saja pesanan dari penaja.^_^

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Thursday, 7 March 2013

Pengalaman Melahirkan Kembar Itu

Salam Dari Jugra,

Dah lama nak update pasal hal ini, tapi tertangguh-tangguh sampailah bersembang sumbang ngan member-member sal pengalaman melahirkan anak. Setiap orang punya ceritera yang berbeza. Takan sama. Yang ngeri, yang lawak, yang cuak, yang sebak dan yang selak.

Bulan ni ialah bulan Mac. (macam lah u alls ta tahu kan?) Birthday kembar ialah pada 15 Mac, lima tahun yang lalu. So, citer pengalaman melahirkan kembar dululah. Amni punya citer tunggu bulan November. Hehe.

Sejak kandungan berusia 6 bulan, aku dah memang jadi pengunjung setia Hospital Putrajaya. Mengandungkan kembar adalah kandungan yang berisiko. Macam-macam leh jadi. So para-para suami, kalu kepingin nak anak kembar, silalah jaga isteri-isteri anda seperti menatang minyak yang penuh. Isteri-isteri? Eh?

Ok, pendekkan citer terusssss ke hari terakhir aku gi check up. Yang check up aku ialah sorang doktor yang ala-ala awwwwww. Namanya aku still ingat ~ Dr. Morshanudin. Masa dia check tu, dia cakap. "Akak ni tak lama ni, sok lusa bersalin la ni". Whatever la doktor. Yang aku ingat nak balik awal ja. Faham-fahamlah gi hospital kerajaan. Menunggu kalau ta makan 3 jam memang misteri lagi mistik. Mesti lebih dari itu. Lenguh aku tunggu dan para-para isteri lain tunggu tau. Wah dah macam Pengerusi Kelab Ibu-ibu Mengandung lak aku ni.

Ahhh sukanya aku melalut, pendekkan citer lagi. Malam tu jugak, dalam jam satu pagi perut memulas-mulas. Macam nak beraq, tapi ta gak kuar-kuar. Dalam 1 jam lebih gak lak aku macam tu. Kuar masuk. Bangun baring. Sampailah jam 2.30 aku turun cakap ngan suami. "Jom gi hospital". Pastu suamiku cakap, "Bukan due date lama lagi ke?" Eh suami ni. Aku cakap gi, "Jom je lah, kalau belum kita balik rumah".

Sampai di hospital, perut aku bertambah memulas. Muka dah berkerut-kerut menahan sakit. Aku dan suami tunggu depan kaunter dengan buku rekod mengandung. Tapi kat kaunter tu kosong tada orang. Ah sudah. Masa tu rasa memulas tu mencanak-canak sampai tertunduk-tunduk aku menahan. Nak tahu siapa yang menyelamatkan keadaan. Suami orang yang duk kat situ yang perasan aku camtu yang suruh aku masuk. Lawak tul. Dia lak yang cakap "Masuk sini, masuk sini" siap tolakkan pintu tuk aku dan suruh aku masuk ke Dewan Bersalin. Suamiku? Blur. Hehe.

Masuk ja Dewan Bersalin, misi suh aku tukar baju di bilik bersalin yang dah di ubah suai jadi stor sebab banyak barang-barang di situ. Siap aku tukar baju yang pink yang huduh tu, terus aku rasa macam dah nak teran keluar. Aku cakap kat misi tu, "Dah nak teran da ni nurse". Nurse tu terus suh aku baring kat katil di 'stor' tu. Potong kerat pa yang patut. Terus teran. Terus keluar Muhammad Amin Danish pada jam 2.57 pagi. Nurse sambut pastu relax-relax urus baby.
Aku konpius. "Nurse, ada sorang lagi". Menjerit nurse tu panggil doktor, "Doktor!!! doktor!!! ",  teka doktor sapa yang datang. Doktor Morshanudin yang pagi tadi check-up aku tu. Cool ja doktor tu. Pegang perut aku minta kebenaran. Cute ja punya perangai. Dan dia cakap, "Okay baby satu gi dah pusing ke bawah" Fuhhhhh lega aku. Kalau idak masak karipap. Bawah kerat, perut pun kerat. OMG.

Jam 3.00 tepat, Muhammad Iman Danish lak kuar. Syukur. Aku masih hidup. Twin sihat walaupun Amin terpaksa di bawa ke NICU sebab keluar sekali dengan tahi. Pada hari yang sama aku dah leh balik. Bersalin sekali, dapat dua terus. Yeay, kilang leh ditutup uda.

Sesi mengukur tinggi. Amin perasan dia lebih tinggi dari Iman. 
Ta sedar diri kembar satu uri.
The latest picture.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Monday, 11 February 2013

She & I



We have. ..

...being here...

 ...together.

 She neither my sister...

 ...nor my daughter.

She is my best bestfriend forever and ever.

~I love you Nur Amni Dayini~

Sunday, 10 February 2013

Resepi Mudah : Telur Dadar Sayur

Salam dari Jugra, 

Pada hari yang berbahgia ini, nak kongsi resepi orang malas. Nama menu Three Colors Vegetables Happy Together. Nama biar gempak baiii. Penting tu. Okay masuk isi penting terus. 





A. Goreng cendawan 

B. Pastu campak lobak merah dihiris halus bersama-sama batang selery. Eh? Betulka itu namanya? Batang selery ke saderi. Ahhhhh apa-apa ajelah ya. Tapi rupanya cenggitu tau.

C. Masukkan sos tiram ikut suka hati.

D. Taburkan lada hitam serbuk/lada putih. Taburkan? Haih konpius aku nak letak kata kerja pa. Tapi korang fahamkan apa yang aku maksudkan?

D. Masukkan telur yang dah dipukul sepenuh hati.

Tunggula kot sampai masak dan siap. Sumer ada dalam satu menu. Protein, vitamin, garam mineral. Senduk nasi. Leh makan uda. HewHew. Mudahnya hidup. I like

Ehmmmmm... biasanya bukan orang mesti letak hasil akhir menu tersebut ke? Tapi aku tada. Tada gambar hasil terakhir yang dah siap masak sebabbbbbbbbb masa aku terbalikkan telur tu, habis sumer lari allignment, lintang pukang jadinya tapi masih dalam kuali la. Dah jadi macam makanan burung pun ada kahkah. Jelas ternyata kekurangan seni kulinari aku ni. Tapi tetapi aku dan anak-anak makan belasah ja. Licin gi. Masuk perut kok sama ja jadinya. Dok gitu?

Kalaulah masa aku terbalikkan telur tu sumer dalam keadaan yang baik-baik aje, gerenti aku letak punya final outcome tu. Sekali pakej dengan riak...

Eh!TuAjeLahKali.Bye!