Monday, 26 November 2012

Promosi AirAsia

Salam Dari Jugra,

Alkisahnya, AirAsia ada promotion start semalam rasanya di mana jika anda adalah salah seorang yang tertuah di dunia maka anda mungkin akan dapat fly ke Bali dengan harga 11sen. Ya sekupang satu duit. Selama ni hanya nampak ja promotion di AirAsia tapi malas nak cari pun sebab da tahu bukan senang nak dapatkan tempat tapi tah cane rajin pulak jari jemari lansing ni nak try luck.

Hasilnya? Luck ohhhh...Cer bayangkan, leh dapat cari flight pergi dan balik dari Bali berharga 11sen. Dan sangatlah bertepatan dengan cuti Matrikulasi! Tapi tada member lak nak gi sesama maka terus haluan dilencongkan ke Kota Kinabalu Sabah. 

Memang dah berhajat nak gi sana dengan mak dan Amni. Ke Kota Kinabalu rasa konfiden sket nak merayau, drive sendiri sebab dah pernah kerja di sini setahun 10 tahun yang lalu. Dan sekali lagi tuah melimpah di hati. Dapat tiket murah. Total hanya RM462 tuk 3 orang dewasa. (Amni dikira sebagai kanak-kanak tapi harga tiket sama dengan dewasa...Cisss). 4 hari 3 malam. Oklah tu kan?

Dah siap beli tiket confirm bayar sumer baru call mak bagitau. Bijak kan? Memang ternyata bijak bila mak cakap nanti mak kira eddah dah habis lom. Sebenarnya dah wat juga kira-kira...errrr congak lebih tepat, rasa-rasa macam dah habis eddah mak tu. Sekali tu mak sms cakap habis 5 Februari 2013 tetapi tiket yang sudah dibeli ialah pada 2 Februari 2013. Erk terasa macam tercekik tulang ikan kaloi kat tekak.

Seperti biasa bila dah wat kerja yang tah apa-apa makanya pergilah membawa hati hiba, mengadu ngan member mengharapkan simpati.  Nasib baik gak member bagi satu penyataan berbunga harapan - kira eddah ikut bulan Islam! Yo...terus google, terus kira dan ngam mak habis eddah pada 19 Rabiulawal bersamaan 31 Januari 2013. Wehhh sipiiiii bah tu!

Pengajaran dari cerita di atas :-
1. Eddah dikira dari bulan Islam bukan bulan Masihi.

2. Kasi confirm betul-betul baru beli tiket flight.

3. Mengadu domba dengan member kadang-kadang ada baiknya. See...seperti kes di atas, akhirnya dapat juga idea tuk jalan penyelesaian...;)

4. Niat yang baik Allah akan bantu selalu. Niat gi Kota Kinabalu lebih kepada nak bawa mak jalan-jalan terutamanya selepas ketiadaan Abah. Jadinya, selalulah pasang niat nak gembirakan hati orang tua walaupun perangai ta baik mana pun (ai la tewww).

5. Nak tiket murah kena  bertindak segera. Tada kata tunggu jap, tunggu jap.
Kan ada citer kat atas dapat gi balik Bali dengan harga 11 sen tapi campur total kena gak RM122.22 (masih murah). Dalam jam 3 petang dapat harga promosi cenggitu. Pastu ada member plan nak gi Bali gak, suh dia check dalam jam 5 petang. Dah ta dapat harga tu. Jadi RM400++. Moralnya, segeralah bertindak!

Dan kalu sokmo gi oversea solo, silalah minta izin suami terlebih dahulu. Awal-awal bagitau dia kalau ada promosi memang terus akan beli dan akan pergi lah jawabnya. Kalau dapat sediakan surat perjanjian adalah lebih afdal...;)

Eh!TuAjeLahkali.Bye!

No comments:

Post a Comment