Thursday, 8 November 2012

Raise Your Child's Self Esteem #10

Resist the urge to say "I told you so"

Ini yang biasa kita buat sebagai ibubapa...(aku pun sama camtu)

"Kan ibu dah cakap, jangan korek hidung"
"Kan ayah cakap, jangan panjat pokok"
"Kan ibu dan ayah cakap, jangan main tengahari ni"

Kan itu dan ini...

Sebabnya apa yang anak-anak kita buat tu sebenarnya adalah untuk mengexplore dunia luar. Dan kalau di bandingkn dengan pa yang kita buat dulu masa zaman kanak-kanak, lagi jahanam rasanya (aku la salah sorang dari 7 Jahanam tu). Apa yang aku tak pernah buat masa kecik, panjat pokok rambutan, panjat siling rumah tinggal, main kat lombong, terjun sungai, gi cari anak ikan haruan, gi cari pakat keladi, gi tangguk ikan. Macam-macam.

Setakat Amni, Amin, Iman - paling kuat pun dorang main rumah-rumah guna sumer kerusi meja makan selimut, men ultraman, men jual-jual barang, men tablet - sumer aktiviti buat kat umah. Takpun men kat playground atau pusing-pusing kolej nek beskal. Aku rasa kebanyakan budak-budak skang memang takkan rasa mende-mende adventure gitu. Cian plak.

Memang tak patut betul kalau asyik cakap jangan buat itu dan ini. Kang dihadapnya tablet 24 jam, lagi haru! Mari kita biarkan mereka berkreatif atau dalam erti kata yang lain...

Mari kita biarkan mereka menyepahkan rumah.

Atau...
 Mengurut dada sambil beristigfar bila tengok aksi lagak ngeri ni sebab...
Remember!
 Resist the urge to say "I told you so"
 
Eh!TuAjelahKali.Bye!

No comments:

Post a Comment