Salam dari Jugra,
*******
Pada suatu waktu, di malam yang hening *krik krik*, kedengaran suara kecil memberikan amaran..."Ibu...Ibu kalau ibu buka tepon ibu...Iman marah!"
Mata dibulat-bulatkan untuk menegaskan bahawa dia memang betul-betul memaksudkannya. Ibu tak takut pun, tapi selaku ibu selayaknya aku jawab...
"Takkkkk, ibu tak buka tepon, ibu nak sembang dengan Iman sebab ibu kan sayang Iman"
Iman senyum. Ibu gembira.
Tak sia-sia ibu bermulut tebu.
*******
Gajet. Kemahuan.Internet.Keinginan.WhatsApp.Ketagihan.Facebook.
Mana mungkin aku menidakkan penggunaan semua itu bila hidup di zaman milenium ini. Lagi-lagi pulak bila aku mengajar tentang komputer, internet, teknologi, SNS, blog, perkomputeran awan, ... Aku akan jadi gila kalau aku tak tahu tentang semua itu. Mana mungkin pelajar-pelajar lebih tahu dari aku. Kalau itu yang terjadi aku mungkin terpaksa tukar tempat duduk dengan pelajar dalam dewan kuliah. Biar korang rasa apa perasaannya jadi pensyarah...
Teknologi vs parenting
Dua tiga menjak ni banyak pulak aku terbaca tentang parenting isu. Bikin aku berfikir bukan sekadar sejenak, tapi berjenak-jenak. Ya, akulah ibu itu yang membelanjakan hampir beribu-ribu ringgit untuk membeli buku secara ansuran. Tapi hanya beberapa saat untuk menemankan anak-anak membacanya.
Akulah juga ibu itu yang berusaha membeli Bubber Sand untuk meningkatkan kuasa psikomotor anak-anak kunun, tapi untuk bermain bersama-sama itu jarang sekali. Akulah ibu itu yang kerjanya menghadap WhatsApp. CandyCrush. Facebook. Asal free ja mesti nak online.
Akulah juga ibu itu yang berusaha membeli Bubber Sand untuk meningkatkan kuasa psikomotor anak-anak kunun, tapi untuk bermain bersama-sama itu jarang sekali. Akulah ibu itu yang kerjanya menghadap WhatsApp. CandyCrush. Facebook. Asal free ja mesti nak online.
Tapi itu dahulu. Aku sekarang sedang berubah. Masih dalam tempoh percubaan untuk...
1. Online secara berstruktur. Biasanya pagi sebelum anak-anak bangun, tengahari sebelum nap dan malam kalau anak-anak dah tido. Cuba! Walau pun kekadang terbabas jua. Tehehehe
2. Perbanyakkan aktiviti bersama anak-anak. Main UNO ke, masak sama-sama ke, apa-apa lah. Sure dorang happy walaupun aktiviti tu macam tak bertamadun jew.
3. Bersukan bersama-sama. Setakat 2014 ni aku dah main basket ball dan lari pecut 30m, 50m dan 100m ngan dorang. Oh hari tu aku main bola sepak dengan kembar sampai rasa macam nak putus nyawa. Macam mana macam tak putus nyawa? Aku seorang dorang berdua plus seorang anak jiran. Pastu aku plak berpaksikan visi ta nak kasi can dorang menang. Biar dorang rasa perit berusaha.Biar dorang tahu. Kalah bukan beerti mengalah. Cewahhhh...So, patut korang akan tahu siapa yang menang masa main bola hari itu dengan aggregat 5-2.
4. Jadikan aktiviti feveret atau pergi ke tempat feveret sebagai wadah untuk spend masa dengan anak-anak secara berkualiti.
1. Online secara berstruktur. Biasanya pagi sebelum anak-anak bangun, tengahari sebelum nap dan malam kalau anak-anak dah tido. Cuba! Walau pun kekadang terbabas jua. Tehehehe
2. Perbanyakkan aktiviti bersama anak-anak. Main UNO ke, masak sama-sama ke, apa-apa lah. Sure dorang happy walaupun aktiviti tu macam tak bertamadun jew.
Bukan nak katalah...tapi inilah contoh aktiviti tak bertamadun tu. Wat mimik muka pastu self captured pic sebelum makanan yang di order sampai. Pastu tengok balik pic tu, ketawa ketawa...^_^
Gambar cover line tuk gambar di atas. Aku leh tahan juga rajinnya memasak. Ehem ehemmmm...
Aktiviti tuk dorang ialah taburkan cheese ja pun. Idaklah aku nak suh dorang canaikan piza tu. Risau aku kang jadi roti naan.
Inilah aktiviti penyediaan makanan yang memberikan impak besar kepada dorang. Sebab sampai skang dorang masih ingat dan ajak aku wat lagi. Simple giler tapi mudah. Aku pun selamat dari masakkan dorang dinner yang jauh lebih renyah. Hehe.
2014 memang awesome sebab aku jumpa tempat swimming yang dekat dengan Jugra....Weeehuuuuu.
Ya aku mengaku yang aku lebih excited dari budak-budak. Kuikui
Menonton wayang dan jalan-jalan gi IKEA. Aku yang terlebih beriya, terlebih kepingin, terlebih mengidam nak tengok wayang ngan wat lawatan muhibah ke IKEA sebenar sebenarnya. Nampaknya taktik ini berjaya memenuhi keinginanku...Muahaahahaaaaa
Aku rasa aku dah berubah. Mungkin ta banyak tapi aku menginjak. Bahasa korporatnya - anjakan paradigma gitew. Bah. Rasanya tu aje. Akhirnya berjaya juga aku wat entri selepas sebulan berlalu. Hihu. Usaha tangga kejayaan u alls. Meh usaha bersama!
Eh!TuAjeLahKali.Bye