Saturday, 13 June 2015

Laman Padi 2015

Salam dari Senaling,

Laman Padi ialah satu-satunya tempat yang Amni teringin sangat nak gi last year. Letaknya berhampiran dengan Pantai Chenang. Tahun lepas kami tak jumpa pintu masuk, ke sebenarnya kami berpura-pura tak jumpa pintu masuk. Heeee...

Bayaran masuk tak mahal. Hanya RM1 untuk kanak-kanak dan RM5 untuk dewasa. Ni bayaran aktiviti asas je. Kalau nak buat aktiviti seperti menyulam anak-anak padi, menuai padi atau lain-lain aktiviti, bayaran ada sedikit tambah juga. Datang ke Laman Padi sekadar nak menyedapkan hati anak dara tunggalku. Macam takde apa-apa. Rumah moyang tepi bendang je nak oiiii...Tapi dah nak nak pergi juga. Layan.
3 pakej disediakan. Pilih mana berkenan.
 
 
 Art Gallery
 
 Baiklah, rumah moyang tiada orang-orang dan tiada baju kurung siap bergosok tuk orang-orang ni pakai.
 
Rumah moyang juga tiada aktiviti halau burung macam ni...

Ya , tiada aktiviti cari siput juga.
 
Kalau amik pakej yang dua lagi, akan adalah aktiviti mencari siput pemusnah ni. Disebabkan aku pilih pakej yang paling murah, maka aktiviti simple-simple ja lah. Aktiviti terjun bendang is nehi hai.
 
 Bagus juga amik pakej murah, tu tengok insan paling kanan dalam gambar. Sedang mencekodokkan diri.
 
Nasib baik seorang ja yang cekodok...Syukur
 
Kami dah sampai Laman Padi Langkawi.
 
Bila aku amati semua pic di Langkawi, pic di Laman Padi adalah yang paling cantik. Mungkin sebab kawasan sekeliling yang menghijau. Hijau kan baik tuk terapi mata. Kalau ada DSLR dan berilmu dalam fotografi, aku rekemen Laman Padi ni. Tapi, kalau pakai smartphone pun layan kan aje. Macam aku ni, awesome je aku tengok pic-pic ni. Hehe
 
Selesai di Laman Padi, kami zoom balik hotel. Pengsan.
 
Sekian dan Bye! 

2 comments:

  1. may b xdpt nk pegi kali ni sebab baby kecik lg..sian pulak berpanas nnt..

    ReplyDelete
  2. kami pergi memang time panas giler...kalau ada baby maybe lain kali atau gi pagi la kot...^___^

    ReplyDelete