Wednesday, 10 June 2015

Oriental Village, SkyCab & SkyBridge 2015

Salam dari Senaling,
 
Tahun ni kami dah wat perkiraan untuk tanak ulang pergi tempat yang sama. Tapi SkyCab terkecuali, sebab dalam wishlist, aku memang bajet nak solat di atas Gunung Machincang. Saja nak wat kenangan, ke saja nak kena penampar aku wat perangai macam tu, aku sendiri tidak mengerti. Mihmih. Macam best best ja kalau dapat solat di puncak gunung.

Disebabkan aku degil, aku dapat tunaikan impian aku tu dengan mempergunakan mak. Jadi Encik Ayah a.k.a En. Menantu memang taleh nak kata apalah kan? Muahahaha. Surau ada di pit stop sebelum sampai ke puncak gunung. Kalau teringin nak buat perangai macam aku, silalah cipta alasan masing-masing.

Tu pun nasiblah orang tak ramai sebab aku pergi weekdays. Time peak hour, ehmmmmm mungkin berfikir empat puluh dua kali nak wat macam ni.

Girls 3 Generation.
 
Aktiviti wefie dalam Sky Cab dapat mengurangkan rasa kegayatan.

Everybody was very happy, so we make peace sign...^___^

Tahun lepas tak dapat gi Sky Bridge sebab maintenance purpose. Tapi this year, dapat pergi wooooo... Akan tetapi perjalanannya agak mencabar jugalah. Mak memang tak dapat follow. Jadi kami sekeluarga ja yang pergi.
 
 
Masa nak gi tu, trail dia was okay for me sebab banyak turun. Hepi lalalalala ja pergi. Sekali nak balik, phewww leh tahan penat jugalah. Kalau ketiak tak becak memang misteri sungguh,
 
In the future (aku baca papan tanda) jalan nak ke Sky Bridge will be awesome. Macam lif gitu, dan aku agak masa tu harga nak ke Sky Bridge akan naik juga berbanding masa aku pergi ni.

Nak ke Sky Bridge, lalu jungle track pun kena bayar RM5 untuk dewasa, RM2 untuk kanak-kanak tau. Ni kan pulak pakai 'lif'.
 
Mungkin. Spekulasi aku jangan diguna pakai k. Biasanya betul dalam 7.5% ja.
 
 
 Jaraknya hanya 230m tapi penatnya kemain.

Pemandangan di Sky Bridge sangat awesome. Actually sama je kot dari pelantar yang biasa. Special mungkin ada gelas lutsinar di jambatan ni tuk kita test level kegayatan masing-masing. Alhamdulillah sumer tak gayat kecuali En. Ayah. Harap muka ja macho tapi gayat rupanya.
 
Macam kreatif ja amik pic macam ni...kan?

Kadar kebergantungan Sky Bridge dalam pic ni leh tahan ngeri juga aku tengok.
Sky Bridge ni boleh bergoyang-goyang tau, tapi goyangannya kecil-kecilan saja. Boleh dirasa kalau angin kuat kat atas.
 
Oh Yeahhh...Masa ni kembar dah mula off kan enjin. Kaki mula lembik dan longlai. Nasib baik kakak Amni volunteer dukung Iman. Jadi ibu leh capture pic sebagai eviden.
 
Nampak tak tiang kat pic di atas. Itulah tiang seri, tiang tunggal untuk menyokong SkyBridge. Betapa kagumnya aku, bagaimana kejuruteraan boleh mencipta semua ni dari puncak gunung. Macam manalah agaknya durang membawa semua binaan ni ke atas. Kalau di Kinabalu, porter yang angkutkan. Macam mana ya? Ah, daripada aku fikir penat-penat, baik aku tengok dokumentari pembinaan SkyBridge di YouTube. Selesai misteri.

Ini satu lagi tarikan terbaru. 2014 tada pun.

Abang seruling ni start show dengan meniup alunan lagu Lamunan Terhenti, Aris Ariwatan. Berdosa aku sebab punya sedap la bunyinya, hingga aku fikir..."Brader ni berlakon ja tiup, pasang CD ni". Sedap giler bunyinya. Gemersik sungguh. Lama aku berdiri pegun tengok dia tiup seruling, barulah aku sedar, show itu live!

Maafkan saya saudara. Muhasabah diri #1 Bersangka baik selalu.
 
Oh, satu lagi...Sebelum naik Sky Cab, durang akan suh kita masuk ke lebih kurang macam 3D Cinema, tapi tayah pakai cermin mata 3D. Kita dibawa naik roller coaster digital. Aku malas nak layan sangat sebab aku tak nak kepeningan. Pecinta roller coaster mungkin menggemarinya.
 
Skang di Oriental Village ada 3D Muzium, konsepnya sama ngan 3D Art Gallery yang kami pergi di Port Dickson. Tapi lebih besar kawasannya dan harga pun turut besar, mencecah RM40++ tuk dewasa. Nasib kami dah pernah pergi tempat yang seumpama dengannya, jadi kami decide tuk pusing-pusing Oriental Village je.
 
Sekitar Oriental Village. Tahun ni siap beli tripod tau. Leh la kami wefie tanpa gagal.

Bagi makan ikan, dan masa nak habiskan satu pusingan ada plak bola yang boleh golek-golek dalam air, yang orang duk dalam bola tu...(aku tak tau nama saintifiknya), Amni dan kembar dah tergedik-gedik nak try. Tak tahan tu bila durang ajak aku sekali. Oh maiiiii...Panas kot.
 
Pujuk punya pujuk, Amin Danish dah mula wat muka cekodok, terus aku ajak durang naik kapal yang kita kayuh pedal dia tu...(sekali lagi aku tak amik pusing apa nama saintifiknya). Dia setuju. Fuhhhh...selamat satu isu.
 
Mula tu aku ingat nak suh kembar berdua ja naik kapal tu. Seperti biasa, durang nak nak juga aku join.

Kali ni aku layankan jer walau pun matahari terpacak atas kepala sebab ada bumbung. Hehe.
 
Sekali bila aku kayuh pedalnya, perghhhh leh tahan berat jugalah rupanya. Kaki kembar tak sampai pun. Nasib Amin paksa aku join. Kalau ikut perancangan aku, mahu terapung-apung anak-anak ku kat tengah tasik, statik tak bergerak.
 
Pasni, citer sal trip ke Laman Padi plak. Chia yu! Chia yu @ Chayok adalah bahasa Mandarin yang bermaksud - Usaha lagi. Sebutan yang betul ialah chia yu.
 
Tunggu aku pindah Selangor tahun 2020. Kita repeat kelas Mandarin lagi, nak?  
 
Sekian dan Bye!

2 comments:

  1. sky bridge?ohh nooo..ngeri rasa..skycab tu gigih lg la kot..mau terkencing klu naik sky bridge..

    ReplyDelete
  2. haha...jangan tengok bawah kalau gayat!

    ReplyDelete