Salam dari Senaling,
Sungai Perak merupakan sungai terlebar dalam Malaysia. Buku Geografi Tingkatan Dua yang cakap macam tu. Jadi I follow. Kampung Encik Ayah memang dekat dengan Sungai Perak. Dekat sangat-sangat sehingga jalan kaki pun sampai.
Biasanya kami gi hujung tuk tengok sungai, tengok bot, tengok biawak, tengok monyet. Tapi kali ni, kami wat kelainan sikit. Kami sewa bot tuk bawa kami pusing-pusing kat Sungai Perak.
Tada life jacket, wuhuuuuu. Seram. Mau tak seram. Lintasan jahat tu datang juga. Bertawakal saja yang aku mampu.Alhamdulillah, panjang lagi umur aku tuk taip entri ni.
Aktiviti normal di sini. Yang kanan nga angkat pukat, kiri tu lak nga mengail udang galah.
Paling berani ialah Amin, jalan dalam bot macam jalan kat dalam rumah. Tepi-tepi ja dia lalu lalang dalam bot. Ibu yang ngeri. Dia wat lek ja.
Seperti biasa, kakak Amni dan adik kembarnya is excited. Seronok tengok durang, hepi untuk something different yang durang lalui hujung minggu 31 Ogos yang lalu. Padahal naik bot ja. Bot kayu pulak tu. Pusing tak sampai 20 minit. Itu pun dah hepi, dah excited.
Belajar dari anak-anak (anak-anak kita atau anak-anak di sekeliling kita) untuk menghargai tiap detik dalam hidup. Kecil besar lain citer. C'mon, let's we cherish every tiny weeny moment(s) in our life. Walau pun mungkin moment itu hanyalah makan megi goreng di gerai bawah pokok. Hee...
True indeed.
Sepupu Encik Suami kahwin, tu yang kami amik semangat tuk balik kampung. Selamat Pengantin Baru Mira dan Faisal.
Rajin aku update blog, sebab tak sabar nak update entri seterusnya. ^____^
Bye, til we meet again.
No comments:
Post a Comment