Salam dari Senaling,
Alhamdulillah cuti Deepavali kali ni panjang. Satu minggu heyyy rasa sayang sayang hey. Walau pun pada awalnya aku meroyan hentak kaki tak setuju matrikulasi cuti panjang-panjang sebab kena ganti tiga hari Sabtu... tapi benarlah percaturanNya lebih hebat.
Aku dan famili berpeluang ke Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah. Alhamdulillah.
Gambar depan signboard ni diambil masa kami dah nak balik ke Pilah. Kembar dan Amni memang tak pasal lah nak turun kereta amik pic kat sini sama-sama. Gasaklah korang, janji pic aku dan Incik Ayah ada.
Gambar aku dia amik, gambar dia aku amik. Pastu dia tak puas hati. Kahkah. Tapi aku setuju yang gambar aku nampak lebih awesome 😁
Kawasan ni sebenarnya tempat lalu lalang kami balik kampung dari Pilah ke Teluk Intan, bila jambatan Batu 5 ditutup sebab keselamatan dan dengar berita jambatan kat Kuala Selangor pun sama kes. Hikmah besar kena pusing jauh nak balik kampung. Kalau semua baik-baik macam biasa memang tak sampai sini rasanya. Alhamdulillah.
Disebabkan kami tidur satu malam di Felda Residence, masuk-masuk ja kami jumpa aliran air panas bertingkat ni dulu. Memang panas betul. Berasap-asap. Bagi yang pergi hari, jalan masuk ke depan lagi sampai jumpa papan tanda yang aku dan Incik Ayah bergambar di atas.
Disebabkan bilik kami menginap satu malam, harga tiket tambahan, harga sarapan tambahan (tuk satu dewasa dan dua kanak-kanak) ikut harga staf, hehe. Jadi tak dapatlah aku kongsi kos sebenar masuk ke taman rekreasi ni. Tapi aku pernah google, harga tuk bilik dua single bed atau satu queen bed (deluxe room) ialah hujung minggu RM220, hari biasa RM180 termasuk dua tiket masuk ke taman dan sarapan pagi tuk dua orang. Kalau pergi hari, harga masuk tuk dewasa ialah RM15.00 dan kanak-kanak RM12.00 sekepala.
Tapi kawasan ni luas, dan ada macam-macam aktiviti boleh dibuat selain mandi air panas.
1. Mini Taman Tema Air
Dua ketul slide yang menjadi rebutan. Kembar terutamanya Amin memang seronok naik slide ni. Semua pun excited, walaupun pilihan terhad. Ye lah, mende asing ni mana ada kat rumah tuk dihadap hari-hari. Jadi haruslah excited.
Kanan sikit ada kolam ni, ala-ala swimming pool dengan kedalaman 4.5 kaki. Nice tuk kembar. Seronok dapat swim. Langsai hutang dari minggu ke minggu nak bawa kembar gi swimming pool, Alhamdulillah. Air kolam ialah air sungai semulajadi, jernih dan kebersihan dijaga. Tapi masih diletakkan klorin atas faktor kebersihan rasanya.
Masa kami disini, banyak kali juga pool guard prit prit tiup wisel. Bagi pengumuman dah macam deejay kenduri kahwin bunyinya. Plus bagi amaran. Heeee. Dah kata tak boleh bawa makanan, tak perlulah bawa. Ini ada juga yang bawa, siap makan tepi kolam, siap suap bagi anak makan aiskrim dari tepi kolam, sekali aiskrim ketepekkk... jatuh dalam kolam 😕.
2. Rebus Telur.
Enam biji telur ayam RM5.00. Harga mampu milik.
Kaunter beli telur. Nasi lemak pun hado.
Pilih nak telur dimasak cara apa. Suku, separuh, tiga suku, keras?
Telur yang dimasak secara alami tiba-tiba terasa super sedap. Aku syak kami terexcited tuk semua pengalaman pertama ni.
Tempat ni, masa ni panasnya bukan main-main. Aku duk terbayang aku celup kaki, pastu aku angkat daging jatuh satu-satu. Paginya aku celup macam okay ja, siap kuis-kuis alga dalam kolam ni lagi tau. Ada acik tu bagitau alga ni bagus tuk kulit, lebih bagus dari SKII. Ingat nak ulang celup la kan. Ehmmmm haram tak mampu pon nak letak waima bahagian kaki yang kulit tebal tu.
3. Taman Terapi
Hari pertama dan kedua kami berendam dalam kolam air panas sinun (yang berbumbung tu). Hari pertama macam just nice, hari kedua uda macam panas sikit. Sini ada batu refleksologi yang aku nga pijak tu. Siap ada air panas mengalir kat celah batu-batu. Sekadar action amik gambar je lah. Lepas tu melompat naik. Ta bley tahan!
4. Kafe Rumbia
Aku dah maklum, masuk sini tak boleh bawa makanan. Disebabkan aku perantau, memang tak la kan aku seludup bawa piyuk nasi dan kari kambing masuk sini. Tapi harga di kafe ni reasonable. Range harga antara RM6.50 - RM5.00. Yang penting sedap! Masakan panas-panas lak tu.
Dua hari lunch kami di sini. Sumer sedap. Teh tarik pun sedap.
5. Taman Air Kanak-Kanak
Kembar suka main kat sini. Tapi air mula on bermula pada jam 10.00 pagi - 1.00 petang. Sambung jam 2.00 - 6.00 petang. Kawasan ni aje yang ada timing macam tu. Yang lain-lain mula dibuka jam 8.00 pagi - 7.00 petang. Taman mini tuk kanak-kanak ni antara kawasan terbaru yang di buka di sini.
Seperkara lagi, taman ni hanya dibuka pada hujung minggu dan cuti sekolah sahaja.
6. Kolam mandi air panas.
Aku rasa, ini sepatutnya the main point datang sini. Kolam air panas. Petang hari pertama kami masuk, panasnya mengigit-gigit kaki. Hari kedua, pagi, macam tak panas sangat. Suhu lom adjust habis ke caner aku pun ta amik port. Janji sumer happy. Kolam yang ini luas, boleh tawaf satu kolam nanti jumpa punca utama aliran masuk air panas ke dalam kolam. Lalu di laluan ni, fanas viler weiii. Subhanallah. Terfikir sejenak macam mana air sungai yang sejuk, ada pulak punca air panas. Allahuakbar.
7. Felda Residence Hotspring dan kemudahannya.
Depan bilik kami. Satu blok ada empat pintu. Pintu kami tingkat bawah sebelah sana. Depan blok je yang mampu masuk blog. Dalam bilik bersepah-sepah. Masa kemas tak sempat nak amik pic. Walau pun deluxe, dua katil single, tapi bilik luas. Sangat luas. Kalau bawa toto, boleh masuk lagi dua orang. Kami berempat tido atas katil, katil single siap gabung. Muat. Yeay. Hehe. Incik Ayah lak tido depan TV, guna sleeping bag.
Ada bathtub lagi u alls. Kembar, dah habis berendam di taman rekreasi, sambung berendam pulak dalam bathtub. Dasar budak kecik.
Untuk sarapan, kami pilih nak makan di Meranti Coffe House aje. Malas nak keluar. Mood kembar pagi-pagi dah la macam cekodok. Kakak je excited nak makan. Tapi kannnn, menu sarapan berpada dengan harganya. Harga sarapan bajet hotel dan resort. Kalau aku tahu baik aku sarapan di Kafe Rumbia je. Tapi tak tahulah buka ke idok pagi-pagi kafe tersebut. Apa pun, Alhamdulillah rezeki kami masih ada hari tu.
Depan coffe house, ada playground. Best dan terjaga. Itu yang aku suka tempat ni. Alhamdulillah semuanya terjaga, terpelihara, kemas dan bersih. Takpelah bayar sikit kalau kondisi tempat menarik dan selesa.
Selain tu, aku ada nampak juga padang netball dan football. Malam-malam pulak ada open karaoke di private hot spring. Lepas dinner, aku dan Incik Ayah gagah juga cari tempat nak karok ni. Tapi setakat cari je la. Sampai depan pintu, kami patah balik. Seganlah, suara sedap sangat.
Secara keseluruhan, aku sangat rekemen tempat ni tuk dilawati. Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Sungkai, Perak pun dekat dengan lokasi Nasi Bamboo yang memang dah viral di media sosial. Belum rezeki kami nak makan situ sebab hari Jumaat tutup rupanya. Hehe
Walau pun time cuti sekolah, Alhamdulillah manusia wujud seadanya. Ada gak terfikir sal ni. Rupanya okay je. Moral citer, kalau nak ke tempat-tempat seumpamanya waktu cuti sekolah, pergilah waktu hari biasa. Insha Allah, murni-murni je keadaannya.
Di lobi Felda Residence yang mendamaikan. Dah nak balik Pilah. Terima kasih atas pengalaman berharga.
Next? Macam nak ke Kalumpang.
Hampeh tul, awal-awal aku duk bayangkan TRAP Sungai Klah ialah Kalumpang. Kahkah. Jenuhla nak cari sungai. Memang takkan kau jumpalah! 😂
Bye sayam-sayam sekalian.