Selepas 30 tahun akhirnya aku kembali semula ke sini untuk kenangan sepanjang zaman.
Rumah berek polis yang didiami selama 10 tahun. Pintu rumah nun sebelah kiri. Ingat nak berdiri depan pintu, dah ada lak tuan rumahnya. Segan masing-masing. Aku dan Along pernah bakar rumah tu. Along bakar guna bara api dan plastik arang, aku lak bakar guna bantal dan ubat nyamuk. Huhu
Tangga bukan sebarang tangga hei. Di anak tangga ni, aku terkencing-kencing berlari balik dari tadika. Sampai rumah kena libas dengan arwah Abah sebab gi tahan kencing. Di bawah tangga ni dulu penuh surat khabar. Pastu kami berdua main bunga api, masuk bawah tangga nak menerangi kegelapan kunun. Sekali terbakar surat khabar lama tersebut kena percikan api.
Daaa takyah gaduh siapa yang mulakan pembakaran tu. Kita dua-dua, sama-sama 😂
Tangga Kebenaran, ditangga ni aku berlari-lari balik dari tadika sambil tahan kencing. Hehe. Tangga ni kami guna untuk ke Tabika KEMAS belakang balai.
Kenangan 1978-1987
Sekolah kami. Aku Darjah 1 - 3. Along Darjah 1 - 4. Di sekolah ni ramai budak Siam. Along ingat nama kawan-kawan siamnya, aku hanya ingat nama dua orang tu pun budak Melayu. Mazita sebab dia pesaing aku tuk periksa, Mazita Mazuin sebab dia kurang sihat, rumah dia besar dan letaknya depan balai polis. Itu ja.
Tapi aku ingat peristiwa pada hari pertama aku masuk Darjah 1, aku balik rumah ikut pintu pagar depan, walhal Along suruh tunggu di pintu belakang. Selamba aku jalan, nasib baik aku aplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, aku patah balik sekolah. Along marah aku, dialog Along, "Kan aku suruh kau tunggu aku di pintu belakang, bongok". Aku rela dibongokkan sebab mesti dia serabut perut risaukan aku. Hehe
Tasek Takong, tasek lagenda. Tiada biawak, buaya apatah naga dalam ni, tapi Tasek Takong menyimpan banyak kenangan kecil kami di sini. Berkelah dan bermain, pergi sini dah happening habis masa kecil-kecil. Sama taraf macam Disneyland lebih kurang.
Gelongsor batu yang aku hanya dapat jumpa di Tasek Takong, Keroh. Tak jumpa kat mana-mana lagi dalam Malaysia. Hajat dihati nak bawa anak-anak main di sinilah, tapi ketentuanNya lebih baik. Hujan tak berhenti.
Disebabkan aku dah tanam niat. Hujan makin meriah. Aku gelongsor juga dari situ sambil Incik Ayah mengilai-ngilai dari belakang. Walaupun begitu sudi juga beliau amikkan pic (atau sebenarnya bahan bukti?) buat kenangan. Tak kisahlah tetap aku nak ucap, terima kasih abammmm... Hehe.
Yang ini kelakar. Sampai sekarang bila aku tengok semula pic ni aku nak ketawa. Alhamdulillah adik aku tergolek dok ja tada apa-apa kecederaan. Syukur. Tapi memang kelakar. Sungguh. Terima kasih lagi sekali Incik Ayah yang sempat abadikan momen sendu ni. Aku tengok, Incik Ayah pun terhibur menyaksikan momen ni.
Terima kasih banyak-banyak sebenarnya aku nak ucapkan pada Incik Ayah yang rajin melayan hasrat isteri dan kakak sulongnya. Amik pic dengan berpayung. Ikut kami sana-sini, cari angle cantik-cantik. Terima kasih dari lubuk hati yang paling dalam (ciaaaaa...) Tak tahu bila lagi nak sampai ke sini sebenarnya, ini pun sebab ada hal penting nak diuruskan (dan selesai Alhamdulillah).
Sekian tu aje. Kami nak gerak ke Kota Bharu Kelantan dengan keadaan cuaca yang kurang baik. Tapi aku yakin ada hikmahnya nantila aku cerita. Moga dikurniakan perjalanan yang baik lagi selamat tuk kamu dan kami. Aamiiinnn.
Sekian dan Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment