Aku baru dapat duduk sambil menikmati dua cawan indocafe panas. Amik kau dua cawan terus. Hehe. Hari ni aku uruskan segalanya seorang sebab Incik Ayah ada tournament bola sepak. Biarlah beliau ber me time. Sebab aku pun nanti nak me time juga. Selalunya me time aku lebih jauh lokasinya dan tahun depan macam tak berapa cantik timing nya. Incik Ayah kurang rajin membaca ayat-ayat ala novel ni. Insha Allah dia tak baca statement di atas. Heeee...
Aku dah siap masak. Tuk malam dan tuk esok gayanya ni. Aku memang macam ni. Suka masak bajet dua ke tiga hari sebab Alhamdulillah Allah kurniai kesihatan, kekuatan, perlindungan dan kelapangan masa tuk merayau sana sini.
Masa masak tadi, kaki aku melenguh. Aku terfikir, patutlah mak dah macam fed-up ja nak masak skang sebab muda-muda lu mak aku memang rajin memasak dan mencuba pelbagai resepi. Pastu aku sambung fikir, aku yang dalam kategori rajin bersenam (kohkoh) pun leh lenguh kaki berdiri lama-lama di dapur. Sambung fikir lagi, macam manalah ibu-ibu muda yang ada anak kecik kerja nak bergayut dengan kau ja, nak mengemas lagi, nak solat, nak buat macam-macam.
Dua tiga menjak ni kerap pulak tertengok Insta ibu-ibu muda (terutamanya suri rumah tangga sepenuh masa) yang menyuarakan rasa penat, nak me time, nak seperti apa yang aku nak masa aku sezaman dengan mereka. Kerap juga aku tengok, ibu-ibu muda kat tempat kerja yang tidur berjemaah di surau, kepenatan. Semua ni aku pernah lalui. Kepala ngeng, tak cukup tido, dan macam-macam hal. Mengenangkan semua tu pun dah cukup buat aku penat. Haha. Nampak ta betapa ta mithalinya aku.
Masa aku menaip entri ni pun, aku sebenarnya ada banyak kerja lagi nak dibereskan. Dapur berkecah, pas masak aku tak kemas apa-apa, nak tengok kain, tadi Incik Ayah ada basuh dah bersidai ke belum, nak solat awal, nak spend masa ngan kembar, nak kemas stor, nak kemas barang Amni, nak buat photobook, update blog, ehhhh maciam-maciam nak buat ni.
End up aku duduk depan komputer, aku buat kesimpulan. Aku tak nak jadi perfect. Marah kot pakar motivasi baca aku punya lontaran buah fikiran ni. Aku boleh jadi perfect kalau aku nak. Tapi kalau aku merungut apalah ertinya. Baik aku chill-chill duduk sebentar amik nafas, baca blog, update blog. Sepuluh minit lagi Asar masuk, solat lu pastu baru tengok apa yang aku boleh settle kan ikut peredaran masa.
Bertambahnya usia, banyak pula yang aku fikir. Bagus ke tak bagus tu. Kalau yang aku fikir leh masuk pertandingan inovasi bagus juga. Ini yang aku fikir semuanya ke arah hidup lebih mudah, hidup lebih senang, nak hidup yang chill-chill...
Apa sebenarnya yang aku dapat pergi ke Kolej Matrikulasi Selangor tuk Jalinan Kerjasama hari tu?
Ada siapa yang sudi jawab ta?
No comments:
Post a Comment