Saturday, 10 February 2018

Bukit Senaling dan Fenomena Awan Karpet

Salam dari Senaling,

See, salam diberi dari Senaling, dan skang aku nga update entri sal Bukit Senaling. Maksudnya apa? Dekat la weh bukit viral ni ngan rumah aku. Outsiders aku rasa guna Maps atau Waze sampai sini ngan mudahnya. Tak pun search Petronas Senaling lu pastu tanyala orang tempatan. Awas, simpang nak masuk kecil dan bersiur juga. Last aku gi (31 Januari 2018) signboard kecil dah tinggal  ukit S naling ja.

Full video boleh klik sini.

Back to my story...

Aku teringin nak naik Bukit Senaling dari ia mula di viralkan. Ajak Incik Ayah, berat tul vontot abam sorang ni sebabnya hanya satu. Kos. Tak dinafikan, kos dia memang agak mahal (RM15 sekepala tanpa sarapan). Aku cakap camtu sebab aku naik Gunung Angsi dan Gunung Datuk, kek Negeri Sembilan ni haaa, baru kena RM5. Naik Bukit Pilah toksah la citer, free tapi atas nun nampak pencawang telekomunikasi je la. Hehe.

Gigih aku melobi Incik Ayah, siap nak lanje pun punyalah payah. Lobi punya lobi akhirnya on masa cuti Thaipusam. Itu pun siap kena warning, suh gerak awal pagi. Jam 7 sekurang-kurangnya sebab nak tengok awan karpet mesti awal pagi. Okay, okay. 

Hari kejadian, jam 7.30 pagi baru gerak dari rumah. Ko ghase apa terjadi. Ofkoslah kena vevel. Rugi bayar mahal-mahal tapi tak dapat tengok awan karpet, vla vla vla. Aku tak diam, aku jawab balik. Takpelah tak nampak awan karpet, janji berpeluh dan dapat pengalaman naik. Leh wat modal update blog (Walaupun selepas 10 hari baru update) Termasuk jugalah episod 57 sinetron pagi-pagi buta merajuk-diam-menonong-ja-naik-masing-masing. Harus guide pelik ngan couple dua orang nih. Patut pegang tangan sweet-sweet anje, tapi muncung ja dua-dua. Kahkah. 

Sampai di kaki Bukit Senaling, penuh kereta. Ingatkan cuti sehari tengah minggu tak ramai orang. Bagus tul aktiviti hiking skang menarik minat ramai orang. Rata-rata nombor plat luar Negeri Sembilan. Itu biasa. Yang jauh sampai dulu. Yang duk sebelah bukit sampai lambat. Kot sampaiiii... Tapi aku sampai Alhamdulillah.

Bayar RM30 tuk kami laki bini (sebab mahal maka laki bini jah naik anak tinggal kat rumah), pendakian pun dimulakan. Awal-awal dah pacak. Tak terperanjat sebab kami tahu awal. Tapi pastu rata jap, pacak jap, rata semula. Macam tu je lah lebih kurang. Awal-awal lalu ladang kelapa sawit, tanah orang (antara sebab harga up), dalam half way baru kawasan hutan. 

Laluan menghampiri Laban Rata, Kinabalu vs laluan menghala Bukit Senaling

Bagi aku, laluan dia menarik. Terimbau kenangan naik Kinabalu 2013. Sepanjang perjalanan ke Bukit Senaling leh jumpa baby sungai, leh melencong ke jeram (kalau nak), laluan dan muka buminya mudah. Sesuai sangat untuk beginners, atau kanak-kanak. Kalau fit 30 minit dah sampai puncak. Tapi kalau fit pun, sikit-sikit berenti nak berposing, 1-2 jam jugalah baru sampai kot. Hehe. Bayar RM15 ku kira berbaloi.


8.14 pagi

Half way mendaki kami nampak awan karpet. Tak tebal tapi bolehlah tuk menyedapkan hati. Kami klik-klik-klik gambar wat kenangan. Kat puncak nanti memang tak dapat jumpa dah. Dah lewat kannn...

8.28 pagi

Naik lagi, eh kat sini pun ada awan karpet. Berhenti lagi. Tak tebal tapi bolehlah tuk menyedapkan hati. Kami klik-klik-klik gambar wat kenangan. Kat puncak nanti memang tak dapat jumpa dah. Dah lewat kannn...

8.45 pagi

Tinggi lagi, eh kat sini lebih cantik awan karpetnya. Semakin tebal. Kami klik-klik-klik gambar wat kenangan. Kat puncak nanti takut tak dapat jumpa dah. Dah lewat kannn...

Sampai puncak...

8.54 pagi.

Nahhhhhh... Subhanallah cantiknya Subhanallah. This is awan karpet with spectacular view Allahuakbar. Nasib aku gadis, kalau jejaka aku rasa dah lama aku kumandangkan azan dari atas puncak Bukit Senaling. Punya cantik ciptaan Ilahi. Allahuakbar.

Jam 9.00 pagi DIA bagi rezeki untuk kami dan pendaki-pendaki yang lain menyaksikan ciptaanNya Yang Maha Agung. Tah siapa punya kebaikan yang kami tumpang tuk rezeki seumpamanya.

Selama ni aku hanya nampak orang post gambar awan karpet dari puncak gunung. Yang aku perasan dari Gunung Baling. Siapa sangka dari puncak bukit pun boleh nampak fenomena ni. Dahlah dekat (ngan kami), inilah rezeki.

 Yes we did it!

Fenomena awan karpet memang betul-betul rezeki untuk menyaksikannya. Ada yang kata awal pagi naik baru nampak. Bila aku baca, ada plak yang kata pernah jam 11.00 pagi baru leh nampak, rezeki pada yang terlewat naik. Kalau macam kami, jam 9.00 pagi baru muncul, yang awal-awal pagi (hari kejadian grup paling awal naik jam 5.30 pagi) tak nampak apa-apa pun, penuh kabus awal pagi melainkan menunggu dengan sabar sampai jam 8.30 ke 9.00 pagi.

Seperkara lagi, ada yang kata nak nampak awan karpet, hujan harus turun pada malam sebelum. Siapa kita nak suruh hujan turun please turun sebab aku nak naik Bukit Senaling esok? Siapa yang dapat menurunkan hujan? DIA jualah... Kun fayakun.

Kesimpulan; milik Allah jualah seisi langit dan bumi. Jagalah hubungan denganNya. InshaAllah mudah jadinya nanti. Ingat! Bukan seisi alam ja, hati-hati manusia pun DIA pegang okay.

Tak mahu dah aku stres dan sendu dengan hati-hati manusia dan keadaan sekeliling sebab semua sudah ada pentadbirNya Yang Maha Agung. Tugas aku jaga hubungan dengan pentadbirNya... dan tu aje.

Ah... Mudahnya hidup! Kenapalah aku selalu jadikan ia serabut-sendu?
Tak-tun-tuang betul ah...

Sejenis manusia suka fikir banyak (tapi tak jadi pun Perdana Menteri).

No comments:

Post a Comment