Saturday, 20 January 2018

Kembar Bersunat

Salam dari Senaling,

Ini ialah imageless entry. Hanya cerita sebab ketika kejadian, kembar request no picture taken before, during or after. Jadi aku sebagai mommy mithali bersetuju je tanpa banyak bicara.

Sebenarnya aku dan Incik Ayah dah merancang untuk menyunatkan kembar dari tahun 2016. Bila hasrat disuarakan, kembar minta supaya ditunda pada tahun 2017. Kami bersetuju. Dalam jangka masa itu, kerap-kerap-kerap-kerap-ulang-ulang-ulang-ulang bagitahu kembar bahawa hujung tahun 2017 mereka akan bersunat. Sepanjang tahun tak jemu-jemu!  Biar mental bersedia. Mental kembar, aku dan mental Incik Ayah sekali. Hehe. Insha Allah proses jadi mudah. 

Cari tarikh. Hujung tahun ialah tarikh hot untuk bersunat. Kami ni kategori lambat juga nak booked tarikh sebab takde pengalaman. Huhu. Kita kena fit dengan tarikh bukan tarikh fit ngan kita. Lupa jap yang aku hanya rakyat marhaen.

Tarikh awal lebih baik. Pilihlah tarikh awal-awal cuti sekolah. Tak tahu berapa lama luka nak baik. Unpredictable. Dengar cerita paling awal boleh dapat tiga hari, tapi kembar ambil masa seminggu. Nasib-nasib ikut rezeki. 

Aku berdebar-debar sebenarnya bila nak sunatkan kembar. Stress pun ada. Memikir apakah yang akan terjadi nanti. Ikutkan aku, aku nak dua-dua bersunat serentak. Terfikir gak nak sunatkan durang di dua klinik berbeza. Tapi duk Pilah manada banyak pilihan klinik pun. Dua klinik ja. Tarikh pulak lain-lain. Penyudahnya amik je lah satu klinik.

Bila satu klinik, fikir lagi cane nak buat supaya bila seorang tu nga bersunat, yang seorang lagi tak boleh berada di tempat kejadian. Jadinya yang pertama melolong, memekik; risau yang menunggu di luar jadi mental. Dahlah hari Khamis aku kerja. Pastu kemut lak tu nak minta cuti (dilema guru ibarat lilin membakar diri untuk kepentingan orang lain) Haha. Sayang kuliah punya pasal. 

Syukur je timing kembar sunat time aku free dua jam, leh lari jap. Sudahnya plan jadi macam ni:

1) Incik Ayah bawa Iman gi klinik, sunat. Amin tinggal dulu di rumah.
2) Aku habis kelas tutorial, zooommm amik Amin kat rumah bawa ke klinik, ganti bawa balik Iman.
3) Kakak Amni jaga Iman lu, sementara nak tunggu Incik Ayah balik bawa Amin. Ibu zooommmm balik kolej prepare tuk kuliah. 

Part paling seram ialah part kakak Amni jaga Iman. Kakak seram, aku pun seram tapi aku harus pandai-bajet-wat cool. 

Hari kejadian; Segalanya berjalan seperti yang dirancangkan. Aku pun kurang memikir perkara merepek-belum-jadi-lagi bila masuk kelas mengajar tutor. Habis kelas jam 1000, aku balik rumah amik Amin. Ikut jadual Iman patut bersunat jam 1030 pagi dan lebih kurang jam 1020 aku dah sampai depan klinik. Tapi aku dan Amin masih lepak dalam kereta tunggu signal dari Incik Ayah.

Tiktoktiktoktikkkk... 1045 (sepi). 1050 (senyap). 1100 (diam). Ahhhhh sudah apa hal lak ni. Aku gelisah sebab kuliah mula jam 1200, Amin (mangsa seterusnya) apatah lagi. Jam 1110, aku call Incik Ayah. Baru masuk dalam bilik doktor katanya. Like... whattttt? 

Amin lak nak terkencing. Sudahnya aku masuk je dalam klinik gi toilet. (Iman di dalam nga bersunat mungkin) Ngam aku dan Amin selesai guna toilet. Iman keluar punya steady. Rilek ja tak nangis tak apa. Aku tanya, sakit tak? Jawapannya; tak. Fuhhhhh... lega. Senang banyak ni tuk Amin bila tengok kembarnya punya cool. Dua budak lagi, selepas Amin pun nampak muka lega bila dengar feedback positif cenggitu.

Incik Ayah amik turn bawa Amin masuk bilik doktor, aku pula bawa Iman balik rumah. Sampai rumah jam 1145, bagi Iman ubat tahan sakit apa-apa hal, pastu pesan pada kakak suh jaga adik jap. Aku bagi tips kat dia, kalau Iman menangis (mengadu sakit), amik kain letak ais, dab dab dekat kepala. Aku bisik, tindakan tersebut sebenarnya lansung tak mengurangkan sakit di 'situ', psikologi semata-mata. Hehe. Amni say okay.

Semua seperti baik-baik sahaja, maka seorang guru Malaysia yang gigih ni pun zooommm balik kolej, masuk kuliah. Mengajar.

Aku fikir selesai sudah kerunsingan ini. Takkkkk... Nak menjaga luka pun satu hal. Walaupun Incik Ayah yang take over segala macam urusan kelelakian, aku masih berdebar nak tunggu berapa lama lagi luka-luka tu nak baik. Risau infection terutamanya. Alhamdulillah, seminggu berlalu baik-baik-indah-bahagia-langit-pun-cerah. Kembar pun senang diurus. Hari pertama je yang agak begitu-begini. Iman je menangis sikit (hari pertama), mungkin lonely masa nak tunggu kembar sorang lagi balik dari klinik. Enam hari seterusnya okay.

Kalau buat pembacaan online, ada macam-macam tips tuk jaga budak bersunat plus ubat tambahan, krim sapu dan sebagainya. Untuk kembar, aku 100% hanya guna ubat yang klinik bagi (ubat tahan sakit dan antibiotik) selain berpantang makan supaya luka cepat baik. Tu pun, hari ketiga dah mula makan ayam, pastu wait and see. Tak mengadu gatal, luka pun elok-elok ja, hantam ayam la pulak pastu.

Sapuan ubat kuning (biasa guna pada luka); tiada, krim tambahan; tiada. Ubat tahan sakit; kami bagi tuk 24 jam pertama selepas bersunat, lepas tu berhenti, sebab kembar tak mengadu sakit. Antibiotik ja yang wajib licin habis.

Lepas seminggu, kami wat kenduri kesyukuran sikit. Bersyukur tuk macam-macam perkara, tapi yang dapat token dua hero itulah. Kembar sampai cakap, seronoknya bersunat sebab dapat duit banyak . 

Kalau macam tu bersunatlah setiap tahun 😂. Hehe

No comments:

Post a Comment