Monday, 12 March 2018

Ustazah Siti Aishah. Terima Kasih.

Salam dari Senaling,

Aku amik masa yang lama tuk update entri khas ni. Supaya emosi aku lebih stabil. Bismillah.

Amni sekarang di SMKA Dato' Haji Hassan Haji Abu Sail (Masha Allah nama sekolah ni memang panjang), dalam program TMUA (Tahfiz Modul Ulul Albab) sejak tahun 2017. Dalam sistem ni, Amni berada dalam dua aliran. Aliran tahfiz dan aliran perdana.

Aliran tahfiz akan bermula jam 7.00 hingga 9.00 pagi. Aliran perdana sambung dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Aliran perdana macam sekolah menengah yang belajar subjek itu dan ini.

Aliran tahfiz lain dan istimewa sikit. Sebabnya ialah, hanya ada satu cikgu sahaja yang akan uruskan budak-budak tahfiz dalam kumpulan-kumpulan kecil (12-15 orang). Kumpulan-kumpulan ni di panggil halaqah.

Halaqah Amni dijaga oleh Ustazah Siti Aishah binti Ismail. Ustazah ini jugalah yang memperkenalkan Amni dengan ilmu hafazan Al-Quran, menjaga, memantau, buat laporan atas semua prestasi dan kelakuan anak-anak halaqah. Insha Allah, Ustazah inilah juga yang akan follow perkembangan hafazan Amni dan kawan-kawannya sampai Tingkatan 5 kelak.

Ustazah Aishah, comel je orangnya, lembut ja tutur katanya. Dua tiga kali juga bertentang mata selebihnya melalui Whatsapp. Paling comel kalau dia denda anak-anak halaqah sebab tasmik tak lepas atau murojaah terlambat ke, mesti dia post kat Whatsapp group. Amni pernah kena denda sekali. Haha.

 Majlis Hari Raya Aidilfitri 2017

Masa ni baru perasan, heiii ustazah pregnant ya. Ingat bujang lagi.

Dari Amni stress-nak-menyesuaikan diri sampailah dah okay leh adapt dengan kondisi TMUA. Peperiksaan demi peperiksaan. Aktiviti demi aktiviti bersilih ganti. Terakhir bersua muka dengan ustazah masa nak amik keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Panjang ustazah bercerita tentang potensi Amni. 

Bulan berganti bulan, hingga tiba ke bulan November, masa aku sibuk-sibuk plan nak wat party pack sempena birthday Amni, Amni  minta aku doakan moga baby ustazah dilahirkan sama tarikh dengan dia 20 November 2017. Yaaaaa... aku doakan Insha Allah.

Keputusan peperiksaan akhir tahun (24 November 2017), ustaz yang serahkan. Ustazah dah bercuti awal menunggu hari. Ohhhh maknanya birthdate Amni tak sama la ngan baby ustazah ðŸ˜Š.

Masuk semula persekolahan, Amni khabarkan ustazah belum naik lagi. Mungkin masih cuti bersalin. Sehinggalah pada 10 Februari 2018, kami memang dah maklum Amni ada aktiviti berkuda.  Tup tup dalam group whatsapp halaqah, ustazah upload pic aktiviti hari tu.

Assalamualaikum ustazah, Amni-makcik-alergi-ngan-gagang-telefon, dan kawan-kawan.

Untunglah ustazah upload pic kalau tak tak tau citer jadi-ke-tak-jadi aktiviti berkuda, kami ni duk la berkira-kira nak melawat ke tak makcik Amni minggu tu. Eh, ustazah dah masuk mengajar. Awal juga ustazah naik sekolah, bukan patut tiga bulan ke? Ohhh mungkin lom disahkan dalam perkhidmatan jadi layak dua bulan ja. Antara isu yang aku sembang ngan Incik Ayah masa terima pic.

Pictures ni kami terima pada 10 Februari 2018 jam 6 petang, dan pada 12 Februari 2018, petang dapat mesej dari seorang parent. Mesej tak best, sal kemalangan. Mesejnya, betul ke ustazah terlibat. Parent tersebut dapat berita dari group sebelah (sebelah sana atau sebelah sini aku tak pasti). Aku sejenis malas nak percaya perkara yang tak pasti. Jadi aku sardinkan aje berita tu.

Awal malam, keluar lagi satu mesej dari parent yang sama, katanya dari group yang lain pulak bagitau ustazah masih belum sedarkan diri. Allahuakbar, tapi aku masih tak berapa nak percaya walau pun masa tu aku dah mula memanjatkan doa moga kemalangan tu biasa-biasa. Patah tangan ke patah kaki ke. Luka ke. Yang biasa-biasa.

Malam lagi, baru dapat mesej yang lebih meyakinkan. Ya, kondisi kritikal dan masa tu air mata aku dah menitik-nitik. Aku rasa sebak dan sedih sangat. Aku plan da nak qiam, wat solat hajat dan baca Yaasin moga segala-galanya baik sejahtera. Jam 4.30 pagi dapat mesej copy paste dari suami ustazah, bahawa ustazah Aishah telah pun pergi bertemu Ilahi jam 1210 pagi pada 13 Februari 2018. Allahuakbar, Allahuakbar. Terus menerus air mata aku menitik, sedekahkan Alfatihah dan tiba-tiba rasa sebu.

Aku fikirkan Amni dan anak-anak halaqah ustazah. Bagaimana agaknya emosi budak-budak ni. Asal ingat mesti aku menangis. Dan macam biasa Amni, masih tak call tak bagitau apa-apa. Biarlah, tapi aku asyik terfikir-fikir macam manalah... macam manalah. Mujur minggu tu tak panjang sebab cuti tahun baru Cina bermula hari Khamis. Rabu petang dah kena ambil Amni balik dari asrama. 

Seperti biasa Amni call Selasa petang. Incik Ayah yang sambut dulu duk sembang sal nak datang esok jam berapa, di mana dan lepas tu baru pass pada aku. Ayat pertama dia, "Ibu tau?". Aku jawab, "Tau". "Sedihhh...", terus aku potong, "Amni balik dulu. Nanti kita cerita". Aku lencongkan ke topik lain, selesai. Letak gagang. Aku menangis. Haishhhh. Sedihnya Allahuakbar. 

Rabu petang Incik Ayah je yang amik Amni, aku ada kelas. Aku pesan, jangan tanya apa-apa, tapi kalau dia sendiri nak bagitau biarkan. Kalau dia nak menangis, biarkan. Dengar ja apa dia nak cerita. Incik Ayah angguk-angguk faham. Ikutkan Incik Ayah pun sedih, tapi sebab aku yang taip entri ni aku hanya bagitau apa yang aku rasa je lah pada ketika itu.

Sampai ke rumah, sedang Amni nga sibuk-sibuk kemas, aku tanya Ayah. Ada Amni cerita apa-apa. No, jawab suami. Lansung tak sentuh sal hal tu dan dia pun nampak okay. Tak murung, lari-lari peluk aku sambil menangis no, no, no. Aku lega, yassss Amni is Amni. Jiwa dia kental, Alhamdulillah.

Aku memang takkan tanya, sampailah masa habis dinner (aku berdua ja ngan dia di dapur), sekali lagi dia tanya. "Ibu tau?". Pastu barulah aku pung-pang-pung-pang bercerita macam mana aku tak percaya, ustazah baru je hantar pic, tak ucap terima kasih pun tau-tau dapat berita macam ni pung-pang-pung-pang.

Selebihnya aku dengar Amni bercerita.

Hari tu (12 Februari), ustazah datang macam biasa. Kami belajar cam biasa. Sampailah petang tu, kita gi library, ada kakak jumpa kita bagitau, "Anti jangan tengok gambar-gambar tu tau". Kita konpius apa kakak ni maksudkan. Kelas kami yang last sekali tau yang ustazah accident.

Dalam hati aku semacam ada perasaan, Alhamdulillah durang (pihak sekolah) concern juga sal emosi budak-budak ni. Aku agak, masa kejadian tu berlaku, satu sekolah dah gempar tapi kelas (budak-budak) bawah seliaan ustazah paling lambat tahu sal berita tu. Hati aku tersentuh.

Tapi yang buat perasaan aku lebih gembira, atau puas hati ke lega ke (tak pasti ngan perasaan sendiri) ialah sambungan kisah ni...

Pagi tu (13 Februari), ada announcement di asrama bagitau halaqah kita kena berkumpul di tempat letak kereta. Masa tu kita lom bangun pun lagi. Kawan bilik yang kejut. Kita keluar dari bilik (nak ke bilik air), dua tiga kawan halaqah dah siap tunggu kita depan bilik, terus cakap kat kita, "Anti tau tak...? Ustazah dah takde" sambil menangis, nangis. Kita mamai-mamai lagi masa tu. Siap-siap kita turun, dan kami naik tiga kereta pergi rumah ustazah (mentua arwah) di Senawang. Kami bacakan Yasiinn di sisi jenazah ustazah, kami dapat tatap wajah ustazah, dan kucup ustazah buat kali terakhir.

Waaaaa... berjuraian air mata aku, seeeedihhhh.

Amni pun sama-sama menangis ngan aku, peluk-peluk saling memberikan sokongan. T.A.K. Adegan  macam tu mungkin wujud dalam drama sinetron atau iklan hari raya. Hakikatnya? Tak macam tu. Aku je yang sedih namatey, Amni penuh ketenangan, setenang air di kali. Setitis pun air mata dia tak keluar. Kental makcik ni Allahuakbar, sampai aku tanya dia, "Amni ada nangis tak?". "Adalah... Awal-awal tu". Fuhhh lega. Tandanya lacrimal gland dia masih berfungsi dengan baik.

Yang pergi, tetap akan pergi. Biasanya yang ditinggalkan lebih beremosi. Contohnya aku. Sekadar parent ja, berurusan dengan ustazah tak sampai 2 jam pun (Lebih kurang). Dua ke tiga hari jugalah beremosi. Cer bayangkan emosi budak-budak halaqah ni. Dan yang pergi ni ialah seorang hafizah, Penghafaz Al-Quran yang mengajar anak-anak ni menghafaz Al-Quran. Boleh bayangkan tak betapa tenangnya ustazah di alam sana, InshaAllah.

Aku rasa yang aku sedih sangat-sangat tu, sebenarnya lebih kepada memikirkan Amni dan anak-anak halaqah. Tapi pada masa tu aku pun konpius, pesal kalau aku terkenang je sal ustazah aku rasa sebak dan menangis bukan sekadar sebak ja kau tau. Aku sampai terfikir nak bawa Amni ziarah kubur ustazah, tuk kali terakhir walau pun tak dapat melihat ustazahnya wat kali terakhir.

Alhamdulillah pihak sekolah lebih prihatin. Tak sangka pulak pihak sekolah bawa anak-anak halaqah bertemu ustazah, dapatlah anak-anak halaqah sedekahkan Yasiin di sisi jenazah dan dapat kucup ustazah mereka wat kali terakhir.  Kalau nak ikut sangat SOP, memang tak dapatlah anak-anak ni keluar sekolah. Mana nak amik kebenaran ibubapa dan macam-macam tok nenek lagi. Allahuakbar, terima kasih.

Inilah jiwa pendidik. Kadang-kadang tindakan mereka out-of-scope. Tapi niat mereka semuanya baik-baik. Prihatin, ada sifat simpati, empati, dan macam-macam lagi sifat mahmudah dalam jiwa mereka. Ya, aku juga seorang pendidik tapi aku memang betul-betul tak faham kalau ada orang mempertikaikan tindakan cikgu yang begitu dan begini walhal sah-sah untuk kebaikan anak didik sendiri.

Ya, mungkin ada sebahagian kecil pendidik yang born to be a chef or born to be a prime minister, tapi tiba-tiba TERjadi pendidik; percaya jumlahnya amat sedikit. Selebihnya, yang ramai tu, raaaaaaamaiiiii adalah pendidik yang benar-benar mengambil berat hal ehwal anak didiknya. Kalau boleh nak tahu semua, makan apa pagi tadi, adik beradik berapa, mak kerja apa, ayah kerja apa, duduk mana, hobi apa, hujung minggu buat apa... nak tahu serba serbi macam makcik bawang, macam stalker pun ada. Sebabnya nak cuba memahami setiap satu anak didik. Nak mendidik ngan penuh kasih sayang, nak didik manusia jadi manusia. Tak jadi millionaire takpe, janji jadi manusia yang memegang agamanya dan boleh berdikari!

Buat Ustazah Aishah, terima kasih kerna mendidik anak-anak kami, terutamanya, Nur Amni Dayini. Walaupun ustazah dah tiada untuk mendengarnya, tetap saya nak ucap terima kasih banyak-banyak. Jasa ustazah, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya dengan infiniti ketenangan dan kedamaian. Selagi Al Quran ada dalam hati anak-anak kami, selagi itulah bekalan mengalir tak putus-putus buat ustazah di alam sana. Insha Allah, Insha Allah. Al-Fatihah untuk Ustazah Siti Aishah binti Ismail.

Alhamdulillah, selesai entri kenangan buat tatapan Amni dan kami sekeluarga kelak.

"All we have to decide is what to do with the time that is given to us. Use it wisely. The same time will not come twice" ~ anynomous

Tuesday, 6 March 2018

Kakak Amni dan Kipas Ajaib serta sedikit HalEhwal Keibubapaan

Salam dari Senaling,

Minggu lepas empat ke lima kali Kakak Amni call. Ini rare. Biasanya makcik ni jarang call. Dulu jadi satu isu jugalah. Tapi sekarang kami dah imun. Dia tak call, maknanya dia sihat sejahtera  dan baik-baik sahaja. Alhamdulillah. Tapi bila dia call, tiga hari berturut-turut tandanya tak okay la kan?

Makcik tu dilanda kerisauan dan dihantui rasa bersalah sebab dia telah 'merosakkan' kipas kelas katanya dalam telefon. Cara dia describe macam kipas tu dah jahanam. Ikut aku, jom ahhh gantikan ja yang baru. Ikut Incik Ayah yang punya kemahiran teknikal yang tinggi, jawabnya kita tengok dulu.

Mari tengok-tengok apa yang makcik ni dah buat dengan kipas ajaib tersebut.

Masalah kecil je ni. Tuk Incik Ayah lah. Tuk aku... Hohohohoiiiii what is the ...?

Peralatan yang aku nampak beliau guna ialah cable tie, ada skru sikit, dan pemutar skru. Macam tu aje. Aku memilih tuk malas nak amik tahu. Kalau aku menyibuk tersilap gaya, aku akan kena warning.

Baik aku kelebet barang makcik ni dalam kelas, sambil komplen macam-macam sebab serabut kot kelas bersepah barang atas meja. Teringin betul aku nak make over kelas makcik ni. Cat semua warna putih. Meja lapik warna putih (kertas putih yang tersohor ialah kertas mahjung). Murah dan besar pulak tu! Langsir tukar warna putih. Serba serbi putih amek kau. Mesti nampak besar dan saujana mata memandang. 

Tapi teringin je lah. Action tiada. Sedangkan kelas kembar yang jarak sekolah ngan rumah tak sampai 3km pun kami tak buat apa-apa. Inikan pula sekolah Amni nun jauh di Pedas. Eh, Pedas ke Kuala Pilah bagi aku jauh. Huhu

Tapi itulah, keinginan nak menceriakan kelas kembar ni memang ada (ingat aku main-main? heh). Bayangkan kembar lain-lain kelas, jenuhlah pulak nak menceriakan dua kelas yang berbeda. Dulu Incik Ayah pernah menceriakan kelas Amni bersama-sama dengan beberapa keluarga yang lain, tahun 2016.

Kesimpulan, tunggu kembar satu kelas lah, kan?

Selesai semua, aku suruh Amni say thank you dan hug Ayah. Anak perempuan bila dah besar, dia ngan ayahnya macam ada gap sikit. Jadi perlu disedarkan walaupun untuk say thank you (she definitely will say thank you) dan hug (yaaa this part is a bit hard, i am a witness of that awkward moment).

Ikut-ikutkan aku sebenarnya menyesal tuk banyak juga perkara bila melibatkan isu parenting. Bila tengok momen-momen InstaFamous aku terasa, kenapa dulu aku tak buat macam ni ngan anak-anak? Aku patut layan anak-anak macam ni dulu. Patut main dengan anak-anak macam ni. Ehhhhh maciam-maciam lah. Lantaklah kalau durang (instafamous) tu fake ke apa ke, tapi memberi kesedaran kepada aku bahawa momen bersama anak-anak tak mungkin berulang. N.E.V.E.R

Aku selalu rasa, kembar untung sebab selepas durang kami dah takde anak kecik. Perhatian memang untuk kembar. Amni ialah seperti anak sulung yang lain (kot), once ada adik mula kena marah, mula kurang diberi perhatian.

Masa kecik Amni tak boleh diulang. Walau pun begitu aku masih bersyukur sebab Amni dapat adik bila usianya 4 tahun. 4 tahun solid tuk dia seorang dan zaman dia kecil smartphone  masih belum berkembang. Online Social Media pun kami (sebagai ibubapa) lambat nak join Alhamdulillah. Bila aku tulis ni, aku tersedar yang sebenarnya Amni masih untung, lebih beruntung sebab tak bersaing ngan benda! Haha

Yasss... 

Anak-anak kami sedang membesar, dan aku akan apply any parenting skills yang termampu aku apply. Its never too late to start over again and again. Aku tak nak menyesal apa-apa pada masa akan datang. Aku rasa semua parent rasa begitu. Paling penting ialah usaha ke arah yang lebih baik, selebihnya bertawakal.

Moga DIA bantu, DIA tolong, DIA lindungi kita semua. Aamiiin.

Monday, 5 March 2018

Larian Zaaba 2018

Salam dari Senaling,

Hujung minggu lepas kembar join  Larian Zaaba 2018. Selama empat tahun menetap di Pilah, inilah pertama kali aku dengar sal Larian Zaaba. Gah sebab peringkat kebangsaan melibatkan pelari antarabangsa lagi tu. Bagi aku larian ini membuka peluang kepada para pelajar untuk up markah kokurikulum. Terutamanya para pelajar Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5, Pra Universiti dan tak lupa tuk government servant sekitar Pilah khususnya. Alhamdulillah sijil Larian Zaaba tu membantu tuk macam-macam Insha Allah.

Bayangkan, penglibatan kebangsaan hanya tuk menyampaikan diri dari mula hingga garisan penamat sejauh 4km, 6km, 10km atau 16km (ikut kategori) adalah sangat awesome. Tiada cutoff time. Nak berjalan, mengensot, menyiput pun tadahal. Melainkan kalau nak markah pencapaian kebangsaan bolehlah lari pecut di permulaan. Tapi naluri keibuan aku kata, takyahlah pecut sangat, macam tak berbaloi kalau luka tertonggeng ke hapa ke. Peserta ramai keseluruhan hampir 10k. Kau rasa ngeri ke tak ngeri tengok budak-budak la terutamanya berlari bersepah macam tu?

Apapun tahniah kepada warga kerja SSN Zaaba Negeri Sembilan! Aku salute dengan usaha macam ni. Ingat senang nak wat penganjuran peringkat kebangsaan? Kejang abdomen nak wat itu-ini-macam-macam. Aku tahu sebab aku pernah diberikan peluang melibatkan diri dalam penganjuran SIPMA 2013. Peringkat Kebangsaan ya macam-macam hal mula dari hari pertama menjejakkan kaki di tempat kejadian. I feel you, no worries.

Tujuan Larian Zaaba ni diadakan untuk mengumpul dana bagi menaiktaraf infrastuktur sekolah. Dan infrastruktur sekolah ni pun memang dipakai oleh kebanyakan institusi pengajian bawah KPM terutamanya sekitar Pilah. Sekolah kembar tak terkecuali. Almaklum sekolah tanpa padang, kelebihan bila acara sukan dibuat di sini ialah kembar berlari di trek larian yang memenuhi piawaian.

Kembar excited ya amat nak masuk larian 4km.

Disebabkan kembar masuk larian ni, maka terlebih emosi pulak aku nak komplen macam-macam berkenaan penganjurannya. Di hari kejadian je lah. Tapi bila dah masuk hari kesembilan ni, emosi lebih stabil. Hehe. Besar hikmah bila sibuk buat photobook weekend berkenaan. Sampai tiga photobook aku pulun. Kalau aku berblog, besar harapan aku nampak dungu dan kelihatan kurang bijak melontarkan buah fikiran acececehhh.

Masa pengetua Zaaba bagi ucapan pembukaan pun, awal-awal beliau dah mention sal kekurangan itu ini akan diperbaiki pada masa hadapan. Insha Allah akan diperbaiki. 

Kami (aku dan Incik Ayah) jadi ghost runner tuk kembar 4km sebab tahla rasa insecure ja budak halus-halus ni nak masuk larian melibatkan ribuan orang. Sepanjang larian aku perhatikan ramai juga ghost runner  yang join sama sambil-sambil jaga budak-budak ni berlari. Fahamlah budak-budak lari macam mana. Mana fikir keselamatan, tahu seronok, tahu nak laju, nak menang... Nama pun budak-budak kan.

Larian bermula dengan kategori terbuka. 

Route dah la turun naik bukit. Naik bukit aku tak risau, masing-masing slow. Kalau ada pun budak-budak yang nak pecut, gasaklah. Laju mana pun kau boleh pergi. Tapi turun bukit aku risau. Dibantainya berlari, lom masuk lagi yang main-main, tolak-tolak, nak lompat longkang tak berapa nak siap (sebab nak cepat nak potong ramai orang kununnya), tali kasut panjang berjela-jela terungkai tak diikat (masa berlari). Haishhh... Seriau tau tak. Mana yang boleh aku tegur, aku tegur. Ada gak budak-budak ni pandang aku atas bawah tak puas hati ingat aku budak darjah 6 lettew. Ya Rabb inilah ujian bila nampak 'muda'. Kohkoh.

Yang aku risau pada pernyataan di atas, semuanya tentang anak-anak orang. Kembar, Alhamdulillah dah diberi amaran awal seminggu-ulang-ulang. Plus Incik Ayah ada iring sama-sama sepanjang larian 4km. Sungguh perangai kami guru-guru Malaysia aku ni rupanya.

Pada masa akan datang, mungkin penyertaan boleh dihadkan kepada pelajar-pelajar yang kritikal perlukan markah penglibatan ko-kurikulum macam pelajar tingkatan 3, 5 atau Pra-U 6 Atas. Sekolah rendah galakkan je lah yang Darjah 6 masuk. Lain-lain darjah tu nanti-nantilah. Insha Allah ada rezeki Larian Zaaba akan diadakan setiap tahun.

Kategori A. Kembar dalam kategori ni. Punya ramai.

Yang ni baru di luar pagar sekolah. Yang di dalam? 

Tak sebenarnya aku nak cakap, penyertaan patut dihadkan pada satu jumlah yang lebih realistik bersesuaian dengan infrastruktur dan keadaan. Tu jelah. Anyway tahniah warga Sekolah Sukan Negeri Zaa'ba dan terima kasih banyak-banyak.

Majulah sukan untuk kembar dan kita semua. Bye!