Aku amik masa yang lama tuk update entri khas ni. Supaya emosi aku lebih stabil. Bismillah.
Amni sekarang di SMKA Dato' Haji Hassan Haji Abu Sail (Masha Allah nama sekolah ni memang panjang), dalam program TMUA (Tahfiz Modul Ulul Albab) sejak tahun 2017. Dalam sistem ni, Amni berada dalam dua aliran. Aliran tahfiz dan aliran perdana.
Aliran tahfiz akan bermula jam 7.00 hingga 9.00 pagi. Aliran perdana sambung dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Aliran perdana macam sekolah menengah yang belajar subjek itu dan ini.
Aliran tahfiz lain dan istimewa sikit. Sebabnya ialah, hanya ada satu cikgu sahaja yang akan uruskan budak-budak tahfiz dalam kumpulan-kumpulan kecil (12-15 orang). Kumpulan-kumpulan ni di panggil halaqah.
Halaqah Amni dijaga oleh Ustazah Siti Aishah binti Ismail. Ustazah ini jugalah yang memperkenalkan Amni dengan ilmu hafazan Al-Quran, menjaga, memantau, buat laporan atas semua prestasi dan kelakuan anak-anak halaqah. Insha Allah, Ustazah inilah juga yang akan follow perkembangan hafazan Amni dan kawan-kawannya sampai Tingkatan 5 kelak.
Ustazah Aishah, comel je orangnya, lembut ja tutur katanya. Dua tiga kali juga bertentang mata selebihnya melalui Whatsapp. Paling comel kalau dia denda anak-anak halaqah sebab tasmik tak lepas atau murojaah terlambat ke, mesti dia post kat Whatsapp group. Amni pernah kena denda sekali. Haha.
Majlis Hari Raya Aidilfitri 2017
Masa ni baru perasan, heiii ustazah pregnant ya. Ingat bujang lagi.
Dari Amni stress-nak-menyesuaikan diri sampailah dah okay leh adapt dengan kondisi TMUA. Peperiksaan demi peperiksaan. Aktiviti demi aktiviti bersilih ganti. Terakhir bersua muka dengan ustazah masa nak amik keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Panjang ustazah bercerita tentang potensi Amni.
Bulan berganti bulan, hingga tiba ke bulan November, masa aku sibuk-sibuk plan nak wat party pack sempena birthday Amni, Amni minta aku doakan moga baby ustazah dilahirkan sama tarikh dengan dia 20 November 2017. Yaaaaa... aku doakan Insha Allah.
Keputusan peperiksaan akhir tahun (24 November 2017), ustaz yang serahkan. Ustazah dah bercuti awal menunggu hari. Ohhhh maknanya birthdate Amni tak sama la ngan baby ustazah 😊.
Masuk semula persekolahan, Amni khabarkan ustazah belum naik lagi. Mungkin masih cuti bersalin. Sehinggalah pada 10 Februari 2018, kami memang dah maklum Amni ada aktiviti berkuda. Tup tup dalam group whatsapp halaqah, ustazah upload pic aktiviti hari tu.
Assalamualaikum ustazah, Amni-makcik-alergi-ngan-gagang-telefon, dan kawan-kawan.
Untunglah ustazah upload pic kalau tak tak tau citer jadi-ke-tak-jadi aktiviti berkuda, kami ni duk la berkira-kira nak melawat ke tak makcik Amni minggu tu. Eh, ustazah dah masuk mengajar. Awal juga ustazah naik sekolah, bukan patut tiga bulan ke? Ohhh mungkin lom disahkan dalam perkhidmatan jadi layak dua bulan ja. Antara isu yang aku sembang ngan Incik Ayah masa terima pic.
Pictures ni kami terima pada 10 Februari 2018 jam 6 petang, dan pada 12 Februari 2018, petang dapat mesej dari seorang parent. Mesej tak best, sal kemalangan. Mesejnya, betul ke ustazah terlibat. Parent tersebut dapat berita dari group sebelah (sebelah sana atau sebelah sini aku tak pasti). Aku sejenis malas nak percaya perkara yang tak pasti. Jadi aku sardinkan aje berita tu.
Awal malam, keluar lagi satu mesej dari parent yang sama, katanya dari group yang lain pulak bagitau ustazah masih belum sedarkan diri. Allahuakbar, tapi aku masih tak berapa nak percaya walau pun masa tu aku dah mula memanjatkan doa moga kemalangan tu biasa-biasa. Patah tangan ke patah kaki ke. Luka ke. Yang biasa-biasa.

Malam lagi, baru dapat mesej yang lebih meyakinkan. Ya, kondisi kritikal dan masa tu air mata aku dah menitik-nitik. Aku rasa sebak dan sedih sangat. Aku plan da nak qiam, wat solat hajat dan baca Yaasin moga segala-galanya baik sejahtera. Jam 4.30 pagi dapat mesej copy paste dari suami ustazah, bahawa ustazah Aishah telah pun pergi bertemu Ilahi jam 1210 pagi pada 13 Februari 2018. Allahuakbar, Allahuakbar. Terus menerus air mata aku menitik, sedekahkan Alfatihah dan tiba-tiba rasa sebu.
Aku fikirkan Amni dan anak-anak halaqah ustazah. Bagaimana agaknya emosi budak-budak ni. Asal ingat mesti aku menangis. Dan macam biasa Amni, masih tak call tak bagitau apa-apa. Biarlah, tapi aku asyik terfikir-fikir macam manalah... macam manalah. Mujur minggu tu tak panjang sebab cuti tahun baru Cina bermula hari Khamis. Rabu petang dah kena ambil Amni balik dari asrama.
Seperti biasa Amni call Selasa petang. Incik Ayah yang sambut dulu duk sembang sal nak datang esok jam berapa, di mana dan lepas tu baru pass pada aku. Ayat pertama dia, "Ibu tau?". Aku jawab, "Tau". "Sedihhh...", terus aku potong, "Amni balik dulu. Nanti kita cerita". Aku lencongkan ke topik lain, selesai. Letak gagang. Aku menangis. Haishhhh. Sedihnya Allahuakbar.
Rabu petang Incik Ayah je yang amik Amni, aku ada kelas. Aku pesan, jangan tanya apa-apa, tapi kalau dia sendiri nak bagitau biarkan. Kalau dia nak menangis, biarkan. Dengar ja apa dia nak cerita. Incik Ayah angguk-angguk faham. Ikutkan Incik Ayah pun sedih, tapi sebab aku yang taip entri ni aku hanya bagitau apa yang aku rasa je lah pada ketika itu.
Sampai ke rumah, sedang Amni nga sibuk-sibuk kemas, aku tanya Ayah. Ada Amni cerita apa-apa. No, jawab suami. Lansung tak sentuh sal hal tu dan dia pun nampak okay. Tak murung, lari-lari peluk aku sambil menangis no, no, no. Aku lega, yassss Amni is Amni. Jiwa dia kental, Alhamdulillah.
Aku memang takkan tanya, sampailah masa habis dinner (aku berdua ja ngan dia di dapur), sekali lagi dia tanya. "Ibu tau?". Pastu barulah aku pung-pang-pung-pang bercerita macam mana aku tak percaya, ustazah baru je hantar pic, tak ucap terima kasih pun tau-tau dapat berita macam ni pung-pang-pung-pang.
Selebihnya aku dengar Amni bercerita.
Hari tu (12 Februari), ustazah datang macam biasa. Kami belajar cam biasa. Sampailah petang tu, kita gi library, ada kakak jumpa kita bagitau, "Anti jangan tengok gambar-gambar tu tau". Kita konpius apa kakak ni maksudkan. Kelas kami yang last sekali tau yang ustazah accident.
Dalam hati aku semacam ada perasaan, Alhamdulillah durang (pihak sekolah) concern juga sal emosi budak-budak ni. Aku agak, masa kejadian tu berlaku, satu sekolah dah gempar tapi kelas (budak-budak) bawah seliaan ustazah paling lambat tahu sal berita tu. Hati aku tersentuh.
Tapi yang buat perasaan aku lebih gembira, atau puas hati ke lega ke (tak pasti ngan perasaan sendiri) ialah sambungan kisah ni...
Pagi tu (13 Februari), ada announcement di asrama bagitau halaqah kita kena berkumpul di tempat letak kereta. Masa tu kita lom bangun pun lagi. Kawan bilik yang kejut. Kita keluar dari bilik (nak ke bilik air), dua tiga kawan halaqah dah siap tunggu kita depan bilik, terus cakap kat kita, "Anti tau tak...? Ustazah dah takde" sambil menangis, nangis. Kita mamai-mamai lagi masa tu. Siap-siap kita turun, dan kami naik tiga kereta pergi rumah ustazah (mentua arwah) di Senawang. Kami bacakan Yasiinn di sisi jenazah ustazah, kami dapat tatap wajah ustazah, dan kucup ustazah buat kali terakhir.
Waaaaa... berjuraian air mata aku, seeeedihhhh.
Amni pun sama-sama menangis ngan aku, peluk-peluk saling memberikan sokongan. T.A.K. Adegan macam tu mungkin wujud dalam drama sinetron atau iklan hari raya. Hakikatnya? Tak macam tu. Aku je yang sedih namatey, Amni penuh ketenangan, setenang air di kali. Setitis pun air mata dia tak keluar. Kental makcik ni Allahuakbar, sampai aku tanya dia, "Amni ada nangis tak?". "Adalah... Awal-awal tu". Fuhhh lega. Tandanya lacrimal gland dia masih berfungsi dengan baik.

Yang pergi, tetap akan pergi. Biasanya yang ditinggalkan lebih beremosi. Contohnya aku. Sekadar parent ja, berurusan dengan ustazah tak sampai 2 jam pun (Lebih kurang). Dua ke tiga hari jugalah beremosi. Cer bayangkan emosi budak-budak halaqah ni. Dan yang pergi ni ialah seorang hafizah, Penghafaz Al-Quran yang mengajar anak-anak ni menghafaz Al-Quran. Boleh bayangkan tak betapa tenangnya ustazah di alam sana, InshaAllah.
Aku rasa yang aku sedih sangat-sangat tu, sebenarnya lebih kepada memikirkan Amni dan anak-anak halaqah. Tapi pada masa tu aku pun konpius, pesal kalau aku terkenang je sal ustazah aku rasa sebak dan menangis bukan sekadar sebak ja kau tau. Aku sampai terfikir nak bawa Amni ziarah kubur ustazah, tuk kali terakhir walau pun tak dapat melihat ustazahnya wat kali terakhir.
Alhamdulillah pihak sekolah lebih prihatin. Tak sangka pulak pihak sekolah bawa anak-anak halaqah bertemu ustazah, dapatlah anak-anak halaqah sedekahkan Yasiin di sisi jenazah dan dapat kucup ustazah mereka wat kali terakhir. Kalau nak ikut sangat SOP, memang tak dapatlah anak-anak ni keluar sekolah. Mana nak amik kebenaran ibubapa dan macam-macam tok nenek lagi. Allahuakbar, terima kasih.
Inilah jiwa pendidik. Kadang-kadang tindakan mereka out-of-scope. Tapi niat mereka semuanya baik-baik. Prihatin, ada sifat simpati, empati, dan macam-macam lagi sifat mahmudah dalam jiwa mereka. Ya, aku juga seorang pendidik tapi aku memang betul-betul tak faham kalau ada orang mempertikaikan tindakan cikgu yang begitu dan begini walhal sah-sah untuk kebaikan anak didik sendiri.
Ya, mungkin ada sebahagian kecil pendidik yang born to be a chef or born to be a prime minister, tapi tiba-tiba TERjadi pendidik; percaya jumlahnya amat sedikit. Selebihnya, yang ramai tu, raaaaaaamaiiiii adalah pendidik yang benar-benar mengambil berat hal ehwal anak didiknya. Kalau boleh nak tahu semua, makan apa pagi tadi, adik beradik berapa, mak kerja apa, ayah kerja apa, duduk mana, hobi apa, hujung minggu buat apa... nak tahu serba serbi macam makcik bawang, macam stalker pun ada. Sebabnya nak cuba memahami setiap satu anak didik. Nak mendidik ngan penuh kasih sayang, nak didik manusia jadi manusia. Tak jadi millionaire takpe, janji jadi manusia yang memegang agamanya dan boleh berdikari!
Buat Ustazah Aishah, terima kasih kerna mendidik anak-anak kami, terutamanya, Nur Amni Dayini. Walaupun ustazah dah tiada untuk mendengarnya, tetap saya nak ucap terima kasih banyak-banyak. Jasa ustazah, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya dengan infiniti ketenangan dan kedamaian. Selagi Al Quran ada dalam hati anak-anak kami, selagi itulah bekalan mengalir tak putus-putus buat ustazah di alam sana. Insha Allah, Insha Allah. Al-Fatihah untuk Ustazah Siti Aishah binti Ismail.
Alhamdulillah, selesai entri kenangan buat tatapan Amni dan kami sekeluarga kelak.
"All we have to decide is what to do with the time that is given to us. Use it wisely. The same time will not come twice" ~ anynomous

No comments:
Post a Comment