7 Syawal aku da update di blog sana. 14 Syawal aku update lagi di blog sini. Aku dah rajin, Alhamdulillah 😁. Berbanding Syawal 1438H, tahun ni kurang photoshoot. Mungkin sebab aku cuba apply minimalis. Mungkinkah? Ehmmmm...
Atau mungkin... atau mungkin...
...sebab pagi 1 Syawal turn rumah aku. Jadi keterujaan si photographer berkurang?
Tahun ni giliran tiga famili level atas. Along, Angah (aku lettew) dan Kamal beraya di rumah mak. Adik dan famili Baa tak kira, setiap tahun memang raya rumah mak je. Terkurang dua keluarga, Ida dan Yah.
Satu-satunya gambar adik beradik dengan mak. Lepas kejayaan ini, kecoh anak-anak saudara nak interframe.
Famili Along. Naqib, Along Gee, Abang Izal, Nawal, Nazhif, Najdan dan Kak Yang Syifa'.
Famili Kamal yang pilih warna tema tahun ini. Tipah (bukan nama sebenar), Ahdiya, Ahnaf, Abqari dan Kamal.
Bersama baby Ahdiya, family member paling muda. Bulan depan yang lebih muda akan muncul. Tunggggguuuuu...
Famili Baa, Asmaa, Saddam Hossein, dan Aisy
Mak dan satu-satunya adik yang available.
Raya kedua, baru dapat bergambar dengan famili di Hujung Rintis.
Alhamdulillah, kukuh sungguh titi ini.
Yang aku perasan, untuk gambar ramai-ramai, sungguh beruntung siapa yang duduk di saf paling hadapan, Jelas kelihatan raut wajahnya yang suci.
Raya ketiga berkumpul di rumah mentua Along di Changkat Lada. Kat sini dapatlah jumpa Yah dan Ida. Terkurang famili Kamal dan Baa pulak.
Ida, mak dan Wak Lan. Masih berdua. Insha Allah ada rezeki tahun hadapan.
Yah dan famili. Yah, mak, Afeeq, Aisyah dan Faqeeh. AidilAdha nanti tambah seorang lagi.
Adik beradik top up raya pertama, maka lengkaplah kami bertujuh dengan sedikit pen'duplicate'an.
Tu aje, meriah gambar raya dengan famili aku je ni. Tu pun sebab Along memang suka photoshoot. Aku sebagai pemangkin, sebab photographer dalam famili aku. Hehe.
No comments:
Post a Comment