Sunday, 30 July 2017

Salam Aidilifitri 1438H

Salam dari Senaling. Salam 7 Zulkaedah.

Entri Syawal tapi buat dalam bulan Zulkaedah. Macam tak biasa pulak kan? Kehkeh.

Team purple pada raya kali ini. Raya pertama di rumah sebelah Incik Ayah, Hujung Rintis, Perak.

Kejadian yang jarang-jarang berlaku, bawa fon gi masjid. Biasanya aku tinggal fon kat rumah. Tahun ni bawa merata. Sebab nak wat photobook, dan nak update Insta wat kenangan.

Berkat bawa fon merata. Orang dengar khutbah, dia tidur 😜

Pemandangan di awal pagi raya. Nak masuk tengahari nanti sesak padat penuh atas meja sebab style sini tukar-tukar juadah. Kalau di rumah mak aku di Batu 6, Teluk Intan, sendu statik je jenis lauk pauk atas meja makan.

Raya kali ni, rajin pulak Incik Ayah setting photoshoot session. Untung besar kalau beliau rajin 😀

 Rumah abang ipar (Abang Dol) memang rumah yang selalu kami lepak kalau balik Hujung Rintis.

Rumah Mokde Rom, kakak ipar paling senior.

 Di rumah pusaka ni, kakak ipar (Kak Tipah) menetap selepas pemergian ibu dan ayah mertua(yang tak pernah ku temui).

Beraya dengan kakak ipar paling muda (Kak Umi) di rumah Abang Dol sebab kak ipar yang ini pun perantau, sama macam kami.

 Raya kedua outfit. Nak balik rumah mak di Batu 6. 

Di rumah mak, kami tak ke mana-mana pun sebab adik beradik mak datang wat serbuan muhibbah. Agenda yang sama saban tahun.

Photoshoot mana yang dapat. Nak kumpul semua tak lalu.

Raya ketiga baru dapat bergerak keluar.

 Napiah's clan. Semua ada kecuali famili Arba'atun.

Raya keempat, ke Bota la kita. Jumpa Abang Unos dan famili. Makan laksa yeay.


Raya kelima, kami bergerak keluar dari kampung halaman. Singgah rumah kawan seofis di Sabak Bernam (tapi kawan seofis tak diajak bergambar pun hehe) Koleksi jam tu yang rare.

Ni penting, rumah nenek di Sekinchan Selangor. Nenek pemalu tak macam cucu dia. Ni keluarga Abang Anjah, sepupu aku. Biasanya kami akan singgah rumah sepupu di Jalan Kebun, Klang. Tapi dah jumpa kat sini, makanya... yeay 

Dari rumah nenek kami lajak ke Kg Abu Bakar Baginda, rumah Cuman (adik mak paling bongsu). Agenda photoshoot ni memang feveret dia. Tu yang kemain posing camtu. Siap pakai baju kemeja walau pun jam 10.00 malam. Hehe. Yang sebenarnya baru balik dari kerja. 

Dari rumah Cuman, kami  ke rumah Acik di Banting. Tidur di sini. Dalam banyak-banyak rumah makcik pakcik, aku paling selesa tidur di sini. Dari zaman dahulu pun memang kat sini lah tempat nak lelap. Agenda statik. 

Bila tidur rumah Acik senang nak roger-roger kawan-kawan lama dari Matrikulasi Selangor. Haaaaa nampak tak agenda tersembunyi di situ. Tahun ni rezeki dapat gi rumah Kak Aziah ja. Yang lain-lain sakan beraya tak balik lagi dari kampung.

Dan last sekali sebelum gerak ke Pilah, singgah rumah Andak di Teluk Panglima Garang. Sekian cerita pada raya keenam. Sebenarnya aku ada juga singgah di rumah Mak Ngah dan Makcik (yang babysit Amni, Amin, Iman kecik-kecik dulu) di Puchong, tah pesal malas lak Incik Suami nak set photoshoot. Aku syak kami kepenatan. Hehe. 

Raya kelapan, sebelum hantar Amni ke asrama di Pedas, sempat woooo raya rumah BFF ni. Kemain beliau memasak, tak putus-putus promote periuk Noxxa.

Last gi open house ex student KMS di Sendayan (pakai baju blue black nama dia Arif). Sekali jumpa pulak puak-puak ni. Rezeki. Paling best aku masih ingat nama durang. Atikah, Mirul dan Kecik. Tiba-tiba aku rasa sel-sel otakku berhubung dengan baik. Alhamdulillah.

Mula kerja, memang tak ke mana sangat la. Sekadar berlegar di sekitar Pilah ja memenuhi jemputan open house selain berkunjung rumah jiran tetangga.

Dan...

... selepas pengajaran demi pengajaran yang aku dapat dari Aidilifitri dua tahun lalu, aku kira tahun ni okay. Ehmmmm... tak juga. Kali ni aku terpilih untuk tersalah makan. Dah tahu lama, diri ini memang taleh makan makanan yang 'berangin', dan taleh banyak sangat amik makanan yang leh trigger resdung. Tapi pabila sepanjang Ramadhan lansung ta wujud sumer penyakit tu, diri ini mudah lupa.

Raya kedua kat umah mak perghhh sedap makan terung bakar, dan amik dua biji petai cicah sambal belacan. Dua jam selepas, mula da terbelahak sampai rasa nak muntah. Bukan rasa, tapi memang dah muntah pon. Habis sumer makanan tengahari aku muntahkan. Time muntah leh pulak fikir, kuranglah berat aku raya-raya ni. Ada ke? Obses teruk nak maintain berat aku ni rupanya.

Alhamdulillah tak berlarutan. Malam dah okay tapi mula berjaga-jaga dan berpada-pada.

Raya kali ni, banyak pulak rumah yang dikunjungi hidangkan laksa. Ada empat biji rumah semuanya dalam satu hari. Aku cuma tak makan di satu rumah ja. Selainnya bedal. Kesudahannya, gatal habis mata, hidung, tekak, muka. Balik Senaling pun masih rasa-rasa kegatalan itu. Huhuhu

Apa-apa pun tahniah dan terima kasih banyak-banyak pada kakak dan kembar yang sporting habis melayan ibu dan ayah mengeratkan silaturrahim ke sana ke mari.

Sakan kami beraya tahun ni, Alhamdulillah Alhamdulillah. Seperkara aku belajar, nak berkunjung rumah saudara mara dan sahabat handai, tak payah nak tunggu raya kot. Tak terkejar kalau nak jumpa time raya ja. Moga dipanjangkan usia, diberikan kesihatan kekuatan dan perlindungan untuk kita semua bagi memeriahkan Aidilfitri 1439H. Insha Allah.

Tak sabar pulak nak Aidilada. Excited part takbir tiga hari tu. 😊 Bye!

No comments:

Post a Comment