Saturday, 21 July 2018

Balik Kampung ~ Kakak Anis Tunang

Salam dari Senaling,

Mula diberitahu khabar anak saudara Incik Ayah bertunang di kampung (Hujung Rintis), terus putuskan tak dapat hadir. Hari Ahad. Baru ja balik kampung (berhari raya) selang seminggu. Tapi bila sampai rumah, tiba-tiba Incik Ayah berubah hati. Nak balik pulak.

Aku okay je sebab yang nak memandu itu beliau. Kami pernah buat gila lebih dari ini bila balik hari masa kenduri sepupu aku di Sabak Bernam tiga tahun lepas. Naik kereta comel pulak tu. Sekarang dah beli kereta yang lebih selesa, kenapa pula tak dapat hadirkan diri? Allah dah kurnia kenderaan yang lebih baik, maka molek sangatlah balik jenguk keluarga.

Singgah solat di masjid yang Subhanallah bersih ya hamat. Pertama kali  aku jumpa yang sangat-sangat bersih. Sangat. Aku kagum dan tahniah pada AJK masjid ni. Moga Allah merahmati kalian.

Sampai kampung Jumaat malam, terus tuju rumah kakak celebrate sempena cemerlangnya adik bongsu kami dalam peperiksaan akhir semester. 4.00 flat woooo. Tepukkkk... Selesai makan pizza, sate, mee goreng, kek baru balik rumah mak, tido. Paginya round pekan Teluk Intan mengimbau zaman dating  ngan Incik Ayah (aku menyesal bercinta buang duit buang masa) sebelum balik Hujung Rintis. Sempat pekena mi rebus tersohor di Teluk Intan. Ya, makan lagi.

Masa lambat berjalan di kampung. Sebab sambungan Internet perlahan. Jadi aku makan, tido, makan, main ketinting dengan kembar dan sapu laman sebab nak cover rasa bersalah makan banyak. Naik motor round kampung. Capture imej, update Insta dan makan, tido, naik 1 kilo.


 
Antaranya. Nikmat masa duduk di kampung dan kembar kebosanan terutamanya waktu tengahari. Bila round kampung naik motor baru ceria kembali.

Hari kejadian, hadir dengan kejayaan. Kejayaan makan bertambah-tambah. Naik 0.5 kilo. Selesai majlis masuk dapur selamba. Kemas angkut pinggan back and forth. Nak basuh tuan rumah tak kasi lak. Jadi aku buat-buat rajin tuk cover rasa bersalah sekali lagi.

Nampak tu, akak kurung hijau fokus nga cedok kari daging. Tambah nasi kali ketiga. Sebelum tu akak kurung hijau dah makan karipap dua ketul, lemper (sejenis kuih Jawa) dua ketul dan kuih bakar dua potong, je.


Tahniah anak saudara. Inshaallah, kalau dah itu jodoh hang, mak dan pak penakan serta famili hantaq hang pi Jitra tahun depan no.

Tuesday, 17 July 2018

Kejohanan Catur XiangQi Peringkat Negeri Sembilan

Salam dari Senaling,

...atau Catur Cina.

Aku pernah update cerita Amni masuk kejohanan catur Cina peringkat Daerah Rembau sekali dengan kembar wakil daerah ke Perkhemah Perdana TKRS bulan lepas di sini

Hari ni, kakak dan Iman wakil daerah masing-masing ke peringkat negeri. Ini team kakak. Wakil Daerah Rembau.

Team Iman, wakil Daerah Kuala Pilah.

Kali ni, Abang Amin tidak terpilih. Tak mengapa, Insha Allah rezeki tahun depan. Kita praktis banyak-banyak lagi prepare untuk 2019! Terima kasih Incik Ayah yang rajin attend apa-apa event yang anak-anak sertai. Moga Allah kurniakan kesihatan, kekuatan dan perlindungan untuk Incik Ayah hadir kesemua aktiviti untuk capture gambar buat kenangan.

Moga anak-anak akan ingat bahawa kami sentiasa memberikan sokongan, sedaya upaya. Ayah hadir, amik gambar, ibu amik gambar tu dan update blog. Aur dengan tebing sangat kami ni. Hehe



Keputusan semalam, kakak menang dua game. Iman pulak menang satu game, dari jumlah tiga game. Hari ni empat game lagi. Moga dapat jadi wakil Negeri. Wow... jarang aku letak harapan sampai begini jauh dalam mana-mana bidang kokurikulum. Cukup sekadar pengalaman. Cuma pagi ni terfikir, kakak tingkatan dua, Iman darjah empat. Belum ada peperiksaan penting. Jadi pergilah jauh. Ibu doakan.

Update : Kakak Amni menang tiga lagi game, total jadi lima dari tujuh game. Iman pulak, berjaya menang sekali, total jadi dua dari tujuh game.

Alhamdulillah, satu lagi kenangan dilakar 😍

Thursday, 5 July 2018

Aidilfitri 1439H : Edisi Hari Terbuka Raya Asrama Kakak Amni

Salam dari Senaling,

Sakan kami sambung beraya hujung minggu lepas. Alhamdulillah. Plan asal lain, Allah kehendaki lain. Dapat makluman dari sekolah kakak melalui whatsapps, ada Hari Terbuka Asrama, merangkap Hari Terbuka Raya. Konsep pot luck. Perancangan nak bawa nasi impit, rendang ayam. Allah kehendaki mee goreng mamak. Perancangannya 9.00 pagi keluar dari rumah.Allah kehendaki tayar golek jam 9.30 pagi 😍.

Mengimbau sangat kenangan katil asrama, tingkat atas. Tak main ah rebut-rebut katil bawah. Chills ja aku dulu bila nak masuk asrama sesi persekolah baru. Stress free. Sekarang aku turun ilmu chills tersebut dengan Amni.

 Gigih bilik Amni buat props ni. Tah ada pertandingan ke apa ke aku pun tak pasti.

Dorm mate kakak.

Depan dorm sebelah.

Berkenan dengan 3D wallpaper dorm ni

Toilet okay. Sekolah kakak Amni bawah projek toilet gemilang ke apa ke nama projek tu. Dari tahun lepas. Jadinya memang semua toilet bersih, kemas dan cantik!

Puas meronda baru pergi beraya. Konsep potluck kumpul lima bilik dalam satu bilik kuliah. Aku lebih suka dalam bilik terus, bolehlah berkenalan dengan dormmate Amni. Mungkin ada sebab-sebab lain yang hanya sekolah ja tahu.

Bukan kami yang kumpul, cuma amik kesempatan kebetulan ada sesi fotografi di belakang asrama. Perkenalkan Muslimat Tingkatan Dua Program TMUA.

Suasana Haaari Raya... Walau di tengah asrama...

Amboiiii, kaki kau Amin...

Dapatlah jumpa kakak hujung minggu lepas. Alhamdulillah.

Barulah tenang nak balik kampung minggu ni, cuma teringat-ingat kakak nak makan sate je belum sempat nak tunaikan. Minggu depan Insha Allah k. Yeay. Satay! 😎