Showing posts with label aktiviti sekolah. Show all posts
Showing posts with label aktiviti sekolah. Show all posts

Tuesday, 17 July 2018

Kejohanan Catur XiangQi Peringkat Negeri Sembilan

Salam dari Senaling,

...atau Catur Cina.

Aku pernah update cerita Amni masuk kejohanan catur Cina peringkat Daerah Rembau sekali dengan kembar wakil daerah ke Perkhemah Perdana TKRS bulan lepas di sini. 

Hari ni, kakak dan Iman wakil daerah masing-masing ke peringkat negeri. Ini team kakak. Wakil Daerah Rembau.

Team Iman, wakil Daerah Kuala Pilah.

Kali ni, Abang Amin tidak terpilih. Tak mengapa, Insha Allah rezeki tahun depan. Kita praktis banyak-banyak lagi prepare untuk 2019! Terima kasih Incik Ayah yang rajin attend apa-apa event yang anak-anak sertai. Moga Allah kurniakan kesihatan, kekuatan dan perlindungan untuk Incik Ayah hadir kesemua aktiviti untuk capture gambar buat kenangan.

Moga anak-anak akan ingat bahawa kami sentiasa memberikan sokongan, sedaya upaya. Ayah hadir, amik gambar, ibu amik gambar tu dan update blog. Aur dengan tebing sangat kami ni. Hehe



Keputusan semalam, kakak menang dua game. Iman pulak menang satu game, dari jumlah tiga game. Hari ni empat game lagi. Moga dapat jadi wakil Negeri. Wow... jarang aku letak harapan sampai begini jauh dalam mana-mana bidang kokurikulum. Cukup sekadar pengalaman. Cuma pagi ni terfikir, kakak tingkatan dua, Iman darjah empat. Belum ada peperiksaan penting. Jadi pergilah jauh. Ibu doakan.

Update : Kakak Amni menang tiga lagi game, total jadi lima dari tujuh game. Iman pulak, berjaya menang sekali, total jadi dua dari tujuh game.

Alhamdulillah, satu lagi kenangan dilakar 😍

Thursday, 5 July 2018

Aidilfitri 1439H : Edisi Hari Terbuka Raya Asrama Kakak Amni

Salam dari Senaling,

Sakan kami sambung beraya hujung minggu lepas. Alhamdulillah. Plan asal lain, Allah kehendaki lain. Dapat makluman dari sekolah kakak melalui whatsapps, ada Hari Terbuka Asrama, merangkap Hari Terbuka Raya. Konsep pot luck. Perancangan nak bawa nasi impit, rendang ayam. Allah kehendaki mee goreng mamak. Perancangannya 9.00 pagi keluar dari rumah.Allah kehendaki tayar golek jam 9.30 pagi 😍.

Mengimbau sangat kenangan katil asrama, tingkat atas. Tak main ah rebut-rebut katil bawah. Chills ja aku dulu bila nak masuk asrama sesi persekolah baru. Stress free. Sekarang aku turun ilmu chills tersebut dengan Amni.

 Gigih bilik Amni buat props ni. Tah ada pertandingan ke apa ke aku pun tak pasti.

Dorm mate kakak.

Depan dorm sebelah.

Berkenan dengan 3D wallpaper dorm ni

Toilet okay. Sekolah kakak Amni bawah projek toilet gemilang ke apa ke nama projek tu. Dari tahun lepas. Jadinya memang semua toilet bersih, kemas dan cantik!

Puas meronda baru pergi beraya. Konsep potluck kumpul lima bilik dalam satu bilik kuliah. Aku lebih suka dalam bilik terus, bolehlah berkenalan dengan dormmate Amni. Mungkin ada sebab-sebab lain yang hanya sekolah ja tahu.

Bukan kami yang kumpul, cuma amik kesempatan kebetulan ada sesi fotografi di belakang asrama. Perkenalkan Muslimat Tingkatan Dua Program TMUA.

Suasana Haaari Raya... Walau di tengah asrama...

Amboiiii, kaki kau Amin...

Dapatlah jumpa kakak hujung minggu lepas. Alhamdulillah.

Barulah tenang nak balik kampung minggu ni, cuma teringat-ingat kakak nak makan sate je belum sempat nak tunaikan. Minggu depan Insha Allah k. Yeay. Satay! 😎

Tuesday, 26 June 2018

Perkhemahan Perdana TKRS Peringkat Negeri dan Pertandingan Catur Cina Peringkat Daerah

Salam dari Senaling,

Malam ni kami suami isteri tinggal berdua. Aku cakap pada Incik Ayah, "Oh, inilah rasanya kalau Amin dan Iman masuk asrama". Sunyi dan malas nak masak. Kahkah.

Hari ni kembar ke Perkhemahan Perdana Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Sembilan. Asalnya hari tu, masuk peringkat daerah wakil sekolah. Kali ni wakil daerah Kuala Pilah ke peringkat negeri. Aku tak pasti kriteria apa yang mereka tengok Amin dan Iman (dua-dua sekali) jadi wakil daerah.

Aku syak kembar dipilih, sebab kami suami isteri spesis ibu bapa yang senang nak kawtim. Dulu masa Amni, tuk apa-apa aktiviti aneh-aneh, telefon ja tanya kebenaran aku (masa tu ayahnya duk Puchong). Jawapan aku senang. Kalau anak-anak nak, aku sokong ja.

Sebenarnya, aku suka anak-anak aku terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum. Bagi aku, akademik dan ko-kurikulum dua-dua sama penting.

 Kecoh dua budak ni nak sampai awal ke sekolah. Jam 6 katanya Allahuakbar.

 Obvious nampak Amin lagi besar dari Iman. Alahai semakin pudar kekembaran tu.


Gambar dari cikgunya. Kami fikir uniform kembar dah besar (ni saiz paling kecil di satu-satunya kedai uniform di pekan Pilah). Sekali uniform kawannya lagi besar. Kalau menang (kalau), akan wakil negeri ke Kelantan pulak. Hehe. Aku ber-hehe, sebab aku lebih mengharap kembar dapat pengalaman di peringkat negeri ja. Bagi abang Darjah 5 atau 6 daerah lain la pergi kebangsaan. Aci tak macam tu?

Pertama kali kembar tidur di khemah tanpa kami. Macam-macam over-protective ibu ni risaukan. Tapi tetap aku doakan semua anak-anak ini sejahtera dalam lindunganNya. Selalu.

Esok dah balik dah pun. Satu malam je ya ibu. Sila bersabar.

Hari ni juga, kakak Amni jadi wakil sekolah untuk pertandingan catur Cina (xiang qi) di PPD Rembau. Dah pesan suruh telefon, tak kiralah menang ke kalah. Tapi sampai sekarang, makcik-alergi-gagang-telefon tu tak call pung. Kemain cuti Aidilfitri hari tu lawan ibu, lawan Iman berkali-kali-kali-kali asal free ja masa. Nak jugalah tahu apa keputusannya... kannnn?

Lanje papan catur ja yang mampu. Gambar kakak Amni main catur tak dapek den letak. 
Anyway xiang qi ni kami beli kat DIY, RM11.++ ja 😀.